Showing posts with label Aku hambaMU. Show all posts
Showing posts with label Aku hambaMU. Show all posts

Wednesday, January 23, 2013

Saya Sayang Rasulullah...

24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434H

Macammana sambutan Maulidur Rasul su arini? MasyaAllah..su tak tido malam tadi coz terpaksa siapkan 'update' Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Pastu kul4.30 pagi hantar akak kiter, K.Mizah balik kampung. Sempat lagi singgah KFC kul5.30..tapau for bekpes. lapooo...hi3

Sekarang, time jari menari dengan laju di diari elektronik Su ni...Su masih siapkan kerja Su. Jelesnya dengan kengkawan yang lain seronok bercuti. hu3 

Apa tema Maulidur Rasul tahun ni? 
WASATIYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema Peringkat Kebangsaan)

credit to : encik google

Time ni jugak, melayan Hafiz Hamidun di TV ALHIJRAH..subhanAllah..mengalir air mata dengar dia mengalunkan zikir. huhuhu terasa sangat diri ni lalai..duk mengadap laptop ni je keje..tapi nak buek camno..


Adakah kiter sayangkan Rasululullah? (Jawab sendiri..hi3)..yang pasti...

credit to : encik google

Camne cara nak tunjukkan kiter sayangkan Rasulullah? 
> amalkan segala sunnahNya...InsyaAllah...mudah nak faham...ikut apa yang Rasulullah buat.


credit to : encik google

Okeylah..su nak sambung kerja. Kalau sistem tu lembab..nak survey hotel untuk destinasi WALK2 EAT AIR SUELIM seterusnya..hi3 SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA
>jelesnya kat en.suami..relex jer...isk!isk!uwaaaaa


"Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia memperolehi kemanisan iman: Allah dan RasulNya lebih dikasihi olehnya daripada selain keduanya, dan dia tidak mengasihi seseorang melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana dia benci untuk dilontarkan ke dalam api." (H.R. Bukhari)




Thursday, May 10, 2012

Sue = Wanita di bawah >>> Nau'zubillahi min zaalik

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Wednesday, October 19, 2011

Peringatan Untuk Diriku X



Dalam banyak2 video Ustaz Azhar Idrus yang sue tengok kat youtube..sue paling suka yang ni sebab banyak peringatan dan teguran yang boleh dijadikan teladan. Al-maklum status sue sebagai seorang isteri. Alangkah beruntungnya seorang suami yang memiliki isteri macam yang ustaz cakap. Kepada housemate : sue cuba perbaiki diri sue, maaf di atas segala kekurangan. Tapi, abg takleh nak komen apa coz hantaran kawin kita bukanlah 10ribu macam ustaz ni cakap, kalau 10ribu lainlaaa...ha3

Monday, September 26, 2011

Peringatan Untuk Diriku IX


KELEBIHAN  MEREKA YANG MEMBACA AL-QURAN

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Maksudnya : ”Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib).”

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.


Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

 

KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.




Wednesday, September 21, 2011

Peringatan Untuk Diriku VIII

~ Adakah anda menangis di dalam situasi² ini? 

Antaranya apabila;

♥ Mendengar nama Allah & Rasulullah صلى الله عليه وسلم disebut.
♥ Mendengar azan walaupun di dalam tv.
♥ Membaca Al-Quran walaupun maknanya tidak difahami.
♥ Melihat keadaan umat Islam di seluruh alam.
♥ Melihat ciptaan Allah.
♥ Dan lain² situasi di mana tangisan itu membawa anda kepada mengingati apa sahaja yang berkaitan dengan Allah. 

Jika ya, hati anda telah disentuh rahmat Allah, Allahu Allah.

>> SubhanAllah..baru sue tahu. Kadang2 sue ingat sue ni terlalu sensitif bila menangis tengok kat youtube nasyid @ alunan merdu bacaan al-Quran, kadang2 sue terfikir adakah sue ni banyak dosa dan rasa insaf bila sue menangis tengok gambar2 @ paparan video penindasan ke atas umat Islam, kadang2 sue rasa sebak bila tengok rancangan TV yang paparkan kejadian dan penciptaan makhluk ciptaanNya..rupa2nya baru sue tahu..hati sue telah disentuh rahmat Allah..Ya Allah, berilah rahmatMu supaya aku tidak terus terleka dan sentiasa mengingatiMu..Amin Ya Rabb..

Peringatan Untuk Diriku VII

* Berkongsi dari post facebook senior Sue masa study kat MDQ dulu

✿ ܓWahai sahabatku Hawa, lama sudah aku tidak berbicara denganmu. Aku yakin kamu mengerti bahawa bicaraku tentangmu itu bicara yang ada kasihnya dari hatiku. Bicara yang tulus. Aku tidak memandangmu sebagai musuhku tapi aku memandangmu sebahagian daripada diriku. Aku adalah kamu & kamu adalah aku. Cerminan.

~ Apakah kamu mahu menangis pada hari yang tiada guna lagi sebuah tangisan? Kamu mahu menangis di atas kesilapanmu tidak menutup aurat? Kamu mahu menangis kerana salah faham tentang hidayah Allah? Kamu tunggu hidayah Allah datang kepadamu, setelah itu baru kamu mahu menutupi auratmu? Jangan demikian wahai sahabatku. Jangan menangis di sana, ia merugikanmu T_T.

✿ TUTUPLAH AURATMU KERANA IA PERINTAH WAJIB DARIPADA TUHANMU.

Allah berkata: "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur :31] Hanya wajah & 2 telapak tangan sahaja yang dibenarkan nampak.

Sahabat, HANYA ISLAM yang mengangkat martabatmu.
♥ Kamu bisa menjadi wanita solehah yang merupakan sebaik² perhiasan dunia.
♥ Penyebab ibubapamu masuk syurga apabila kamu menjadi anak yang taat setia.
♥ Apabila kamu menjadi isteri yang baik & dicintai suami, kamu sudah bisa masuk mana² pintu syurga.
♥ Di bawah telapak kakimu diibaratkan syurga itu berada bagi seorang anak. Maqam mulia bagi seorang ibu. Syurga idaman semua manusia.
♥ Kamu adalah tiang sebuah negara. Rosaknya kamu akan rosak semuanya.
♥ Kamu sayap kiri bagi kaum Adam. Tanpa sayap kiri Adam tidak dapat melangkah jauh merentas benua.

* Apakah kamu mahu sia²kan semua keistimewaan ini begitu sahaja??? 

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Bersyukurlah & taatilah perintah Allah agar kamu menutup auratmu. Jangan tunggu hidayah Allah kerana itu hanya alasan bodoh daripada syaitan yang sentiasa mencemburuimu. Bangkitlah dari lenamu. TUTUPI AURATMU wahai Hawaku. Ingat kamu adalah aku & aku adalah kamu. Aja² faiti (◠‿◠).

>>> MasyaAllah..begitu mendalam dan bermakna pesanan ini. InsyaAllah sue akan cuba perbaiki diri sue untuk menjadi wanita solehah, anak yang soleh kepada Cik & Pok, isteri solehah buat suami sue, namun..adakah sue berpeluang menjadi ibu mithali kepada zuriat kami.. Ya Allah, andai itu yang terbaik buatku dan suamiku..aku redha Ya Allah..

Tuesday, September 20, 2011

Peringatan Untuk Diriku VI

* Berkongsi dari email seorang rakan untuk peringatan diriku..

TUJUH PEREMPUAN BERTANYA, SEORANG LELAKI MENJAWAB

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kami takpe pulak.”

Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid, ikut surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita, masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak”.
Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan diatas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki.

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan.”

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.”

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w. lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan…….taat pada suami anda. Itu saja.”

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu.”
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
“Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[al Baqarah, 216]

Monday, September 19, 2011

Peringatan Untuk Diriku V

Saidina Umar al-Khattab r.a berkata : terdapat 9 JENIS ANAK SYAITAN :

1. Zalituun  >> duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin >> pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t
3. A'awan >> menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf >> berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (seperti disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras)
5. Murrah >> merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor dan sebagainya.
6. Masuud >> duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gossip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata.
7. Daasim >> duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.
8. Walahaan >> menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus >> merupakan sahabat orang majusi yang menyembah api/matahari.

Sama-samalah kita cuba menghindari dari 9 jenis anak syaitan ini. Allahua'lam.

Wednesday, September 14, 2011

Peringatan Untuk Diriku IV

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.


Peringatan Untuk Diriku III


Dalam sebuah majlis, sue terbaca pemplet yang de tulis pasal 13 perkara penting berkaitan wanita yang WAJIB dijaga. Menarik coz macam ada antaranya yang sue tak jaga. Ampunkan dosa sue, YA ALLAH. Pastu sue try search perkara ni dan terjumpa satu blog. Alhamdulillah..boleh dijadikan peringatan buat diri sendiri.


Peringatan Untuk Diriku II

Pagi ni sue terjumpa folder gambar2 lama sue suatu ketika dulu..tak tau nak cakap apa. Hepi ? Sedih ? Malu? Menyesal? Allahua'lam. Sue akui pas kuar jer dari MDQ (1994), sue mula berubah dari segi pakaian masa form 4 kalau tak silap. Walaupun Along n Angah tegur, sue buat dono jer. Ntahlah, maybe takut kengkawan fikir sue ni kolot, tak 'up to date'...sedangkan masa tu sue tahu apa sue buat salah. Astaghfirullahala'zim..

Bila sue mula contact ngan 'dia' balik..dia takde paksa untuk sue berubah dari segi pakaian. Bila kompom kami nak disatukan, permintaannya sewaktu kami 'diakadnikah', dia nak sue bertudung labuh. Sue masih ingat, pagi hari perkahwinan kami..sue dah panik bila tudung 'tak jadi' sebab dah lama tak bertudung labuh.Hi3 Dan bermula dari detik sue menjadi isterinya, sue cuba berubah dari segi pakaian sue dan sehingga ke hari ini, kepada dialah yang akan sue rujuk tentang camne pemakaian sue setiap kali sue keluar dari rumah.


Apa yang sue nak ingatkan diri sue kat sini mengenai cara berpakaian yang sepatunya sebagai wanita muslimah. Dalam Al-Quran ada menyebut :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan ALLAH SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Al-Ahzab: 59).

Dalam sebuah hadis  :

Hadis riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasululloh SAW dengan pakaian yang tipis, lantas Rasululloh SAW berpaling darinya dan berkata:“Hai Asma, seseungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini,” sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi).


InsyaAllah..sue akan cuba perbaiki kelemahan diri sue dari sehari ke sehari.

Peringatan Untuk Diriku I

 
☑ Yang Singkat Itu "WAKTU".
☑ Yang Menipu Itu "DUNIA".
☑ Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
☑ Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
☑ Yang Berat Itu "AMANAH"
☑ Yang Sulit Itu "IKHLAS".
☑ Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
☑ Yang Susah Itu "SABAR".
☑ Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
☑ Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
☑ Yang Berharga Itu "IMAN".
☑ Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI". 
☑ Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT". 

Sunday, August 14, 2011

HambaMu Allah





 Ke arah satu perjalanan dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang, Allah
Tunjukkan jalan seandainya hilang, Allah
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya disisiMU ku berserah
Terimalah ku..hambaMU ALLAH

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Aku, hambaMu ALLAH

>> sue suka sangat lagu ni..lagu tema IMAM MUDA..sore yang nyanyi pun sedap. bila dengar, rasa bersemangat jer..dekat jer denganNya..:-)

Sunday, August 7, 2011

Farmville Oh Farmville


Kalau tak silap sue, sue mula berjinak2 dengan facebook tahun 2009. Masa tu sue memang giler ngan FARMVILLE dan game lain2 dalam facebook. Sue sanggup berjaga, bangun awal..semata2 kerana game. Housemate tegur, sue buat tak endah. Ada je alasan. Orang tengah ketagih, biasalah. 

Alkisahnya..masa sue ikut family housemate sue ke Kelantan, tahun 2010 kalau tak silap, sue terpandang sebuah buku yang umi baca. Pas umi baca, sue mintak baca. Bila sue belek pas belek, baca dari awal hingga akhir…sue rasa semacam. Rasa sedih, rasa sebak, rasa bersalah, rasa takut..baru sue sedar..banyak masa sue bazirkan dengan perkara tak berfaedah. Sue sanggup berjaga, bangun awal kul 3,4 pagi semata2 sebab game. Bukannya nak bersolat, berzikir untukNya di waktu orang lain berlumba2 bertahajud bersujud padaNya. Sue mula sedar betapa sue ‘lagho’ disebabkan game. 

Kalau tak salah sue, pas cuti tu..sue dah tak berfarmville lagi. Kengkawan yang neighbor dalam Farmville pun duk tanya, awat tak aktif lagi dan sue buat alasan sue sibuk tapi sebenarnya inilah kebenarannya. Housemate sue pun hepi pastu..hi3

Kenapa sue baru post entry ni?? Sebab minggu lepas sue terjumpa buku ni atas meja seorang rakan sue di sekolah dan mengingatkan sue pada cerita lama ni.

Moga DIA terus beri hidayah pada sue kerana ada kala tanpa sue sedar sue jauh dariNya. Ampunkanlah segala dosa sue, Ya Allah...:-(


Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

ANDAI INI RAMADAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH
DILAKUKAN

HALALKAN SEGALA YANG TERMAKAN & TERMINUM

JANGAN DILUPA INSAN KERDIL INI ...