~kami terus bergegas ke rumah depan..time ni jiran sebelah pun dah de kat sana n beberapa orang yang su tak kenal pun berada kat sana (saudara abg wan)..masing2 tengah cuba sedarkan 'abg wan'..sue hanya mampu berdoa semoga tiada perkara buruk berlaku..kami masing2 menunggu ambulans..keadaan ketika itu panik+cemas+sedih..bila tengok kedua2 anak arwah menangis..sue sendiri tak mampu untuk menahan air mata..
~ambulans sampai..pegawai perubatan check n...YA ALLAH!Abg wan dah tiada...kami semua terkejut dan tergamam..dan tak dapat menahan air mata..seterusnya, masing2 menjalankan amanah untuk menyempurnakan jenazah arwah..
~pertama kali su melihat depan mata dari saat seseorang tu disahkan sudah 'tiada'..dimandikan..dikapankan..disembahyangkan..dikuburkan..ditalkinkan..SUBHANALLAH..DIA memberi sue peluang melihat semua ini dan me'nerbit'kan suatu perasaan yang tak dapat sue gambarkan.
>>Alhamdulillah..arwah selamat dikebumikan (12.00++) dan DIA permudahkan segala urusan.
Sue 'salute' dengan isterinya yang begitu kuat semangat..dan dapat menerima hakikat walaupun sebenarnya ianya betul2 takdir yang tidak disangka kerana mengikut cerita isterinya, malam sebelum kejadian mereka keluar makan bersama dan langsung tidak menunjukkan sikap yang pelik. Isterinya sedar arwah pengsan dalam pukul 6.30++..dan terus call ambulans dan saudara terdekat. Pegawai kesihatan yang datang pun tidak tahu sebab kematian arwah dan klasifikasikan sebagai kematian mengejut.
>>Arwah abg Wan seorang yang prihatin dan peramah. Arwahlah yang menjaga rumah dan kereta bila kami pulang bercuti ke kampung. Kalau arwah nak potong rumput kat rumah dia pun, dia akan tanya housemate nak potong sekali tak. Memang insan yang cukup prihatin. Susah nak cari jiran macam ni. Sue tak la rapat sangat dengan arwah tapi housemate yang selalu berborak dengan arwah. Tapi dalam minggu ni sue ada tersalah hantar sms kat arwah (sebenarnya nak sent kat housemate). Tak sangka itu kali pertama dan terakhir kami bersms. Sebenarnya arwah ada bagitau kat housemate kalau ada tiket murah ke semenanjung, bagitau dia. Sebab tu sue sms nak inform housemate suh bagitau kat arwah. Dalam minggu lepas kami ada bagi nenas kat arwah dan isterinya bagitau pada hari ini (12032011) dia plan nak masak pajeri nenas untuk arwah tapi...tak sempat..sedih sangat2 bila dengar.
YA ALLAH! Semoga arwah tenang dan aman di sana..jauhkan daripada azab api neraka, ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.
YA ALLAH! Berilah kekuatan dan semangat kepada isteri arwah dan kedua-dua anak arwah untuk meneruskan kehidupan. AMIN YA RABB.
Ketika arwah selesai disembahyangkan.~malamnya, sue hanya merenung housemate tido sehingga sue sendiri tertido. sue takut...tapi sue tahu, kematian itu PASTI tapi andai sue diberi pilihan, moga sue yang mengadapNYA dulu sebelum housemate sue..sue tak sanggup..apa yang berlaku pada hari ini sesungguhnya banyak memberi pengajaran dan keinsafan pada sue.
Kepada housemate >> maafkan segala kesalahan sue, perbuatan sue, kelakuan sue..yang menyakitkan hati secara sedar atau tidak.
Kepada housemate >> maafkan segala kesalahan sue, perbuatan sue, kelakuan sue..yang menyakitkan hati secara sedar atau tidak.
No comments:
Post a Comment