Thursday, May 10, 2012

Sue = Wanita di bawah >>> Nau'zubillahi min zaalik

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Friday, May 4, 2012

Bosan ??? Tidak lagiii...

Tadi boss call sekolah, k.mis yang angkat fon. Cian haji diman cari sue merata. Macam biasa, de je keje berkaitan data. Saya yang menurut perintah, biasalah..hi3 Nak lepaskan tension, lepak kat lab. Hmmm...hasilnya...taraaaaa...









Sue sempat copy seme citer ni..jadinya, ujung minggu ni layan citer ni jer..tapiiii...keje WAJIB buat. Isnin ni de dokumen nak kena email + mesyuarat OPMEN kat PPD. Adoiiii... sue rasa nak tukar sekolah, tolonglah..sue tak larat lagi jadi guru data. Sue nak jadi guru biasa..hu3

Tuesday, May 1, 2012

Jawapan Tulus...

Isteri : Abgggg..camne kalau memang sampai tua..sampai mati..kiter takde anak?
Suami : Nak wat camner, memang DIA dah tetapkan kiter takde rezeki...
Isteri : Nanti abang kawin lainnnnnn..:-(
Suami : Naper abang nak kawin lainnyer, abang yang de masalah kan? lainlah kalau sayang tak mampu...hik3
Isteri : Oooo..mana aci! kalau isteri yang tak subur @ tak mampu..suami boleh je kawin lain, naper perempuan tak leh???
Suami : Perempuan mana boleh. Lelaki jer boleh:-)
Isteri : Ggrrrrrrrr...(sabo jerlah)

Taklimat Netbook 1 Malaysia ~ kali kedua..

Hari : Isnin
Tarikh : 30 April 2012
Tempat : Makmal Komputer SMKMH
Masa : 10.30 pagi

Kul 9 pagi..sue mula kayau2 dari kelas ke kelas cari budak2 yang berkenaan, muka wat2 garang..dengan harapan budak akan tertanya2 kenape kena berhimpun kat makmal komputer? tapi, pas bagitau..seme tanya..nape cikgu?dapat netbook ek? ye! ye! hampeh..tau jugak budak2 ni. muka sue ni sinonim ngan netbook 1  Malaysia ker?

Alhamdulillah..taklimat berjalan lancar, borang dah diberi. So, tunggu ari khami ni..hari penyerahan netbook kepada pelajar yang berkenaan. Tugas su pasni kemas makmal komputer je..nota minta makanan dah boss sign, nanti cuma kena kompom ngan pihak kantin. Harap2nya berjalan lancar. Bukan per, 'takut bolot' orang ganu kata..ha3

macam ni lah lebih kurang rupa netbooknya..

Sunday, April 29, 2012

Cukai Oh Cukai...Pendapatan 2011

Mekasih kat K.ani kerana lagi sekali sudi tolong sue isi borang e-filing ni. Alhamdulillah..tahun ni sue tak kena cukai sesen pon..he3

Diuji lagi..sabo, sabo dan terus sabo...


Memandangkan UAI dah cakap macam tu,  tak dapat nak luah kat facebook. Memang takkan luah pun. Kat blog ni lak, tak boleh jugak.. cara terbaik, cari alternatif selesaikan + sabo + tawakkal kepada Allah.. Angah kata, DIA bagi ujian pada kiter sebab dia sayang kiter. Kiter nak hidup aman, tak nak gaduh dengan sape2, tapiii.. ermmm...Allah Maha Mengetahui..

Tuesday, April 24, 2012

Ayah housemate kiter..mantapppp!


Inilah dia ayah housemate kiter merangkap ayah mertuaku..hi3 hensem mengalahkan anak! syukur sangat dapat ayah mertua macam dia..baik sangat2. Tak berkira, caring, romantik sangat dengan ummi, de kala rasa macam takjub ngan sikap dia. Bayangkan, anak2 dah besar, tapi..tiap kali sebelum dia masuk tido (kalau dia de kat rumah) dia akan check tingkap dah ditutup, aircond dah terpasang tak bagi anak panas. Kalau bab makan lak, dia tak berkira belanja kami ramai2. Dia suka biler semua anak2, menantu2, cucu2 ....berkumpul reramai. Ada kala segan lak dengan dia. Al-maklum sue ni serba kekurangan. Setakat duk Kuching ni, dah 2x dia datang bermalam di rumah. Dan..bila dapat tau ayah nak datang, sue mula kelamkabut+panik nak masakkan apa..malu weiii menantu tak reti masak...ha3 apapun, terima kasih ayoh!

~ moga housemate sue pun bersikap macam ayah..caring + loving sampai ke tua..hingga hujung nyawa. InsyaAllah..amin...

Sunday, April 22, 2012

Sue wat hal lagi...

Camne nak mula citer ni ek? asalnya, geng kat lab bagitau pasal de tiket murah. Dengo je pasal tiket, sue pun beria tanya tiket ke mana. Pas congak2 tarikh (tahun ni su kena jaga SPM, so..kompom balik lewat ke kampung)..sue mula plan laa..dah terfikir, nak bagitau ke tak ngan housemate??? ermm..pas bagitau, dia macam tak nak bagi jer kad kredit untuk beli tiket. Sue dah mula sedey...T.A.P.I ...ader sue kisah? ha ha ha..sue mintak tolong azizi belikan tiket dan bila bagitau housemate pastu, kompom dia bayar terus sebab dia tak suka berhutang. YES!YES! misi berjaya..

Bila dah beli tiket, mak jemah pun bagitau adik2..tapi, de yang tak cuti masa tu, ada yang belum tau lagi jadi ke idok, ada yang dah de plan lain..so nampaknya...de can la mak jemah dan abg mail berhoneymoon...bukanke BERDUA lebih baik.hi3 mekasih kat adik2.kah3

Jadinya, bila dah kompom hanya kami berdua yang pergi (bukannya jauh pon..kah3)..kami survey la agoda. Memang ler orang kata mahal guna agoda tapi sue ni jenis malas nak fikir. Akhirnya, 2 malam kami bermalam di bilik paling murah..ala2 backpacking gitu..dan malam terakhir baru kami menginap di tempat agak selesa sikit.

Macam biasa, objektif utama bukan untuk soping! cannot! cannot! ha3 cuma..nak menjejakkan kaki ke situ.. InsyaAllah, moga DIA permudahkan segala urusan dan perjalanan kami. Lambat lagi..Disember 2012..itu pun kalau panjang umur..:-)

Usaha dan terus usaha...

Mesti kalau de orang baca entry ni terfikir ubat ni untuk siapa, dan untuk apa..tak perlah, teruskan berfikir..hi3 sue taruk gambar ubat ni kat cni coz senang nak rujuk di kemudian ari nanti..

Yang ni Dr. Wong yang suggest.

Yang ni Dr. Su yang suggest..elok tapi harga pun canteeekkkk..hi3

Ini pun sama, Dr. Su yang suggest.

Bekalan ubat dah habis, tapi testnya belum jugak dibuat. Sabo jerlah. Nak luah tak dapat, nak pendam sakit jiwa...sabo jerlah selagi boleh sabo dan terus tersenyum kerana senyuman dapat menyembunyikan kedukaan.

Si Hitam dah berumur..hi3

Niat di hati nak delete gambar2 lama dalam hpon, terjumpa gambar2 si hitam ni. So, abadikan kenangan si hitam kat diari sue ni..hi3

26 Disember 2011 ~ makeupkan si hitam. dah lama tingin nak, de duit lebih..spent untuk si hitam.

Ini dapat free:-)

16 Januari 2012 ~ tak sampai sebulan bagi adiah kat dia, dia buat hal dah ! sampai hati si hitam ni! kopak duit  RM350

Si hitam jarang sangat wat hal. Mungkin sebab tahun ni usianya dah dekat 6 tahun, dia mula nak menguji tuan dia kot. Sue sayang sangat ngan si hitam ni, banyak sangat kenangan dan si hitam ni la aset pertama sue beli. Tapi bila dia buat hal, housemate bising..nak tukarkan si hitam. Kecik ati tuan si hitam..hi3 tapi kalau ikutkan ati, sue nak si hitam ni bersama ngan sue sampai bila2. Harap2nya pas2ni si hitam jangan buat pasal lagi, key!