Alhamdulillah..akhirnya segala yang dirancangkan, dipermudahkan segalanya olehNya..banyak sangat nak citer benarnya tapi dah lama terbantut nak update blog ni. Dah ingat2 lupa pasal percutian kami ke Medan.hi3
29/11/2011 Selasa
Umi dan ayah hantar kami bertiga ke LCCT. K.ani dan Laila dah lama sampai sana. Tak sempat nak makan sama-sama, sempat tapau Dunkin Donut dan roti jer. Kul 9 mlm (waktu malaysia) dengan pesawat AK1356 kami menuju ke Medan. hi3 Japje rsnya dlm flight, tak sampai sejam. Dalam 55 minit jer perjalanan kami. Borang imigresen pun tak sempat habis isi..tup2 dah sampai. Sampai jer, dah disambut pakcik supir My Dream Hotel. Sampai jer kat hotel, terpegun jugaklah tengok hotelnya. Oklah kiranya. Irma dan Dani sampai hotel, terus bincang pasal agenda esok hari. Pas settle pasal bilik, sempat gi cari bilik K.mizah n family. Borak2 jap jer coz..esok nak jalan jauh, kena tdo cepat..excited bangat dech.
30/11/2011 Rabu
Dalam kul10 pagi, kami check-out dan terus bertolak ke Brastagi (~ kami berlima+Irma+dani n radja+abg Din). Sebelum bertolak ke Brastagi, kami singgah branch kat Rumah Makan dan Buffet ACC. Puas hatila makan kat situ. Macam2 ada. Rupa2nya, taklah jauh sangat perjalanan kami. Tak sempat nak boring pun coz pemandangan dalam perjalanan pun menarik.
Dalam kul 1.30 petang, kami dah sampai di Mikie Holiday Resort, Brastagi. Pas check in untuk 2 buah bilik, lepak2 jap dan solat..petangnya, kami melawat kebun strawberi dannnn…ke tokong Buddha yang BESAR punya. Kami macam kompius nak masuk atau tak tp dah org bawak situ, masuk dan bergambar jugaklah. Momen paling best time kami ke Puncak Gundaling. Indahnya ciptaan Tuhan..cantik sangat pemandangan. Geram nak naik kuda tapi bila hujan mula renyai2, batalkan niat. Beli cenderahati sikit dan terus balik. Plannya selepas tu, nak ke Pasar Buah tapi memandangkan hujan lebat, terpaksa batalkan niat dan terus ke resort dan berehat.
Malamnya, kami kuar makan kat kedai abg Din suggest ~ RM Famili. Nampak kedai semacam je dari luar, tapi bila masuk dalam..nampak banyak gambar artis yang datang makan kat situ. Murah jer makanan kat situ. Sayuran segar2 semuanya. Brastagi ni macam Cameron Highland la lebih kurang. Memang best bermalam kat situ. Cuaca sejuk giler.
1/12/2011 Khamis
Paginya kami bersarapan dulu kat kedai yang sama kami dinner semalam. Ekceli, kami dah order apa yang kami nak makan n minum, nak jimat masa kononnya.hi3 pas makan, terus bertolak ke Parapat. Tapi sempat singgah di Air Terjun Piso-piso. SubhanAllah..cantiknya pemandangan. Takjub rasanya. Seterusnya kami menuju ke Danau Toba. Sepanjang perjalanan, memang cantik tengok Danau Toba dari jauh. Sempat gak berenti kat tengah jalan, snap gambar kejap. Mujur abg Din sporting.hi3 Jalan berliku2, pening gak tapi abg Din kira driver yang ganas laa, kami memang tabik springlah. Hi3
Sampai je sana, abg Din terus call mbr dia. Memandangkan kami nak cepat, nak tunggu feri..lecehlah. Bila penuh, baru dia ‘jalan’. So, kami tempah bot laju. Punyalah seksa nakleh naik bot. Tapi memang seronok tengok keindahan Danau Toba.
Akhirnya, di Pulau Samosir kami disambut kawan abg Din. Dialah yang duk bercerita segala2nya pasal perkampungan tu dan kaum Batak. Best citernya, tambah ilmu pengetahuan. Macam dalam kelas sejarah pun ada gak.hi3 Yang paling xleh lupa, berkesempatan pakai baju dan perhiasan Raja Batak dan isterinya. Mak jemah dan abg mail lambung jadi model la lebih kurang. ha3 Pas beli cenderahati, bertolak ke darat. Almaklum, perut dah lapo.kih3
Abg Din bawak kami lunch di Restoran Minang II. Mula2 gelabah gak bila kedai tu ditutup, rupa2nya berpindah tempat. Alhamdulillah, ada jugak rezeki kami nak merasa. Restoran ni besar, layanan pun mesra, surau pun ada disediakan. Pas solat, kami berangkat ke Medan. Terasa jauh sangat. Kesian tengok abg Din, memang penat dia memandu. Dari Danau Toba ke Medan lebih kurang 6 jam jugak jauhnya.
Sampai di Medan, kami singgah di Iga-iga Bakso. Makan lagiiiii…hi3 yerlah, alang2 datang Medan takkan tak nak rasa Bakso kan. Yang paling kami suka jusnya. Memang asli dan tiptop! Su suka sangat jus alpokat. Sedapppp…(seme sedap bagi su yang kuat makan ni..hi3) pas makan, kami ke rumah K.nor, nak jumpa familynya. Perut kenyang + tubuh letih + mata ngantuk = kami takleh lama, terus ke My Dream Hotel dan Zzzzzzz…
2/12/2011 Jumaat
Memandangkan semalam cik abg su makan bakso (perutnya perut nasi)..pagi2 lagi dia cakap, lapooo.. so, kami bersarapan kat hotel jer coz janji ngan Irma kul10pg. Tak best bekpes situ, ntah apa2 menunya. Tapi sebab lapo, telan jerlah. Pas check-out, kami ke a-pot. Tinggal barang kat situ coz kereta Avanza tu sarat dengan barang. Pastu, Irma bawa kami ke shopping complex (lupa dah nama), pastu ke Pasar Ikan (pasar lama). Murah2 gak barangnya. Sempat lunch kat shopping complex tu, pastu terus ke Istana Maimun dan Masjid Raya. Pas snap gambo lebih kurang, kami berkejar ke a-pot.
Macam2 cerita berlaku kat sini (malas nak citer..hi3)..kami pun dapatlah relex sementara menunggu flight yang kononnya akan berlepas kul 9.20mlm. Alih2 memandangkan cuaca buruk di KL, flight delay. Dalam kul1 pagi jugak (waktu Medan) gak kami berlepas ke LCCT dengan pesawat AK1357. Letihnya mak aiiii..
Sampai je LCTT, kami duk berbahagi barang. Almaklum, barang bercampur aduk. hi3 Laila n k.ani, cikim datang jemput. Kami lak kena ambik bas untuk ke KL Sentral. Sempat minum dulu kat kafe.hi3 Penat giler, tapi kami sabo menunggu. Mekasih kat adik ipar, si Amid yang jemput kami di pagi hari kat KL Sentral. Sampai jer, tunggu subuh..pas solat subuh, terbungkang tak sedar diri..Zzzzzzzz
KOS kami ke Medan
~ tiket flight = RM 202.30
(tiket ni beli time offer, ekceli RM77 jer, tapi tu belum campur bagasi, seat dll )
~ kos penginapan kami untuk 3 malam RM379.40 berdua
(kami tempah hotel dari agoda)
~ kos pengangkutan kami di sana, kami sepakat bagi kat irma RM 200.00 sorang
(okey sebab pasal pengangkutan semuanya dia uruskan, siap ole2 bermacam2 dia bagi kat kami coz katanya baki dari duit kami)
~ kos makan > kami bergilir2 bayar untuk kami berlima dan berlapan. so, sorang agak2 dalam= RM 200.00. Itupun tak sampai
~ untuk ole2, tak tau berapa habis. tapi SueLim tukarkan 2K, dapat berjuta2..hi3 yerlah
10,000 rupiah = RM 3.52
50,000 rupiah = RM 17.60
100,000 rupiah = RM35.22
so, kami berbelanja untuk sorang tak sampai RM1000. Tak termasuk ole2, key. Sue gi pun nak jalan2, bukan untuk soping.
Okeyla kan. Yang penting, enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
No comments:
Post a Comment