Showing posts with label Walk2 Eat Air ~ Medan. Show all posts
Showing posts with label Walk2 Eat Air ~ Medan. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Ole2 dari Medan

Sue rasa, masa gi Medan takde lah soping giler sebab budget ciput.hi3 almaklum, anak beranak ramai..utamakan orang dulu baru fikir nak beli untuk diri sendiri. Tak gitu? Antara ole2 yang sue beli...

key-chain untuk kengkawan sue dan housemate

housemate beli untuk kwn2 baik dia

untuk cik dan pok tersayang

untuk cik, along, angah dan sue..hi3

untuk sue..selai jer pon..kenangan dari Danau Toba

ekceli nak beli untuk cik, long, ngoh, sue..alih2 terlupa beli ole2 untuk  K.lina dan K.nor, so..bagi kat dorang dan 2 lagi bagi kat anak sedare..hu3

Kenangan dari berastagi..satu untuk sue dan satu lagi untuk mummy chiew...

Untuk pok, abglong dan abgngoh..hi3

ini pun beli ??? untuk anak sedare yg meningkat jadi anak dara. Che Su  ambik 1..ha3

kat pajak ikan lama banyak cenderahati utk majlis kawin, yg ni k.ani beli borong, dia bg kat  sue  jugak.hi3

comel kan? untuk khauthar dan c kembar..alahai terlupa beli untuk  zahrah..adeiii..pe la che long niii...

untuk naufal dan fawwaz

Ha! yg ni untuk anak2 sedare kiter yg besar2 + biras kiter 2 org + adik ipar kiter sorang..

tshirt khairiah yg paling comel. seme jeles. sori, saiz kecik jer ada pattern ni. kalau tak, che su dan pok su dah beli sama untuk korang seme.

punyalah sue nak benda alah ni sampai merajuk. last2, housemate belikan gak. bukan main berhati2 bawak takut patah. dr danau toba-medan-KL-KT-Kuching tuuu..dan.. kerana benda alah ni lah, tertinggal external hardisk yg baru beli kat umah di ganu. punyalah marah housemate kiter..ha3

sue nampak org berebut beli set cadar ni masa kat medan, sue  pun beli gaklah. ha3...
~ untuk mak mertua kiter + adik2 ipar kiter + biras perempuan kiter..kiter belikan kain pasang corak batik...nak pakai raya nanti kononnya. Mujur gak SueLim gi sana wif Acik, so..ole2 untuk keluarga sebelah sana, kami kongsi beli..save budget..ha3

~ perasan tak, housemate kiter tak beli apa2 pun, kan? cian dia..belikan untuk kiter n anak beranak jer.. hu3

Monday, March 26, 2012

Percutian Kami ke Medan - Brastagi - Danau Toba - Medan

Alhamdulillah..akhirnya segala yang dirancangkan, dipermudahkan segalanya olehNya..banyak sangat nak citer benarnya tapi dah lama terbantut nak update blog ni. Dah ingat2 lupa pasal percutian kami ke Medan.hi3

29/11/2011 Selasa 
Umi dan ayah hantar kami bertiga ke LCCT. K.ani dan Laila dah lama sampai sana. Tak sempat nak makan sama-sama, sempat tapau Dunkin Donut dan roti jer. Kul 9 mlm (waktu malaysia) dengan pesawat AK1356 kami menuju ke Medan. hi3 Japje rsnya dlm flight, tak sampai sejam. Dalam 55 minit jer perjalanan kami. Borang imigresen pun tak sempat habis isi..tup2 dah sampai. Sampai jer, dah disambut pakcik supir My Dream Hotel. Sampai jer kat hotel, terpegun jugaklah tengok hotelnya. Oklah kiranya. Irma dan Dani sampai hotel, terus bincang pasal agenda esok hari. Pas settle pasal bilik, sempat gi cari bilik K.mizah n family. Borak2 jap jer coz..esok nak jalan jauh, kena tdo cepat..excited bangat dech.





30/11/2011 Rabu
Dalam kul10 pagi, kami check-out dan terus bertolak ke Brastagi  (~ kami berlima+Irma+dani n radja+abg Din). Sebelum bertolak ke Brastagi, kami singgah branch kat Rumah Makan dan Buffet ACC.  Puas hatila makan kat situ. Macam2 ada. Rupa2nya, taklah jauh sangat perjalanan kami. Tak sempat nak boring pun coz pemandangan dalam perjalanan pun menarik. 
Dalam kul 1.30 petang, kami dah sampai di Mikie Holiday Resort, Brastagi. Pas check in untuk 2 buah bilik, lepak2 jap dan solat..petangnya, kami melawat kebun strawberi dannnn…ke tokong Buddha yang BESAR punya.  Kami macam kompius nak masuk atau tak tp dah org bawak situ, masuk dan bergambar jugaklah.  Momen paling best time kami ke Puncak Gundaling. Indahnya ciptaan Tuhan..cantik sangat pemandangan. Geram nak naik kuda tapi bila hujan mula renyai2, batalkan niat. Beli cenderahati sikit dan terus balik. Plannya selepas tu, nak ke Pasar Buah tapi memandangkan hujan lebat, terpaksa batalkan niat dan terus ke resort dan berehat.


Malamnya, kami kuar makan kat kedai abg Din suggest ~ RM Famili. Nampak kedai semacam je dari luar, tapi bila masuk dalam..nampak banyak gambar artis yang datang makan kat situ. Murah jer makanan kat situ. Sayuran segar2 semuanya. Brastagi ni macam Cameron Highland la lebih kurang. Memang best bermalam kat situ. Cuaca sejuk giler.






1/12/2011 Khamis
Paginya kami bersarapan dulu kat kedai yang  sama kami dinner semalam. Ekceli, kami dah order apa yang kami nak makan n minum, nak jimat masa kononnya.hi3 pas makan, terus bertolak ke Parapat. Tapi sempat singgah di Air Terjun Piso-piso. SubhanAllah..cantiknya pemandangan. Takjub rasanya. Seterusnya kami menuju ke Danau Toba. Sepanjang perjalanan, memang cantik tengok Danau Toba dari jauh. Sempat gak berenti kat tengah jalan, snap gambar kejap. Mujur abg Din sporting.hi3 Jalan berliku2, pening gak tapi abg Din kira driver yang ganas laa, kami memang tabik springlah. Hi3


Sampai je sana, abg Din terus call mbr dia. Memandangkan kami nak cepat, nak tunggu feri..lecehlah. Bila penuh, baru dia ‘jalan’. So, kami tempah bot laju. Punyalah seksa nakleh naik bot. Tapi memang seronok tengok keindahan Danau Toba.


Akhirnya, di Pulau Samosir kami disambut kawan abg Din. Dialah yang duk bercerita segala2nya pasal perkampungan tu dan kaum Batak. Best citernya, tambah ilmu pengetahuan. Macam dalam kelas sejarah pun ada gak.hi3 Yang paling xleh lupa, berkesempatan pakai baju dan perhiasan Raja Batak dan isterinya. Mak jemah dan abg mail lambung jadi model la lebih kurang. ha3 Pas beli cenderahati, bertolak ke darat. Almaklum, perut dah lapo.kih3


Abg Din bawak kami lunch di Restoran Minang II. Mula2 gelabah gak bila kedai tu ditutup, rupa2nya berpindah tempat. Alhamdulillah, ada jugak rezeki kami nak merasa. Restoran ni besar, layanan pun mesra, surau pun ada disediakan. Pas solat, kami berangkat ke Medan. Terasa jauh sangat. Kesian tengok abg Din, memang penat dia memandu. Dari Danau Toba ke Medan lebih kurang 6 jam jugak jauhnya.


Sampai di Medan, kami singgah di Iga-iga Bakso. Makan lagiiiii…hi3 yerlah, alang2 datang Medan takkan tak nak rasa Bakso kan. Yang paling kami suka jusnya. Memang asli dan tiptop! Su suka sangat jus alpokat. Sedapppp…(seme sedap bagi su yang kuat makan ni..hi3) pas makan, kami ke rumah K.nor, nak jumpa familynya. Perut kenyang + tubuh letih + mata ngantuk = kami takleh lama, terus ke My Dream Hotel dan Zzzzzzz…









2/12/2011 Jumaat
Memandangkan semalam cik abg su makan bakso (perutnya perut nasi)..pagi2 lagi dia cakap, lapooo.. so, kami bersarapan kat hotel jer coz janji ngan Irma kul10pg. Tak best bekpes situ, ntah apa2 menunya. Tapi sebab lapo, telan jerlah. Pas check-out, kami ke a-pot. Tinggal barang kat situ coz kereta Avanza tu sarat dengan barang. Pastu, Irma bawa kami ke shopping complex (lupa dah nama), pastu ke Pasar Ikan (pasar lama). Murah2 gak barangnya. Sempat lunch kat shopping complex tu, pastu  terus ke Istana Maimun dan Masjid Raya. Pas snap gambo lebih kurang, kami berkejar ke a-pot.


Macam2 cerita berlaku kat sini (malas nak citer..hi3)..kami pun dapatlah relex sementara menunggu flight yang kononnya akan berlepas kul 9.20mlm. Alih2 memandangkan cuaca buruk di KL, flight delay. Dalam kul1 pagi jugak (waktu Medan) gak kami berlepas ke LCCT dengan pesawat AK1357. Letihnya mak aiiii..


Sampai je LCTT, kami duk berbahagi barang. Almaklum, barang bercampur aduk. hi3 Laila n k.ani, cikim datang jemput. Kami lak kena ambik bas untuk ke KL Sentral. Sempat minum dulu kat kafe.hi3 Penat giler, tapi kami sabo menunggu. Mekasih kat adik ipar, si Amid yang jemput kami di pagi hari kat KL Sentral. Sampai jer, tunggu subuh..pas solat subuh, terbungkang tak sedar diri..Zzzzzzzz






Sampai sini sajalah coretan kami untuk percutian kali ni. Terima kasih kat abg housemate, acik, k.ani n laila yang sanggup merealisasikan impian mak jemah untuk ke 'oversea' la kononnya.hi3 terima kasih jugak kat Aiza, tuan punya blog http://aiza89.blogspot.com. Dan, terima kasih yang tak terhingga untuk Irma dan Dani yang menemani kami selama kami berada di sana. Panjang umur, de peluang kiter walk2 eat air lagi ek. Alaaa..lupa lak nak taruk gambar ole2 dari Medan. Nanti2 la ek. Tunggguuuu...



KOS kami ke Medan
~ tiket flight  = RM 202.30 
(tiket ni beli time offer, ekceli RM77 jer, tapi tu belum campur bagasi, seat dll )
~ kos penginapan kami untuk 3 malam RM379.40 berdua
(kami tempah hotel dari agoda)
~ kos pengangkutan kami di sana, kami sepakat bagi kat irma  RM 200.00 sorang
(okey sebab pasal pengangkutan semuanya dia uruskan, siap ole2 bermacam2 dia bagi kat kami coz katanya baki dari duit kami)
~ kos makan  > kami bergilir2 bayar untuk kami berlima dan berlapan. so, sorang agak2 dalam= RM 200.00.  Itupun tak sampai

~ untuk ole2, tak tau berapa habis. tapi SueLim tukarkan 2K, dapat berjuta2..hi3 yerlah 
10,000 rupiah = RM 3.52
50,000 rupiah = RM 17.60
100,000 rupiah = RM35.22  




so, kami berbelanja untuk sorang tak sampai RM1000. Tak termasuk ole2, key. Sue gi pun nak jalan2, bukan untuk soping.
Okeyla kan. Yang penting, enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Tuesday, November 22, 2011

FASA 4_PERCUTIAN BERSAMA_BILIK ❀ ܓ

Memandangkan percutian ni sue yang rancang, sue lah yang akan settlekan seme keperluan selama di sana. Mujur de Agoda. Orang kata lebih murah kalau deal sendiri dengan pihak hotel. Tapi malas nak peningkan kepala, sue booked jer bilik dari Agoda. Harga pun kira masih mampu bayarlaa..hik3

Malam pertama - bilik SueLim

Malam pertama - bilik k.ani, laila n acik

Malam kedua di Brastagi kami bermalam di Mikey Holiday Resort

Malam terakhir, masih di My Dream Hotel - bilik SueLim

Bilik k.ani, laila n acik

p/s terima kasih kat Aiza..adik@mbr baru b'kenalan di alam maya. Dari blog dia sue dapat tau pasal My Dream Hotel ni.


FASA 3_PERCUTIAN BERSAMA_TIKET

Tak sabar rasanya duk menghitung hari. Tiket ni dah lama beli sebenarnya masa promosi. InsyaAllah..moga percutian bersama ini akan menjadi kenangan terindah kami beramai2.hi3

Wednesday, October 26, 2011

FASA 2_PERCUTIAN BERSAMA_TRANSPORT

Sebelum ni sue pening mikirkan transport di lokasi kami bercuti nanti coz K.ani takleh naik bas dan tak leh jalan jauh. Alhamdulillah..DIA permudahkan segalanya. Dua ari lepas, sue sms pada Irma dan dia sudi tolong kami dan katanya ...

>> mau kemanapun, irma yang antar, irma yang servis. pokonya, irma siapin semua dech. K.su tenang2 aja ya..

lega rasanya..so, kami tak yah fikirkan lagi pasal tranposrt. Walaupun dia kata tak yah bayar apa2..bak kata org2 lama..ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA.. (jangan wat2 tak reti base..hi) jadi, kami bersepakat bayar kos pengangkutan 200 hinggit sorang selama 3 ari kami di sana. Syukran Irma..

FASA 1_PERCUTIAN BERSAMA_PASPORT

23102011 > Seawal pukul 7.30 pagi SueLim kuar ambik laila n k.ani..terus ke Bimmer's, Laila belanja bekpes sempena birthdaynya ari marik. Hi3..pastu terus ke destinasi..settle keje, terus meronda di Giant (baru bukak di Kuching). Barangnya sama jer, cuma agak mahal ckit. Sebelum balik, lunch di Chilipeppers..nyamannnn..




Pantang jumpa bunga:-)

Sabar menunggu sejam:-)

Akhirnya...:-)

Housemate nak tayang rambut baru potong ari marik. Kacaklah juak..kuang3

Laila wif her Thai Fried Rice

Housemate wif his Chicken Roasted Rice

K.ani wif sandwich favouritenyer..ni menu sampingan:-)

K.ani wif her fav. menu..Chicken Chop

And me..wif my fav..ikan keli... Lalapan Pecal Lele:-)