Thursday, May 19, 2011

G ~ dah nak kawin adik K.ani sorang ni..

Tarikh / Masa : 19 Mei 2011 >12:05pm
Lokasi : Bilik Rehat MekOrg, Comp. Lab

Tengah syok main game 'Zuma', hpon bunyi..dalam hati "sape lak ni?ngaco jer.." tapi..bila tengok nama yang kuar kat skrin.."ehhhhh..G..."
> K.ani, G nak kawin!!!
>>G nak kawin?bila?dengan sape?
>Yerlah..nak kawin...4hb..dengan org puan lahh..
>>Tau la org puan..org mane?duk mane?keje nape?kenal mane?...comel dok?ha3 (mamarazzi..biasalah..)
>Org jawa k.ani, asal..tanjung karang ke nape nama tepat dia, tapi..selangor a. keje cikgu, belajo mesir dulu, kenal dinung r..muka dia macam k.ani..
>>muka macam k.ani?doh..comel dok???? (dalam hati..nak kena ni...)
>comel laa..tapi, k.ani comel lagi..ha3

sape G? G ni..MIZI.. Full name > Ahmad Tirmizi bin Hj Ali.

ape kaitan dengan su? G ni benarnya anak angkat mak su. su kan 3 beradik semuanya perempuan. Pok su memang teringin nak anak lelaki. (sebenarnya, selepas su, mak su keguguran anak lelaki, lepas tu keguguran anak perempuan. kiranya, kalau de rezeki..su ni lima beradik) Alkisahnya..masa mak G ni mengandungkan G, Pok su mintak nak jaga anak tu kalau lelaki. Dengan izinNya, bila lahir..memang lelaki. Su ingat lagi masa tu umur su dalam 5 @ 6 tahun..tengah main guli depan rumah kat Gong Pasir, de van berhenti dan tanya 'ada mak kat rumah?' rupanya mak G hantar G. masa tu su hepi sangat..tinggal guli..terus jerit..'Ani ada adik! Ani ada adik!" kalau ingat saat tu masa ni..rasa sebak jugak.he3 masa tu umur G masih dalam 40 hari. Dari hari tu, G duk dengan kami. Su hepi sangat pastu sebab ada ADIK.

Perpisahan pilu > Benarnya memang kami tau kami hanya jaga G sampai dia umur 4 tahun, pastu G kami kena serahkan balik pada keluarganya. Apabila cukup masanya..su ingat lagi malam tu su dan Cik su gi hantar G (hantar jalan kaki jer sebab rumah lamanya seberang jalan besar). G menangis giler. Masa tu dia kecik lagi, belum faham apa2. Su lagi lah kuat nangis. Cik pun nangis. Memang sedih masa tu. Kalah citer cerekarama.hi3 Pok tak hantar sebab su tau Pok mesti nangis gak kalau dia ada. Su tak sampai hati tengok G meraung, su pun meraung gak. Sape tak sayang adik, kan? Tapi kami terpaksa tinggalkan G dengan keluarganya. Sampai rumah, su menangis tak nak naik rumah, sorok belakang pokok nyior. Pas cik pujuk, su naik rumah tapi masa tu dalam hati su, su marah+geram dengan Cik dan Pok sebab bagi G pada keluarga dia.


Selepas kami hantar dia malam tu..lama gak kami tak jenguk dia sebab Cik cakap..suruh dia serasi dengan keluarga dia. Lama gak pastu, kami boleh ambik G, tapi kena hantar balik la. Time gi ambik dia, mesti dia hepi sangat, time hantar..mesti dia nangis. Bila hari raya, dia beraya rumah kami tapi bila dia dah sekolah rendah..G beraya dengan keluarga dia. Su ni de kala jahat gak..bila gaduh, selalu usik dia..'G bukan anok Pok Wahid, G anok Hj Ali' Dia akan nangis dan cakap 'Dokkkk...G anok pok wahid!' bila ingat sekarang, jahat betul su! Su masih ingat time main bunga api (malam raya) masa dia belum pandai bercakap..dia akan cakap 'selamat ali kaya' sepatutnya 'selamat hari raya'..hi3 hubungan G dengan keluarga kami tak pernah putus sampai hari ni. G anak yang baik. Kalau dia tengah main, mak panggil suh beli barang..dia akan berhenti main dan buat apa mak suruh. Dari kecik, memang dah nampak G ni jenis yang macam mana. Dari kecik, ayah dia memang ajar dia mengaji dan tiap kali dia datang ke rumah kami, dia suruh kami dengar dia mengaji..dia kata..'Ini belum masuk bunganya lagi, Pok' (taranum)..kami akan dengar dan usik dia. Dari sekolah rendah dia dah wakil sekolah dan 1st time dia mengaji kat TV (tak silap su masa hari Maulud Nabi peringkat kebangsaan ke bila..lupa, dah lama)..mak nangis masa tengok.hu3 Masa su Form 6, sanggup gi ambik dia dengan motor..pastu kami sama2 balik kampung su kat Pinang Merah. G memang adik dan anak yang baik. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia..masa cepat jer berlalu dan akhirnya..

G sekarang...

G time kat Akademi Quran 4

Syukur, JUARA miliknya..

Finalis AQ4 ~ Husni bin Ali Hassan, 25, pasangan adik-beradik, Yahya Ali, 23, Ahmad Tirmizi Ali, 25 dan Muhammad Ahmad Zahid, 15

Ahmad Tirmizi Ali ~ Juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta hadiah sampingan yang terdiri daripada trofi, pakej umrah, dan sebuah Al-Quran digital.

Doa k.ani..moga G sentiasa memperolehi keberkatanNya dalam setiap apa yang G lakukan, bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanNya, menjadi anak yang solehah...dan..suami yang mampu membimbing isteri ke arah jalan yang diredahaiNya..Amin Ya Rabb..

Tuesday, May 17, 2011

Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum...bila tengok tajuk entry su, jangan salah faham kalau2 su ni 'bias' mana2 parti politik. Tapi member su cakap..mana2 staf kerajaan DG41 ke atas boleh berpolitik. he3 su tinggalkan isu pasal ni.

Apa yang su nak bagitau..su suka sangat ngan Ustaz Azhar Idrus ni. Sejak tengok kat pautan member2 kat facebook.hi3 penyampaiannya yang bersahaja + lawak memang banyak memberi kesan dan pengajaran buat insan macam su ni...kaki 'lagho'..jadi sue dan housemate selalu dengar dan hayati sama2..(kononnya..)

Buat ustaz..tabik spring kat ustaz..moga DIA memberkati hidup ustaz di dunia dan akhirat dan moga DIA mempermudahkan segala urusan ustaz dalam menyampaikan dakwah islam. AllahuAkbar!

URL Ustaz Azhar Idrus >>>> http://ustazazhar.net/v01/
                                   >>>> http://ustazharidrus.blogspot.com/

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru..

Terima Kasih, Cikgu.
16 Mei 2011 ~ Tahun ke-8 bagi tahun ni, sue menyambut Hari Guru. Untuk tahun ni, SMK Matang Hilir akan sambut hari Guru pada 27 Mei nanti. Jadi, hari ni kami bersekolah macam biasa. Dan setiap tahun, sue tak mengharapkan hadiah daripada students sue. Apa yang membahagiakan sue bila menerima ucapan "Selamat Hari Guru, Cikgu" dan ada gak yang ucap.. "Selamat Hari Guru, Ustazah". (Bila masa lak sue ajar subject agama. hi3) sue ni sensitif ckit..bila pelajar 1K bersalam dan bagi ucapan...sebak lak rasanya. Terutama bila Hanson, 1K keluar dari kelas time sue lalu..dan bagi ucapan. Sebelum tu, masa kela ICTL..students 2A dan 2D dah bagi ucapan. Apa pun, terima kasih buat semua students sue. Moga kalian teruskan usaha untuk kejayaan masa depan. Amin..

Tak salah rasanya sue nak bagi ucapan buat guru2 sue..meskipun dorang tak tau kewujudan blog sue ni tapi sue sentiasa doakan kebahagiaan dorang kerana sue rasa terlalu banyak jasa seorang guru. Tak terbalas rasanya, dan adakala rasa bersalah sebab..sue ni bukan pelajar yang baik, pun..hi3

SELAMAT HARI GURU dan..
~Terima kasih buat cikgu tadika, Tadika Pinang Merah ~ Cikgu Zainon (1985-1986)
~Terima kasih buat semua cikgu Sekolah Rendah, SK Kg Nyior (1987-1992)
~Terima kasih buat semua ustazah, Madrasah Darul Quran (1993-1994)
~Terima kasih buat semua cikgu sekolah menengah, SMK Seri Dungun (1994-19
~Terima kasih buat semua cikgu sekolah menengah, SMK Sultan Omar (1998-1999)
~Terima kasih buat semua pensyarah, Universiti Utara Malaysia (2000-2003)
~Terima kasih buat semua cikgu SMK Meradong (2003-2008)
~Terima kasih buat semua cikgu SMK Matang Hilir (2008-2011)

 tak lupa juga, buat..kaum kerabat sue yang juga seorang guru..terutamanya
~housemate sue > En Mohd Abdul Halim
~ibu mertua sue > Pn. Wan Fatimah
~along sue > Pn. Junaidah
~adik-adik ipar & biras sue >Adeq Ha & Razi, Hamid, Hamidah, Hafizah
~adik-adik ipar sue (bakal guru) > Hakimah & Hazirah

dan..teristimewa untuk, teman-teman rapat sue
~Pn. Ramizah
~Cik Che Rohani
~Pn. Syazliana
~Cik Norzila M Esa

dan insan teristimewa...

my dedekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...*^_^* 

SELAMAT HARI GURU
Guru hari ini, semalam maupun kelmarin
Budi yang diapingkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya..mengajar tulis, baca..

~ SEMOGA MENJADI GURU YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ~ 

Sunday, May 8, 2011

Facial > Serikin > Fast Five

6 Mei 2011 > Arini sue gi awal sekolah sebab..k.aiza cakap nak wat facial untuk sue. Kul1 sampai kat sekolah, kami mulakan operasi di surau. Best jer facial muka ni..pas wat facial..k.aiza makeupkan sue sikit.he3 (istilah makeup bagi sue bila pakai eye shadow, sebab..sue ni simple je) perasan 'berseri' la muka ritu. Bila masuk kelas 1K..budak2 tegur..

>eiii..kacak cikgu ari tok! 
>>oo..ari tok jak kacak..ari lain sik kacak??
>sikk..ari lain kacak juak..tapi..ari tok nang kacak!
>>yerlah tuu..k, open your text book, page..
>belajar kah cikgu?
>>aoklah..belajar..
(dorang ingat pas puji cikgu, tak yah belajar la ritu..he3)

* 1K kelas paling last untuk Ting. 1..sue ajar Math..budak2nya, de yang Ok..tapi ramai yang lemah dan perlukan perhatian lebih..aduhaii..cabaran untuk gurunya lah..nak wat camne, amanah kan?

posing sat pas facial..he3

produk yang k.aiza guna..produk baru, k.azra yang 'introduce'kan.
7 Mei 2011 > Sue ke Serikin untuk kali ke ...??? dah lupa la.. Benarnya, housemate bawak kawan dia+isteri+anak2 ke Serikin. Sue asalnya nak carikan topi kulit kayu yang ayahanda nak, tapi takde. Teringat lak yang Gee (bestfren masa form 6) minta tolong belikan kain batik. Sue lak teringin nak beli kasut..tapi yang sue berkenan takde saiz.hu3 pastu tak tau naper, rasa nak beli beg. (sue ni mmg jenis tak suka handbag, handbag hantaran kawin dulu pun sue bagi kawan). Minah brutal!ha3 cuaca ritu memang panas, berdenyut kepala rasanya. Balik dari Serikin, lunch kat kedai Abg Man Tomyam, terjumpa Suzalita..dia de bagitau pasal satu gerai kat Serikin yang jual kain batik yang lebih murah harganya berbanding gerai lain. Ala..terkilan la jugak, sebab dah terbeli..apa nak buat, tak de rezeki Gee.

kain batik Gee..Gee cakap, beli jer camne2 pun, sue beli jerlah mana sue rasa berkenan..hi3

beg untuk sue. tapi..tak tau pakai ker tak nanti:-)
Malamnya, pas maghrib sue temankan housemate pergi jemput kawan dia sefamily, ke rumah kawan housemate lagi sorang..dinner kat situ. Best wife dia masak..asam pedas ikan patin. Pastu, sue n housemate gi dating jap..kat Medan Pelita..layan citer..FAST FIVE!best tahap gaban! mana tak best..kete tiptop + aksi mantop + ompuan sexy + hepi ending + yang paling penting..The Rock vs VIN DIESEL..i likeeeeeee...kerh kerh kerh




7 Mei 2011 > Arini sue kurang sihat. Tubuh lemah+kepala denyut..takde mooooddddddd...penat kot seharian semalam kuar jenjalan. Aktiviti sue rini..cuma iron baju kerja sue+housemate. Rumah, housemate yang uruskan. Thanks, housemate..hi3 malam, housemate masakkan makanan favourite sue. Thanks sekali lagi, housemate..hi3 k..sue tido dulu..arapnya bangun pagi esok, kepala dah ok..amin.

makanan favourite sue..MEGI..:-)

Friday, May 6, 2011

Rindu Setengah Mati..


Cinta tidak semestinya bersatu...
Mencintai tidak semestinya memiliki... 

Setiap orang, mesti ada lagu yang memang dia minat giler, kan? Sue lak, minat lagu ni. Sue tak tau kenapa..1st time dengar, sue nangis sorang2. Sue rasa betul2 menyentuh perasaan dan membuatkan sue teringat seseorang. Sedey dengar tapi best layan.he3 Lebih2 lagi bila lagu ni OST kejora dan bintang. 

Kepada seseorang >>> Terima Kasih kerana pernah hadir dalam hidup Sue..jiwang la pulak.ha3 isu sensitif niii..taklah, sue gurau jer, k. *^_^*

Tuesday, May 3, 2011

Hobi Sue ~ Cross Stitch

Cross stitch ~ sue mula belajar benda ni masa darjah 4 kalau tak silap, masa tu tengok along dan angah duk buat benda ni. Pastu masa su darjah 6, cikgu Tunas Puteri suruh sue siapkan kalimah Bismillah kalau tak silap. Sejak tu, sue mula minat dengan cross stitch ni. 

Banyak kenangan dengan cross stitch ni. Rasanya hasil cross stitch sue ni selalu sue bagi pada orang yang 'special' dalam hidup sue. Sape tak dapat hasil cross stitch sue, kiranya tak 'special' la tu.he3 masa belajar dulu, pernah jugak member suruh buat time birthday pakwe dorang. sue ingat lagi masa sue kat U dulu, time kena present untuk paper Public Speaking..sue buat tajuk cross stitch, siap dengan demo lagi. Entah r..sue rasa benda ni jer sue boleh buat. Kerja perempuan lain macam masak, menjahit..tak reti la..kuang3 

Impian sue, bila sue ada rumah sendiri nanti..sue nak buat satu sudut cross stitch (dalam bilik bacaan/bilik solat). Kiranya segala hasil kerja sue, taruk kat situ. Berangan jer lebih, entah bila dapat buat rumah.he3 

Kat sini, sue sertakan hasil kerja sue time housemate belajar dulu. Masa tu, sue boring time cuti sekolah + sensorang, jadinya..sue duk jahit cross stitch sementara tunggu housemate balik dari kelas. 




AKU CINTA PADAMU dalam pelbagai bahasa.

projek terbengkalai..hi3

I LOVE YOU..YOU LOVE ME..he3


ni kenangan sue ngan x-housemate sue dulu. comel + manja macam baby.


nama anak-anak saudara sue..tahun depan bertambah lagi sorang, muat lagi kot nak tambah nanti.hi3


time tengah rindu..


yang ni PALING sue suka..sayang sangat:-)


sehati berdansa gitu..:-)


Mengabadikan tahun perkenalan kami dan tarikh kami diijabkabul..jangan salah faham pula, bukannya dalam masa 7 tahun kami bercinta. Amboii..ingat kami ni jenis couple yang setia giler ek?? masing2..notti..he3
Dari Kawan > Kekasih > Kawan > Kekasih > Musuh > Kawan > Suami


sue sengaja biarkan 0 kat ruangan bawah, mana tau leh taruk nama baby sue nanti..InsyaAllah..AMIN...

mengabadikan kenangan 1st anniversary kami..:-)

projek terbengkalai sebab housemate tegur gambar tu..xtau nak siapkan ke tak..tapi..ok apa??ganas tu beb..hi3

terjumpa kain lebih..muat2 leh siapkan benda ni. walau kecik, tapi sue suka tengok.

Cenderahati untuk Along sempena kelahiran Nadhirah


Cenderahati untuk kengkawan sempena Hari Guru







Sunday, May 1, 2011

Aura Perkahwinan ~ Prince William ♥ Catherine "Kate" Elizabeth Middleton

29 April 2011 ~ 5.30 petang > sue tengah bz check enrolmen pelajar (monthly return)..tiba2 k.lynn sampai n tanya nape x on tv?sue cakap xtau katne remote. alamak! lupa..rini Prince William n Kate Middleton Kawin!!!! sue terus simpan buku jadual kedatangan kelas n ngadap tv. Pastu, sorang demi sorang kengkawan lain turun tengok sama. Yang lawak, kakak2 tak sabo nak dengar pasangan tu sebut.."I do" tapi rupanya dorang sebut "I will"..he3 kiranya petang tu, ramai gak cikgu yang pulang lambat, biasanya loceng bunyi kul 6 petang, seme dah berterabur balik rumah.he3 Naper sue nak tengok sangat majlis perkahwinan ni, ek? sebab..nak tengok gaun pengantin.he3 de sumber cakap bapak kepada arwah Dodi al-Fayed menggesa Kate membatalkan perkahwinan ngan Prince William..nanti jadi macam si Lady D. Sue pulak pas tengok dokumentari THE ARRIVAL tu, rasa macam seram dan takut gak dengan kerabat diraja dan kaum kerabat Queen Elizabeth ni. Tengok jerlah apa yang berlaku pasni. Pepun, moga pasangan ni bahagia ke akhir hayat dan cepat2 menimang cahayamata:-)

Abadikan kenangan. Tengok kat TV pun jadilah..:-)

Hanis, K.Saodah dan K.Lynn (ketua ajk promosi acara petang tu:-))
Gambar sekitar  perkahwinan The Royal Wedding
Cake 'The Royal Wedding'

Hensem + Jelita

Loving Couple


Lady D ♥ Charles vs Kate Middleton ♥ William