Sunday, April 22, 2012

Si Hitam dah berumur..hi3

Niat di hati nak delete gambar2 lama dalam hpon, terjumpa gambar2 si hitam ni. So, abadikan kenangan si hitam kat diari sue ni..hi3

26 Disember 2011 ~ makeupkan si hitam. dah lama tingin nak, de duit lebih..spent untuk si hitam.

Ini dapat free:-)

16 Januari 2012 ~ tak sampai sebulan bagi adiah kat dia, dia buat hal dah ! sampai hati si hitam ni! kopak duit  RM350

Si hitam jarang sangat wat hal. Mungkin sebab tahun ni usianya dah dekat 6 tahun, dia mula nak menguji tuan dia kot. Sue sayang sangat ngan si hitam ni, banyak sangat kenangan dan si hitam ni la aset pertama sue beli. Tapi bila dia buat hal, housemate bising..nak tukarkan si hitam. Kecik ati tuan si hitam..hi3 tapi kalau ikutkan ati, sue nak si hitam ni bersama ngan sue sampai bila2. Harap2nya pas2ni si hitam jangan buat pasal lagi, key!

Rezki MinAllah...

Rasa2nya semua kakitangan kerajaan sedang tersengih lebar..almaklum lagi 3 ari gaji masuk beserta tunggakan dari bulan Januari aritu. Mula2 sue macam cuak gak sebab dengar2nya macam bulan depan jer yang masuk, tapi bila check slip gaji..alhamdulillahh..leeeeeega sangat2. Syukur Ya Allah.. ermm, tapi.. suka memang suka tapi aduhhhh...terpaksalah sue edit satu persatu gaji staf dalam sistem. Cobaaaannnnn... tak perlah, yang penting..syukran Ya Allah..

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke-4

Sebenarnya, original file dah t'hapus masa format laptop aritu. Mujurla su download kat youtube. Walaupun dah lama berlalu, setiap kali tengok..mesti emo..sebabbbb..ntah laaa..rasa macam japje SUELIM dah 4 tahun tapi yang paling sedih, sebabbbb..SUELIM masih berdua...

Terima Kasih..Teman

Sue jarang berchat kat ym..kat fbok pun..kebetulan nak sent email kat kawan, tiba2 de teman lama yang menyapa. Tergezut coz lama tak nampak kat ym@facebook. Rupanya dia dah close dia punya account facebook. Dia tanyakan pasal sue..belum de rezeki jadi 'ummi'? su terus sebak dan mampu menjawab.. sue dah tak nak fikir lagi pasal anak. sue dah putus asa. sue hanya redha dan pasrah saja. Kalau ada, ada..kalau tak ada, sue tak kisah. Tapi dia kata.. >>> jangan macam tu sue, sue jangan putus asa, sue perlu usaha, jangan cepat menyerah kalah. Arul tau sue jenis kuat semangat. Sue bukan jenis orang yang lemah. Sue terus tersenyum.. Terima kasih Arul, teman yang amat memahami, teman yang sentiasa bersama sue ketika sue gembira dan duka..suatu ketika dahulu.  Dan yang paling sue rasa hepi + sebak..dia kata..kalau sue kat sini, Arul leh bawak anak Arul jumpa sue.. ~ yer, sue hepi kerana boleh berkongsi kasih dan rasa mempunyai seorang anak. Terima kasih Arul !

Monday, April 16, 2012

T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H

Tahun ni tahun ke 9 sue jadi cikgu dan selama jadi cikgu, tak pernah beli laptop pun. hi3 dah tu, dari mula start mengajar..PPSMI diperkenalkan dan cikgu yang ajar subjek PPSMI dibekalkan laptop. Pastu bila kawin, housemate bagi pakai laptop dia. Tapi memandangkan usia laptop ni dah hampir 5 tahun dan dah beberapa kali diformat + memandangkan kat rumah dah pasang streamyx + masing2 dah makin cbuk nak online..housemate belikan laptop baru time PC Fair ritu.. jadi, bermula 6 April 2012..usia laptop baru tu..nak tengok sampai biler ia mampu bertahan.hi3




rombongan cik kiah ke PC Fair:-)

BBQ beramai2...

Sempena cuti pertabalan Agong ritu (11 April 2012) Panitia Agama dan jQaf sekolah housemate wat piknik + BBQ kat Matang Family Park. Seminggu tu sebelum tu housemate dan bagitau plan ni. Tugas pun pakat agih masing-masing. Tugas SueLim sediakan minuman + berkongsi beli daging kambing untuk BBQ. Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan memang best coz dapat berendam. Al-maklum air dan sue umpama lagu dan irama, tak dapat berpisah.hi3 tapi yg paaaaling sue suka..daging kambing bakar coz 1st time cuba makan. besttttttt...

housemate gi beli ais kat 7E:-)

wahhh..aweks tuuu...

tak sabo2 nak makan..lapooo...

xtvt b'BBQ:-)

lambat lagi ker leh makan?hi3

dan gambar di bawah ni..yang sue tak puas ati. INI TIDAK ADIL..TIDAK ADIL..BAGIKU.. ha3
gambar dorang masuk paper Berita Harian edisi Sarawak.. ha ha haruuuu..

Hepi Birthday K. Ani...

14 April 2012

Birthday K.Ani kiter yang ke... adiah dah kami pakat beli, dah bagi..hi3 malamnya, K.Ani ajak kuar, nak belanja sempena birthday dia. Pasal makan, SueLim tak pernah tolak.hi3 Mekasih K.Ani..kami doakan segala yang terbaik untuk K.Ani..dan paling penting moga tahun ni K.Ani dapat pindah ke Kelate. Dah berkali-kali K.Ani apply pindah tapi tak pernah dapat. Tahun ni dah tahun ke 9 K.Ani di Kuching.


Hepi Birthday K.ani...

Mekasih Abe Mat

Petang tu, tengah syok bersantai..hpon bunyik. Housemate terus check fon..n bgtau..abe Mat nok belanja. Pelik,  naper nak belanja? rupanya, dia leh duit KWSP..hi3 kiranya misi mengepow abe Mat berjaya. ha3 dan yang paling penting, lokasiiii kedai makan yg abe Mat nok belanja..Tom Yam Thai..fuhhhh..nyamannn..sikda kamek bulak kitak!hi3

menu wajib!

Sengih molek sbb Abe Mat belanja.. Abe Mat jugok yg terkedu..hi3

Bada dan Syima ~ misi berjaya! Yes!

SueLim tumpang makan sepinggan:-)

Che Su + Pok Su layan c Kembo n Khalilah

Sebelum kami balik ganu cuti akhir tahun aritu, along dah bagitau yang irsyad dan bawak balik stoking n kasut dia, dia cakap nak ajak Pok Su dia gi jenjalan. Sian la plok, so..bila kami balik Paka..ajaklah si kembar + kembar pada si kembar (khalilah)..hi3 ke Mesra Mall. Nak ajak tengok wayang, kecik sangat..ajak main bowling. Ya Allah..punyalah mengantuk nak tunggu dorang habis main. Mana taknya, bola yang dorang baling..meleleh jer..nak pegang bola pun bukannya larat.ha3 Layan jerlahhh..

sementara tunggu turn main bowling:-)

encemnya irsyad:-)

irfan wif Pok Su yg tgh sakit mata angkara kerang.hi3 resdung punya pasal la ni:-)


tak sabo2 nak main..:-)


irfan..si mata kuyu..hi3

irsyad yang control encem:-)

belajar skill dari pok su:-)

termenung jauh coz mata paling corot:-)

pok su wif c kembar:-)

SueLim jumpa Hj Lokman + Ashraf Muslim

5 Disember 2011

Umi tolong booked tarikh untuk kami jumpa Hj Lokman. So, pas balik dari Medan..kami stay jap kat KL coz nak gi jumpa Hj Lokman..(benarnya tingin sangat nak tgk Ashraf secara live)..hi3 mekasih kat adik ipar kiter si Amid dan wifenya, Raihan coz tolong anta dan ambik kami kat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Sampai jer..waaaahhhh..ramainya...mujur dahde no. Macam2 gelagat leh tengok orang. Kiter yang peramah ni pun sapalah mana2 yang duk berdekatan.hi3

Sampai turn kiter, dapat Hj Lokman! alahai..naper tak ngan Ashraf?ha3 tingin nak cakap..leh ambik gambar?tapi malulah pulak.ha3 duk senyum sorang2 jer..pendam perasaan.ha3 dan..mulalah rawatan kami berdua. Hj Lokman bagitau pe masalah dan berubat mana yang patut dan bagi ayat untuk diamalkan kami berdua.

pesakit setia menunggu...


Senyum je dia..:-)