Sunday, July 31, 2011

Selamat Hari Lahir ke-31..SURIANI

28 Julai 2011 - Genap sue berusia 31 tahun. Kejap je masa berlalu. Sue rasa terharu bila kengkawan nyanyikan lagu bday buat sue kat sekolah. Sue ni ganas tapi emo gak kadang2..hi3 sue rasa terharu gak bila call pakwe ayah tersayang..ucap terima kasih coz kerana adanya CIK & POK.. sue wujud di dunia ini dengan izinNya..

Terima kasih buat semua kengkawan yang wish bday sue kat facebook, yang hantar sms kat sue. Terima kasih kerana mendoakan yang terbaik untuk sue. Bagi sue pulak, tiada lain yang sue minta dariNya, cuma bagi sue peluang menjadi seorang ibu..AMIN..k la sue stop cni dulu, sensitif bila fikirkan pasal cahaya mata ni..:-(

present from teman rapat

present from sorang student ni..:-)

cake from adik2 : Naimah & Suriati. Sue makan sorang je kek ni..hi3

Wednesday, July 27, 2011

Sue suka dia..

Macam lain je bunyi..tapi, jangan salah faham k. Semua ada penyanyi pujaan kononnya masa zaman muda2 dulu, kan. Sue ngaku la sue dah tua la ni..ha3 tapi cuma nak share sape penyanyi pujaan sue zaman dulu2..n sehingga sekarang..dan sue masih ikuti perkembangannya sampai sekarang. Sue rasa sue start minat dia ni masa study kat U dulu, duk beli CD, VCD dia (yang lanun punyalah..takkan nak perabiskan duit PTPTN beli yang ori, kan?) ha3 kalau sensorang, duk tiru dia menari (ayoyooo..malu kalau ingat). Sekarang ni sue tak tau mana pergi CD, VCD tu..mujurlah dengan adanya zaman canggih ni..leh la melepaskan rindu.. Kenapa sue suka dia? sebab sue rasa bestnya kalau body su macam dia..hi3 lagi satu, suara dia memang lain dari yang lain. Tak nak lah cakap banyak..tengok jelah sape yang sue suka sangat ni..


Bengkel Verifikasi Data SMM

Tarikh : 25 - 26 Julai 2011
Tempat : PPD Padawan

Sue dapat tau pasal bengkel ni bila boss forward sms from PPD. Pagi Isnin tu masa otw ke PPD, baru PK 1 call bagitau pasal surat jemputan ke bengkel.hihihi..

Pe sue leh citer pasal bengkel ni, ye. PENAT GILER sebab kami bertungkus lumus cuba meminimumkan ralat sebaik mungkin. Kes ni jadi camni sebab berlaku pertembungan data antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Tak nak salahkan mana-mana pihak. Tapi benda ni takkan berlaku kalau masing-masing jalankan tugas sebaik mungkin. Sue taklah kata yang data sekolah sue 100% bersih, suci murni..hihihi

Tapi sue memang letih sangat..pagi Isnin sampai petang pastu balik rumah, sambung sampai kat kul1 pagi..pastu sambung lagi dari kul8 pagi hari Selasa sampai kul1 petang. memang dahsyat! tegang rasa urat leher, sakit bahu, sakit pinggang. mak aiiii..tapi kami berpuas hati sekurang2nya hasil gabungan data kami akhirnya lebih bersih dari sebelum ni dan tak lah boss kami berasa malu bawak data dari PPD Padawan ke Sibu pada hari Rabu tu:-)

Tahniahlah buat semua guru data..walaupun de sorang tu yang sue geram sebab tak nak ngaku salah (sempat lagi nak marah ni!) hi3.. tapi camnilah perangai sue..kalau sue rasa betul, orang tu tak nak ngaku salah..memang cari pasal la orang tu!!! AKU TETAP AKU!!!

Gambar ni takde kaitan ngan bengkel.kah3 su snap gambar taman rumah sewa su time tunggu mbr su datang ambil su. Umah sewa su yang warna kuning tu laa..:-)

yang tuudng biru tu, Mar..juga banyak tolong su..baik sangat dia ni.

yang tengah baju biru tu, Jong..mbr yang banyak tolong su bab2 data ni:-)

yang kanan tu, c.yunus..banyak tolong en.hassim sepanjang kami berbengkel.

hasil gabungan data at final..ok la sebelum tu, de yang F..haru betul.

ni hasil semakan data sek su, yang ralat Tahap 1..memang ralat munasabah..kira OK la..hi3

ole2 leo2 dari en.hassim..our boss.. seme hepi sebab 1st time dapat. lawak..macam budak..kah3

Sue sibuk...

S.I.B.U.K
bukan sebab buat kerja rumah, bukan sebab buat kerja sekolah tapi...
S.I.B.U.K 
cari maklumat tentang..
penginapan
pengangkutan
tempat jenjalan
tempat soping
kos seme2

untuk

honeymoon kami seterusnya

dan 

percutian kami julung2 kalinya bersama kengkawan...
TAK SABO RASANYA..



Sue garang???

SEMEMANGNYAAAAAA...rasanya sape yang rapat dengan su tau salah satu feel sue ni. Yang paling sue tak leh lupa..de salah sorang anak sedare kesayangan sue pernah panggil sue..CHE SU AUUMMM..knp auummm? kan sinonim dengan harimau..harimau kan garang..he3 

Naper sue postkan entry ni??? benarnya, de salah sorang kawan lama sue 'add' sue dalam facebook. Sue terima jelah sebab kenal n dia ni sama sekolah rendah dengan sue dulu. Yang sue tak leh lupa..dia post kan sesuatu kat FB sue..

a'kum hai..msh ingat kwn-2 lame dibangku sklh rendah dulu?saye msh ingat kata-2 terakhir dimrhi oleh awak iaitu SERABUT.kat paka mase tu.jadi disini saya ingin minta maaf dr awak suami isteri.selagi awak tak maafkn saya selagi itulah kata-2 awak menghantui fkran saya selame ini .saya hrp awak fhm begitu jg dgn suami awak .saya tiada maksud lain.

sue rasa nak tergelak pun ada..sebab dia masih ingat insiden di petang tu..kalau tak silap, tahun 1999@2000. kedua..tak sangka insiden tu menghantui dia selama ni..sebabnya, sue betul2 dah lupa kalau dia tak ingatkan..hihihi
alkisahnya..masa tu sue keje kat Paka, kat kedai buku..sementara tunggu result SPM. ada satu hari tu dia kebetulan pergi kedai tu dan terjumpa sue. mula2 ok..sue layan dia sebagai kawan sebab dia satu sekolah rendah dengan sue, kan?tapi pastu, sue rasa terganggu sebab dia macam nak ushar sue (mak aii..sue bukan perasan, ok?hi3) selalu datang kat kedai sue keje.pastu lalu depan rumah sue.sue tak suka.masa tu hati sue milik seseorang dan tentunya sue tak nak la kalau si dia fikir sue curang.

pendekkan cerita..petang tu time nak tunggu bas kat bus stand, dia datang dan ajak borak..sue buat dono kalau tak silap..tapi, dia masih macam ajak nak berborak..akhirnya, taulah sue yang jenis panas baran ni.. sue bangunnn..n terus jerit..SERABUTTTTTTTTTT...dia terus blah. masa tu su baru tengok sekeliling. orang lain yang tunggu bas seme tengok sue. sue buat muka poyo dan terus duduk. sue ni jenis kalau marah, memang tak peduli..ikut suka jer pe nak buat. bad atttitude, kan??? tapi pas insiden ni, sue tak jumpa dia lagi dan dia tak kaco sue lagi.he3


bila sue kenangkan balik selepas baca post dia kat facebook tu, sue rasa nak gelak pun ada, tapi sue rasa bersalah sangat dengan tindakan sue tu, tapi per nak buat..benda dah berlaku..tapi dia pun silap gak, silap tackle orang yang giler macam sue ni.ha ha ha haruuu..

>> sue benarnya tak suka di'tackle' orang..seingat sue, sape yang pernah jadi pakwe sue, sue yang tackle dorang rasanya. ha3...termasuk la housemate sue sekarang..saaaaaayang awak!

Wednesday, July 20, 2011

Sue masih tak sihat...

Dari hari Selasa minggu lepas sampailah hari ini..sue dalam keadaan tak sihat..demam+batuk+selsema. Sekarang dah tak demam, batuk + selsema, masih. ayoyo...mengganggu waktu p & p. bila bercakap, batuk. nak cakap kuat, batuk. time gi kat meja budak nak ajar part yang masih dorang tak faham, control semacam kot meleleh hingus. ha3 yang tak best, bila malam..tak dapat tido sebab batuk + tak selesa nak bernafas.rasa serba tak kena. isshhhh...tak best.hu3

Ya Allah! sembuhkanlah sue...ampunkanlah segala dosa sue...Amin...

Kawan sue kata..sakit ni elok, sebab penghapus dosa. Dia kata sue ni banyak dosa, kot. hampeh tul.hi3

Sue naik angin!!!

Baru jer balik dari sekolah dan terus update diari kesayangan ni untuk melepaskan geram. Malas nak lepaskan geram di facebook, kot2 de students lain yang baca @ pihak tertentu yang baca. Almaklum, jadi cikgu ni senang menjadi sasaran! Dah lama sue tak naik angin dengan budak2 rasanya. Kenapa hari ni kesabaran sue memuncak???

1) Hanya 9 orang yang bawa buku teks sedangkan dah berpuluh-puluh kali sue pesan "jangan lupa bawak buku teks setiap kali waktu P & P"
2) Hanya seorang yang bawa jangka lukis n protraktor sedangkan dah sue pesan 2 kali sebelum hari ni supaya bawak.
3) Sue tunggu group samseng tu selama 15 minit dan bila dorang masuk, bukannya nak bukak buku, dorang berborak dan buat sue macam tunggul!!! selepas 5 minit dan dorang masih tak berubah.....

DUMMMMM!!!!!!!!(malas nak citer)

yang sue ingat, k.Jijah Adi masuk dalam kelas dan heret budak2 yang bermasalah keluar dari kelas dan seterusnya cikgu Irwan tolong settle. sue tak tahu pe berlaku selepas tu sebab sue tak nak tahu.

maka...tinggallah 9 orang budak yang bawa buku teks dan sue mengajar dorang macam biasa, seolah2 tak berlaku apa2, sampai akhir masa. sue malas nak mention kat sini budak tu dari kelas mana, kot2 se student sue terbaca blog sue ni. Yang pasti, kelas ni paling glamour bagi sesi petang dan dah banyak rungutan dari guru2. 

Selama ni sue guna pendekatan secara lembut dan nampaknya dorang sudah melampaui batas! rasanya sejak berstatus isteri orang, sue dah berubah karektor. Tapi, kalau dorang nak sue yang sebenar, DIALU-ALUKAN. Dah lama sangat rasanya tangan dan kaki tak berexercise. sue rasa budak2 sekarang KURANG AJAR sebab dorang tahu, cikgu tak boleh sentuh dorang! nak salah sape jadi macam ni? KPM??? parents pulak jenis menangkan anak! mana tak budak sekarang menjadi2 perangainya. Kalau budak lembab, sue tak kisah..sue boleh ajar sebab sebagai cikgu memang tugas dan amanah kami. Semua cikgu nak studentsnya berjaya. Tapi... dahlah LEMBAB + KURANG AJAR +  GATAL = MANGKUK HAYUN, 

Sekian, terima kasih.


Tuesday, July 5, 2011

Sue hepi...

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Friday, July 1, 2011

Majlis Makan Malam "Terima Kasih Cikgu"

1 Julai 2011 - Majlis Makan Malam sempena Hari Guru Peringkat Daerah Padawan diadakan di Sarawak Club. Setiap sekolah perlu ada wakil dan SMK Matang Hilir meminta beberapa orang guru berkenaan menghadiri majlis untuk menemani Tuan Pengetua..hi3 dan..sue antara individu yang.."saya yang menurut perintah".

Ok la majlisnya, makanan pun ok la..cuma time selingan karoake tu..aduhhh..pekak telinga. Orang yang bertugas untuk PA system tu tak alert ke yang sound kuat giler, nak makan pun macam xde mood coz tension..hi3

Pepun, enjoyla dinner malam tu sebab semua sporting n giler2, meja 16 >> meja paling bising!he3
Yang paling penting, malam tu sue pakai baju sutera kesayangan sue suatu masa dulu. Angah sue bagi baju ni masa sue Form 5..kiranya 14 tahun yang dulu.he3 muat lagi tuuu..bukan sebab maintain je bodi tapi..dulu2 su suka pakai baju besar2, sebab tu masih muat.kah3

Wif K.maton - peminat kronik artis korea..he3

wif k.lisa - cikgu sporting & caring

Majlis dirasmikan oleh Encik Selbi b. Seman, Pegawai Pelajaran Daerah Padawan,

Menu malam tu:-)

Our boss, Pn Hjh Dyg Mastura bt Awg Hassim bersama sijil pengiktirafan untuk SMK Matang Hilir.

Wakil SMK Matang Hilir