Januari 2011
Jadual Waktu ~ sue ditugaskan buat jadual waktu untuk guru sesi petang. Baru su tau susahnya nak buat. Terima kasih kpd k.Dyg Noryna yang banyak tunjuk ajar dan tolong su. Tapi, time buat..mmg migrain, takleh nak angkat. B'pinar biji mata. Ermm..ms taklimat staf 1/2011..sue maklumkan pengetua 2 org guru yang meminta dilepaskan dari menjadi guru tingkatan dengan alasan menjadi guru disiplin. Pengetua bagitau, sepatutnya 2 org guru tu minta kebenaran dari dia bukan dari penyelia petang. Sebelum tu, de gak guru lain yang tak puas hati, dorang pun guru disiplin n guru tingkatan..tapi ok jer. Sue rasa cikgu sesi pagi ~cikgu Sejali, Mahathir, K.lisa..guru tingkatan n guru disiplin jugak, tapi dorang tak mintak pun dilepaskan jadi guru tingkatan. Dorang ok jer leh menjalankan tugas. Entahlah sue lak yang tersepit ..pengetua kata tak boleh, penyelia petang cakap..ubah. Akhirnya, ikut kata penyelia petang. Tapi sue rasa dua orang guru tu tak patut la. Ramai lagi guru lain yang guru disiplin n guru tingkatan, dorang tak merungut pun, kan?
SMM ~ mcm biasa..sue bz update SMM..sue dah maklumkan guru tingkatan 1, bagi borang SMM kat sue supaya sue boleh tolong keyin. Sue dah maklumkan guru lain kalau de pelajar baru, bagi borang SMM dan kembalikan kpd sue. Tetapi??? 28 Januari sue ada meting SMM, de cikgu belum serahkan borang SMM pelajar dgn alasan tak tau kena mintak. Dua hari n sehari sebelum meting, baru 3 org guru ting. 1 nak bagi su borang SMM. Apa? ingat su ni robot boleh key-in maklumat pljr 3 kelas dlm waktu singkat tu? Sue cuba kurangkan beban guru tingkatan, tlg dorang key-in, memandangkan tahun lepas kedengaran mcm2 rungutan dan suara sumbang. Tapi..??? nampaknya tak jalan jugak. Ada jugak guru yang bagi su lampiran sehelai2..time nak key-in jenuh kena belek satu2.. andainya boleh sue ckp mcm ni.."Oiii makcik, aku tolong keyin dah cukup baik, apa..ko ingat aku tong sampah?pe salahnya ko stapler leklok borang murid ko ni?" tapi..nanti kata sue kurang ajar lak kan. akhirnya cuti seminggu tahun baru cina..su masih wat keje..Hari TBC baru su boleh raya sakan. Jadi, utk tahun dpn..guru tingkatan 1..korang key-in la sendiri k. Nampaknya sue cuba bantu, tapi de guru yang tambah menyusahkan sue. Sebenarnya, SMM ni BUKAN TUGAS GURU DATA SEPENUHNYA tau. Sekolah lain de penyelaras SMMnya sendiri. Dahlah pelajar SMKMH 1900++...tlg r bagi kerjasama..sakit otak nak mikir dgn ralatnya lagi. Hampeh tullah.
Enrolmen ~ 1.2.2011 c.bol n en. khalid kol..suh update enrolmen dlm emis..(kat web tulis 14hb duedate utk update) camne sue nak update? buku monthly return ada yg tak anta jumaat terakhir tu..sue gi sek, nak check buku jadual kedatangan kelas, ada yang wat balik rumah pulak. Ya Allah! sabo jelah.. sue tak nak kena marah, sue bagitau en. khalid, mujur dia bagi idea. Kenapa guru ting. xfaham buku monthly return tu penting di hntr hari terakhir persekolahan???? ingat sue saja suka2 mintak ker? cuba r faham.
Kokurikulum ~ tahun ni kegiatan kokurikulum berubah, ikut kuota. Pak Lah mintak sue gabungkan 3 kegiatan kokurikulum tu untuk setiap pelajar. Tapi bila sue tengok, ada satu kegiatan kokurikulum tu hanya bagi su nama dan ting., pening kepala sue. sudahnya, sue kena cari satu2.. sori nak bgtau, disbbkan prob ni, su tak smpt nak update dlm SMM (kutipan yg dihantar Januari tu). Untuk kutipan seterusnya SMM, sue boleh jamin akan complete. Tapi untuk P.Lah, insyaAllah isnin ni su dapat bagi. Terima kasih jugak untuk 3 org guru ni yang bertungkus lumus siapkan senarai kegiatan kokurikulum ni.
KWAMP ~ kesian k.norhajijah..lmbt dapat tau psl kwamp. En. hassim ckp dah dimaklumkan kepada PKHEM tapi kenapa PKHEM tak maklumkan kepada k.nor? C.Yunus n sue cuba bantu mana termampu. Isnin ni nak kena anta.
BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH ~ baru dpt email dari PPD arini. Dah maklumkan kepada k.hajijah adi, bagi dia sitin isnin ni supaya dia dapat cari budak yang perlukan bantuan ni.
Ermm..semalam su taip sesuatu n sue akan kepilkan sekali dengan jadual waktu baru yang akan sue edarkan nanti. Sue bgtau housemate, pastu dia tanya betul ke sue nak edar apa yang su taip tu? sue jawab..dah nekad. Sebab..ALLAH jer tau pe sue rasa..sedih sangat2..sue "paste"kan kat cni coretan tu..
Jadual waktu diubah kerana ada kesilapan susunan masa bagi beberapa orang guru tanpa saya sedari dan saya mohon maaf kerana mengambil masa untuk membetulkannya kerana tugas berkaitan data. Jika jadual beberapa orang guru berubah, jadual guru lain juga turut berubah. Untuk pengetahuan, jadual waktu disusun berdasarkan beberapa perkara yang diambil kira : penggunaan makmal sains yg tidak boleh 4 kelas berada dlm satu masa, waktu PJK yg perlu disusun pd waktu 7@8 dan 6@7 (jumaat), kelas bergabung seperti: KT/ERT/Perdagangan dan Pend. Islam/P.Moral serta kelas luar sidang untuk matapelajaran P.Islam dan ICTL.
Saya tahu ramai yang tidak puas hati dengan susunan jadual waktu sebelum ini. Saya mengaku SAYA TIDAK MAHIR menyusun jadual waktu ini dan TAK PERNAH SAYA MINTA untuk ditugaskan membuat jadual waktu ini. Apa yang saya kesalkan, ada yang bercakap/sindir/komen belakang saya tanpa mengambil kira betapa sukarnya saya membuat jadual waktu ini kerana saya tiada kemahiran/pengalaman. Perkara ni dapat saya sabar kerana telah ditugaskan tetapi sakitnya hati dan pedihnya telinga bila mendengar individu2 tertentu yang komen/sindir/b’cakap di belakang saya tanpa mengetahui situasi yang saya hadapi. Saya boleh terima dengan terbuka jika rakan berterus-terang dgn saya. Tapi bukannya jenis yg depan saya cakap lain, belakang cakap lain. JANGAN PANDAI KOMEN SAJA. Sila ambil CD sistem jadual waktu ini di atas meja saya, susun jadual waktu sendiri dan tolong susun sekali jadual waktu rakan yang lain. Kalau ada masalah untuk install, boleh jumpa cikgu Azizi kerana saya sendiri tak pandai nak install. Saya tidak bersikap profesional? YA! kerana kesabaran saya sudah sampai kemuncaknya kerana saya dah rimas, muak, geram, sakit hati dengan orang yang bermuka2 ni. Saya tak kisah apa nak berlaku lepas ni, yang penting saya dapat luah apa yang saya rasa daripada saya terus terseksa memendam rasa. Saya TENSION! Kepada individu2 tersebut, DIA MAHA ADIL dan semoga apa yang saya alami sekarang suatu masa nanti anda juga akan alami.
Fuhhhh..lega rasanya dapat luah kat cni.. Oklah, jap lagi housemate balik.. Sampai cni dulu..bubai.. Semoga DIA ampunkan segala kesalahan sue yang semakin jahat ni. Amin..
kesian su...takut baca catatan yg dilampirkan dengan jadual tu...garang rupanya su ni..hihihi..banyak2 sabar ye kawan...:)
ReplyDelete