Friday, July 31, 2009

Kawin...

Time aku check facebook aku, terpanggil untuk 'singgah' jap blog mbr lama aku. Pas baca catatan dia, aku rasa pe dia luah pernah terkena pada aku. Ni berkaitan pasal kawin la. Dah nasib pompuan, bila tak kawin2 lagi, mulala orang duk bising tanya bila nak kawin. Macam aku, dikategorikan lambat jugak la kawin..penghujung umur 27 tahun. Yang paling tak best, bila time kenduri kendara, orang duk tanya..bila nak kawin?tak jumpa lagi yang berkenan?memilih sangat kot..eeee..suka ati jer. De jugak yang akan cakap...si polan tu dah anak 2 tau, si polan kawin ngan engineer tau..watpe bagitau kat aku..ader aku kisah?hahaha...

Dorang ingat kawin ni main tangkap muat jer ker? Kadang2 bila kita nak, orang taknak. Orang tu nak, kita lak taknak. Kita nak, dia nak...de lak yang menghalang - belum cukup duitla, makbapak tak sukala, macam2 la.. Aku setuju ngan mbr lama aku tu cakap...berentikanlah duk nanya bila nak kawin pada orang yang belum kawin. Aku yang pernah berada dalam situasi macam tu, kecik ati tau.

Tapi aku rasa, memang dah adat mulut manusia ni duk sibuk je nak tau pasal orang. Kalau belum kawin, tanya bila nak kawin. Bila dah kawin n macam aku...belum dikurniakan anak, duk sibuk tanya...takde anak lagi? Sedih tau...ingat aku taknak ker? Aku berpegang pada kata-kata Angah aku...DIA tau pe yang terbaik untuk kita n DIA dah aturkan yang terbaik untuk kita. Sebagai hambaNya kita perlu redha apa yang telah ditentukanNya...tetapi kita juga perlu berusaha. Lain kali kalau orang tanya lagi aku naper belum de anak? tak cuba berusaha ker? aku akan jawab..tanya Tuhan. Dia tahu segala-galanya. Aku rasa kalau aku jawab macam tu, mesti orang tak tanya lagi kot..hihihi

Thursday, July 30, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-5

Alhamdulillah...dengan jayanya SMK Matang Hilir telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-5 pada 29-30 Julai 2009 bertempat di padang SMK Matang Hilir (29 Julai) dan Stadium Negeri (30 Julai).

Acara padang - Lompat tinggi, merejam lembing, melontar peluru dan...tarik tali diadakan di padang sekolah. Para atlit dan guru bertugas di padang sekolah, pelajar yang lain berkunjung ke pameran buku di Dewan Sri Cemerlang. Student sesi petang pun bersekolah waktu pagi aritu. Meriahlah sekolah...hehehe

30 Julai - SMK Matang Hilir berkampung di Stadium Negeri. Ni kali ke-2 aku ke stadium ni. 1st time datang, time jadi guru pengiring untuk Hari Kemerdekaan. Ni kali pertama aku join Hari Sukan coz aku masih baru di sekolah ni. Tapi best r tengok guru n pelajar sama-sama bekerjasama menjayakan kejohanan ni. Aku bahagian AJK Hadiah ngan k.hasmah, k.haiza n dayang. Relex la sikit kerjanya..heheh lupa lak bagitau, rumah sukan kat sekolah ni ikut warna - rumah kuning (rumah sukan aku), rumah biru, rumah hijau & rumah merah.

Paling aku suka, acara favourite aku..4 x 100 n 4 x 400...meriah! lawak pun de gak. Trek panas, de atlit tak pakai kasut..so, de budak yang berlari kat atas trek, pastu berlari kat luar trek (atas rumput), pastu sambung balik berlari kat atas trek..lawak..tapi, pe lagi..batal la. Yang paling lucu kami bukan main bersorak (bagi sokongan) kat budak2..mula2 budak rumah aku yang mendahului..alih2..terjelepuk jatuh. K.haiza, k.lesa, k.hasmah gelak n terus bagi sokongan budak dia (rumah merah)..alih2..budak dia lak..terlejepuk jatuh atas trek..hahaha..adil la kan.

Di akhir kejohanan, ada pertandingan kawad yang disertai badan beruniform dan wakil rumah sukan. Best tengok budak2 duk berkawad. Pepun, enjoyla kejohanan sukan ni (walaupun muka sunburn). Tapi, tak semeriah di SMK Meradong dulu (aku rindu meradong...). Yang takleh lupa, En. Amat Saimin (PK 1) berpantun time nak akhiri ucapan dia. Tak sangka lak dia leh berpantun. Yang penting, guru dan pelajar dah bagi 100% kerjasama n komitmen. Tabik spring la...hehehe... Tahniah Matang Hilir...teruskan menjejak kecemerlangan!

KEPUTUSAN MENGIKUT RUMAH SUKAN

Rumah Merah (520 markah)
Rumah Kuning (478 markah)
Rumah Hijau (477 markah)

Rumah Biru (390 Markah)


ATLIT TERBAIK MENGIKUT KATEGORI (LELAKI)

Kategori D - Mohd Effendi (Rumah Biru)
Kategori C - Razif bin Putit (Rumah Kuning)
Kategori B - Mat Shahrul Nizam (Rumah Merah)
Kategori A - Ahmad Hisyam (Rumah Kuning)

ATLIT TERBAIK MENGIKUT KATEGORI (PEREMPUAN)

Kategori D - Sandra (Rumah Hijau)
Kategori C - Maria Chuzen (Rumah Hijau)
Kategori B - Landia Cassandra Chai (Rumah Hijau)
Kategori A - Paula Bansi (Rumah Merah)


KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI (UNIT BERUNIFORM)

KADET POLIS (90.8 markah)
KADET REMAJA SEKOLAH (87 markah)
KADET BOMBA DAN PENYELAMAT (85.6 markah)
  • Kadet Polis di bawah bimbingan Cikgu : Connie, Affendi, Subhi & Abdul Rahman
  • Kadet Remaja Sekolah di bawah bimbingan Cikgu : Kamariah, Nurzi & Arifin
  • Kadet Bomba & Penyelamat di bawah bimbingan Cikgu : Bakri, Fuad, Azrina & Rajmah
KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI (RUMAH SUKAN)

RUMAH HIJAU
RUMAH MERAH
RUMAH KUNING


OLAHRAGAWAN SMK MATANG HILIR 2009

MAT SHAHRUL NIZAM
Pingat Emas untuk acara Merejam Lembing (pecah rekod sekolah), 1500m (pecah rekod sekolah) Pingat Perak acara 400m Pingat Gangsa acara 200m

OLAHRAGAWATI SMK MATANG HILIR 2009
MARIA CHUZEN
Pingat Emas untuk acara Lompat Tinggi (pecah rekod sekolah), 200m (pecah rekod sekolah),
4 x 400m (pecah rekod sekolah),
1500m, 400m
Pingat Perak acara 4 x 100m




AJK Hadiah/Cenderamata/Roset - aku, k.hasmah, k.rohaiza & dayang siti saudah.
AJK kami dibantu oleh Pasukan Pandu Puteri.

C. Wan Mohamad menyampaikan pingat untuk pemenang. Aku lak yang senyum lebih2..hehehe..

AJK Jamuan sedang sibuk mengagihkan makanan.
AJK Jamuan - K.Catherine, K.Katini, K. Hajijah Adi, K. Hajijah Sabli, K.Mega, Mdm Liew dibantu oleh Puteri Islam.

Aku n awek glamour..neny - Dayang Neny Merlisa

Seronok sakan member2 pas minum air milo...free tu..azizi leh jadi duta milo pasni..hehehe

Pengacara glamour...abree n k.saodah. K.saodah ni best sangat sorenya kalau nyanyi tau.

Pengacara glamour...abree in d house!!!

Pasukan Puteri Islam SMK Matang Hilir yang sibuk mengagihkan makanan kepada semua staf n pelajar. TQ.


Aku ngan Nia n Shereen (bekas pelajar aku tahun lepas) n member diaorang.

K. hasmah, k.haiza, aku n madam lesa...lepak jap pas puas bersorak.

K.Sarimah, K.leha, Mdm Chiew, aku & K.nordiah

Aku n k.mizah bersedia nak balik pas kejohanan n ronda-ronda sekitar Kuching.


TERIMA KASIH SEMUA !



Tuesday, July 28, 2009

My 29th birthday!


Alhamdulillah...dipanjangkan umur, masih sempat sambut hari lahir yang ke-29. Japje masa berlalu. Macam-macam fikir time ni... hala tuju arah hidupku, impian aku, life aku sebagai seorang isteri, kerjaya... ntahlah. Syukur setakat ni, hidupku sentiasa bahagia dengan adanya insan yang menyayangiku... thank's a lot. Ni kali ke-2 sambut birthday ngan housmate...heheh... ermm...thank's a lot for my luvly bro, Is...coz org pertama wish birthday kat aku. Terima kasih gak kat midah, zuya, syasya, gee, sharifah, geish, enny...korang masih ingat birthday aku rupanya...miss u all always.

Ingatkan sempena birthday aku, dapatlah ceria n bergumbira...rupa-rupanya sesampai kat opis, dapat surat kena settlekan EMIS, HEM, OPMEN n data ko-k. HEM nak kena anta esok, OPMEN 31 julai, EMIS before 3 julai, data ko-k lak 3 julai. Esok lak hari sukan kat sekolah. Lusa lak sukan kat stadium. arggggghhhh..tension! harapnya sempat lah aku settle seme keje ni. InsyaAllah.

Ops! lupa...tak sangka lak students aku kelas 1 Intelek wat surprise sambut birthday aku. Si asraf bagitau felecia kumpul duit semua sape yang sudi bagi untuk belikan kek yang warna pink tu. Terharu sangat. Tak sangka dorang yang acap kena marah aku bila dorang wat hal sanggup wat surprise untuk aku. First time de students sambut birthday aku...first time gak student aku suapkan kek untuk aku....isk!isk!uwaaaa....rasa macam nak nangis tapi control la depan dorang..hehehe.. dan tak salah rasanya aku minta makcik kantin sediakan dorang nasi n minuman dan kami sama-sama makan time rehat. Balasan la kiranya tu...hihihi..

For all my students- 1 Intelek..thank's a lot. Luv u all always... felecia, evelyn, magdaline...cikgu taktau camne nak ucap terima kasih kat korang. Jangan nakal-nakal tau, jangan nak buat cikgu naik angin tau...hehehe..


Monday, July 27, 2009

Mohd. Isyraf Danial b. Mohd Isham

Semalam (26 Julai 2009), k.aiza jemput ke rumah dia untuk majlis kesyukuran sempena duk rumah baru dan majlis akikah putera ke-empatnya...Mohd. Isyraf Danial b. Mohd Isham. Majlis berlangsung bermula kul 10 pagi hingga 2 petang. Niat di hati nak pergi awal...tapi memandangkan housemate time macam tu mesti pergi main futsal, terpaksala tunggu dia balik rumah dulu...rasanya aku n housmate orang terakhir sampai kot. Alhamdulillah...masih de rezeki untuk kami...nasi beriyani. hehehe.. Sebelum sampai rumah baru k.aiza, tersesat lak. Aku la yang silap nengok pelan jalan. Terpaksala k.mizah datang jemput dan tunjuk jalan. Malu gak..tapi control r...heheh..

Punyalah bersemangat baby Danial..montok..geram je nengok..baru je 3 bulan 16 hari, berat sekarang dah 7.8 kg. Time melawat k.Aiza dalam pantang dulu, kecik lg rasanya. Danial lahir 10 April 2009. Danial..suka sangat nama tu. Kalau de rezeki dikurniakan putera suatu hari nanti, nak je taruk nama baby..Danial Haikal. Macam nama watak dalam novel cinta...hehehe...pepun, Danial...auntie Su n uncle Lim doakan Danial menjadi anak yang soleh, sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya sentiasa. Amin...

Time melawat baby...masa ni, baby belum cukup sebulan umurnya...


Mohd. Isyraf Danial b. Mohd Isham


Isyraf Danial kepenatan...



Sunday, July 26, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan..

Sempat lagi berposing sementara k.mizah beli bekalan makanan..hehehe..


Penceramah sedang menyampaikan ceramah manakala semua staf sedang khusyuk mendengar..



Pada 25 Julai 2009, pihak pengurusan SMK Matang Hilir telah mengadakan dengan jayanya satu lagi kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua stafnya bertempat di Makmal Komputer 2 bermula pada pukul 0800 pagi sehingga 1245.


Kursus ini dibahagikan kepada 2 slot. Slot pertama berkaitan Pengurusan Tekanan/Krisis manakala slot kedua terisi dengan tajuk Pengurusan Bilik Darjah. Kedua-dua slot disampaikan oleh Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh daripada IAB Cawangan Sarawak.


Alhamdulillah, pelbagai info dan teknik menangani tekanan serta bagaimana menguruskan bilik darjah dikupas dan disampaikan dengan menarik melalui tayangan video dan slaid yang menarik. Yang paling best, diajar teknik “ketuk-ketuk” untuk menangani stress. (Suka ati jer sebut. Pe nama ntah teknik tu..hehehe..) Semua rerakan mencuba. Macam lawak tetapi berkesan. Yang paling best, geng yang duk area belakang. Sentiasa ceria dan bergumbira. Ada jer...yang keluar macam-macam makanan...macam poket doraemon.


Ermm...hasil daripada kursus ini, timbul kesedaran betapa beratnya amanah yang perlu dipikul dalam mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Layakkah aku bergelar guru? Adakah aku telah melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya? Allahua’lam. Pasal stress...semua orang pernah “stress”. Macam aku, lagilah... Yang penting, setiap tekanan perlu diatasi agar takkan berlaku perkara buruk di kemudian hari.


Kepada semua rakan…anggap setiap tugas yang kita dapat sebagai amanah dan bukannya sebagai bebanan. Kalau setiap kerja dilakukan dengan ikhlas, InsyaAllah…DIA akan permudahkan segala urusan kita dan pasti ada ganjaran untuk kita di akhirat kelak. Amin…


Terima Kasih Untuk Semua…




Wednesday, July 22, 2009

Matahariku...


Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau...

Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi...

Dengarlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu
...


Mencintaimu...


Rossa - Ayat Ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan


Buah hati pengarang jantung...

Mohd. Adib Fikri, Mohd. Akram Fidai'y, Nur Hawariah Liana, Mohd. Irsyad, Mohd. Irfan, Karimah, Khalisah, Khalilah, Khairiah, Mohd. Naufal, Fawwaz Hakimi.

Semoga kalian mempunyai kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi cabaran hidup yang penuh pancaroba ini. Kukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya yang Esa. Jadilah hamba Allah yang soleh dan solehah supaya kalian takkan sesekali tergelincir dari landasan agama yang telah ditetapkan Allah dalam menjalani kehidupan yang penuh berliku.
Amin Ya Rabb.

Kalian sentiasa di hati kami tiap masa dan ketika...

SMK Matang Hilir, Kuching

SMK Matang Hilir telah ditubuhkan pada 1 Disember 1991. Sekolah ini menumpang dan berkongsi bangunan dengan SRK Tan Sri Dato Haji Mohamad, Taman Malihah, Matang. SMK Matang Hilir dimulakan dengan lima buah kelas, iaitu tiga buah Tingkatan 1 dan dua buah tingkatan Peralihan. Seramai 188 orang pelajar bersama dengan 10 orang guru telah menjadi warganya pertama. Pelajar-pelajar ini adalah dari sekolah-sekolah rendah yang berdekatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Dengan tertubuhnya SMK Matang Hilir, ibu bapa di sekitar kawasan Batu Kawa dan Matang tidak perlu menghantar anak-anak mereka jauh ke sekolah lain di Kuching. Tahap pencapaian akademik sekolah ini adalah setanding dengan sekolah-sekolah lain di kawasan Kuching.

Sesi persekolahan telah dibahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pagi dan petang bermula pada tahun 2004. Sekarang SMK Matang Hilir mempunyai 57 buah kelas, Tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan 5. Bilangan pelajar bertambah berlipat ganda. Enrolmen pelajar terkini adalah seramai 1918 orang.

Semoga SMK Matang Hilir akan terus menjejak kecemerlangan seiring dengan visi dan misi sekolah yang menjadi sekolah cemerlang di negeri Sarawak pada tahun 2011 dan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, berdaya saing serta berakhlak mulia dalam memenuhi aspirasi negara.


Tuesday, July 21, 2009

For all teachers..

  • Don't tell them how to do it, show them how to do it and don't say a word. If you tell them, they'll watch your lips move. If you show them, they'll want to do it themselves.
  • One of the most important things a teacher can do is to send the pupil home in the afternoon liking himself just a little better than when he came in the morning.
  • One of the beauties of teaching is that there is no limit to one's growth as a teacher, just as there is no knowing before and how much students can learn.
  • When someone is taught the joy of learning it becomes a lifleong process that never stops, a process that creates a logical individual. That is the challenge and joy of teaching.

Sekadar renungan bersama...

Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W. Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu...

Semoga kekal abadi...Amin Ya Rabb