Showing posts with label Kain. Show all posts
Showing posts with label Kain. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Kain Oh! Kain ◕‿◕

Sue jadi 'tokey kain' lagi...hi3 alkisahnya, terjumpa kat facebook orang jual kain secara borong. Bila tunjuk ke kengkawan, majoriti nak join beli. Sue tolong settlekan semua. Sabtu lepas bankin, k.Ani dahulukan duitnya. InsyaAllah dalam minggu ni sampai kain kami..dalam 20 pasang. Sonoknyaaaaaa...

Tuan punya kedai kain.

Kain2 yang diorder.

Thursday, October 27, 2011

Kain Oh! Kain ◕‿◕

Sue giler kainnnnnnnn....!!!!! terbaru, sue beli lagi kain. Takpelah, simpan wat raya tahun depan. Lagipun tahun depan kalau projek SueLim jalan (arap2nya)..rasanya tak dang lah nak bersoping lebey2.. beli awal2, tak la sedey2 kan. Sue tak kisah kalau pattern tu dah ketinggalan zaman ke aper, yang penting baju tu sue baru pakai. Untuk kali ni sue beli 15 pasang dari member facebook sue..JOM TENGOK KAIN, Fiza. 1st time beurusniaga, baik macam mbr yang aritu sue borong kain corak batik untuk geng sesi petang..si Najmeyah:-)



Yang no 2 dari kiri, K.Mizah nak. Yang no. 2 dari kanan K.Sam nak.

Yang ni sue beli untuk adik2. Pastinya untuk sue selai.hi3

Friday, October 14, 2011

Kain Oh! Kain ◕‿◕

Dalam 2, 3 arini sue selalu tengok2 kain dalam facebook kengkawan..almaklum de bonus ujung taun, mulalah pasang angan2 tambah koleksi baju dalam almari. Mula2 terdetik di hati nak pakai baju sama2 ngan kak Mizah & kak ani. Masa mesyuarat pagi tu..tanya k.jijah nak tak dia pakai baju sama2..dia setuju..dia kata, pe kata kita reramai pakai sama2?maksudnya semua sesi petang. Sue pun berkobar2 tanya member yang tukang jual tapi sedey la bila dia cakap kain tu tak cukup untuk semua guru sesi petang. Kiranya terpaksa campur2 colornyer..

13 Oktober 2011 >> sue tanya pendapat kengkawan. Semua berminat, dorang kata takpe color lain, asal corak sama. Petangnya semua setuju beli. Sue memang macam tak percaya, kain2 laku dijual.ha3 de bakat gak jadi peniaga ni.kuang3

14 Oktober 2011 >> sue dahulukan duit sue bankin semua kosnya coz kengkawan kata dapat bayar bila dapat gaji 20hb ni. tak sabo nak tunggu kain2 ni..la la la laaa

Yg ni de 3 elai je > wong, pek lian n k.lidar yg amik.

Yg ni de 20 elai > 15 orang pilih yang ni.

Yg ni de 15 elai > so kami sapu semua:-)

Thursday, August 18, 2011

Kain Oh! Kain


Sue rasa sebut pasal kain, memang sinonim ngan ompuan laa..tapi, sue rasa bergantung pada jenis pekerjaaan jugak la. Zaman lepas STPM dulu, sue berminat nak jadi pegawai kastam..masa tu sue suka tengok uniformnya. Alih2 jadi cikgu, tapiii ok watt…??? Hi3 Bila jadi cikgu, kenalah banyak baju..kan jemu lak pakai baju sama jer (alasan yang sue bagi kat asben). Sue rasa semua cikgu macam ni..rasanya pas 4 bulan, baru nampak pakai baju masa minggu pertama di bulan pertama. Ha3

Sue ni jenis selamba dan bukan jenis yang pakai baju mahal2 pon. Asal menutup aurat dan masih muat, sue pakai jer. Jadi jangan terkejut la, bukan takat baju masa sue belajar kat U..tapi, de baju yang sue pakai mengajar..ialah baju masa sue Form 4. Kuang3 Bagi sue, setiap baju mengingatkan sue pada sesuatu yang berlaku dalam hidup sue dan sue lak jenis yang cukup menghargai setiap kenangan bersama teman2 dan insan tersayang. Lebih2 lagi kalau baju tu orang yang kasi, kan?

Sue bercerita pasal kain bukan apa, tadi bukak almari..jumpa kain2 yang kawan2 bagi yang belum sempat anta jahit. Sue suka kawan2 sue ni coz dorang selalu jer bagi kain kat sue. Ha3 pasni gi anta kat tailor senyap2, bukan apa..nanti asben perli. Kih3