Thursday, June 30, 2011

Netbook 1 Malaysia

20-22 Jun 2011 - sue takde kat sekolah coz menghadiri Kursus Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) (yang akan dibuat secara online mulai 1 Julai 2011) bertempat di Hotel Grand Continental. Alhamdulillah, proses pemilihan dan taklimat kepada pelajar berkaitan netbook dilaksanakan dengan jayanya oleh Cikgu Azizi and the geng:-) Bimbang la jugak kalau de maklumat2 yang tertinggal sebab sue yang hadiri taklimat berkaitan netbook ni dulu. he3

22 Jun 2011 - Gerombolan 7 orang dari SKMM datang ke sekolah untuk menyerahkan netbook kepada pelajar yang terpilih.Pemilihan pelajar ni menjadi 1 isu besar di mana-mana sekolah. Mana taknya, de parents yang tak puas hati nape anak dia tak dapat, anak orang lain dapat. Benarnya, ada syarat2nya. Kalau tanya pendapat su pulak >> SUE LANGSUNG TAK SETUJU bagi subsidi kerajaan ni kat budak2 sekolah. Kenapa??
1) Makin tersebarlah gejala2 negatif di kalangan pelajar. Kes sekarang yang banyak berlaku kat sekolah : lukis gambar lucah, bagi isyarat lucah, tulis surat lucah, bagi sms lucah, berdua2an, ditangkap bercumbu2an..dari mana dorang dapat tau semua ni?? INTERNET!!! dengan adanya subsidi kerajaan ni, lebih mudahlah dorang online, lepak je kat KFC matang tu, dapatlah beronline. isyyhhhh..Allahua'lam

2) Rasanya elok lagila bagi kat budak U yang ramai mana terpaksa guna duit PTPTN untuk beli laptop sendiri. Ramai lagi anak2 orang susah kat U nun. De pekdah gak memandangkan banyak n selalu sangat budak U ni kena siapkan assignment dorang. Budak sekolah ni berapa sangatlah subjek yang perlu disiapkan kerja kursusnya???? ala, takat nak buat kerja kursus yang berapa helai la sangat, komputer kat Makmal Komputer dan Pusat Akses kan ada. Allahua'lam

Pepun, takperlah..nak wat camna..1 Malaysia > Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan. Kan?Kan?

Thanks kat K.mizah n Abg Bo beserta pelajar2nya yang sediakan kerusi + kemas dewan untuk majlis taklimat kepada ibubapa dan pelajar yang mendapat netbook pada 25 Jun 2011. Penuh dewan parents datang, kalau mesyuarat PIBG..berapa kerat la yang datang..ha ha haruuuu...

Inilah rupanya netbook yang menjadi rebutan pelajar:-)

Friday, June 17, 2011

Cuti Penggal 1 (28 Mei 2011 – 11 Jun 2011)

Alhamdulillah..berkesempatan balik kampong ngan housemate..selama 15 hari. Seronok tak terkata rasanya. Sebelum balik, beli ole2 dulu. Mula2, gi bertiga dengan K.Ani dan K.Mizah kat Jalan Gambir. Along pesan belikan kain corak pua kumbu dan kain batik Sarawak. Sonok gi ngan K.Mizah sebab dia bawak  jenjalan guna jalan yang tak pernah sue lalu. Hi3

Belum de rezeki, tengok baju pun jadila...hu3

K.Mizah yang shopping sakan:-)

Lepas penat jap pas beli barang.
Sehari sebelum balik kampong, sue ngan housemate beserta K.Ani gi beli kek lapis dan ikan terubuk. Ole2 wajib untuk orang semenanjung. Sampai rumah, dah lewat..dan terus kemas barang. Tak lena tido malam tu, tak sabo nak balik kampong:-)
Pe perkara yang seronok sangat berlaku dalam cuti ni???

SELAMAT PENGANTIN BARU >> dalam cuti ni, ramai kawan special sue yang melangsungkan majlis perkahwinan. Tapi sue tak berkesempatan nak pergi, jadi bagi cenderamata sebagai tanda ingatan, kira aci lah kan??? Kepada semua kawan sue yang bergelar pengantin baru >> Zura (pengantin lama..hi3), Abg Faezal, Yus, Falisa, adik sue..Mizi, Sufikiaz (kawan housemate)..semoga berbahagia di dunia dan di akhirat, hidup kalian bersama pasangan sentiasa dirahmati dan diberkatiNya, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..AMIN..





SI KEMBO >> akhirnya, dapat gak sue jumpa dengan si kembo (anak2 sedare terbaru)..ameera tasneem dan ameera sofea. Time dorang lahir, terpaksa masuk NICU sebab tak cukup bulan dan berat. So, masa balik bulan Disember aritu, kami tak dapat tengok dia. Cooooomel sangat!geram tengok. Rasa nak seludup wat balik Sarawak jer..

Kan best kalau dorang ni anak kami.hi3

Saaaayang sangat.

Macam kekok jer..:-)

Ada name tag tu..almaklum, anak cikgu:-)

GENTING HIGHLANDS  >> dah lama teringin nak pergi, tapi kekangan dari segi masa dan peluang. Akhirnya, kami berlima dapat jugak gi sana. Mujur de kereta ayah dan Kieymah sebagai penunjuk arah. De 2 citer lawak pagi tu..1-tertinggal Ierah  2-smarttag (biarlah rahsia..ha3) pepun, best giler gi sana walaupun sue tak berkesempatan nak rasa semua permainan kat situ. Bukan apa, penakutttttt..tak kuasa sue nak terjerit2, tengok jerlah..kira okey apa?? Hua3 sue sempat rasa 3 permainan jer..yang sebenonya lebih sesuai untuk kanak2.ha3 Tak kisahlah..yang penting, de kenangan dengan adik2.

Posing jap sebelum balik.

Posing jap sebelum jenjalan.

Nak turunnnn...nak turunnnn..takut tapi senyum:-)

Posing je lebih tapi takut nak cuba;-)



AQUARIA, KLCC >> macam lawatan budak sekolah rasanya. Gi jenjalan ngan Kieymah n acik, 1st time guna LRT. (sakai je kan??) ha3. Kieymah sekali lagi jadi penunjuk arah. Kami gi Aquaria je, pastu lunch kat KLCC, tu jer.. last gi KLCC ni tahun 2003 kalau tak silap..lama tuuuuu..








SUE PANDAI BERENANG!!! >> tak caya? betul laaa..penat ceq belajar.  Lawak lak rasa, dah tua2 baru pandai. Mula2 belajar terapung, pastu belajar berenang sambil berpaut pelampung si fawwaz, berhari gak cuba belajar berenang betul2, tapi tak boleh. Akhirnya hari ke 7 iaitu hari terakhir kami kat situ, baru reti berenang betul. Sebelum tu, tengok jer la adik2 berenang, sue lak terapung jer. Tak tau la nak ucap terima kasih camne ngan jurulatih >>kieymah, acik, aja..ha3 bila dah pandai, suruh housemate ambik video..bukti nak tunjuk kat mak ayah tersayang..bila tunjuk, dorang gelak jer. Pasni sue nak capai satu lagi impian sue >> belajar bahasa isyarat:-)

Ngan acik n anak2 Ayah Chik - Balqis n Bilal.

Anak + menantu + cucu Ayah n Umi.

Posing sempena kejayaan belajar berenang.hi3

Sonok + tenang jer terapung. Ops! lupa nak ucap mekasih kat umi bg pinjam swimming suit:-)


Ermmm..okey laa..sue stop sini dulu catatan sue kali ni. Tak sabar nak balik kampung raya nanti..he3

JAGA DIRI HIASI PERIBADI..

21 Mei 2011 = 31 tahun???

Hepi b'day to you My Luvly Hubby..

21 Mei 2011 - Birthday housemate yang ke 31 tahun..makin tua dia..sue masih 30 tahun..hi3 tahun ni kami kuar makan2 kat Secret Recipe..try menu yang K.Ani suggest.
Komen housemate : >> Dok sedap pon..tomyam nape.tawor hebe..Tapi bila bagi kek fav. dia..blueberry..bertanya la pulak dia..Kalau mari cni plok lain kali, nok oyat name nape kek ni???hi3


Bagi sue, sedap gak menu ni, tapi bukan taste dia:-)

Housemate di usia 31 tahun.

Pagi hari di usianya yang ke 31 >> kami ke Serikin, balik dari Serikin, singgah rumah jap dan cadangnya nak pergi lunch kat luar. Berlakulah insiden yang paling sue takut sekali...KUNCI RUMAH tertinggal dalam bilik, termasuk kunci spare..pe lagi??? orang tengah letih+mengantuk+lapo..potpetpotpet..sue lak takut masa tu (orang bersalah, biasala..) tapi tengok muka dia yang merah padam + mulut tak berenti berleter..nak gelak, tapi cuba tahan..wat muka sedey mohon simpati..ha3 

Tak pe lah..kiranya tahun ni hadiah birthdaynya sue bagi tombol pintu baru..ha3

Tombol lama:-)

Tombol baru >> 1st time housemate belajar pasang;-)

Thursday, May 19, 2011

G ~ dah nak kawin adik K.ani sorang ni..

Tarikh / Masa : 19 Mei 2011 >12:05pm
Lokasi : Bilik Rehat MekOrg, Comp. Lab

Tengah syok main game 'Zuma', hpon bunyi..dalam hati "sape lak ni?ngaco jer.." tapi..bila tengok nama yang kuar kat skrin.."ehhhhh..G..."
> K.ani, G nak kawin!!!
>>G nak kawin?bila?dengan sape?
>Yerlah..nak kawin...4hb..dengan org puan lahh..
>>Tau la org puan..org mane?duk mane?keje nape?kenal mane?...comel dok?ha3 (mamarazzi..biasalah..)
>Org jawa k.ani, asal..tanjung karang ke nape nama tepat dia, tapi..selangor a. keje cikgu, belajo mesir dulu, kenal dinung r..muka dia macam k.ani..
>>muka macam k.ani?doh..comel dok???? (dalam hati..nak kena ni...)
>comel laa..tapi, k.ani comel lagi..ha3

sape G? G ni..MIZI.. Full name > Ahmad Tirmizi bin Hj Ali.

ape kaitan dengan su? G ni benarnya anak angkat mak su. su kan 3 beradik semuanya perempuan. Pok su memang teringin nak anak lelaki. (sebenarnya, selepas su, mak su keguguran anak lelaki, lepas tu keguguran anak perempuan. kiranya, kalau de rezeki..su ni lima beradik) Alkisahnya..masa mak G ni mengandungkan G, Pok su mintak nak jaga anak tu kalau lelaki. Dengan izinNya, bila lahir..memang lelaki. Su ingat lagi masa tu umur su dalam 5 @ 6 tahun..tengah main guli depan rumah kat Gong Pasir, de van berhenti dan tanya 'ada mak kat rumah?' rupanya mak G hantar G. masa tu su hepi sangat..tinggal guli..terus jerit..'Ani ada adik! Ani ada adik!" kalau ingat saat tu masa ni..rasa sebak jugak.he3 masa tu umur G masih dalam 40 hari. Dari hari tu, G duk dengan kami. Su hepi sangat pastu sebab ada ADIK.

Perpisahan pilu > Benarnya memang kami tau kami hanya jaga G sampai dia umur 4 tahun, pastu G kami kena serahkan balik pada keluarganya. Apabila cukup masanya..su ingat lagi malam tu su dan Cik su gi hantar G (hantar jalan kaki jer sebab rumah lamanya seberang jalan besar). G menangis giler. Masa tu dia kecik lagi, belum faham apa2. Su lagi lah kuat nangis. Cik pun nangis. Memang sedih masa tu. Kalah citer cerekarama.hi3 Pok tak hantar sebab su tau Pok mesti nangis gak kalau dia ada. Su tak sampai hati tengok G meraung, su pun meraung gak. Sape tak sayang adik, kan? Tapi kami terpaksa tinggalkan G dengan keluarganya. Sampai rumah, su menangis tak nak naik rumah, sorok belakang pokok nyior. Pas cik pujuk, su naik rumah tapi masa tu dalam hati su, su marah+geram dengan Cik dan Pok sebab bagi G pada keluarga dia.


Selepas kami hantar dia malam tu..lama gak kami tak jenguk dia sebab Cik cakap..suruh dia serasi dengan keluarga dia. Lama gak pastu, kami boleh ambik G, tapi kena hantar balik la. Time gi ambik dia, mesti dia hepi sangat, time hantar..mesti dia nangis. Bila hari raya, dia beraya rumah kami tapi bila dia dah sekolah rendah..G beraya dengan keluarga dia. Su ni de kala jahat gak..bila gaduh, selalu usik dia..'G bukan anok Pok Wahid, G anok Hj Ali' Dia akan nangis dan cakap 'Dokkkk...G anok pok wahid!' bila ingat sekarang, jahat betul su! Su masih ingat time main bunga api (malam raya) masa dia belum pandai bercakap..dia akan cakap 'selamat ali kaya' sepatutnya 'selamat hari raya'..hi3 hubungan G dengan keluarga kami tak pernah putus sampai hari ni. G anak yang baik. Kalau dia tengah main, mak panggil suh beli barang..dia akan berhenti main dan buat apa mak suruh. Dari kecik, memang dah nampak G ni jenis yang macam mana. Dari kecik, ayah dia memang ajar dia mengaji dan tiap kali dia datang ke rumah kami, dia suruh kami dengar dia mengaji..dia kata..'Ini belum masuk bunganya lagi, Pok' (taranum)..kami akan dengar dan usik dia. Dari sekolah rendah dia dah wakil sekolah dan 1st time dia mengaji kat TV (tak silap su masa hari Maulud Nabi peringkat kebangsaan ke bila..lupa, dah lama)..mak nangis masa tengok.hu3 Masa su Form 6, sanggup gi ambik dia dengan motor..pastu kami sama2 balik kampung su kat Pinang Merah. G memang adik dan anak yang baik. Sejuk perut mak dia mengandungkan dia..masa cepat jer berlalu dan akhirnya..

G sekarang...

G time kat Akademi Quran 4

Syukur, JUARA miliknya..

Finalis AQ4 ~ Husni bin Ali Hassan, 25, pasangan adik-beradik, Yahya Ali, 23, Ahmad Tirmizi Ali, 25 dan Muhammad Ahmad Zahid, 15

Ahmad Tirmizi Ali ~ Juara membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 berserta hadiah sampingan yang terdiri daripada trofi, pakej umrah, dan sebuah Al-Quran digital.

Doa k.ani..moga G sentiasa memperolehi keberkatanNya dalam setiap apa yang G lakukan, bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanNya, menjadi anak yang solehah...dan..suami yang mampu membimbing isteri ke arah jalan yang diredahaiNya..Amin Ya Rabb..

Tuesday, May 17, 2011

Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum...bila tengok tajuk entry su, jangan salah faham kalau2 su ni 'bias' mana2 parti politik. Tapi member su cakap..mana2 staf kerajaan DG41 ke atas boleh berpolitik. he3 su tinggalkan isu pasal ni.

Apa yang su nak bagitau..su suka sangat ngan Ustaz Azhar Idrus ni. Sejak tengok kat pautan member2 kat facebook.hi3 penyampaiannya yang bersahaja + lawak memang banyak memberi kesan dan pengajaran buat insan macam su ni...kaki 'lagho'..jadi sue dan housemate selalu dengar dan hayati sama2..(kononnya..)

Buat ustaz..tabik spring kat ustaz..moga DIA memberkati hidup ustaz di dunia dan akhirat dan moga DIA mempermudahkan segala urusan ustaz dalam menyampaikan dakwah islam. AllahuAkbar!

URL Ustaz Azhar Idrus >>>> http://ustazazhar.net/v01/
                                   >>>> http://ustazharidrus.blogspot.com/

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru..

Terima Kasih, Cikgu.
16 Mei 2011 ~ Tahun ke-8 bagi tahun ni, sue menyambut Hari Guru. Untuk tahun ni, SMK Matang Hilir akan sambut hari Guru pada 27 Mei nanti. Jadi, hari ni kami bersekolah macam biasa. Dan setiap tahun, sue tak mengharapkan hadiah daripada students sue. Apa yang membahagiakan sue bila menerima ucapan "Selamat Hari Guru, Cikgu" dan ada gak yang ucap.. "Selamat Hari Guru, Ustazah". (Bila masa lak sue ajar subject agama. hi3) sue ni sensitif ckit..bila pelajar 1K bersalam dan bagi ucapan...sebak lak rasanya. Terutama bila Hanson, 1K keluar dari kelas time sue lalu..dan bagi ucapan. Sebelum tu, masa kela ICTL..students 2A dan 2D dah bagi ucapan. Apa pun, terima kasih buat semua students sue. Moga kalian teruskan usaha untuk kejayaan masa depan. Amin..

Tak salah rasanya sue nak bagi ucapan buat guru2 sue..meskipun dorang tak tau kewujudan blog sue ni tapi sue sentiasa doakan kebahagiaan dorang kerana sue rasa terlalu banyak jasa seorang guru. Tak terbalas rasanya, dan adakala rasa bersalah sebab..sue ni bukan pelajar yang baik, pun..hi3

SELAMAT HARI GURU dan..
~Terima kasih buat cikgu tadika, Tadika Pinang Merah ~ Cikgu Zainon (1985-1986)
~Terima kasih buat semua cikgu Sekolah Rendah, SK Kg Nyior (1987-1992)
~Terima kasih buat semua ustazah, Madrasah Darul Quran (1993-1994)
~Terima kasih buat semua cikgu sekolah menengah, SMK Seri Dungun (1994-19
~Terima kasih buat semua cikgu sekolah menengah, SMK Sultan Omar (1998-1999)
~Terima kasih buat semua pensyarah, Universiti Utara Malaysia (2000-2003)
~Terima kasih buat semua cikgu SMK Meradong (2003-2008)
~Terima kasih buat semua cikgu SMK Matang Hilir (2008-2011)

 tak lupa juga, buat..kaum kerabat sue yang juga seorang guru..terutamanya
~housemate sue > En Mohd Abdul Halim
~ibu mertua sue > Pn. Wan Fatimah
~along sue > Pn. Junaidah
~adik-adik ipar & biras sue >Adeq Ha & Razi, Hamid, Hamidah, Hafizah
~adik-adik ipar sue (bakal guru) > Hakimah & Hazirah

dan..teristimewa untuk, teman-teman rapat sue
~Pn. Ramizah
~Cik Che Rohani
~Pn. Syazliana
~Cik Norzila M Esa

dan insan teristimewa...

my dedekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...*^_^* 

SELAMAT HARI GURU
Guru hari ini, semalam maupun kelmarin
Budi yang diapingkan di dulang ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya..mengajar tulis, baca..

~ SEMOGA MENJADI GURU YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ~ 

Sunday, May 8, 2011

Facial > Serikin > Fast Five

6 Mei 2011 > Arini sue gi awal sekolah sebab..k.aiza cakap nak wat facial untuk sue. Kul1 sampai kat sekolah, kami mulakan operasi di surau. Best jer facial muka ni..pas wat facial..k.aiza makeupkan sue sikit.he3 (istilah makeup bagi sue bila pakai eye shadow, sebab..sue ni simple je) perasan 'berseri' la muka ritu. Bila masuk kelas 1K..budak2 tegur..

>eiii..kacak cikgu ari tok! 
>>oo..ari tok jak kacak..ari lain sik kacak??
>sikk..ari lain kacak juak..tapi..ari tok nang kacak!
>>yerlah tuu..k, open your text book, page..
>belajar kah cikgu?
>>aoklah..belajar..
(dorang ingat pas puji cikgu, tak yah belajar la ritu..he3)

* 1K kelas paling last untuk Ting. 1..sue ajar Math..budak2nya, de yang Ok..tapi ramai yang lemah dan perlukan perhatian lebih..aduhaii..cabaran untuk gurunya lah..nak wat camne, amanah kan?

posing sat pas facial..he3

produk yang k.aiza guna..produk baru, k.azra yang 'introduce'kan.
7 Mei 2011 > Sue ke Serikin untuk kali ke ...??? dah lupa la.. Benarnya, housemate bawak kawan dia+isteri+anak2 ke Serikin. Sue asalnya nak carikan topi kulit kayu yang ayahanda nak, tapi takde. Teringat lak yang Gee (bestfren masa form 6) minta tolong belikan kain batik. Sue lak teringin nak beli kasut..tapi yang sue berkenan takde saiz.hu3 pastu tak tau naper, rasa nak beli beg. (sue ni mmg jenis tak suka handbag, handbag hantaran kawin dulu pun sue bagi kawan). Minah brutal!ha3 cuaca ritu memang panas, berdenyut kepala rasanya. Balik dari Serikin, lunch kat kedai Abg Man Tomyam, terjumpa Suzalita..dia de bagitau pasal satu gerai kat Serikin yang jual kain batik yang lebih murah harganya berbanding gerai lain. Ala..terkilan la jugak, sebab dah terbeli..apa nak buat, tak de rezeki Gee.

kain batik Gee..Gee cakap, beli jer camne2 pun, sue beli jerlah mana sue rasa berkenan..hi3

beg untuk sue. tapi..tak tau pakai ker tak nanti:-)
Malamnya, pas maghrib sue temankan housemate pergi jemput kawan dia sefamily, ke rumah kawan housemate lagi sorang..dinner kat situ. Best wife dia masak..asam pedas ikan patin. Pastu, sue n housemate gi dating jap..kat Medan Pelita..layan citer..FAST FIVE!best tahap gaban! mana tak best..kete tiptop + aksi mantop + ompuan sexy + hepi ending + yang paling penting..The Rock vs VIN DIESEL..i likeeeeeee...kerh kerh kerh




7 Mei 2011 > Arini sue kurang sihat. Tubuh lemah+kepala denyut..takde mooooddddddd...penat kot seharian semalam kuar jenjalan. Aktiviti sue rini..cuma iron baju kerja sue+housemate. Rumah, housemate yang uruskan. Thanks, housemate..hi3 malam, housemate masakkan makanan favourite sue. Thanks sekali lagi, housemate..hi3 k..sue tido dulu..arapnya bangun pagi esok, kepala dah ok..amin.

makanan favourite sue..MEGI..:-)