Tarikh / Masa : 19 Mei 2011 >12:05pm
Lokasi : Bilik Rehat MekOrg, Comp. Lab
Tengah syok main game 'Zuma', hpon bunyi..dalam hati "sape lak ni?ngaco jer.." tapi..bila tengok nama yang kuar kat skrin.."ehhhhh..G..."
> K.ani, G nak kawin!!!
>>G nak kawin?bila?dengan sape?
>Yerlah..nak kawin...4hb..dengan org puan lahh..
>>Tau la org puan..org mane?duk mane?keje nape?kenal mane?...comel dok?ha3 (mamarazzi..biasalah..)
>Org jawa k.ani, asal..tanjung karang ke nape nama tepat dia, tapi..selangor a. keje cikgu, belajo mesir dulu, kenal dinung r..muka dia macam k.ani..
>>muka macam k.ani?doh..comel dok???? (dalam hati..nak kena ni...)
>comel laa..tapi, k.ani comel lagi..ha3 sape G? G ni..MIZI.. Full name > Ahmad Tirmizi bin Hj Ali.
ape kaitan dengan su? G ni benarnya anak angkat mak su. su kan 3 beradik semuanya perempuan. Pok su memang teringin nak anak lelaki. (sebenarnya, selepas su, mak su keguguran anak lelaki, lepas tu keguguran anak perempuan. kiranya, kalau de rezeki..su ni lima beradik) Alkisahnya..masa mak G ni mengandungkan G, Pok su mintak nak jaga anak tu kalau lelaki. Dengan izinNya, bila lahir..memang lelaki. Su ingat lagi masa tu umur su dalam 5 @ 6 tahun..tengah main guli depan rumah kat Gong Pasir, de van berhenti dan tanya 'ada mak kat rumah?' rupanya mak G hantar G. masa tu su hepi sangat..tinggal guli..terus jerit..'Ani ada adik! Ani ada adik!" kalau ingat saat tu masa ni..rasa sebak jugak.he3 masa tu umur G masih dalam 40 hari. Dari hari tu, G duk dengan kami. Su hepi sangat pastu sebab ada ADIK.
Perpisahan pilu > Benarnya memang kami tau kami hanya jaga G sampai dia umur 4 tahun, pastu G kami kena serahkan balik pada keluarganya. Apabila cukup masanya..su ingat lagi malam tu su dan Cik su gi hantar G (hantar jalan kaki jer sebab rumah lamanya seberang jalan besar). G menangis giler. Masa tu dia kecik lagi, belum faham apa2. Su lagi lah kuat nangis. Cik pun nangis. Memang sedih masa tu. Kalah citer cerekarama.hi3 Pok tak hantar sebab su tau Pok mesti nangis gak kalau dia ada. Su tak sampai hati tengok G meraung, su pun meraung gak. Sape tak sayang adik, kan? Tapi kami terpaksa tinggalkan G dengan keluarganya. Sampai rumah, su menangis tak nak naik rumah, sorok belakang pokok nyior. Pas cik pujuk, su naik rumah tapi masa tu dalam hati su, su marah+geram dengan Cik dan Pok sebab bagi G pada keluarga dia.
Selepas kami hantar dia malam tu..lama gak kami tak jenguk dia sebab Cik cakap..suruh dia serasi dengan keluarga dia. Lama gak pastu, kami boleh ambik G, tapi kena hantar balik la. Time gi ambik dia, mesti dia hepi sangat, time hantar..mesti dia nangis. Bila hari raya, dia beraya rumah kami tapi bila dia dah sekolah rendah..G beraya dengan keluarga dia. Su ni de kala jahat gak..bila gaduh, selalu usik dia..'G bukan anok Pok Wahid, G anok Hj Ali' Dia akan nangis dan cakap 'Dokkkk...G anok pok wahid!' bila ingat sekarang, jahat betul su! Su masih ingat time main bunga api (malam raya) masa dia belum pandai bercakap..dia akan cakap 'selamat ali kaya' sepatutnya 'selamat hari raya'..hi3 hubungan G dengan keluarga kami tak pernah putus sampai hari ni. G anak yang baik. Kalau dia tengah main, mak panggil suh beli barang..dia akan berhenti main dan buat apa mak suruh. Dari kecik, memang dah nampak G ni jenis yang macam mana. Dari kecik, ayah dia memang ajar dia mengaji dan tiap kali dia datang ke rumah kami, dia suruh kami dengar dia mengaji..dia kata..'Ini belum masuk bunganya lagi, Pok' (taranum)..kami akan dengar dan usik dia. Dari sekolah rendah dia dah wakil sekolah dan 1st time dia mengaji kat TV (tak silap su masa hari Maulud Nabi peringkat kebangsaan ke bila..lupa, dah lama)..mak nangis masa tengok.hu3 Masa su Form 6, sanggup gi ambik dia dengan motor..pastu kami sama2 balik kampung su kat Pinang Merah. G memang adik dan anak yang baik. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia..masa cepat jer berlalu dan akhirnya..
G sekarang...
![]() |
| G time kat Akademi Quran 4 |
![]() |
| Syukur, JUARA miliknya.. |
![]() |
![]() |
| Ahmad Tirmizi Ali ~ Juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta hadiah sampingan yang terdiri daripada trofi, pakej umrah, dan sebuah Al-Quran digital. |
Doa k.ani..moga G sentiasa memperolehi keberkatanNya dalam setiap apa yang G lakukan, bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanNya, menjadi anak yang solehah...dan..suami yang mampu membimbing isteri ke arah jalan yang diredahaiNya..Amin Ya Rabb..




assalam....
ReplyDeletesedih baca sue...neleh air mata....x tau pulok sue ada adik...hihihi...juara AQ lak tu...memang sejuk perut ibunya...sedap suara dia ngaji sue...