Sunday, May 8, 2011

Facial > Serikin > Fast Five

6 Mei 2011 > Arini sue gi awal sekolah sebab..k.aiza cakap nak wat facial untuk sue. Kul1 sampai kat sekolah, kami mulakan operasi di surau. Best jer facial muka ni..pas wat facial..k.aiza makeupkan sue sikit.he3 (istilah makeup bagi sue bila pakai eye shadow, sebab..sue ni simple je) perasan 'berseri' la muka ritu. Bila masuk kelas 1K..budak2 tegur..

>eiii..kacak cikgu ari tok! 
>>oo..ari tok jak kacak..ari lain sik kacak??
>sikk..ari lain kacak juak..tapi..ari tok nang kacak!
>>yerlah tuu..k, open your text book, page..
>belajar kah cikgu?
>>aoklah..belajar..
(dorang ingat pas puji cikgu, tak yah belajar la ritu..he3)

* 1K kelas paling last untuk Ting. 1..sue ajar Math..budak2nya, de yang Ok..tapi ramai yang lemah dan perlukan perhatian lebih..aduhaii..cabaran untuk gurunya lah..nak wat camne, amanah kan?

posing sat pas facial..he3

produk yang k.aiza guna..produk baru, k.azra yang 'introduce'kan.
7 Mei 2011 > Sue ke Serikin untuk kali ke ...??? dah lupa la.. Benarnya, housemate bawak kawan dia+isteri+anak2 ke Serikin. Sue asalnya nak carikan topi kulit kayu yang ayahanda nak, tapi takde. Teringat lak yang Gee (bestfren masa form 6) minta tolong belikan kain batik. Sue lak teringin nak beli kasut..tapi yang sue berkenan takde saiz.hu3 pastu tak tau naper, rasa nak beli beg. (sue ni mmg jenis tak suka handbag, handbag hantaran kawin dulu pun sue bagi kawan). Minah brutal!ha3 cuaca ritu memang panas, berdenyut kepala rasanya. Balik dari Serikin, lunch kat kedai Abg Man Tomyam, terjumpa Suzalita..dia de bagitau pasal satu gerai kat Serikin yang jual kain batik yang lebih murah harganya berbanding gerai lain. Ala..terkilan la jugak, sebab dah terbeli..apa nak buat, tak de rezeki Gee.

kain batik Gee..Gee cakap, beli jer camne2 pun, sue beli jerlah mana sue rasa berkenan..hi3

beg untuk sue. tapi..tak tau pakai ker tak nanti:-)
Malamnya, pas maghrib sue temankan housemate pergi jemput kawan dia sefamily, ke rumah kawan housemate lagi sorang..dinner kat situ. Best wife dia masak..asam pedas ikan patin. Pastu, sue n housemate gi dating jap..kat Medan Pelita..layan citer..FAST FIVE!best tahap gaban! mana tak best..kete tiptop + aksi mantop + ompuan sexy + hepi ending + yang paling penting..The Rock vs VIN DIESEL..i likeeeeeee...kerh kerh kerh




7 Mei 2011 > Arini sue kurang sihat. Tubuh lemah+kepala denyut..takde mooooddddddd...penat kot seharian semalam kuar jenjalan. Aktiviti sue rini..cuma iron baju kerja sue+housemate. Rumah, housemate yang uruskan. Thanks, housemate..hi3 malam, housemate masakkan makanan favourite sue. Thanks sekali lagi, housemate..hi3 k..sue tido dulu..arapnya bangun pagi esok, kepala dah ok..amin.

makanan favourite sue..MEGI..:-)

Friday, May 6, 2011

Rindu Setengah Mati..


Cinta tidak semestinya bersatu...
Mencintai tidak semestinya memiliki... 

Setiap orang, mesti ada lagu yang memang dia minat giler, kan? Sue lak, minat lagu ni. Sue tak tau kenapa..1st time dengar, sue nangis sorang2. Sue rasa betul2 menyentuh perasaan dan membuatkan sue teringat seseorang. Sedey dengar tapi best layan.he3 Lebih2 lagi bila lagu ni OST kejora dan bintang. 

Kepada seseorang >>> Terima Kasih kerana pernah hadir dalam hidup Sue..jiwang la pulak.ha3 isu sensitif niii..taklah, sue gurau jer, k. *^_^*

Tuesday, May 3, 2011

Hobi Sue ~ Cross Stitch

Cross stitch ~ sue mula belajar benda ni masa darjah 4 kalau tak silap, masa tu tengok along dan angah duk buat benda ni. Pastu masa su darjah 6, cikgu Tunas Puteri suruh sue siapkan kalimah Bismillah kalau tak silap. Sejak tu, sue mula minat dengan cross stitch ni. 

Banyak kenangan dengan cross stitch ni. Rasanya hasil cross stitch sue ni selalu sue bagi pada orang yang 'special' dalam hidup sue. Sape tak dapat hasil cross stitch sue, kiranya tak 'special' la tu.he3 masa belajar dulu, pernah jugak member suruh buat time birthday pakwe dorang. sue ingat lagi masa sue kat U dulu, time kena present untuk paper Public Speaking..sue buat tajuk cross stitch, siap dengan demo lagi. Entah r..sue rasa benda ni jer sue boleh buat. Kerja perempuan lain macam masak, menjahit..tak reti la..kuang3 

Impian sue, bila sue ada rumah sendiri nanti..sue nak buat satu sudut cross stitch (dalam bilik bacaan/bilik solat). Kiranya segala hasil kerja sue, taruk kat situ. Berangan jer lebih, entah bila dapat buat rumah.he3 

Kat sini, sue sertakan hasil kerja sue time housemate belajar dulu. Masa tu, sue boring time cuti sekolah + sensorang, jadinya..sue duk jahit cross stitch sementara tunggu housemate balik dari kelas. 




AKU CINTA PADAMU dalam pelbagai bahasa.

projek terbengkalai..hi3

I LOVE YOU..YOU LOVE ME..he3


ni kenangan sue ngan x-housemate sue dulu. comel + manja macam baby.


nama anak-anak saudara sue..tahun depan bertambah lagi sorang, muat lagi kot nak tambah nanti.hi3


time tengah rindu..


yang ni PALING sue suka..sayang sangat:-)


sehati berdansa gitu..:-)


Mengabadikan tahun perkenalan kami dan tarikh kami diijabkabul..jangan salah faham pula, bukannya dalam masa 7 tahun kami bercinta. Amboii..ingat kami ni jenis couple yang setia giler ek?? masing2..notti..he3
Dari Kawan > Kekasih > Kawan > Kekasih > Musuh > Kawan > Suami


sue sengaja biarkan 0 kat ruangan bawah, mana tau leh taruk nama baby sue nanti..InsyaAllah..AMIN...

mengabadikan kenangan 1st anniversary kami..:-)

projek terbengkalai sebab housemate tegur gambar tu..xtau nak siapkan ke tak..tapi..ok apa??ganas tu beb..hi3

terjumpa kain lebih..muat2 leh siapkan benda ni. walau kecik, tapi sue suka tengok.

Cenderahati untuk Along sempena kelahiran Nadhirah


Cenderahati untuk kengkawan sempena Hari Guru







Sunday, May 1, 2011

Aura Perkahwinan ~ Prince William ♥ Catherine "Kate" Elizabeth Middleton

29 April 2011 ~ 5.30 petang > sue tengah bz check enrolmen pelajar (monthly return)..tiba2 k.lynn sampai n tanya nape x on tv?sue cakap xtau katne remote. alamak! lupa..rini Prince William n Kate Middleton Kawin!!!! sue terus simpan buku jadual kedatangan kelas n ngadap tv. Pastu, sorang demi sorang kengkawan lain turun tengok sama. Yang lawak, kakak2 tak sabo nak dengar pasangan tu sebut.."I do" tapi rupanya dorang sebut "I will"..he3 kiranya petang tu, ramai gak cikgu yang pulang lambat, biasanya loceng bunyi kul 6 petang, seme dah berterabur balik rumah.he3 Naper sue nak tengok sangat majlis perkahwinan ni, ek? sebab..nak tengok gaun pengantin.he3 de sumber cakap bapak kepada arwah Dodi al-Fayed menggesa Kate membatalkan perkahwinan ngan Prince William..nanti jadi macam si Lady D. Sue pulak pas tengok dokumentari THE ARRIVAL tu, rasa macam seram dan takut gak dengan kerabat diraja dan kaum kerabat Queen Elizabeth ni. Tengok jerlah apa yang berlaku pasni. Pepun, moga pasangan ni bahagia ke akhir hayat dan cepat2 menimang cahayamata:-)

Abadikan kenangan. Tengok kat TV pun jadilah..:-)

Hanis, K.Saodah dan K.Lynn (ketua ajk promosi acara petang tu:-))
Gambar sekitar  perkahwinan The Royal Wedding
Cake 'The Royal Wedding'

Hensem + Jelita

Loving Couple


Lady D ♥ Charles vs Kate Middleton ♥ William



Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

27 April 2011 - 5.00 petang >> k.haiza bagitau de majlis pagi esok kat Dewan Suarah, kena pakai baju batik. Dewan Suarah?Baju batik? su tak tau katne Dewan Suarah, mujur k.tini pergi sama..leh su tumpang dia.he3 Sebenarnya sue tak sangka dapat APC ni. Tahun ni tahun ke 8 su berkhidmat sebagai guru. Sue rasa, kat SMK Meradong dulu sue lebih berjasa (agaknya :-)) memandangkan tahun ni baru tahun ke 3 sue di SMK Matang Hilir. Apapun, bersyukur di atas rezeki dan anugerah ni. InsyaAllah..sue akan lebih berusaha untuk menjadi guru yang lebih cemerlang di masa akan datang (mampu ker?) hi3

Penerima APC 2010 SMK Matang Hilir 
  • En. Wan Zainaudin bin Wan Junaidi
  • En. Mohammad Subhi bin Abdul Latif
  • En. Tan Chuang Chiok
  • En. Jamri bin Jais
  • Pn. Katini June anak Milow
  • Pn. Rujanah binti Kasimun
  • Pn. Rohaiza binti Thani
  • Pn. Rozalina binti Baharuddin
  • Cik Halimaton Amirah binti Ngah
  • Cik Norlisa binti Mohammad Jerry
  • Pn. Suriani binti Mat Saat..hi3
Terima kasih buat rakan2 seperjuangan. Sama-samalah kita memantapkan lagi profesionalisme perguruan kita. Hidup Cikgu!kih3


peace from c.tan n k.ton. k.aiza control ayu..hi3

berdebar2 mcm ari konvo je rasa:-)

bila lapo, seme makanan jadi sedap:-)


k.lisa, k.ton, sue, k.aiza, k.tini

c.tan, jamri, c.subhi, sue, k.ton, k.aiza, k.tini, k.lisa
Tarikh : 28 April 2011
Tempat : Dewan Suarah, Kuching
Acara : Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Pelajaran Bahagian Kuching)
Disempurnakan oleh : Yang Bhg. Encik Abdillah Bin Adam, Pengarah Pelajaran Sarawak 

Bilangan Penerima APC 2010

Pejabat Pelajaran Daerah Kuching                 599 orang
Pejabat Pelajaran Daerah Padawan               168 orang
Pejabat Pelajaran Daerah Bau                         59 orang
Pejabat Pelajaran Daerah Lundu                      47 orang


Jumlah keseluruhan                                        873 orang