Thursday, July 30, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-5

Alhamdulillah...dengan jayanya SMK Matang Hilir telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-5 pada 29-30 Julai 2009 bertempat di padang SMK Matang Hilir (29 Julai) dan Stadium Negeri (30 Julai).

Acara padang - Lompat tinggi, merejam lembing, melontar peluru dan...tarik tali diadakan di padang sekolah. Para atlit dan guru bertugas di padang sekolah, pelajar yang lain berkunjung ke pameran buku di Dewan Sri Cemerlang. Student sesi petang pun bersekolah waktu pagi aritu. Meriahlah sekolah...hehehe

30 Julai - SMK Matang Hilir berkampung di Stadium Negeri. Ni kali ke-2 aku ke stadium ni. 1st time datang, time jadi guru pengiring untuk Hari Kemerdekaan. Ni kali pertama aku join Hari Sukan coz aku masih baru di sekolah ni. Tapi best r tengok guru n pelajar sama-sama bekerjasama menjayakan kejohanan ni. Aku bahagian AJK Hadiah ngan k.hasmah, k.haiza n dayang. Relex la sikit kerjanya..heheh lupa lak bagitau, rumah sukan kat sekolah ni ikut warna - rumah kuning (rumah sukan aku), rumah biru, rumah hijau & rumah merah.

Paling aku suka, acara favourite aku..4 x 100 n 4 x 400...meriah! lawak pun de gak. Trek panas, de atlit tak pakai kasut..so, de budak yang berlari kat atas trek, pastu berlari kat luar trek (atas rumput), pastu sambung balik berlari kat atas trek..lawak..tapi, pe lagi..batal la. Yang paling lucu kami bukan main bersorak (bagi sokongan) kat budak2..mula2 budak rumah aku yang mendahului..alih2..terjelepuk jatuh. K.haiza, k.lesa, k.hasmah gelak n terus bagi sokongan budak dia (rumah merah)..alih2..budak dia lak..terlejepuk jatuh atas trek..hahaha..adil la kan.

Di akhir kejohanan, ada pertandingan kawad yang disertai badan beruniform dan wakil rumah sukan. Best tengok budak2 duk berkawad. Pepun, enjoyla kejohanan sukan ni (walaupun muka sunburn). Tapi, tak semeriah di SMK Meradong dulu (aku rindu meradong...). Yang takleh lupa, En. Amat Saimin (PK 1) berpantun time nak akhiri ucapan dia. Tak sangka lak dia leh berpantun. Yang penting, guru dan pelajar dah bagi 100% kerjasama n komitmen. Tabik spring la...hehehe... Tahniah Matang Hilir...teruskan menjejak kecemerlangan!

KEPUTUSAN MENGIKUT RUMAH SUKAN

Rumah Merah (520 markah)
Rumah Kuning (478 markah)
Rumah Hijau (477 markah)

Rumah Biru (390 Markah)


ATLIT TERBAIK MENGIKUT KATEGORI (LELAKI)

Kategori D - Mohd Effendi (Rumah Biru)
Kategori C - Razif bin Putit (Rumah Kuning)
Kategori B - Mat Shahrul Nizam (Rumah Merah)
Kategori A - Ahmad Hisyam (Rumah Kuning)

ATLIT TERBAIK MENGIKUT KATEGORI (PEREMPUAN)

Kategori D - Sandra (Rumah Hijau)
Kategori C - Maria Chuzen (Rumah Hijau)
Kategori B - Landia Cassandra Chai (Rumah Hijau)
Kategori A - Paula Bansi (Rumah Merah)


KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI (UNIT BERUNIFORM)

KADET POLIS (90.8 markah)
KADET REMAJA SEKOLAH (87 markah)
KADET BOMBA DAN PENYELAMAT (85.6 markah)
  • Kadet Polis di bawah bimbingan Cikgu : Connie, Affendi, Subhi & Abdul Rahman
  • Kadet Remaja Sekolah di bawah bimbingan Cikgu : Kamariah, Nurzi & Arifin
  • Kadet Bomba & Penyelamat di bawah bimbingan Cikgu : Bakri, Fuad, Azrina & Rajmah
KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI (RUMAH SUKAN)

RUMAH HIJAU
RUMAH MERAH
RUMAH KUNING


OLAHRAGAWAN SMK MATANG HILIR 2009

MAT SHAHRUL NIZAM
Pingat Emas untuk acara Merejam Lembing (pecah rekod sekolah), 1500m (pecah rekod sekolah) Pingat Perak acara 400m Pingat Gangsa acara 200m

OLAHRAGAWATI SMK MATANG HILIR 2009
MARIA CHUZEN
Pingat Emas untuk acara Lompat Tinggi (pecah rekod sekolah), 200m (pecah rekod sekolah),
4 x 400m (pecah rekod sekolah),
1500m, 400m
Pingat Perak acara 4 x 100m




AJK Hadiah/Cenderamata/Roset - aku, k.hasmah, k.rohaiza & dayang siti saudah.
AJK kami dibantu oleh Pasukan Pandu Puteri.

C. Wan Mohamad menyampaikan pingat untuk pemenang. Aku lak yang senyum lebih2..hehehe..

AJK Jamuan sedang sibuk mengagihkan makanan.
AJK Jamuan - K.Catherine, K.Katini, K. Hajijah Adi, K. Hajijah Sabli, K.Mega, Mdm Liew dibantu oleh Puteri Islam.

Aku n awek glamour..neny - Dayang Neny Merlisa

Seronok sakan member2 pas minum air milo...free tu..azizi leh jadi duta milo pasni..hehehe

Pengacara glamour...abree n k.saodah. K.saodah ni best sangat sorenya kalau nyanyi tau.

Pengacara glamour...abree in d house!!!

Pasukan Puteri Islam SMK Matang Hilir yang sibuk mengagihkan makanan kepada semua staf n pelajar. TQ.


Aku ngan Nia n Shereen (bekas pelajar aku tahun lepas) n member diaorang.

K. hasmah, k.haiza, aku n madam lesa...lepak jap pas puas bersorak.

K.Sarimah, K.leha, Mdm Chiew, aku & K.nordiah

Aku n k.mizah bersedia nak balik pas kejohanan n ronda-ronda sekitar Kuching.


TERIMA KASIH SEMUA !



3 comments:

  1. wei su tahniah la papar cite sukan matang hilir jarang orang serajin ini akak rasa patut ada anugerah khas untuk kategori semcm ni kuang3

    ReplyDelete
  2. br ari ni sempat nanga blog ni , apa pun tahniah la untung matang hilir mpunyai guru serajin ini k teruskan jadi wartawn mh kelak blh ganti karam singh walia atau yg sama waktu dgnnya. mula tadi baca ptk pas 2 ngantk le ingat lak tadi kita kelakar hal ni cuba bukak trs segar mata line brodbd pun ok apa lg rasa2 x tido sampai subuh ni teddy lak x da so relaks byk le

    ReplyDelete
  3. kak su ade tak anugerah MC terbaik hahaha kalau ade tu alon calonkalah nama abree k hahaha

    ReplyDelete