Monday, March 26, 2012

Percutian SueLim wif Acik c Kecik

Mukaddimah ...hi3 

Alkisahnya, pas gi Medan aritu + penangan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..teringin sangat nak gi Singapore coz nak ambik gambo singa kuar ayor tu. Jadi, dalam diam2, simpanlah keinginan yang meluap2 tu dalam hati. Memang plan 2012 nak gi Singapore.

Aduyaaa..bulan feb..si hitam + laptop wat hal. Macam dah panik coz budget macam dah lari jer..tapi, dah beli tiket ke JB masa offer tahun lepas, gi balik utk 2 org = 80 hinggit je. Takkan tak nak gi, kan. Bila kenangkan si kembo yang tomey2,chubby2 tu..memang nak g JB lah. Bila tanya housemate, dia cakap..kiter gi JB, tak yah gi  Singapore. Maka, dalam hati menyanyi sorang2..patahlah hatiiiiii...hu3 dengan berat hati bagitau acik yg abg cakap tak yah gi s'pore. Tapi, mujurla adik ipar mak jemah mmg cukup sporting n memahami..dia ckp jomlah, kiter gi USS, bkn gi soping pun. Puas pujuk housemate, akhirnya dia setuju..Yes! Yes! Yes! acik tukarkan RM500 = 204SGD. Tiket bas ke USS, acik beli kat Terminal Larkin. Tiket ke USS lak kami beli online, guna kad kredit abg mail lambung. ha3 thanks my dear. Ini yang buat gua sayang lu lebih ni. Cayaalahhhhh...

Kisahnya...

14 Mac 2012 Rabu ~ mekasih kat biras kiter, G yang hantar kami ke terminal Larkin. Ermm..malas nak tulis panjang, tulis dalam bentuk tentatif boley kan??

9.04 pg ~ bertolak dari Larkin. Mujur adik kat terminal tu baik, tanya kiter nak g USS ker?sbb bas tu tak parking pun kat terminal.
9.16 pg - 9.26 pg ~ driver bas tu turun jap, gi tukar tiket kami ke tiket bas ori. nama tempatnya tak tau.ha3 pastu kami bertolak ke USS kononnya.
10.04 pg ~ kami dah dlm bas pas check pasport kat imigresen kiter. Senang jer, masuk pasport dlm bekasnya, press ibu jari kat tempatnya..tak sampai 5 minit dah siap.
10.10 pg ~ bertolak...ye! ye!
10.23 pg ~ berenti lak kat imigresen S'pore..pakcik bas tu baik, dia tunggu kiter.
10.50 pg ~ bertolak ke USS
11.30 pg +- ~ jejak kaki kat USS..alaaa..nak ke tandas lak. bdebar gak kot2 tandas jenis takde air..mujur de air.hi3

dan bermulalah sesi ronda2 kami di USS...best sangat2!!! housemate yg asalnya beria tak nak gi, dia lak yang hepi giler jejakkan kaki kat USS ni..hi3 

Sibuk isi borang imigresen kat Larkin. Macam jawab soklan exam lak.hi3

Ambik gambo siap2 sebelum orang lain bergambo sama.
Acik ditugaskan menjadi jurubawak kami jenjalan.hi3 
Dalam USS ni de 7 bahagian yang wajib dilawat. Kalau 'miss' salah satu, memang rugi beso. Yerlah, mahal tiket masuknyer, kan? Memandangkan acik jurutunjuk kami, kami memilih untuk meronda (berdasarkan map) dari kiri ke kanan map.ha3 

MADAGASCAR 
Attractions 
1~ A Crate adventure > best naik crate sambil leh tengok Alex, Marty, Melman dan Gloria. Budak2 suka la kot. Kami yang bukan budak pun suka gak.hi3
2~ King Julien's Beach Party~Go~Round > kami tak cuba yang ni. No Komen.


comel jer dorang, kan?su suke citer ni..lawak.

bersedia nak naik crate..dalam hati berdoa, jangan de yang pelik2..al-maklum, penakut.

ready to goooooo....

FAR FAR AWAY
Attractions 
1~ Shrek 4-D Adventure > best sangat coz memang mcm real apa yang kita rasa dengan kerusi yang bergoyang time naik kuda, rasa geli bila labah2 ada kat kaki, siap basah bila donkey bersin. Kelakar. 
2~ Donkey LIVE > kami tak cuba yang ni coz baca pengalaman dari blog2 orang, memang boring giler.
3~ Enchanted Airways > su ni penakut tapi bila tengok 'junior roller coaster' rasa gatal nak naik. Tapi su tak jerit pun coz start bergerak, su tutup mata dan mulut rapat2. takuttttt...buka mata bila roller coaster ni berenti.hi3
4~ Magic Potion Spin > pun kami tak gi jenguk coz macam untuk budak2 jer.

wif parents Princess Fiona:-)

THE LOST WORLD
Attractions 
1~ Jurassic park Rapids Adventure > best naik river raft ni, leh tengok dinosour olok2 (tak takut pun). tapiiii..kompom basah. mujur beli raincoat! harga raincoat 3 SGD = RM7.35
2~ Water World > best sangat2! mmg real, mcm tak caya depan mata. memang betul2 mcm dalam set penggambaran. Tabik spring kat pelakon2. Mat2 saleh semenya. Ops! de heroin sorang.

De 3 lagi yang menarik tapi kami tak cuba..
3~ Dino-Soarin > budak2 suka la leh jd mcm pilot ngan their own Pteranodon. 
4~ Amber Rock Climb > tak cuba coz tak dan masa nak cuba n rasanya kena bayolah..hi3
5~ Canopy Flyer > tak naik gak coz nak cepat n macam takut jer.hi3

bergaya ngan raincoat USS

Acik tak sabo2 nak naik, mujur takde la ramai sangat orang yang tunggu giliran



ANCIENT EGYPT
Attractions 
1~ Revenge of the Mummy > naimah dah bgtau mcm takut jer tp rs nak cuba gak. so, beranikan diri untuk cuba. Su berani apa?? mn taknya, su pejam mata lagi dan tutup mulut rapat2. dengar orang jer berteriak especially acik n abg.hi3 
2~ Treasure Hunters > tak cuba coz untuk budak2..hik3






SCI-FI CITY ~ yang paaaaaaaaaling sue sukaaaaaaa....
Attractions 
1~ Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battles > memang best giler naik benda ni. kami bertiga terkilan tak dapat naik untuk kali kedua.hi3 masa naik benda ni jer su buka mata dan mulut..kecut gak tapi memang besttttttttttttttttttt..tak dapat nak digambarkan.
2~ Accelerator > naik ni pun takut.ha3 takdelah. mainan ni untuk test kiter punya intergalactic stamina jer.pusing2, tengok kiter leh tahan pening tak kot. mencabarlah sangatnyer?!ha3

de DUA benda yang kalau orang bagi beribu pun sue takkan cuba!!!!

BATTLESTAR GALACTICA : CYCLON (Blue Track) & BATTLESTAR GALACTICA : HUMAN (Red Track) ngeri gilerrrrrrrrrrrr.....tak kuasa!

nak naik, takut. bergambo jerlah dari jauh.hi3

acik yang konon2nya berani nak naik.hi3




we got the power !!!

Accelerator ~ permainan yang paling menakutkan.ha3

ambik gambo ngan aweks jap:-)

NEW YORK

Attractions ~ Light, Camera, Action!  > best coz macam real hurricane berlaku depan mata. Sekali lagi tabik spring kat Steven Spielberg


HOLLYWOOD 

Attractions ~ Monster Rock > dalam ni leh tengok show pasal Universal Classic Monsters. Pementasan muzikal la lebihkurang. De nyanyi2..sue suka tapi housemate Zzzzz...letih..hi3

7.30 mlm ~ bas kami bertolak dari USS..sedih sebab belum puas sebenarnya.hu3
dan bermulalah episod berkejar-kejaran kat 2 imigeresen tu lagi..letihnyer..dahlah berebut ngan orang kiter yang bekerja kat singapore. tapi cukup berbaloi2..hepi sangat!

mekasih kat housemate dan acik...saya saaaaaaaaaayang kamu.hi3


~ gambo2 kenangan kami di USS ~

tak takut, tapi geliiiii...

tak beli pon, amik gambo jer...

check kot2 de yang tertinggal, yang terlupa ronda:-)



taxiii...unik kan.

ala2 kat oversea gitu:-)

sempat lagi ber kuch2 hota hai..

suke sangat dia leh bergambo ngan charlie chaplin. sanggup beratur tuuu...hi3




tingginyer dia..:-)

kami dah capek...hu3


sabo menunggu makanan ~ di Mel's Drive In


KOS kami ke USS
~ tiket masuk ke USS > 74 SGD  = RM 181.30 (lebihkurang)
(coz waktu cuti sek dan kami bkn pemegang kad kredit maybank)
~ tiket bas Larkin -USS -Larkin RM15 seorang
(kami guna syarikat bas 707 Travel Services Sdn Bhd)
~ kos makan > lebih kurang RM 32.80 sorang
(gatal nak abadikan kenangan makan kat dlm USS, so kami makan kat Mel's Drive In, tapi memang best burgernya. Makanan yang dibeli dapat diskaun 20% dari tiket yang kiter beli

Mel's drive in 
10 SGD (double cb + fries ) X 2 + 12 SGD (double cb + chili fries) +3 SGD (coffee)+ 6 SGD (milo 2) - uss 20% disc (= RM- 8.20)  + 7 @ GST 2.15 = RM 32.80


~ fridge magnet sebagai kenang-kenangan > 9.80 SGD = RM24.01
~ kos borang imigeresen. Ekceli, free je key! tapi makcik kat Larkin tu jual Sehinggit. Tak kisahlah coz takdela kiter kelamkabut nak isi borang kat imigresen tu kan.
~ rain coat, beli time kat area The Lost World, 3 SGD = RM 7.35
(elok beli siap2 sebelum masuk USS)
 

so, kami berbelanja untuk sorang dalam lebih kurang RM261.46. 
Okeyla kan. Yang penting, enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy


Percutian Kami ke Medan - Brastagi - Danau Toba - Medan

Alhamdulillah..akhirnya segala yang dirancangkan, dipermudahkan segalanya olehNya..banyak sangat nak citer benarnya tapi dah lama terbantut nak update blog ni. Dah ingat2 lupa pasal percutian kami ke Medan.hi3

29/11/2011 Selasa 
Umi dan ayah hantar kami bertiga ke LCCT. K.ani dan Laila dah lama sampai sana. Tak sempat nak makan sama-sama, sempat tapau Dunkin Donut dan roti jer. Kul 9 mlm (waktu malaysia) dengan pesawat AK1356 kami menuju ke Medan. hi3 Japje rsnya dlm flight, tak sampai sejam. Dalam 55 minit jer perjalanan kami. Borang imigresen pun tak sempat habis isi..tup2 dah sampai. Sampai jer, dah disambut pakcik supir My Dream Hotel. Sampai jer kat hotel, terpegun jugaklah tengok hotelnya. Oklah kiranya. Irma dan Dani sampai hotel, terus bincang pasal agenda esok hari. Pas settle pasal bilik, sempat gi cari bilik K.mizah n family. Borak2 jap jer coz..esok nak jalan jauh, kena tdo cepat..excited bangat dech.





30/11/2011 Rabu
Dalam kul10 pagi, kami check-out dan terus bertolak ke Brastagi  (~ kami berlima+Irma+dani n radja+abg Din). Sebelum bertolak ke Brastagi, kami singgah branch kat Rumah Makan dan Buffet ACC.  Puas hatila makan kat situ. Macam2 ada. Rupa2nya, taklah jauh sangat perjalanan kami. Tak sempat nak boring pun coz pemandangan dalam perjalanan pun menarik. 
Dalam kul 1.30 petang, kami dah sampai di Mikie Holiday Resort, Brastagi. Pas check in untuk 2 buah bilik, lepak2 jap dan solat..petangnya, kami melawat kebun strawberi dannnn…ke tokong Buddha yang BESAR punya.  Kami macam kompius nak masuk atau tak tp dah org bawak situ, masuk dan bergambar jugaklah.  Momen paling best time kami ke Puncak Gundaling. Indahnya ciptaan Tuhan..cantik sangat pemandangan. Geram nak naik kuda tapi bila hujan mula renyai2, batalkan niat. Beli cenderahati sikit dan terus balik. Plannya selepas tu, nak ke Pasar Buah tapi memandangkan hujan lebat, terpaksa batalkan niat dan terus ke resort dan berehat.


Malamnya, kami kuar makan kat kedai abg Din suggest ~ RM Famili. Nampak kedai semacam je dari luar, tapi bila masuk dalam..nampak banyak gambar artis yang datang makan kat situ. Murah jer makanan kat situ. Sayuran segar2 semuanya. Brastagi ni macam Cameron Highland la lebih kurang. Memang best bermalam kat situ. Cuaca sejuk giler.






1/12/2011 Khamis
Paginya kami bersarapan dulu kat kedai yang  sama kami dinner semalam. Ekceli, kami dah order apa yang kami nak makan n minum, nak jimat masa kononnya.hi3 pas makan, terus bertolak ke Parapat. Tapi sempat singgah di Air Terjun Piso-piso. SubhanAllah..cantiknya pemandangan. Takjub rasanya. Seterusnya kami menuju ke Danau Toba. Sepanjang perjalanan, memang cantik tengok Danau Toba dari jauh. Sempat gak berenti kat tengah jalan, snap gambar kejap. Mujur abg Din sporting.hi3 Jalan berliku2, pening gak tapi abg Din kira driver yang ganas laa, kami memang tabik springlah. Hi3


Sampai je sana, abg Din terus call mbr dia. Memandangkan kami nak cepat, nak tunggu feri..lecehlah. Bila penuh, baru dia ‘jalan’. So, kami tempah bot laju. Punyalah seksa nakleh naik bot. Tapi memang seronok tengok keindahan Danau Toba.


Akhirnya, di Pulau Samosir kami disambut kawan abg Din. Dialah yang duk bercerita segala2nya pasal perkampungan tu dan kaum Batak. Best citernya, tambah ilmu pengetahuan. Macam dalam kelas sejarah pun ada gak.hi3 Yang paling xleh lupa, berkesempatan pakai baju dan perhiasan Raja Batak dan isterinya. Mak jemah dan abg mail lambung jadi model la lebih kurang. ha3 Pas beli cenderahati, bertolak ke darat. Almaklum, perut dah lapo.kih3


Abg Din bawak kami lunch di Restoran Minang II. Mula2 gelabah gak bila kedai tu ditutup, rupa2nya berpindah tempat. Alhamdulillah, ada jugak rezeki kami nak merasa. Restoran ni besar, layanan pun mesra, surau pun ada disediakan. Pas solat, kami berangkat ke Medan. Terasa jauh sangat. Kesian tengok abg Din, memang penat dia memandu. Dari Danau Toba ke Medan lebih kurang 6 jam jugak jauhnya.


Sampai di Medan, kami singgah di Iga-iga Bakso. Makan lagiiiii…hi3 yerlah, alang2 datang Medan takkan tak nak rasa Bakso kan. Yang paling kami suka jusnya. Memang asli dan tiptop! Su suka sangat jus alpokat. Sedapppp…(seme sedap bagi su yang kuat makan ni..hi3) pas makan, kami ke rumah K.nor, nak jumpa familynya. Perut kenyang + tubuh letih + mata ngantuk = kami takleh lama, terus ke My Dream Hotel dan Zzzzzzz…









2/12/2011 Jumaat
Memandangkan semalam cik abg su makan bakso (perutnya perut nasi)..pagi2 lagi dia cakap, lapooo.. so, kami bersarapan kat hotel jer coz janji ngan Irma kul10pg. Tak best bekpes situ, ntah apa2 menunya. Tapi sebab lapo, telan jerlah. Pas check-out, kami ke a-pot. Tinggal barang kat situ coz kereta Avanza tu sarat dengan barang. Pastu, Irma bawa kami ke shopping complex (lupa dah nama), pastu ke Pasar Ikan (pasar lama). Murah2 gak barangnya. Sempat lunch kat shopping complex tu, pastu  terus ke Istana Maimun dan Masjid Raya. Pas snap gambo lebih kurang, kami berkejar ke a-pot.


Macam2 cerita berlaku kat sini (malas nak citer..hi3)..kami pun dapatlah relex sementara menunggu flight yang kononnya akan berlepas kul 9.20mlm. Alih2 memandangkan cuaca buruk di KL, flight delay. Dalam kul1 pagi jugak (waktu Medan) gak kami berlepas ke LCCT dengan pesawat AK1357. Letihnya mak aiiii..


Sampai je LCTT, kami duk berbahagi barang. Almaklum, barang bercampur aduk. hi3 Laila n k.ani, cikim datang jemput. Kami lak kena ambik bas untuk ke KL Sentral. Sempat minum dulu kat kafe.hi3 Penat giler, tapi kami sabo menunggu. Mekasih kat adik ipar, si Amid yang jemput kami di pagi hari kat KL Sentral. Sampai jer, tunggu subuh..pas solat subuh, terbungkang tak sedar diri..Zzzzzzzz






Sampai sini sajalah coretan kami untuk percutian kali ni. Terima kasih kat abg housemate, acik, k.ani n laila yang sanggup merealisasikan impian mak jemah untuk ke 'oversea' la kononnya.hi3 terima kasih jugak kat Aiza, tuan punya blog http://aiza89.blogspot.com. Dan, terima kasih yang tak terhingga untuk Irma dan Dani yang menemani kami selama kami berada di sana. Panjang umur, de peluang kiter walk2 eat air lagi ek. Alaaa..lupa lak nak taruk gambar ole2 dari Medan. Nanti2 la ek. Tunggguuuu...



KOS kami ke Medan
~ tiket flight  = RM 202.30 
(tiket ni beli time offer, ekceli RM77 jer, tapi tu belum campur bagasi, seat dll )
~ kos penginapan kami untuk 3 malam RM379.40 berdua
(kami tempah hotel dari agoda)
~ kos pengangkutan kami di sana, kami sepakat bagi kat irma  RM 200.00 sorang
(okey sebab pasal pengangkutan semuanya dia uruskan, siap ole2 bermacam2 dia bagi kat kami coz katanya baki dari duit kami)
~ kos makan  > kami bergilir2 bayar untuk kami berlima dan berlapan. so, sorang agak2 dalam= RM 200.00.  Itupun tak sampai

~ untuk ole2, tak tau berapa habis. tapi SueLim tukarkan 2K, dapat berjuta2..hi3 yerlah 
10,000 rupiah = RM 3.52
50,000 rupiah = RM 17.60
100,000 rupiah = RM35.22  




so, kami berbelanja untuk sorang tak sampai RM1000. Tak termasuk ole2, key. Sue gi pun nak jalan2, bukan untuk soping.
Okeyla kan. Yang penting, enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy