Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Mode ~ Busy tahap gaban + cipan

Dah lama sangat tak jenguk blog n banyak sangat citer benarnya nak taruk kat diari elektronik su ni..tapi, situasi pas cuti benar2 meletihkan. Tubuh ni letih sangat2...sedih wase, tapi...gambar ni bawah menginsafkan su..(sekejap)..hi3


Okey, nak sambung keje..sambil menjenguk muka buku kejap2 (wat ilang stress).

p/s : Nazir oh nazir..naper pilih sekolah kamekorang untuk berkampung..hu3 seme orang ketakutan + kepanikan + kegemuruhan..kuang3 moga Allah permudahkan segala urusan kami..Aaaamiinnn

Monday, May 21, 2012

Hadiah Hari Guru 2012


Kebetulan dapat perfume dari student sue. Housemate sue pun dapat. Ori ker tak ni?ha3


~ TERIMA KASIH ANAK2..CIKGU TAK HARAPKAN APA-APA HADIAH. YANG CIKGU DOAKAN, KALIAN BERJAYA DALAM HIDUP ...Aaaaaamiiinnnn... ~

Hari Guru 2012


16 Mei 2012

~ Tahun ke-9 sue meraikan Hari Guru. Sue suka Hari Guru coz dapat enjoy dengan kengkawan. Sue selalunya tak banyak dapat hadiah coz sue ni cikgu 'kurang ajar'..al-maklum guru data, jadual waktu sikit..masa ngan budak kurang..tak popular manelah kiranya. ha3
~ Yang paling sue suka time hari guru waktu berkumpul nak amik gambo reramai. Macam2 karenah. Masing2 duk usik-mengusik. Masa ni lah guru sesi pagi dan petang bercampur, bergaul mesra.

~ Gambar2 spesel di Hari Guru 2012 ~

Sue wif my mummy chiew. Baik sangat mdm chiew ni. Walaupun berbeza agama dan kaum, dia  angap sue macam anak dia. Dia pernah cakap, "sue..kalau perlukan duit, boleh bagitau saya. Jangan malu2'' wahhhh..leh jadi along maaa..ha3

Comel2 kan cikgu2 ni?hi3 semua dah berpunya..ops! jocelyn masih single.

Kek Hari Guru 2012


Gambar wajib! sue wif k.ani dan k.mizah. 

Sue wif kekakak2 yg baik2 semuanya..nakal gak sebab 16 Mei 2012, masing2 baru tau n belajar pasal bluetooth! memang lawak dorang ni!

Comel kan budak yang peluk tangan sue tu? pelajar ictl sue. Budak ni walaupun dia sorang jer datang, dia masih sudi sue ajar dia. Tak macam budak lain...''cikgu, tak yah buat kelaslah, orang takde''

Gambar di belakang pentas.

Gambar candid. Macam2 ragam. Tahun ni temanya merah..wahhhh...gelombang merah. nak pitam rasanya..


~ SELAMAT HARI GURU KENGKAWAN..SEMOGA KITA TERUS IKHLAS DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGAS KITA ~

Ole2 dari MizahAniSue sempena Hari Guru 2012


~ Coklat2 yang kami tempah untuk kengkawan ~

Dalam coklat yang comel2 kat bawah ni, ada biskut oreo kat dalamnya. Memang best !!!! 
Giler sue tengok seme coklat ni..meleleh air liur.he3

Macam2 corak ada..


Corak oreo ber'skirt'

Coklat manik ditabur.hik3

Bentuk bunga

Bentuk love

Bentuk double love

Bentuk bunga tulip

Yang ni spesel sikit. Dalamnya ada badam sebijik. 

Sue berpakat dengan k.mizah dan k.ani belikan coklat yang ditempah khas dari wife Azrul (cikgu sek kami, geng kami gaklah). Terliur tengok budak2 order. Geram tengok rupanya.. kami tempah cun2 untuk 44 orang (bilangan cikgu sesi petang). Sue order lebih sebab bagi kat kawan2 lain dan kawan2 housemate sue yang sue kenal.

facebook sarah @ tauke coklat @ wife azrul @ mummy aqif

P.A.N.A.S! Taklimat Pengetua terpanas!

Sue tak tau pasal taklimat ni, mujur de member bagitau. Terpaksa sue batalkan kelas luar sidang sue coz taklimat di buat di makmal komputer. Kami dah agak pe yang pengetua nak boom coz sebelum tu dah dengar gossip2 bikin panas. kah3 citernya gini..

Aritu boss suruh semua staf isi borang e-pangkat. Antara kandungan borang tu adalah markah LNPT bagi 3 tahun terakhir. Dah terang2 dalam borang tu tertera...diisi oleh pihak pengurusan!sah2 bukan kami yang kena tulis sendiri. Tetapi en. ***sa suruh kamekorang isik dirik pun. Ni ndak de orang lalu manas bila nangga markahnya kecik! Ngepak dalam bilik guru. Kamekorang sik tauk pa2, diam ajaklah.

15 Mei 2012

> Sebelum mula taklimat, sue beria print senarai nama guru sesi petang untuk projek kami bertiga (sue, k.mizah dan k.ani). Kami nak bagi ole2 kat seme kawan2 sempena ari guru. Yang lawak, senarai nama ni sue tertinggal kat atas meja, kengkawan yang masuk ingatkan kertas tu untuk sign kehadiran dorang, masing2 duk sign kat situ. haru betul kengkawan ni. Tak bertindak mengikut arahan!ha3 alih2 setiap kali kawan masuk, dorang sign..kami hulur ole2 kami. Hepi sangat bila tengok kawan2 hepi terima ole2 kami, siap de yang mintak tukar dan de mintak lebih. Taklehlah coz kami cun2 beli ikut bilangan kengkawan. Yang lawak, boss petang kami, Tn Hj Diman tanya..takde ke untuk pengetua dan PK1??? Gulp! mujur de kawan tak hadir, de la rezeki untuk pengetua dan PK1..syukur..

> Tiba time pengetua berucap ~ Mula2 okey jer taklimat ni pasal PBS. Pe dia PBS? malas nak citer kat cni coz sue sendiri belum dak faham bah..pasal PBS tok. kah3 pastu, masuk pasal borang e-pangkat. Kami mula pasang telinga. Macam2 pengetua explain. Kami cuma senyum. Kami sebenarnya tak terasa sebab kami tau siapa yang pengetua maksudkan dan orang tu bukan di kalangan kami coz dia guru sesi pagi. kuang3 Malas nak citer kat cni, cuma satu je yang sue akan ingat pesanan Tn Hj Diman ....

***** cikgu2, kiter bekerja mesti kerana ALLAH, bukan kerana nak kejar markah LNPT.

sue setuju sangat2 dengan tuan haji. Kerja biarlah ikhlasssss..kan anak2! Sue akui de kala sue suka membebel kat sini, tapi sue buat kerja sue..hik3

****** cian kat cikgu tu, tapi itulah..kerana pulut, santan binasa. kerana mulut, badan binasa. kan? peringatan untuk diri sue yang serba kekurangan ni.




Our MIB (Man In Black) mintak ole2 lebih! abih doh boh..lain kali plok!

Sunday, May 20, 2012

Ceramah Motivasi Kali ke-3, 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling selalu adakan slot2 ceramah motivasi untuk pelajar dan biasanya ceramah ni disampaikan kepada beberapa kelas coz selepas ceramah, biasanya diadakan bengkel. Kalau semua kelas buat sekaligus, tak terjaga budak2 tu. Sue tak berkesempatan nak jenguk budak2 ni semasa ceramah motivasi sebelum ni. Kawan2 duk cerita penceramahnya best.

4 Mei 2012 ~ Alhamdulillah..kali ke-3 baru berpeluang join dengar ceramah dia. Best + menghiburkan + tak boring. Budak2 pun sporting bila penceramah okey. Terima kasih buat encik penceramah, Haji Yasmin.






Bulan Bahasa dan Sastera 2012

Tiap kali bulan Bahasa dan Sastera, boleh dikatakan semua pelajar menantikan pertandingan karoake. Time ni lah leh tengok bakat2 terpendam. Sue lak, memang suka tengok budak2 ni happy..dorang kalau bab2 menyanyi ni..cukup sporting dan bersemangat. Kan elok kalau time belajar pun macam tu?hik3 Yang lawaknya, kebetulan masa sesi pagi berkaroake..cuaca yang panas terik bertukar mendung dan seterusnya hujan lebat. Semua cakap, alhamdulillah..hujan akhirnya, penangan budak2 berkaroake.hik

3 Mei 2012 ~ Turn budak2 sesi petang lak berkaroake. Sori laa..sue takde snap gambo budak2 sesi pagi berkaroke coz sue ni lebih ke arah sesi petang walaupun sebenarnya sue ni cikgu 2 alam. Tahniahlah kepada juri dan semua peserta. Tahun depan kasi power lagi suara tu.hik3

Our penyelia petang, Hj Diman dan guru disiplin sesi petang, cikgu Abg Bor..hi3

Our Guru Kanan Bahasa, K.Anita muncung mulut2 nengok budak karoake.

Our juri ~ dari kiri : K. Lesa, K.Rajmah, K.Lynn, K.Odah

Me wif  k.jijah @ k.bibah ~ budak2 takut ngan k.bibah ni..hi3

~ Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian ~

Tuannya kecik, suara best!

Boleh tahan gak budak ni nyanyi.




Budak ni nyanyikan lagu Madu 3 ~ wah3, boleh tahan oooo...

Suara budak ni pun power.


Thursday, May 10, 2012

Pemutihan Perjawatan e-OPERASI

Alhamdulillah..baru je lepas siapkan wat pengesahan pemutihan perjawatan e-OPERASI bagi pihak pengetua (cian boss tak sihat. semoga cepat sembuh. Amin...) Dari isnin lepas, berhempas pulas sue update sistem e-OPERASI walaupun surat yang mengarahkan pihak sekolah update sistem ini sampai pada hari Selasa (sekolah selalu terima surat lewat..hu3) Syukur Ya Allah...siap 1 tugasan. http://apps.moe.gov.my/eoperasi/


yang merunsingkan sue..kat sekolah sekarang semua orang duk sibuk isi borang e-PANGKAT. Sue bukan runsing isi borang, sue runsing kalau2 sue yang kena key-in semua maklumat tu. Memang malang kalau YA jawapannya.  Tapi aritu masa mesyuarat OPMEN di PPD, Encik Bolkiah dah bagitau akan ada taklimat untuk guru data pasal e-PANGKAT. Jadi 99.99% rasanya memang sue yang kena key-in. Nak nangis rasanya.


Naper KPM ni banyak sangat sistem ???? Naper tak buat satu je sistem yang boleh digunapakai untuk semua. Ni tak, bukan setakat e-OPERASI..kena update gak sistem :


EMIS.........http://emisonline.moe.gov.my/


dan empat kali setahun, guru data kena update sistem OPMEN


dan empat kali setahun juga, guru data kena update SMM (Sistem Maklumat Murid)




walaupun baru-baru ni dah wujud satu sistem yang dinamakan sistem Pangkalan Data Murid
http://www.sekolahmalaysia.com/ alhamdulillah, mujur gak sistem ni guru tingkatan yang key-in. Tapi ada jugak guru tingkatan yang sue tolong buat. Al-maklum guru2 veteran bermasalah nak guna komputer @ internet ni. Kalau dah ada sistem PDM ni, naper SMM offline masih perlu kami update?????

dan sekarang, sistem yang sue tengah bertungkus tak lumus cuba siapkan ialah SSM (Sistem Salah Laku Disiplin Murid) http://apps.moe.gov.my/ssdm/




>>>  sistem ni semua lah yang adakala buat sue stress sangat2, nangis sorang2 (sebab penat + migrain). Sekolah sue bukan sekolah kecik, staf semua 136 orang, pelajar mencecah 1955 orang. Memang nasib sue agaknya, sekolah lama dulu pun macam ni.

Andai kata diberi peluang..nak sangat sue mintak dengan  boss >>> cikgu, boleh tak saya tak nak jadi guru data ??? saya 'penat' cikgu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. dulu, sue 'kuat'..mungkin umur bertambah..sue 'penat'..'penat' sangat2..isk!isk!uwaaaaa....

Satu pesan seorang hamba Allah suatu ketika dulu..yang sentiasa menyedarkan sue dan bagi motivasi pada sue tiap kali sue stress!!!!

>>> sue, apa saja masalah yang mendatang..sabar dan tabah hadapinya. Setiap kerja yang kita dapat, lakukan dengan sebaik mungkin..anggap ianya satu 'amanah' dan bukannya satu bebanan.

..........tapi, de kala sue 'tewas' jugak..isk!isk!uwaaaaaaa.....


..........bukan apa, ada kala sue kesian ngan suami sue..masa sue banyak mengadap laptop ni daripada mengadap dia. DIA tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya..sebabtu DIA anugerahkan suami sue pada sue..memang dia seorang penyabar..hi3

stop cni dulu..dah ngantuk, malam ni leh tido lena..