Wednesday, July 22, 2009

SMK Matang Hilir, Kuching

SMK Matang Hilir telah ditubuhkan pada 1 Disember 1991. Sekolah ini menumpang dan berkongsi bangunan dengan SRK Tan Sri Dato Haji Mohamad, Taman Malihah, Matang. SMK Matang Hilir dimulakan dengan lima buah kelas, iaitu tiga buah Tingkatan 1 dan dua buah tingkatan Peralihan. Seramai 188 orang pelajar bersama dengan 10 orang guru telah menjadi warganya pertama. Pelajar-pelajar ini adalah dari sekolah-sekolah rendah yang berdekatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Dengan tertubuhnya SMK Matang Hilir, ibu bapa di sekitar kawasan Batu Kawa dan Matang tidak perlu menghantar anak-anak mereka jauh ke sekolah lain di Kuching. Tahap pencapaian akademik sekolah ini adalah setanding dengan sekolah-sekolah lain di kawasan Kuching.

Sesi persekolahan telah dibahagi kepada dua sesi, iaitu sesi pagi dan petang bermula pada tahun 2004. Sekarang SMK Matang Hilir mempunyai 57 buah kelas, Tingkatan Peralihan sehingga Tingkatan 5. Bilangan pelajar bertambah berlipat ganda. Enrolmen pelajar terkini adalah seramai 1918 orang.

Semoga SMK Matang Hilir akan terus menjejak kecemerlangan seiring dengan visi dan misi sekolah yang menjadi sekolah cemerlang di negeri Sarawak pada tahun 2011 dan melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, berdaya saing serta berakhlak mulia dalam memenuhi aspirasi negara.


2 comments:

  1. kenapa tak letak gambar kelas dalam blog nie??
    tak best lah...
    tak bamyak maklumat yang d peroleh..
    letak lah skali photo aktiviti tahunan...

    ReplyDelete
  2. Ini blog personal la..bukan blog sekolah. apa raa..

    ReplyDelete