Thursday, June 30, 2011

Netbook 1 Malaysia

20-22 Jun 2011 - sue takde kat sekolah coz menghadiri Kursus Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) (yang akan dibuat secara online mulai 1 Julai 2011) bertempat di Hotel Grand Continental. Alhamdulillah, proses pemilihan dan taklimat kepada pelajar berkaitan netbook dilaksanakan dengan jayanya oleh Cikgu Azizi and the geng:-) Bimbang la jugak kalau de maklumat2 yang tertinggal sebab sue yang hadiri taklimat berkaitan netbook ni dulu. he3

22 Jun 2011 - Gerombolan 7 orang dari SKMM datang ke sekolah untuk menyerahkan netbook kepada pelajar yang terpilih.Pemilihan pelajar ni menjadi 1 isu besar di mana-mana sekolah. Mana taknya, de parents yang tak puas hati nape anak dia tak dapat, anak orang lain dapat. Benarnya, ada syarat2nya. Kalau tanya pendapat su pulak >> SUE LANGSUNG TAK SETUJU bagi subsidi kerajaan ni kat budak2 sekolah. Kenapa??
1) Makin tersebarlah gejala2 negatif di kalangan pelajar. Kes sekarang yang banyak berlaku kat sekolah : lukis gambar lucah, bagi isyarat lucah, tulis surat lucah, bagi sms lucah, berdua2an, ditangkap bercumbu2an..dari mana dorang dapat tau semua ni?? INTERNET!!! dengan adanya subsidi kerajaan ni, lebih mudahlah dorang online, lepak je kat KFC matang tu, dapatlah beronline. isyyhhhh..Allahua'lam

2) Rasanya elok lagila bagi kat budak U yang ramai mana terpaksa guna duit PTPTN untuk beli laptop sendiri. Ramai lagi anak2 orang susah kat U nun. De pekdah gak memandangkan banyak n selalu sangat budak U ni kena siapkan assignment dorang. Budak sekolah ni berapa sangatlah subjek yang perlu disiapkan kerja kursusnya???? ala, takat nak buat kerja kursus yang berapa helai la sangat, komputer kat Makmal Komputer dan Pusat Akses kan ada. Allahua'lam

Pepun, takperlah..nak wat camna..1 Malaysia > Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan. Kan?Kan?

Thanks kat K.mizah n Abg Bo beserta pelajar2nya yang sediakan kerusi + kemas dewan untuk majlis taklimat kepada ibubapa dan pelajar yang mendapat netbook pada 25 Jun 2011. Penuh dewan parents datang, kalau mesyuarat PIBG..berapa kerat la yang datang..ha ha haruuuu...

Inilah rupanya netbook yang menjadi rebutan pelajar:-)

No comments:

Post a Comment