Monday, March 26, 2012

Percutian Kami ke Medan - Brastagi - Danau Toba - Medan

Alhamdulillah..akhirnya segala yang dirancangkan, dipermudahkan segalanya olehNya..banyak sangat nak citer benarnya tapi dah lama terbantut nak update blog ni. Dah ingat2 lupa pasal percutian kami ke Medan.hi3

29/11/2011 Selasa 
Umi dan ayah hantar kami bertiga ke LCCT. K.ani dan Laila dah lama sampai sana. Tak sempat nak makan sama-sama, sempat tapau Dunkin Donut dan roti jer. Kul 9 mlm (waktu malaysia) dengan pesawat AK1356 kami menuju ke Medan. hi3 Japje rsnya dlm flight, tak sampai sejam. Dalam 55 minit jer perjalanan kami. Borang imigresen pun tak sempat habis isi..tup2 dah sampai. Sampai jer, dah disambut pakcik supir My Dream Hotel. Sampai jer kat hotel, terpegun jugaklah tengok hotelnya. Oklah kiranya. Irma dan Dani sampai hotel, terus bincang pasal agenda esok hari. Pas settle pasal bilik, sempat gi cari bilik K.mizah n family. Borak2 jap jer coz..esok nak jalan jauh, kena tdo cepat..excited bangat dech.





30/11/2011 Rabu
Dalam kul10 pagi, kami check-out dan terus bertolak ke Brastagi  (~ kami berlima+Irma+dani n radja+abg Din). Sebelum bertolak ke Brastagi, kami singgah branch kat Rumah Makan dan Buffet ACC.  Puas hatila makan kat situ. Macam2 ada. Rupa2nya, taklah jauh sangat perjalanan kami. Tak sempat nak boring pun coz pemandangan dalam perjalanan pun menarik. 
Dalam kul 1.30 petang, kami dah sampai di Mikie Holiday Resort, Brastagi. Pas check in untuk 2 buah bilik, lepak2 jap dan solat..petangnya, kami melawat kebun strawberi dannnn…ke tokong Buddha yang BESAR punya.  Kami macam kompius nak masuk atau tak tp dah org bawak situ, masuk dan bergambar jugaklah.  Momen paling best time kami ke Puncak Gundaling. Indahnya ciptaan Tuhan..cantik sangat pemandangan. Geram nak naik kuda tapi bila hujan mula renyai2, batalkan niat. Beli cenderahati sikit dan terus balik. Plannya selepas tu, nak ke Pasar Buah tapi memandangkan hujan lebat, terpaksa batalkan niat dan terus ke resort dan berehat.


Malamnya, kami kuar makan kat kedai abg Din suggest ~ RM Famili. Nampak kedai semacam je dari luar, tapi bila masuk dalam..nampak banyak gambar artis yang datang makan kat situ. Murah jer makanan kat situ. Sayuran segar2 semuanya. Brastagi ni macam Cameron Highland la lebih kurang. Memang best bermalam kat situ. Cuaca sejuk giler.






1/12/2011 Khamis
Paginya kami bersarapan dulu kat kedai yang  sama kami dinner semalam. Ekceli, kami dah order apa yang kami nak makan n minum, nak jimat masa kononnya.hi3 pas makan, terus bertolak ke Parapat. Tapi sempat singgah di Air Terjun Piso-piso. SubhanAllah..cantiknya pemandangan. Takjub rasanya. Seterusnya kami menuju ke Danau Toba. Sepanjang perjalanan, memang cantik tengok Danau Toba dari jauh. Sempat gak berenti kat tengah jalan, snap gambar kejap. Mujur abg Din sporting.hi3 Jalan berliku2, pening gak tapi abg Din kira driver yang ganas laa, kami memang tabik springlah. Hi3


Sampai je sana, abg Din terus call mbr dia. Memandangkan kami nak cepat, nak tunggu feri..lecehlah. Bila penuh, baru dia ‘jalan’. So, kami tempah bot laju. Punyalah seksa nakleh naik bot. Tapi memang seronok tengok keindahan Danau Toba.


Akhirnya, di Pulau Samosir kami disambut kawan abg Din. Dialah yang duk bercerita segala2nya pasal perkampungan tu dan kaum Batak. Best citernya, tambah ilmu pengetahuan. Macam dalam kelas sejarah pun ada gak.hi3 Yang paling xleh lupa, berkesempatan pakai baju dan perhiasan Raja Batak dan isterinya. Mak jemah dan abg mail lambung jadi model la lebih kurang. ha3 Pas beli cenderahati, bertolak ke darat. Almaklum, perut dah lapo.kih3


Abg Din bawak kami lunch di Restoran Minang II. Mula2 gelabah gak bila kedai tu ditutup, rupa2nya berpindah tempat. Alhamdulillah, ada jugak rezeki kami nak merasa. Restoran ni besar, layanan pun mesra, surau pun ada disediakan. Pas solat, kami berangkat ke Medan. Terasa jauh sangat. Kesian tengok abg Din, memang penat dia memandu. Dari Danau Toba ke Medan lebih kurang 6 jam jugak jauhnya.


Sampai di Medan, kami singgah di Iga-iga Bakso. Makan lagiiiii…hi3 yerlah, alang2 datang Medan takkan tak nak rasa Bakso kan. Yang paling kami suka jusnya. Memang asli dan tiptop! Su suka sangat jus alpokat. Sedapppp…(seme sedap bagi su yang kuat makan ni..hi3) pas makan, kami ke rumah K.nor, nak jumpa familynya. Perut kenyang + tubuh letih + mata ngantuk = kami takleh lama, terus ke My Dream Hotel dan Zzzzzzz…









2/12/2011 Jumaat
Memandangkan semalam cik abg su makan bakso (perutnya perut nasi)..pagi2 lagi dia cakap, lapooo.. so, kami bersarapan kat hotel jer coz janji ngan Irma kul10pg. Tak best bekpes situ, ntah apa2 menunya. Tapi sebab lapo, telan jerlah. Pas check-out, kami ke a-pot. Tinggal barang kat situ coz kereta Avanza tu sarat dengan barang. Pastu, Irma bawa kami ke shopping complex (lupa dah nama), pastu ke Pasar Ikan (pasar lama). Murah2 gak barangnya. Sempat lunch kat shopping complex tu, pastu  terus ke Istana Maimun dan Masjid Raya. Pas snap gambo lebih kurang, kami berkejar ke a-pot.


Macam2 cerita berlaku kat sini (malas nak citer..hi3)..kami pun dapatlah relex sementara menunggu flight yang kononnya akan berlepas kul 9.20mlm. Alih2 memandangkan cuaca buruk di KL, flight delay. Dalam kul1 pagi jugak (waktu Medan) gak kami berlepas ke LCCT dengan pesawat AK1357. Letihnya mak aiiii..


Sampai je LCTT, kami duk berbahagi barang. Almaklum, barang bercampur aduk. hi3 Laila n k.ani, cikim datang jemput. Kami lak kena ambik bas untuk ke KL Sentral. Sempat minum dulu kat kafe.hi3 Penat giler, tapi kami sabo menunggu. Mekasih kat adik ipar, si Amid yang jemput kami di pagi hari kat KL Sentral. Sampai jer, tunggu subuh..pas solat subuh, terbungkang tak sedar diri..Zzzzzzzz






Sampai sini sajalah coretan kami untuk percutian kali ni. Terima kasih kat abg housemate, acik, k.ani n laila yang sanggup merealisasikan impian mak jemah untuk ke 'oversea' la kononnya.hi3 terima kasih jugak kat Aiza, tuan punya blog http://aiza89.blogspot.com. Dan, terima kasih yang tak terhingga untuk Irma dan Dani yang menemani kami selama kami berada di sana. Panjang umur, de peluang kiter walk2 eat air lagi ek. Alaaa..lupa lak nak taruk gambar ole2 dari Medan. Nanti2 la ek. Tunggguuuu...



KOS kami ke Medan
~ tiket flight  = RM 202.30 
(tiket ni beli time offer, ekceli RM77 jer, tapi tu belum campur bagasi, seat dll )
~ kos penginapan kami untuk 3 malam RM379.40 berdua
(kami tempah hotel dari agoda)
~ kos pengangkutan kami di sana, kami sepakat bagi kat irma  RM 200.00 sorang
(okey sebab pasal pengangkutan semuanya dia uruskan, siap ole2 bermacam2 dia bagi kat kami coz katanya baki dari duit kami)
~ kos makan  > kami bergilir2 bayar untuk kami berlima dan berlapan. so, sorang agak2 dalam= RM 200.00.  Itupun tak sampai

~ untuk ole2, tak tau berapa habis. tapi SueLim tukarkan 2K, dapat berjuta2..hi3 yerlah 
10,000 rupiah = RM 3.52
50,000 rupiah = RM 17.60
100,000 rupiah = RM35.22  




so, kami berbelanja untuk sorang tak sampai RM1000. Tak termasuk ole2, key. Sue gi pun nak jalan2, bukan untuk soping.
Okeyla kan. Yang penting, enjoyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Saturday, January 21, 2012

I.U.I

Arini ari pertama cuti..bestnyer tadi pas subuh..tido je keje..bangun2, tengok housemate duk godek hpon. Orang de hpon baru la katakan..hik3 semalam baru beli. Hpon biasa2 sajer:-) aik! tajuk lain, cerita lain. Okey, kembali kepada tajuk asal..IUI! su benarnya tengah hot ni! bila hot, xde su k..AKU!

Kisahnya..petang semalam along sms bgtau takdpt masuk rumah, c twin n awa punye keje. Terusla aku tanya along, camne long?yang pasal mek tanya pendapat ritu? along kata..along setuju tp kalau boleh jangan bagitau sape2 pun. Sebenarnya de citer along nak bagitau..tapi long takut mek marah. Along nak citer tp kredit takde. Aku terus bgtau..takpe, mek kol long! Along pun bagitau..

Aritu de %*&^( bagitau pasal %&& buat IUI. Tapi dia kata aku ni takleh wat IUI sebab..bukan de pitih! kebam kebam kebooomm !!! pedih telinga aku dengar! mula la aku.. pot pet pot pet xrenti2. along terus kata..nilah yang along malas citer ni, mek maroh selalu! mana aku tak marah!!!!

Buat si polan ni!!! >> KO sape nak cakap pasal aku! aku tak pernah kaco hidup ko, ko jangan ambik peduli pasal aku. ko tu budak hingusan lagi, tak layak n tak berhak cakap pasal masalah orang yang dah berumahtangga! ko tau apa pasal IUI! ko cakap aku takde duit?? ok, fine..aku taulah gaji cikgu ni berapa hinggit la sangat kan tapi tak pernah aku mintak duit dengan sape2 sejak aku keje. orang utang dengan aku, adalah! yang aku BENGKEK sangat ni..ko tak tau ke aku ni staf kerajaan, layak wat IUI, IVF kat hospital kerajaan. Dah free, buat apalah aku nak perabih duit kat hospital swasta. Perlu ke aku canang sekampung yang aku dah start nak wat IUI bulan 4 tahun lepas? perlu ke aku bagitau seme orang pe masalah 'kami'?? weiii...mak bapak aku sendiri pun tak pernah aku bagitau nak buat benda ni seme tau! aku betul2 HOT petang semalam. Terus bagitau housemate..mujur housemate ajak kuar makan2, jalan2..tapi otak aku masih menggelegak tahan marah.

Aku anti la orang yang cakap2 kat belakang pasal aku. Aku tak pernah ambik peduli pun pasal orang. Aku dengan cara hidup aku je kat sini. Balik kampung sekali sekala pun spent masa ngan family jer. Bila mak wat report cerita2 terbaru, terhangat kat kampung, aku angguk2 jer. Bagi aku, takde kaitan dengan aku. SEBAB tulah, bila orang cakap pasal aku, aku memang naik hangin!!!! mau je aku bagi penampor kalau dekat!

Aku taktaulah.. dulu, org dlm family ni jgk kata aku de pakwe tanggung aku masa aku kat U. citer pulak kat kakak pada budak yang nak 'mintak' aku. takdelah aku nak budak tu, tapi nama aku tercemarlah..dan tau jelah aku yang panas baran ni..terus je jumpa kakak tu dan tanya sape yg  bagitau. Bila dapat tau je, sampai rumah...habis kuar sumpah. Mak aku pun diam. Takut agaknya.

Citer kedua, org dlm family ni jugak kata aku ni masuk U guna result SPM, nak harapkan result STPM..mana boleh, hancur! Adoiiii..sakitnya hati aku dengar. Kalau aku cakap BODOH, kecik ati! kalau result SPM aku elok, takkan aku bazirkan masa aku 2 tahun ambik STPM. Aku masuk UUM guna result STPM la.. susah betul la kalau orang tak tau tapi buat2 tau!

Sekarang ni..citer ketiga pulak cakap aku takde pitih! Mungkin salah aku jugak sllu rendah diri, cakap takde duitla kalau orang tanya pe2..dah tu, mak bapak aku pesan..kiter takleh takbur, takleh menipu diri sendiri. Dah kalau time tu aku takde duit, aku cakapla takde.. Tapi, sedare yang berjaya buat IUI tu cakap kos wat IUI tu..sekali buat 2000. Campur2, tolak2...5000 la kira. Kalau 2000 tu aku belanja ritu tak sampai 4 ari pun. Kos IUI kat cni mbr cakap 3 ribu, tapi aritu mbr sorang lagi bgtau dalam 12 ribu. Takperlah, nanti aku koreklah mana2 duit aku..ko nak aku buat IUI sangat, kan? Tapi ko jangan bimbang la, sesen pun aku tak hingin n tak mintak dari ko @ family ko!

Aku heranla manusia2 yang takde perasaan nak burukkan orang ni. Fair la kan kalau ko cerita@mengumpat orang yang ambik peduli pasal ko. Tapi aku yang duk jauh ni pun rupanya de jugak orang berminat nak story2 pasal aku. Ni yang buat aku malas nak balik duk sana ni. Elok aku duk sini jer.

Aku tak tau nak cakap camne tapi aku masih geram ni...nak jer aku sumpah seranah kat cni tapi tak eloklah, aku dah isteri orang, kena jaga adab. ha3

Friday, January 20, 2012

T.E.N.S.I.O.N !!!

Sempat lagi update blog time sit-in dalam kelas.hi3 Banyak sangat nak story2 dalam blog ni tapi wat masa ni..hold dulu cerita ceriti tu seme. Pe yang sue rasa sekarang ni..T.E.N.S.I.O.N !!!! esok mula cuti raya cina..tapi, dalam masa seminggu ni sue kena pulun siapkan seme keje..SMM, EMIS, OPMEN..tapi OPMEN hold dulu la..yang paling penting SMM. Opss! Jadual waktu nak kena ubah pulak. Cuti ni jugak sue kena siapkan. Heran jugak, kelas dah tambah satu kelas, awat kuota guru makin sikit? 119 orang mana nak cukup ngajar kat sekolah ni. Orang atasan tak tau kot masalah cikgu cikgi ni. Tak kisahlah, yang bebannya..kamek jugak! Sue ingat pesan nizar, senior masa kat UUM dulu..tiap kerja yang diberi jangan anggap beban, tapi adalah amanah yang perlu kita selesaikan. Bila fikir2, memang ada YAnya..tapi sue letih, penat sangat otak dan tubuh. Dah tua agaknya. Sue rasa tak larat dah sekarang. Dulu lehje ngadap laptop ni lama2..tapi sekarang dah tak laratlaa..sue dah boring agaknya jadi guru data ni..kalau dihitung, sejak awal tahun 2004. Otak ni dah letih dan jadi semakin pelupa. Sue tensionlaahhhh…hu3

Macam2 cara nak lepaskan tension,kan. Tapi yang paling sue suka..dengar lagu kuat2!!! Tapi kat rumah, takleh..housemate sue tak suka. Jadinya, hanya dalam si hitam time pergi n balik sekolah..sue rasa heeeeepi sangat!!! Bila dengar lagu kuat2 macam tu, teringat sangat kat Dedek. Dek suka sangat menari dlm kereta. Cute je rupa..:-) Hilang tension sue. Dek, sue tak pernah lupa dek. Adakala sue nak dek ada dengan sue time sue tension..leh kiter lepas tension sama2. Denagar lagu + menari kadang2. Lawak plak. Susah kan nak cari orang yang sekepala dengan kita? Takperlah sue..sabo banyak2..senyum sokmo!chaiyok2!

Thursday, January 12, 2012

Menjawab segala pertanyaan..


Alhamdulillah..curi sikit masa untuk update diari sue ni..yang dah bersawang..berkerawang ni..
Rasanya gambar di atas dah bagi jawapan kat kengkawan yang tanya naper xupdate blog?naper tak b'muka buku? ada jgk bnrnya, tinjau2 n keluar. Jawapannya : otak berserabut seperti dalam gambar di atas.he3

J.A.N.U.A.R.I >>> rasanya semua cikgu cikgi akan cbuk..lebih2 lagi guru data..semua benda nak kena update..paling teruk, SMM laaa..Sistem Menyusahkan & Membebankan. Opsss!!! jgn mare...ermm..bulan ni la tdo xcukup, masa rehat tak cukup, selalu boss carik! rumah pun tak terjaga...ayoyo..Meja makan dah jadi meja sepah.hi3 sori kat housemate. Mujur dia faham..tak faham pun wat2 faham laaa..

Tak sabo nak cuti raya cina..seminggu tuu..bagi org lain, bestnyer cuti. Tapi sue??? siapkan keyin data murid 12 buah kelas, update enrolmen, update emis, ha! lesson plan + yearly planning nak kena anto awal bln depan..ermmm...

k la..sue nak kena masak, kemas rumah lak. Sue suka ari jumaat...gi sekolah jap je. masuk kul 2, balik kul 6. hu3 tapi esok, lusa..keje gak! boleh tak sue tak nak jadi guru data??????

Tuesday, November 22, 2011

FASA 4_PERCUTIAN BERSAMA_BILIK ❀ ܓ

Memandangkan percutian ni sue yang rancang, sue lah yang akan settlekan seme keperluan selama di sana. Mujur de Agoda. Orang kata lebih murah kalau deal sendiri dengan pihak hotel. Tapi malas nak peningkan kepala, sue booked jer bilik dari Agoda. Harga pun kira masih mampu bayarlaa..hik3

Malam pertama - bilik SueLim

Malam pertama - bilik k.ani, laila n acik

Malam kedua di Brastagi kami bermalam di Mikey Holiday Resort

Malam terakhir, masih di My Dream Hotel - bilik SueLim

Bilik k.ani, laila n acik

p/s terima kasih kat Aiza..adik@mbr baru b'kenalan di alam maya. Dari blog dia sue dapat tau pasal My Dream Hotel ni.


FASA 3_PERCUTIAN BERSAMA_TIKET

Tak sabar rasanya duk menghitung hari. Tiket ni dah lama beli sebenarnya masa promosi. InsyaAllah..moga percutian bersama ini akan menjadi kenangan terindah kami beramai2.hi3

Thursday, November 17, 2011

The Twilight Saga : Breaking Dawn

Pe sue nak citer kat cni yer.. sue tgh sedey ni.. berkali2 sue buat permintaan kat housemate sue nak gi tgk citer niiii..tapi, dia wat dono jer. Tak kata yer, tak kata tidak..sedey laaa... sue minat sangat citer ni.hu3 lagi2 la citer yang akan ditayangkan 24hb nanti Bella dah kawin n peknen..tak sabo nak tengok. Please la housemate, sue nak gi tengok. 24hb tu..agak2nya kat MBO spring dah tayang blom o..25hb dah balik KL..kl tak sempat tengok kat kuching, sempat kot nak tengok kat KL nanti. bolehlah bggggggggggggggg...pleaseeeeeeeeeeeeee... ishhhhhhh..geram jer..

p/s : best kan kalau housemate kiter seromantik Edward + semacho Jacob. best3!hi3

1st movie > tengok cd jer

2nd movie > gi tgk kat pawagam. malam raya kalau tak silap:-)

3rd movie > thanks kat cikgu subhi tlg download citer ni:-) 

p/s : abg, yg ni kiter nak tgk kat pawagam. boleh la..boleh la..hu3

tak sabo nak tgk dorang kawin.hi3

Friday, November 11, 2011

Makan2 Sempena Aidiladha 2011

Aidilfitri yang lepas SueLim tak berkesempatan nak wat makan2 untuk kengkawan. Jadi, Aidiladha kali ni watlah   open house kecik2 untuk kengkawan rapat. Seme tanya..k.su masak apa??? S.O.R.I ....bukan sue masak. Seme tempah key..nasi beriani dari abg man dan nasi dagang dari k.zurina. Hi3 alhamdulillah..majlis berjalan lancar. Terima kasih buat semua yang sudi datang. Tak sempat nak snap gambo kengkawan yang datang, bz melayan tetamu:-)

Sedia menerima tetamu.

Cheese cake k.ani sponsor..thanks k.ani:-)

Nasi beriani dari kedai Abg Man Tomyam.

Nasi dagang diimport dari K.zurina:-)

Makan2 Terakhir Sesi Petang

Tarikh : 28 Oktober 2011
Tempat : Bilik Guru, SMK Matang Hilir

Makan..makan...makan..kali ni makan2 kali terakhir untuk guru2 sesi petang. Menunya laksa sarawak. Tukang masaknya tak lain, tak bukan..k.jijah@k.bibut. Nyum2..paling best bingka cheese yg k.jijah buat. Nyamaannn..



bingka cheese k.jijah


Tak sah kl tak amik gambo ngan katty. Dua2 suka bergambo:-)

K.mizah tak sabo nak potong kuih, ramai yang terliur..hi3







Tahun depan lak makan2:-) moga ketemu lagi dech..

Grand Dinner MatHil

Tarikh : 29 Oktober 2011
Masa : 7.15 - 11.00 malam
Tempat : Hotel Grand Continental, Kuching

Aturcara Majlis :
~ bacaan doa
~ ucapan pengetua
~ makan2 sambil berbahagi hadiah
~ karoake (tak sah kalau takde:-))


Posing jap sebelum bertolak.

Wif abg supir..hi3

Posing lak kat umah k.mizah sebelum bertolak:-)

Abadikan kenangan bersama.

Wif my mummy chiew:-)

K.lynn tolong snap gambo. Thanks k.lyn:-)

Insiden lucu dlm lif. Lawak;-) cian hj diman.hi3

Wif si comel, baby azrul n nadia.

Jangan tak caya, su dpt cabutan bertuah:-)