Tuesday, September 8, 2009

Bersua lagi..

Salam untuk semua. Dah lama sangat rasanya tak update blog ni. Sibuk dengan tugas-tugas harian. Pe berita terbaru???

Semalam, Angah mesej bgtau sepupu kami -Saifudin, anak kepada Pok Su dan anak Abg Samad (abg ipar Angah) dan anak K.su lemas di Sungai Pinang Merah, Paka. Sedih sangat time kol Angah dan cik. Angah citer mula-mula sorang dulu jatuh, yang 2 lagi tu cuba nak tolong. Bila tengok abangnya jatuh, Saifullah (anak Pok Su yang sorang lagi) berlari balik ke rumah bagitau walidnya. Bila walidnya sampai, seme dah takde. Semua orang berkumpul reramai kat tepi sungai. Pihak Polis dan Bomba datang membantu. Kul 9.05mlm Angah bagitau arwah Saifudin dah jumpa. Kul9.55mlm, Nurul bagitau anak K.su dah jumpa dan setakat ini (9.9.2009, 5.15pagi), anak Abang Samad belum dijumpai. Alhamdulillah,arwah Saifudin n anak abg Samad dah selamat dikebumikan semalam.

Hari Isnin (7.9.2009, 9.30pg)...terima sms dari K.Katini bgtau Cikgu Charlie (guru BI di sekolah kami) meninggal dunia akibat ketumbuhan otak. Ari Jumaat lepas, kami sempat melawat reramai pas ambulans hantar dia ke rumah. Hilang seorang warga pendidik SMK Matang Hilir.:-(


****************************************************************************

Lupa lak..seronok lak lepak kat rumah time cuti sek baru-baru ni. Masa ni lah mula start giler berkebun kat Facebook..hihihi.. barn buddy, farm pals, sunshine ranch, sunshine garden, lil farm life n yang paling best layan..farm ville.. hihihi Syasya yg introduce ni..

Cuti aritu gak, de exam PTK (27.8.2009). Hentam jerlah, tak tau la camne keputusannya. Housemate pun de exam (26-27.9.2009). Aku doa sangat2, dia lulus dengan jayanya..Amin..

Kami tak gi ronda mana-mana kecuali sempat pergi Serikin jer, beli telekung sembahyang yang Along pesan. Yang harunya, tertinggal sepasang walhal dah bayar. Sadis tul:-(

Ermmm..pe lagi ek??? Ha!lupa..cuti baru ni gak..kami dah mula berpuasa..22 Ogos 2009. Semoga Ramadhan tahun ini menambah keberkatan untuk kita semua. Bebudak kat sekolah nampak macam lemah jer..penat berpuasa. So, aku consider la kat dorang..takla marah2 kat dorang. Sabarrrrr.. pas raya nanti kalau dorang malas-malas lagi, siap ar! hihihi

****************************************************************************

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan Selamat Pengantin baru buat Zuria Hanim dan Mohd Fairus yang selamat diijabkabulkan pada 30 Julai 2009. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat, sentiasa diberkati n dirahmati olehNya sentiasa..Amin..

Zuria ni member sesekolah (SMK Meradong) dulu. Dia posting 2005, course sama dengan aku (Edu IT), Universiti pun sama (UUM). Budak yang baik, lemah-lembut n pendiam. Mohd Fairus tu orang ganu..sama negeri tuuu.. hi3

Buat Zuria - akak doakan sentiasa bahagia n dapatlah pindah ke ganu nanti..:-)


Ayunya Cik Zuria Hanim kiter..ops! Puan Zuria Hanim. hihihi

Pengantin bersama ibu bapa kedua belah pihak.

Wah3..fairus duk menjeling isterinya..:-)

Pas akad nikah. Alhamdulillah..selamat jadi suami isteri.


No comments:

Post a Comment