Monday, December 31, 2012

SueLim meronda di Langkawi

Pulau Langkawi sememangnya banyak tempat menarik untuk dilawati. Rasanya macam SueLim sempat pergi  semua cuma de tempat yang SueLim tak masuk@tak cuba naik.hi3

~ Pantai Kok ~


~ Pantai Chenang ~




~ Pantai Pasir Hitam ~

~ Pulau Dayang Bunting ~




~ Pulau Singa Besar ~

~ Pulau Beras Basah ~



~ Underwater World ~



~ Laman Padi Gallery ~


~ Beras Terbakar ~



~ Makam Mahsuri ~



~ Dataran Lang ~



~ Taman Lagenda ~



~ Telaga Harbour Park ~



~ Cable Car ~

~ Oriental Village ~




~ Telaga Tujuh ~

~ Ayer Hangat Village ~


SueLim berbelanja di Langkawi

Tujuan asal SueLim bukan untuk bersoping. Kami cuba nak pergi jenjalan tapi tak bestla kalau tak beli ole2 untuk family atau kengkawan, kan? hi3

Sue : Belikan periuk Vision (RM279)
Hubby : Belikan beg (RM85) + di alIkhsan (RM 148.10) ~ suar untuk kami berdua..hi3

Untuk family dan kengkawan :

Hubby belikan keychain utk kengkawan lelakinya. 

Gi langkawi tak sah kalau tak beli minyak gamat.

Kain pelikat dan kain batik untuk parents dan adik beradik.

Yang ni lah berbaloi2 beli..hi3 siap beli beg untuk letak coklat.hi3 


Keychain untuk kengkawan su dan kengkawan ompuan hubby

SueLim menjamu selera di Langkawi

SueLim memang suka makan..makan..dan makan..hi3 Sebelum kami ke Langkawi, memang ada jugak survey tempat makan di sana. Yang nak sangat kami nak rasa makanannya adalah di Restoran Wan Thai. Lokasi SueLim menjamu selera sepanjang berada di Langkawi :

~ Kedai Pakcik (sebelah Tidoq Inn) ~
Makanannya murah dan sedap. Yang best, leh ambik nasi lemak banyak mana kiter suka.hi3 
Pemiliknya pun baik. 2 hari kami bekpes kat sini:-) 


Harga bekpes kami mkn+minum tak lebih dari RM8. Murah kan?

~ Kedai Cendol Pulut Kak Bedah ~
Makanannya untuk lunch murah. Rojaknya pun sedap:-)


Harga untuk pe yang kami mkn + minum cuma RM12..hi3

~ Restoran Saujana Seafood ~
Tomyamnye sedapppp...harga pun berpatutan. Berbaloi laaa..bestttt...



Harga untuk semua menu di atas cuma RM46. Murahla berbanding  di sini.


~ Restoran Haji Ramli ~
2 hari kami lunch di sini. Menunya banyak pilihan dan harganya berpatutan.





Harga lunch kami di ari pertama cuma RM13.70 dan untuk ari kedua cuma RM18.  Okeyla kan?he3


~ Restoran Wan Thai ~
Harganya memang la agak mahal tapi takla mahal sangat tapi berbaloi la dengan makanannya.
Memang patut cuba lah makan kat restoran ni. Mujur kami datang awal, penuhhhhh orang.hi3









Tak kisahlah berbelanja asal berbaloi, kan? Harga dinner kami malam tu, RM 72.90.




Percutian SueLim di Langkawi Island

Sue story sikit pasal percutian kami..ye

12 Dis 2012 
Flight kami dari LCCT kul 3.30 petang dan sampai di Langkawi International Airport kul 4.30 petang lebih kurang. Sampai je a-pot, pemunya kereta yang kami sewa dan tunggu dan bawa kami ke tempatnya di area Kuah..dorang isi borang dan hubby sign..dorang check kereta dan kami pun blahh...hi3 ownernya baik. Kami sewa Viva jer..RM100 sehari. 

Kereta yang banyak berjasa untuk menjelajah segenap ceruk Langkawi..hi3
Ops lupa..masa kami sampai tu, kami dibagi map Langkawi..jadi, lokasi kami seterusnya..ke area Pantai Kok..cari bilik penginapan kami Tidoq Inn. Susah gak nak cari bila de sorang pakcik tu salah tunjuk jalan. Padahal dari tempat kami tanya dia tu, tak sampai 10meter dari Tidoq Inn. Sabo jelaaa.. pas dapat kunci bilik, kami terus ke area Kuah..lapoo..dinner jap pastu pusing2 bandar Kuah..kami ke Haji Ismail Group..sempat beli barang yang kami nak dan ole2 untuk family. Lewat malam balik ke Tidoq Inn untuk berehat. 

13 Dis 2012 
Pas bekpes, kami ke area Pantai Chenang..cari kaunter nak beli tiket untuk xtvt Island Hopping. 9.30 pagi baru bertolak ke tempat jeti nak naik bot. Kena tunggu turn pulak. Kami dibawa ke 3 buah pulau dan diberi 1 jam untuk melilau@mandi-manda di setiap pulau. Ambik masa jugaklahh. 
AMARAN : berhati2 dengan monyet2 berkeliaran yang takleh tengok plastik. So, makanan@minuman simpan dalam beg ye.

Sampai je ke darat, alang2 dah kat area Pantai Chenang tu, kami ke Underwater World. Paling suka tengok penguin..hi3 pas pusing2 semua..kami pergi lunch dan terus ke Laman Padi Gallery. Takde pe menarik pon kat situ. So, kami balik semula ke bilik penginapan..mandi, solat dan rehat sekejap..pastu kuar semula. Sempat snap gambo kat atas jambatan apa ntah namanya. Memang cantik pemandangan dari situ. Lokasi kami seterusnya ke Beras Terbakar. Sempat la beli minyak gamat dan tambahan ole2 untuk family. Pastu kami ke Makam Mahsuri.  Tak sah rasanya kalau ke Langkawi, kalau tak amik gambo kat helang beso tu kan?hi3 so, kami ke Dataran Lang. Penuh orang amik gambo. Kami menyelit jugaklah dari jauh.hi3 sempat jugak melilau di depan Taman Lagenda. Malamnya kami meronda area Kuah, sempat pergi macam Pasar Malam pastu dinner di tepi jalan. Sedapnya dia punya laksa..nyum2.. Sempat jugak kami soping di AlIkhsan dan belikan ole2 untuk kawan2. Lewat malam baru balik ke Tidoq Inn.

14 Dis 2012 ~ HAPPY 5th ANNIVERSARY SUELIM ! 
Pas bekpes, kami checkout dan terus menuju ke Cable Car kononnya..sebelum sampai sana, kami sempat snap gambo di area Telaga Harbour Park..bestnyer leh tengok kapal layar. Pastu terus ke Oriental Village. Sampai dalam, bila tengok Cable Car yang tengah bergerak, macam tak berani nak naik. Hubby pun jenis gayat. Pas pusing2 dan fikir, kami ambik keputusan tak nak naik.hi3 so..snap gambo area Oriental Village jelah. Lokasi kami seterusnya ke Telaga Tujuh. Nak jumpa telaga tujuh ni, nak kena mendaki. Tak larat la den dengan kaki yang tengah luka time tu. hu3 Seterusnya, kami mencari Pantai Pasir Hitam. Pas minum air kelapa kat situ, kami terus ke Ayer Hangat Village. Hubby sempat la rendam kakinya dalam air panas.hi3 Ronda2 jap kami terus ke Galeria Perdana. Masuk dalam macam tak menarik, kami terus ke Langkawi Bird Paradise. Sampai sini, hubby tanya pe de kat dalam? Ada burung la banggg... Tak mo masuklah...puah doh tengok burung. Okeylahhh..jadi, kami terus area Pantai Chenang untuk lunch dan bersedia untuk checkin di Aseania Resort. Sebelum checkin kami sempat melilau mencari tempat makan yang kami memang teringin nak rasa..RESTORAN WAN THAI. Hampir kat sejam mencari, akhirnya kami jumpa:-) pas checkin, petang tu kami berehat je di bilik. Dahlah pintu bilik de masalah. Lawak betul. Malamnya kami keluar dinner di RESTORAN WAN THAI. Pas dinner, memandangkan malam masih muda, kami sempat menonton wayang. Citer apa? HOBBIT. hi3 lewat malam, baru kami balik ke bilik untuk berehat.

15 Dis 2012 
Kami turun bekpes agak lewat pagi tu. Pas bekpes, rehat jap dan dalam kul 12 kami terus checkout. Destinasi seterusnya tentulah nak beli coklat. Beli awal2, takut cair.hi3 Kami ke kedai Haji Ismail Group untuk kali ke berapa ntah. Kesemua kedai Haji Ismail Group dah semua kami masuk rasanya. Ha3 Lokasi seterusnya kami mencari cendol pulut.hi3 Terjumpalah Cendol Pulut Kak Bedah. Sedappp...rojaknya pun sedap. Sempat meronda lagi dan minum petang dan cucur pisang. hi3 Dekat kul4 kami terus ke a-pot coz kereta tu harus dipulangkan kul5 petang. Sue memang dah tak larat masa tu. Lenguh giler kaki..sempat berurut 40 minit.hi3 Hubby pun:-) sedeynya flight pulak delay. Patutnya flight kami kul 7.50malam tapi pukul 9lebih macam tu baru kami berlepas ke LCCT. Sampai LCCT, sempat lagi dinner sebelum balik rumah.hi3

Pepun, memang sonok laaa..alhamdulillah..percutian kami berjalan lancar..syukurrrr....


Sunday, December 30, 2012

14 Disember 2012 ~ Happy 5th Anniversary

Pejam celik, pejam celik..14 Disember lepas...genap 5 tahun SueLim bersama dan berbahagia. Bersyukur sangat2 Allah bagi peluang pada Sue untuk menjadi seorang isteri kepada insan yang bernama Mohd Abdul Halim bin Mohd Abdul Wahid yang penyayang, sabar, hormat orang tua, bertanggungjawab...dan yang penting, bendahari yang hebat dalam menguruskan kewangan SueLim. Hi3

buat si suami ~ 5 years ago,  i've made the most wonderful man in the world, to be my husband. The partner in life. To have and to hold, from this day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish, 'till death do us part. Love u much Mohd Abdul Halim bin Mohd Abdul Wahid.

~ Lokasi kami berhoneymoon sempena anniversary kami tahun ni ialah di Langkawi Island. Alhamdulillah, percutian berjalan lancar. Syukur pada Allah memberikan kami peluang bersama-sama menikmati keindahan pemandangan ciptaanNya.









Tuesday, November 27, 2012

Twilight : Breaking Dawn Part 2



Yes! Yes! Akhirnya ...tercapai gak hasrat nak tengok citer ni. Mekasih kat Naimah sudi bawak kami gi tengok citer ni. Mr.hubby pernah pesan tengok citer ni dengan dia tapi..dia balik cni lambat lagi..hu3 memang  best citer ni...
> lawak time mula2 Bella nak sesuaikan diri dah jadi ponti
> romantik time Bella n Edward masuk rumah baru..ops!
> sedey masa tengok ramai yang mati masa 'pertarungan' tu...sekali...
> frust + bengkek je coz rasa macam tipah tertipu...ha3

~ermmm..mintak2 de sambungan lagi filem ni...kisah ♥ Jacob & Renesmee

Sue sedey..hu3

Ermm..tak tau nak mula dari mana. Lamanya dah tak update diari elektronik sue ni. Alkisahnya..sue terpaksa berjauhan dari mr. hubby. Cuti sekolah macam nilah dia dapat berbakti untuk ayah dia, sue pulak kena jaga SPM kat cni. So, kami terpaksalah berjauhan. Kau di sana, aku di sini. eceh3..hik3

Bila sampai je kat Kuching (sue ditemani anak sedare su, Adib as bodyguard)...jiwa terasa melayang (ecehhh..lebih2 pulak). Tapi betulla...bila masuk je rumah, sue rasa kosong. Tercari2 dia walau tau dia takde..isk isk uwaaaaa... Bila kat dapur, tingat dia..sue suka usik dia time dia masak (bukan sue masak!ha3).    Bila tengok tv, tingat sue suka kaco dia..

Abanggggg....sayang rindu..isk isk uwaaaaaaaaaaa

Lambatnya 17 ari berlalu...hu3