>> Su lahir pada 28 Julai 1980 dan housemate su pada 21 Mei 1980. Jadi, sedikit sebanyak pada su dan housemate...
Rahsia Kelahiran Mengikut Tarikh
~Tarikh Lahir Pada 21hb
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
~Tarikh Lahir Pada 28hb
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka, berterus terang dan jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan Islam
~28 Julai 1980 (15 Ramadhan, 1400 Hijriah)
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.
~21 Mei 1980 (6 Rejab, 1400 Hijriah)
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan
~JULAI
-amat suka didampingi pasangan
-suka dimengerti oleh pasangan
-sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
-amat mudah dipujuk dan berterus-terang
-amat menghargai kesetiaan pasangan
-mengambil berat dan mengasihi pasangan
-berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
-mudah terluka dan lambat untuk pulih
-suka merajuk dan dipujuk
-setia terhadap pasangan
-suka mendengar dan tidak suka membantah
-cemburu terhadap pasangan
-suka menilai dan menjaga perhubungan
~MEI
-amat mudah jatuh cinta
-baik dan jujur dalam perhubungan
-pandai menarik hati pasangan
-perasaan cinta yang mendalam
-mudah untuk dipujuk
-kurang suka untuk sentiasa bersama
-mudah menerima cinta seseorang
-pilihan yang tepat dalam berpasangan
-nekad untuk menjaga hubungan yang baik
-pandai mengatur hidup pasangan
-suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
-sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
-ambil berat dalam menjaga hubungan
>>> Darah su jenis O..dan mengikut aplikasi tu..su..
“Bersifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi dirimu agar tidak dikuasai dengan tekanan"
>>> Su dilahirkan pada hari Isnin..dan sifat wanita mengikut Tajul Muluk..
" Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan, Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.
>>> Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W. Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu…selamanya. InsyaAllah..

No comments:
Post a Comment