Showing posts with label Si Dia. Show all posts
Showing posts with label Si Dia. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

14 Disember 2012 ~ Happy 5th Anniversary

Pejam celik, pejam celik..14 Disember lepas...genap 5 tahun SueLim bersama dan berbahagia. Bersyukur sangat2 Allah bagi peluang pada Sue untuk menjadi seorang isteri kepada insan yang bernama Mohd Abdul Halim bin Mohd Abdul Wahid yang penyayang, sabar, hormat orang tua, bertanggungjawab...dan yang penting, bendahari yang hebat dalam menguruskan kewangan SueLim. Hi3

buat si suami ~ 5 years ago,  i've made the most wonderful man in the world, to be my husband. The partner in life. To have and to hold, from this day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish, 'till death do us part. Love u much Mohd Abdul Halim bin Mohd Abdul Wahid.

~ Lokasi kami berhoneymoon sempena anniversary kami tahun ni ialah di Langkawi Island. Alhamdulillah, percutian berjalan lancar. Syukur pada Allah memberikan kami peluang bersama-sama menikmati keindahan pemandangan ciptaanNya.









Tuesday, November 27, 2012

Sue sedey..hu3

Ermm..tak tau nak mula dari mana. Lamanya dah tak update diari elektronik sue ni. Alkisahnya..sue terpaksa berjauhan dari mr. hubby. Cuti sekolah macam nilah dia dapat berbakti untuk ayah dia, sue pulak kena jaga SPM kat cni. So, kami terpaksalah berjauhan. Kau di sana, aku di sini. eceh3..hik3

Bila sampai je kat Kuching (sue ditemani anak sedare su, Adib as bodyguard)...jiwa terasa melayang (ecehhh..lebih2 pulak). Tapi betulla...bila masuk je rumah, sue rasa kosong. Tercari2 dia walau tau dia takde..isk isk uwaaaaa... Bila kat dapur, tingat dia..sue suka usik dia time dia masak (bukan sue masak!ha3).    Bila tengok tv, tingat sue suka kaco dia..

Abanggggg....sayang rindu..isk isk uwaaaaaaaaaaa

Lambatnya 17 ari berlalu...hu3


Monday, May 21, 2012

Abang...Selamat Hari Lahir Yang ke-32

Hari lahir saper? bukan sue..tapi housemate sue..japje kan? dia dah 32 tahun.hik3 rasanya tahun ni macam sue nak wat surprise kan dia.

1st ~ sue tak bagitau dia yang sue belikan kek spesel untuk dia
2nd ~ dia tak tau sue belikan hadiah untuk dia
3rd ~ dia tak tau sue buatkan movie spesel untuk dia..

sue hepi bila dia cakap dia terharu dan tak sangka sue akan belikan kek spesel untuk dia, buatkan movie spesel untuk dia, belikan dia hadiah..isk!isk! uwaaaaaa..sedih gak bila de orang hargai kiter.ha3

~ Abadikan kenangan sebelum ke Pai Thai Tomyam ~

19 Mei 2012 > Menu kami meraikan b'day 3H1N ~ Halim, Haikal, Halifi, Nurul








Suker sangat dia dapat kek spesel! 'wat gane de gambo atah kek ni? 'hensem lok abg atah kek ni!' ha3 




Cupcake from ummi (k.mizah) untuk anak2 ~ alip, aikal, along


Suker sangat kek ni. Sayang nak makan.hik3




Hadiah anak2 k.mizah untuk suelim dan k.ani. Thanks dear:-)



20 Mei 2012 > Malamnya, sue bagi adiah untuk birthdaynya..ayat dia : ''owoh..ni yang wat abg terharu ni..b'day syg, syg nok bende?'' eceh cehh..ha3


Malamnya..try pakai baju dan suar baru. eh2..perut abg makin buncit laa..ha3 


21 Mei 2012 > Sue postkan video yang sue buat khas untuk birthday dia..benarnya, dah lama upload kat youtube, cuma tunggu birthday dia nak surprisekan dia. ayat dia : ''kellas lah syg, syg wat gane jadi gini?mmg terharu wase abg'' ha3



Video ni sebenarnya sue buat khas untuk sue dan dia imbas kembali detik perkenalan kami yang penuh suka dan duka sehingga kami selamat disatukan di jinjang pelamin. Betul kata orang, soal jodoh ni bukan urusan kiter tapi DIA. De kala bercinta bagai nak rak tapi tak jadik kawin. Begitu juga kami..kawan - couple - kawan - couple - kawan - suami isteri.

~ Semoga perkahwinan kami berbahagia sehingga ke syurga, Aaamiin Ya Rabb

Friday, May 11, 2012

Hari ini bermula penuh keceriaan...


Kenapa?

Sebab pagi ini sue berpeluang sediakan bekpes untuk si dia sebelum dia pergi ke sekolah. Kalau hari sekolah biasa, sue memang tak sediakan bekpes coz dia spesis sama dengan sue..spesis yang camne? (takleh story kat sini..he3)

Dia ke sekolah? yer..coz dia de Kem Bistari Solat  dan...

Sue ke sekolah jugak? yer..sebab arini ari ganti sekolah untuk cuti nanti..hu3 dan hari ni budak sesi petang mula start exam.

Moga hari ini terus ceria dan gembira buat sue..(semalam ari sakit ati..he3)

K laa..nak jemur baju, nak masak, nak kemas rumah..sebelum ke sekolah kul 11 nanti...

Tuesday, May 1, 2012

Jawapan Tulus...

Isteri : Abgggg..camne kalau memang sampai tua..sampai mati..kiter takde anak?
Suami : Nak wat camner, memang DIA dah tetapkan kiter takde rezeki...
Isteri : Nanti abang kawin lainnnnnn..:-(
Suami : Naper abang nak kawin lainnyer, abang yang de masalah kan? lainlah kalau sayang tak mampu...hik3
Isteri : Oooo..mana aci! kalau isteri yang tak subur @ tak mampu..suami boleh je kawin lain, naper perempuan tak leh???
Suami : Perempuan mana boleh. Lelaki jer boleh:-)
Isteri : Ggrrrrrrrr...(sabo jerlah)

Sunday, April 22, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke-4

Sebenarnya, original file dah t'hapus masa format laptop aritu. Mujurla su download kat youtube. Walaupun dah lama berlalu, setiap kali tengok..mesti emo..sebabbbb..ntah laaa..rasa macam japje SUELIM dah 4 tahun tapi yang paling sedih, sebabbbb..SUELIM masih berdua...

Monday, April 16, 2012

T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H

Tahun ni tahun ke 9 sue jadi cikgu dan selama jadi cikgu, tak pernah beli laptop pun. hi3 dah tu, dari mula start mengajar..PPSMI diperkenalkan dan cikgu yang ajar subjek PPSMI dibekalkan laptop. Pastu bila kawin, housemate bagi pakai laptop dia. Tapi memandangkan usia laptop ni dah hampir 5 tahun dan dah beberapa kali diformat + memandangkan kat rumah dah pasang streamyx + masing2 dah makin cbuk nak online..housemate belikan laptop baru time PC Fair ritu.. jadi, bermula 6 April 2012..usia laptop baru tu..nak tengok sampai biler ia mampu bertahan.hi3




rombongan cik kiah ke PC Fair:-)

Monday, August 8, 2011

Amboii..sukanya dia..

posing jap ngan baju raya


Baru hari ke 6 kita berpuasa, baju raya dia dah siap. Suka je dia baju dia dah siap. Balik rumah, terus pakai. Hi3 Tahun ni tema color family sebelah dia..kuning ala2 gold gitu Sebelah family sue lak, biru.. Ermm..tak sabar nak beraya..hi3

Wednesday, August 3, 2011

Cian kat dia..

Alkisahnya..housemate sue memang peminat tegar bola sepak @ futsal. Sebelum ni tiap kali petang sabtu, dia kuar gi main futsal ngan gengnya. Tapi..dalam bulan 5 rasanya..lututnya injured. So dia fikir nak cuti kejap, pas cuti sekolah aritu nak sambung balik main futsal. Malangnya, aritu dia terpeleot pulak..jadi tak taulah samaada pas raya nanti dia leh teruskan hobinya atau tidak. Cian dia..resah gelisah je tak dapat main. Mujurla sekarang pose, tak la dia terkilan sangat. Sabo ek..hihihi
tapi benarnya sue ok gak..takla sue sorang2 kat rumah. kuang3 


Friday, June 17, 2011

21 Mei 2011 = 31 tahun???

Hepi b'day to you My Luvly Hubby..

21 Mei 2011 - Birthday housemate yang ke 31 tahun..makin tua dia..sue masih 30 tahun..hi3 tahun ni kami kuar makan2 kat Secret Recipe..try menu yang K.Ani suggest.
Komen housemate : >> Dok sedap pon..tomyam nape.tawor hebe..Tapi bila bagi kek fav. dia..blueberry..bertanya la pulak dia..Kalau mari cni plok lain kali, nok oyat name nape kek ni???hi3


Bagi sue, sedap gak menu ni, tapi bukan taste dia:-)

Housemate di usia 31 tahun.

Pagi hari di usianya yang ke 31 >> kami ke Serikin, balik dari Serikin, singgah rumah jap dan cadangnya nak pergi lunch kat luar. Berlakulah insiden yang paling sue takut sekali...KUNCI RUMAH tertinggal dalam bilik, termasuk kunci spare..pe lagi??? orang tengah letih+mengantuk+lapo..potpetpotpet..sue lak takut masa tu (orang bersalah, biasala..) tapi tengok muka dia yang merah padam + mulut tak berenti berleter..nak gelak, tapi cuba tahan..wat muka sedey mohon simpati..ha3 

Tak pe lah..kiranya tahun ni hadiah birthdaynya sue bagi tombol pintu baru..ha3

Tombol lama:-)

Tombol baru >> 1st time housemate belajar pasang;-)

Friday, April 1, 2011

Perihal diriku???

Hari ini..2 April 2011 ketika ini..1.30 petang, su kat rumah k.Ani. Housemate pergi hantar Ayah Chik ke a-pot, pastu dia akan ke Samarahan. Malam baru balik kot. Bagi menghilangkan boring, su lepak rumah kat Ani. Ermm..kat facebook ada macam-macam aplikasi pasal diri. So, su rasa elok la su abadikan kat sini. Bila baca, de gak yang tepat pasal diri dan ada gak yang tak ada langsung kena mengena.

 >> Su lahir pada 28 Julai 1980  dan housemate su pada 21 Mei 1980. Jadi, sedikit sebanyak pada su dan housemate...
  
Rahsia Kelahiran Mengikut Tarikh
~Tarikh Lahir Pada 21hb
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat. 
~Tarikh Lahir Pada 28hb
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka, berterus terang dan jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan Islam
                 ~28 Julai 1980 (15 Ramadhan, 1400 Hijriah)
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat. 
                 ~21 Mei 1980 (6 Rejab, 1400 Hijriah)
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

 Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan 

 ~JULAI
-amat suka didampingi pasangan
-suka dimengerti oleh pasangan
-sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
-amat mudah dipujuk dan berterus-terang
-amat menghargai kesetiaan pasangan
-mengambil berat dan mengasihi pasangan
-berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
-mudah terluka dan lambat untuk pulih
-suka merajuk dan dipujuk
-setia terhadap pasangan
-suka mendengar dan tidak suka membantah
-cemburu terhadap pasangan
-suka menilai dan menjaga perhubungan

~MEI
-amat mudah jatuh cinta
-baik dan jujur dalam perhubungan
-pandai menarik hati pasangan
-perasaan cinta yang mendalam
-mudah untuk dipujuk
-kurang suka untuk sentiasa bersama
-mudah menerima cinta seseorang
-pilihan yang tepat dalam berpasangan
-nekad untuk menjaga hubungan yang baik
-pandai mengatur hidup pasangan
-suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
-sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
-ambil berat dalam menjaga hubungan



>>> Darah su jenis O..dan mengikut aplikasi tu..su..
“Bersifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi dirimu agar tidak dikuasai dengan tekanan"

 >>> Su dilahirkan pada hari Isnin..dan sifat wanita mengikut Tajul Muluk..
" Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan, Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.


>>> Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W. Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu…selamanya. InsyaAllah..



Tuesday, October 20, 2009

Tahniah!

Tahniah untuk housemateku yang selamat melapor diri bertugas Jumaat lepas (16 Oktober). Semoga menjadi warga pendidik yang berkarisma, berketrampilan, berintegriti dan menjadi pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. he3

Walau apa, walau kenapa, walau sampai bila, walau bagaimana..ku sentiasa di sampingmu..kerna ku tercipta buatmu..SAYANG SELALU..