Thursday, May 10, 2012

Pemutihan Perjawatan e-OPERASI

Alhamdulillah..baru je lepas siapkan wat pengesahan pemutihan perjawatan e-OPERASI bagi pihak pengetua (cian boss tak sihat. semoga cepat sembuh. Amin...) Dari isnin lepas, berhempas pulas sue update sistem e-OPERASI walaupun surat yang mengarahkan pihak sekolah update sistem ini sampai pada hari Selasa (sekolah selalu terima surat lewat..hu3) Syukur Ya Allah...siap 1 tugasan. http://apps.moe.gov.my/eoperasi/


yang merunsingkan sue..kat sekolah sekarang semua orang duk sibuk isi borang e-PANGKAT. Sue bukan runsing isi borang, sue runsing kalau2 sue yang kena key-in semua maklumat tu. Memang malang kalau YA jawapannya.  Tapi aritu masa mesyuarat OPMEN di PPD, Encik Bolkiah dah bagitau akan ada taklimat untuk guru data pasal e-PANGKAT. Jadi 99.99% rasanya memang sue yang kena key-in. Nak nangis rasanya.


Naper KPM ni banyak sangat sistem ???? Naper tak buat satu je sistem yang boleh digunapakai untuk semua. Ni tak, bukan setakat e-OPERASI..kena update gak sistem :


EMIS.........http://emisonline.moe.gov.my/


dan empat kali setahun, guru data kena update sistem OPMEN


dan empat kali setahun juga, guru data kena update SMM (Sistem Maklumat Murid)




walaupun baru-baru ni dah wujud satu sistem yang dinamakan sistem Pangkalan Data Murid
http://www.sekolahmalaysia.com/ alhamdulillah, mujur gak sistem ni guru tingkatan yang key-in. Tapi ada jugak guru tingkatan yang sue tolong buat. Al-maklum guru2 veteran bermasalah nak guna komputer @ internet ni. Kalau dah ada sistem PDM ni, naper SMM offline masih perlu kami update?????

dan sekarang, sistem yang sue tengah bertungkus tak lumus cuba siapkan ialah SSM (Sistem Salah Laku Disiplin Murid) http://apps.moe.gov.my/ssdm/




>>>  sistem ni semua lah yang adakala buat sue stress sangat2, nangis sorang2 (sebab penat + migrain). Sekolah sue bukan sekolah kecik, staf semua 136 orang, pelajar mencecah 1955 orang. Memang nasib sue agaknya, sekolah lama dulu pun macam ni.

Andai kata diberi peluang..nak sangat sue mintak dengan  boss >>> cikgu, boleh tak saya tak nak jadi guru data ??? saya 'penat' cikgu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. dulu, sue 'kuat'..mungkin umur bertambah..sue 'penat'..'penat' sangat2..isk!isk!uwaaaaa....

Satu pesan seorang hamba Allah suatu ketika dulu..yang sentiasa menyedarkan sue dan bagi motivasi pada sue tiap kali sue stress!!!!

>>> sue, apa saja masalah yang mendatang..sabar dan tabah hadapinya. Setiap kerja yang kita dapat, lakukan dengan sebaik mungkin..anggap ianya satu 'amanah' dan bukannya satu bebanan.

..........tapi, de kala sue 'tewas' jugak..isk!isk!uwaaaaaaa.....


..........bukan apa, ada kala sue kesian ngan suami sue..masa sue banyak mengadap laptop ni daripada mengadap dia. DIA tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya..sebabtu DIA anugerahkan suami sue pada sue..memang dia seorang penyabar..hi3

stop cni dulu..dah ngantuk, malam ni leh tido lena..

No comments:

Post a Comment