Thursday, October 27, 2011

Kain Oh! Kain ◕‿◕

Sue giler kainnnnnnnn....!!!!! terbaru, sue beli lagi kain. Takpelah, simpan wat raya tahun depan. Lagipun tahun depan kalau projek SueLim jalan (arap2nya)..rasanya tak dang lah nak bersoping lebey2.. beli awal2, tak la sedey2 kan. Sue tak kisah kalau pattern tu dah ketinggalan zaman ke aper, yang penting baju tu sue baru pakai. Untuk kali ni sue beli 15 pasang dari member facebook sue..JOM TENGOK KAIN, Fiza. 1st time beurusniaga, baik macam mbr yang aritu sue borong kain corak batik untuk geng sesi petang..si Najmeyah:-)



Yang no 2 dari kiri, K.Mizah nak. Yang no. 2 dari kanan K.Sam nak.

Yang ni sue beli untuk adik2. Pastinya untuk sue selai.hi3

Wednesday, October 26, 2011

FASA 2_PERCUTIAN BERSAMA_TRANSPORT

Sebelum ni sue pening mikirkan transport di lokasi kami bercuti nanti coz K.ani takleh naik bas dan tak leh jalan jauh. Alhamdulillah..DIA permudahkan segalanya. Dua ari lepas, sue sms pada Irma dan dia sudi tolong kami dan katanya ...

>> mau kemanapun, irma yang antar, irma yang servis. pokonya, irma siapin semua dech. K.su tenang2 aja ya..

lega rasanya..so, kami tak yah fikirkan lagi pasal tranposrt. Walaupun dia kata tak yah bayar apa2..bak kata org2 lama..ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA.. (jangan wat2 tak reti base..hi) jadi, kami bersepakat bayar kos pengangkutan 200 hinggit sorang selama 3 ari kami di sana. Syukran Irma..

FASA 1_PERCUTIAN BERSAMA_PASPORT

23102011 > Seawal pukul 7.30 pagi SueLim kuar ambik laila n k.ani..terus ke Bimmer's, Laila belanja bekpes sempena birthdaynya ari marik. Hi3..pastu terus ke destinasi..settle keje, terus meronda di Giant (baru bukak di Kuching). Barangnya sama jer, cuma agak mahal ckit. Sebelum balik, lunch di Chilipeppers..nyamannnn..




Pantang jumpa bunga:-)

Sabar menunggu sejam:-)

Akhirnya...:-)

Housemate nak tayang rambut baru potong ari marik. Kacaklah juak..kuang3

Laila wif her Thai Fried Rice

Housemate wif his Chicken Roasted Rice

K.ani wif sandwich favouritenyer..ni menu sampingan:-)

K.ani wif her fav. menu..Chicken Chop

And me..wif my fav..ikan keli... Lalapan Pecal Lele:-)

FIRE DRILL..KRINGGGGGGGG

Aritu sampai je sue kat sekolah, nampak parking kena block. Baru tingat, arini de fire drill untuk budak2 form 3 (aktiviti pasca PMR). sue pe lagi..nampak motor besar, ambik peluang bergambo. tengah bergambo, rupa2nya abg2 n pakcik bomba kuar dari bilik mesyuarat. Tau takutt..lari cepat2..hi3


Bestnya kalau leh bawak motor ni. Paling besar pernah sue cuba bawak pun..RXZ jer..hu3

Matching baju ngan motor. K.Ani, K.Kiah n me:-)

Macam2 aneka kenderaan ada:-)

Tuesday, October 25, 2011

Imbuhan Untuk Diri Sue

Oktober 2011 > bulan ni de 3 benda yang sue plan nak beli dan alhamdulillah..akhirnya tercapai.hi3

BATA jer..tapi jenis ni memang selesa dipakai. Sori yer, pink color sebab yg sebelum ni kena curik:-)
Baru nak try produk ni. Naimah yang suggest. Tapi macam okey lar sebab tak berminyak pon.

Gatai bebeno nak b'makeup. Beli yg murah2 coz takut2 tak terpakai pon:-)

Taklimat Staf_last utk tahun 2011

17102011 > boss buat taklimat staf (last) untuk tahun ni. Macam biasa, Sue n razif beserta makcik cleaner kena kemaskan computer lab. Almaklum jadi tuan rumah. Bersih giler.hi3 yang penting, masa taklimat tu..ramailah yang 'panas'. yerlah, sape yang makan cili, dia la yang terasa pedasnya..kan? Boss sound : cikgu datang lewat ke sekolah, kawan yang tolong punch untuk kawan yang datang lewat, cikgu yang tak masuk kelas, cikgu yang bagi nota kat budak suh salin tapi dia sendiri tak masuk kelas, guru yang de skandal ngan budak padahal dah kawin. toing3 sue suka sangat sebab..dalam hati, moga insan2 tu sedar dan insaf tentang amanah dan tanggungjawab mereka sebagai C.I.K.G.U ! bahaya woo..kena soal di akhirat kelak. Yang sue kompius, camne boss tau seme tu? kuang kuang kuang..mesti boss de spy..takuttttt...

Nasyid ker ?? hik3

Yang Terhangat Di Pasaran

21102011 > Tak sangka kain yang ditempah dah sampai. Ya Allah, memang lawak kengkawan ni. Sue n k.mizah gi angkut kotak di opis, terus kena serbu. Sue lak de kelas, kalut la2 tu gak duk bahagikan kain. Memang kenangan tak leh lupa. Sempat gak snap 2 keping gambar untuk kenangan. Tapi sedeynya, sue tempah 2 helai..mummy Kam lak cakap nape tak ajak dia join sekali. Takut kecik ati, bagila yang sue punya selai. hu3


Wednesday, October 19, 2011

Peringatan Untuk Diriku X



Dalam banyak2 video Ustaz Azhar Idrus yang sue tengok kat youtube..sue paling suka yang ni sebab banyak peringatan dan teguran yang boleh dijadikan teladan. Al-maklum status sue sebagai seorang isteri. Alangkah beruntungnya seorang suami yang memiliki isteri macam yang ustaz cakap. Kepada housemate : sue cuba perbaiki diri sue, maaf di atas segala kekurangan. Tapi, abg takleh nak komen apa coz hantaran kawin kita bukanlah 10ribu macam ustaz ni cakap, kalau 10ribu lainlaaa...ha3

Monday, October 17, 2011

Sue berjaya wat Laksam (◕‿◕)

08102011 > Alhamdulillah..pertama kali dalam hidup sue..sue berjaya wat laksam. Teruk tol la..wife sapelah ni yer..tapi hepi sesangat la. Pastu ajakla k.ani, k.mizah sefamily dan tak lupa bagi kat k.jamayah (jiran depan umah) jadi juri masakan.hik3 pasni sue cuba buat lagila..mekasih kat Che Su dan Angah sue yang ajar:-)


Sue jumpa Hj Lokman..L.I.V.E ..◠‿◠

Sabtu lepas, SueLim temankan k.ani berubat ngan Hj Lokman. Hj Lokman yang selalu kuar dalam TV9 tu. Aritu su nampak dalam blog dia yang dia akan datang Kuching, sue bagitaulah k.ani dan alhamdulilah..DIA permudahkan segala urusan dan SueLim pun temankanlah k.ani pi jumpa dia. Kami sampai kul7pagi lebih kurang kat tempat tu, turn kami dah yang ke 47. Mak aii..lama lagila nampaknya. So, kami gi bekpes di Bimmer's pekena nasi kerabu dulu, pastu meronda area waterfront. Sempat lagi gi beli tudung kat wisma Satok.hi3 2x pi sana, masih belum sampai turn k.ani. Pas solat zohor, lepak2..barula sampai turn k.ani. Macam tak caya jer sue jumpa dia..hi3 kebetulan Ashraf takde turun Kuching ritu, kalau tak..sue dah snap gambo dengan dia.hi3 gatai nooo..pepun, 5 Disember 2012 umi dah booking berubat ngan Hj Lokman ni kat pusat perubatannya di Sg Pusu. InsyaAllah nanti jumpa dia lagi.







Thanks kat housemate coz korbankan waktu tidonyer di pagi sabtu:-)

K.ani sedang terima rawatan. Crius jer muka housemate.kih3

Friday, October 14, 2011

Kain Oh! Kain ◕‿◕

Dalam 2, 3 arini sue selalu tengok2 kain dalam facebook kengkawan..almaklum de bonus ujung taun, mulalah pasang angan2 tambah koleksi baju dalam almari. Mula2 terdetik di hati nak pakai baju sama2 ngan kak Mizah & kak ani. Masa mesyuarat pagi tu..tanya k.jijah nak tak dia pakai baju sama2..dia setuju..dia kata, pe kata kita reramai pakai sama2?maksudnya semua sesi petang. Sue pun berkobar2 tanya member yang tukang jual tapi sedey la bila dia cakap kain tu tak cukup untuk semua guru sesi petang. Kiranya terpaksa campur2 colornyer..

13 Oktober 2011 >> sue tanya pendapat kengkawan. Semua berminat, dorang kata takpe color lain, asal corak sama. Petangnya semua setuju beli. Sue memang macam tak percaya, kain2 laku dijual.ha3 de bakat gak jadi peniaga ni.kuang3

14 Oktober 2011 >> sue dahulukan duit sue bankin semua kosnya coz kengkawan kata dapat bayar bila dapat gaji 20hb ni. tak sabo nak tunggu kain2 ni..la la la laaa

Yg ni de 3 elai je > wong, pek lian n k.lidar yg amik.

Yg ni de 20 elai > 15 orang pilih yang ni.

Yg ni de 15 elai > so kami sapu semua:-)

Wednesday, October 12, 2011

Ni lah dia orang kiter...

Camne nak mulakan entry ni? pengalaman tak leh lupa? entah pe2? semalam masa duk ngintai2 koleksi kain dari fbok member, dengar orang duk berteriak..melaung..ingatkan de budak2 tengah ber'galok'. Mula tak sedap ati bila masih tak berenti lagi. Terus kuar bilik dan cari housemate. Takuttt..hi3 intai depan umah, de nampak motor parking elok je depan pagar rumah kiter, tapi orangnya mengadap rumah jiran yang lain. Kami fikir suami isteri gaduh..hi3 sebab masa ni, takde pun mane2 jiran kuar dan tengok. Kami duk ngintai jerlah.. tapi bila masih lagi tak berenti dan dia mula cakap merapu..nekad ambil tindakan lain. Jadinya..

11.41 mlm > kol polis Gita
11.52 mlm > kete polis sampai. nampak polis terus kuar dan gi kat suspek. jiran2 mula kuar..housemate pun mula gatai nak kuar, nak tau pe citer sebenarnya
1206 mlm > kete polis yang ke-2 sampai..sue lak masih duk ngintai, excited nak tau pe berlaku. Housemate lak duk bersembang ngan jiran2 depan rumah. Dengar de orang nyanyi lagu Negaraku..macam2 fikir. Suspek tu mabuk la tu kot.
1216 mlm > kete polis ke-3 sampai..suspek kena berkas..dan dibawa pergi
1218 mlm > majlis bersurai...hi3

rupa2nya suspek tu tengah lalok..idu gam!! masa polis check baju dia..polis tunjuk pe ni??? dia idu lagi..selamber dier jer...nyusah orang jer..rupa2nya jiran2 pun de kol polis. Mana tak sampai 3 buah kereta polis sampai! ishh2.. kejadian pertama berlaku di kejiranan ni. Mujur takde pe2 berlaku. Ni lah dia orang kiter..rosok2 !

Sunday, October 9, 2011

SI HITAM OH! SI HITAM

Camne nak mula entry ni, ye. Semalam entah camne housemate leh gi check roadtax kat cermin si hitam..pastu.. kebam kebam keboommm...hi3 alamakkk...expired dah..23 September 2011. Arini dah 10 Oktober 2011 !!! suel mati2 memang ingat birthday si hitam tu bulan ni. Mujur la dalam seminggu ni..takde road block katne2. Jadinya, pagi ni kebetulan takde kelas..housemate gi la sambung roadtax..alhamdulilah..si hitam makin bertambah umur, makin murahlah..melayang laa RM603 hinggit duit tabung aji housemate. Ciann..nanti dapat duit kutu, kiter topup balik duit tu, yer. Dan su masih terfikir..naperlah su mintak ngan k.bibut yang turn su dapat kutu tu bulan Oktober??? WHYYYYYY??? hi3

Wednesday, October 5, 2011

Kompius

Lebih kurang lagi sebulan 3 minggu  kami akan berhoneymoon (konon2nya) merangkap percutian bersama kengkawan. Tiket flight dah beli, bilik hotel dah ditempah dan dibayar..tapi, kondisi sekarang buatkan sue terfikir dan sentiasa berfikir..boleh dan patut ke kami pergi? Acik cakap macam berat hati nak pergi, SUELIM pun memang macam tu.. tapi..terfikir gak ngan kengkawan yang join sekali. Kalau kami bertiga tak pergi, camne lagi kawan kami yang berdua tu? kompius..kompius..kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan segala2nya. Apa yang mampu sue buat sekarang hanyalah berdoa, berdoa dan terus berdoa..moga 'dia' cepat sembuh seperti sediakala. Amin Ya Rabb.













Boleh sue teman akak ?

Majlis : Program Seminar Keibubapaan, Solat Hajat (Hari Lahir TYT/Kemerdekaan/Peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2011) dan Ramah Tamah Aidilfitri
Tarikh : 24 September 2011
Tempat : Dewan SHOAW dan Masjid Ar-Rahman

Alkisahnya..K.mizah dan suami dijemput datang ke SHOAW untuk majlis tu, tapi kebetulan Abg Lan keje pagi aritu. So, k.mizah mintak tolong temankan dia. Sue on jer, lagipun pagi Sabtu aktiviti SUELIM cuma T.I.D.O jer..hi3 nama majlis pun panjang berjela, 3 in 1..jimat masa dan budget. Tapi O.K la majlis ni..andainya SMK MATHIL leh wat majlis macam ni, memang kira oraitlah..(mampu ke idok??? hi3)

Time seminar keibubapaan, banyak gak info berguna yang dapat dikongsi walaupun sue ni bukan seorang ibu tapi manalah tau pas2 ni kan? kebetulan penceramah ni pun pas kawin lambat dapat anak, jadi..dia kata sape yang jadi ibu bapa tu memang patut bersyukur sangat2. Sue cuma angguk tanda faham, ala2 campur ngantuk..hi3 satu perkara je yang betul2 sue dapat ingat, katanya  >>> anak2 adalah ANUGERAH dari ALLAH kerana tak semua orang dikurniakan olehNya. anak2 adalah UJIAN untuk ibu bapanya samaada ujian dari segi susah@senang kerana tak semua orang alaminya. Anak2 adalah ASET untuk kehidupan di dunia & di akhirat buat kedua2 ibu bapanya hasil sifat SYUKUR di atas anugerah dan sifat SABAR menghadapi segala ujian. Jadi, semua ibu bapa patut bersyukur sangat2 kerana berpeluang menjadi IBU BAPA dan wajib memikul amanah yang diberi dengan sebaik2nya.. itu sahaja tazkirah Ustajah Suriani pagi ni..he3

Pas sesi ceramah, pengerusi jemput ibu bapa bersama anak2 ke masjid untuk sesi motovasi. Ibu bapa disuruh duduk sebelah anak2. Dalam kepala sue dah dapat agak, kompom de slot motivasi yang de nangis2..issshhh mana leh..sue ni jenis 'congek'..kang sue lak yang over nangis, padahal bukannya anak de kat situ.ha3 mujurlah k.mizah faham n sue contact Mar, lepak ngan dia kat bilik guru. Story2 kat bilik guru sekolah tu, ok gak, leh kawan baru:-)

Dekat nak masuk waktu zohor, sue gi masjid cari k.Mizah..tengok mata dia merah..hak! kan betul pe sue cakap. mujur sue tak join. ha3 sue sempat semayang zohor berjemaah jer pastu terpaksa cabut coz SUELIM terpaksa pergi rumah terbuka k.Azra.

Buat anak k.Mizah : Good Luck K.Long! Do the best! Chaiyok2..

Leh cupcake:-)

Seminar keibubapaan kat Dewan SHOAW. Cantik gak dewan sekolah ni:-)

Pengetua berucap selepas Ceramah motivasi. Seme mata merah2..hi3