Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk mata
Nikmat ALLAH yang paling bahagia
Nisbah benda lahirlah di dunia
Amanah ALLAH yang mesti dijaga…
Orang kata, tak berseri la rumah tangga kalau tak de anak sebab..anak-anak penyeri rumahtangga, pengikat cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Tapi tak semua orang dapat anugerah yang amat bernilai tu. Kadang-kadang bile tengok kes buang bayi, sebak rasanya dada..senangjer hamba Allah yang tidak berdosa itu dibuang merata-rata tanpa belas kasihan. Terdetik jugak di hati, senang jer dorang dapat..bila dapat, buang. Untuk orang yang senasib dengan sue ni..ermm..entahlah..senasib???
Hari ini..20 APRIL 2011 cukup 3 tahun 4 bulan 6 hari sue sah bergelar seorang isteri. Dah lama, kan? Orang pun selalu tanya..dah berapa lama kawin? Bila sue jawab, dorang tanya lagi..anak dah berapa orang? Dengan lemah dan buat-buat senyum (sejukkan hati yang sebak)..sue jawab, belum ada anak lagi..isk!isk!uwaaaaaaaaaaaa….pastu orang akan tanya lagi..dah ikhtiar? Sue malas nak cerita panjang, Cuma mampu jawab..DIA belum nak bagi sue..takkan sue nak cerita apa ikhtiar yang sue dah buat, kan? Lagipun tak semua orang yang sue nak share cerita2 cenggini. Soriiiii….Jadi, memandangkan sue ni jenis pelupa..dan maybe suatu masa nanti sue ditakdirkan menjadi seorang ibu..(INSYA ALLAH..AMIN YA RABB) nak jugak sue baca lagi coretan sue ni..he3
Sepanjang usia perkahwinan ni, bermacam2 dah sue cuba. Pantang orang bagi cadangan, pergi jer cuba. Ikhtiar, kan? Sue ok jer benarnya, tapi sue SEDIH orang yang selalu ringan mulut nak bertanya..bila orang tanya, su jadi sedih, bila sedih, sue tertekan, bila tertekan, hormone tak seimbang, bila hormone tak seimbang, terjejaslah kesuburan. Ni doktor cakap ritu..sue ulang balik.he3 Doktor kata..jangan stress ye puan suriani. Sue jawab, saya cuba..(yerlah tuu..)pepun, sue cuba hepikan diri sue dan think positive.he3
Apa yang sue dah cuba???
![]() | |
| BIODEX |
Rasanya produk BIODEX ni tak perlu bagi penjelasan lebih2 sebab..memang banyak info pasal produk ni dan banyak testimonial pengguna yang berjaya peknen setelah cuba. Sue pun excited nak cuba gak la. Sue start minum produk ni pas balik beraya di kampung tahun 2008 kalau tak silap. Harga de kat atas tu. Cuba sebulan lebih, tak de pe2..sue stop. (Masa tu kebetulan belanjawan terpaksa dicatu..he3) lagipun sue rasa berat badan bertambah lah pas guna produk ni.
Maklumat lanjut : http://www.biodex2u.com.my
| HERBA CINA |
| BUAH ZURIAT |
| HOMEOPATI |
| BERURUT |
Berurut ? paling sue suka..berurut ni memang banyak sangat orang cadangkan kat mana2. Mula2 dengan mak kat Bintangor. Mak cakap peranakan sue tinggi. Adik ipar sue de gak bawak sue berurut ngan 'Mok Teh' di Losong. Dia cakap peranakan sue ke belakang? musykil2. Pastu mak sedare sue de bawak sue berurut ngan 'tok' di Kg Che Lijah, Dungun. Memang best dia urut, rasa segar..bersemangat je tubuh pas dia urut. Dia kata.."teruk ngat urat mu mek ehhh..bakpe mu lok gini seme" hi3 sue acapkali accident, tubuh ni dah acapkali terhentak ala2 kena smack down kat jalan raya. Biasa la minah rempit dulu..kuang3 masa dia urut, sakit gak sebab dia kata urat dah bersimpul. macam2 laa..ha3 ermm.. Kat mane lagi ek? Ha! umi de bawak sue berurut ngan K.long kat..erm..dah lupa rumahnya kat ne. Sebelum terlupa, sue de gak try nak berurut ngan mak K.Hasmah kat sini, tapi dia kata sue takde pe2 masalah. Last sue berurut time balik ujung tahun baru ni..dia kata sue takde pe2, kedudukan rahim..canteeekkk:-) mungkin hasil berurut merata-rata.
![]() |
| PRODUK AN-NUSYRAH |
Sue cuba produk an-nusyrah ni masa de seorang ustaz tu datang sekolah wat promosi. Tak salah kita mencuba,kan? Lagipun produk ni adalah kaedah rawatan yang menggunakan ayat2 suci Al-Quran. Lagipun, mana kita tau kot2 de penyakit lain dalam tubuh kita. Masa tu sue beli Ahmar, Zaba, Arbee, Bistari, Hawa dan Maedah.
Maklumat lanjut : http://raihanberkatedar.com/index.html
Masa sue mengajar kat SMK Meradong, ramai yang guna produk melilea ni. Satu kelebihannya sebab ianya barangan organik. Ramai member yang guna produk set kecantikan. Tapi lebih ramai yang guna organic soya drink dan greenfield organic. Yang mengesyorkan sue guna produk ni adalah salah seorang rakan tu. Dia kata, untuk buang toksin dalam badan. Katanya lagi, time dia nak dapatkan anak sulung dia tu, dia amalkan organic soya drink dan greenfield organic tu lah. Sue pun cuba gak lah.he3
Maklumat lanjut : http://www.melilea.com/malaysia/index.php
Rawatan tradisional (islamik) pun sue dah cuba banyak tempat. Mula-mula sue de pergi satu tempat tu, dia kata takde pe2 masalah, cuma.."belum sampai masanya". Masa pergi berubat ngan Ustaz Husin kat Marang, dia kata..sue de karang darah ke per..tapi dia de bagi ubat dan suruh minum air rebusan akar pokok senduduk beserta ayat Al-Quran yang dia suruh amal. Tahun lepas sue de berubat dengan seorang Ustaz ni. Masih muda tapi glemer di kalangan pengamal perubatan Islam. Dia kata..de 'something' dalam rahim sue..dah lama bersarang. Dia tanya pernah tak mimpi yang menakutkan? sue akui pernah. Dia ubatkan sue dan bagi sue amalan supaya sue amalkan. Last sue cuba berubat ngan Ustaz Uzip (cadangan along). Alhamdulillah..dia cakap tak de pe2..dia de bagi ayat suruh amal.
Rawatan Moden pun sue dah cuba. Mula-mula sue pergi Kuching Specialist. Check situ sini, begitu begini..hi3 Doc. bagi pil kesuburan..tapi tak de pe2..cuma, berat badan bertambah. Subur kat tempat lain. ha3 Sue de gak jumpa Dr. Wan Zaleha kat Kuala Terengganu. Best Doc. tu..lawak + bersahaja. Kena 'beleber' sebab sue dan housemate bukan jenis suka makan sayur. Banyak dia bagi penjelasan (panjang lebar) dan sama banyak jugak dia bagi ubat..sue dalam 6 jenis, housemate pun sama. Tapi bila sampai masanya, ujian menimpa dan sia2lah kami makan ubat tu. Lawak kalau diingatkan. Nak sambung balik ubat tu, berfikir 2,3x dulu sebab..kos untuk 2 orang dekat RM500 gak.
SEKARANG.. sue tak de ikhtiar apa2 lagi..cuma tadi sue terjumpa satu blog dan berminat untuk ikhtiar mendapatkan rawatan kat situ. Kalau de pe2 perkembangan berkaitan usaha murni sue ni, sue sambung lagi coretan ni lain kali yer..
FASA 2
Isnin, 25 April 2011
Sekolah housemate sue cuti sempena Easter Monday. So, ada peluang untuk dia temankan sue ke klinik. Semalam, sue bincang ngan kawan, Jah..sue rasa nak cuba buat IUI (guna saluran kerajaan memandangkan kalau swasta, agak mahal). Jah cadangkan sue pergi ke C. M Wong Specialist dulu untuk check pe yang patut. Dr. Wong ni salah seorang doktor ‘part time’ di Normah Specialist. Jah cakap, kalau kat Normah Specialist..kos untuk IUI RM3000. Takpelah, sue usahakan yang murah dulu memandangkan segala perbelanjaan sekarang perlu dicatu bagi mencapai SATU IMPIAN yang sue dan housemate nak capai. Apa dia? RAHSIA..
Hari tu, pagi2 lagi sue pergi ngan housemate ke klinik tu. Jah dah bagitau prosedur doktor akan check camne..so, sue dah bersedia dari malamnya. he3 Apa yang sue terkejut, Dr. Wong cakap sue de cyst kat ovari sebelah kiri. Tahun lepas time check kat Kuching Specialist (Dr. Wendy)..cyst tu takde pun. Sue tanya dia camne kalau sue cuba buat IUI? Dia kata, “Bagus.. U mesti cuba. Saya akan buat surat refer,u kena pergi ke poliklinik dahulu dan ikut prosedurnya dari situ”. Masa tu sue dah terfikir..poliklinik??? tempat tu susah nak parking. Nampaknya, sue terpaksa susahkan K.Ani nanti. he3 Pagi tu melayang RM110..RM65 untuk scan dan RM45 untuk kos runding cara. Tak kisahlah..yang penting, sue dan housemate dah usaha..kan?
| Hasil scan |
![]() |
| Mmg betul kata org, tulisan doktor susah nak faham.he3 |
Jumaat, 29 April 2011
Awal pagi sue bertemankan K.ani dah pergi ke Poliklinik (Klinik Kesihatan, Jalan Masjid Kuching). Alhamdulillah..ada parking.he3 time nak daftar, dapat no 209..pas daftar, nak jumpa doktor, dapat no 74. Pas tanya macam2, Dr Liew Lin Kiat suh ambik darah. Alaaa..ni yang tak best ni.hu3 result keluar 29 Mei 2011. Time tu sue kat kampung, jadinya..balik dari semenanjung baru dapat gi ambik result dan tengoklah apa lagi yang perlu dibuat pasni.
Khamis, 16 Jun 2011
Sue pergi lagi ke Poliklinik (Klinik Kesihatan, Jalan Masjid Kuching) untuk ambil result ujian darah sue. Kali ni sue jumpa Dr. Musalnizan Mustalkah. Sebenarnya sue tak faham pun bila tengok result tu tapi sue lega bila doktor cakap : "takde pe2 problem. tapi, sebelum saya boleh bagi surat untuk dirujuk ke GH, suami puan mesti buat seminal analysis." dalam hati sue..ala...ni yang susah ni..balik rumah, bincang2 ngan housemate + pujuk, dia setuju buat test untuk kali ke-2. Kali pertama, dia dah buat test ni kat Kuching Specialist tahun 2009 kalau tak silap.
Sabtu, 9 Julai 2011
Sue teman housemate hantar sampel tu ke Medi Laboratory, Kuching. Result dapat ari tu jugak pas 2 jam. Camne result??? ermmm..
Isnin, 11 Julai 2011
Sue pergi lagi ke Poliklinik (Klinik Kesihatan, Jalan Masjid Kuching) untuk tunjuk result seminal analysis housemate sue. Kali ni jumpa Dr. Liew Lin Kiat. Panjang ceritanya. Kesimpulannya dia cakap housemate kena buat sekali lagi ujian tu. kalau tak, dengan result housemate sue camtu, dia suggestkan buat di hospital swasta/specialist. Masa tu bergenang gak air mata sue. Sabo sue ek. Balik rumah, sue bincang ngan housemate..InsyaAllah..pas raya dia akan sekali lagi buat ujian tu. Kalau sahih tetap sama, tahun depan..kami terpaksa berulang alik ke Normah Specialist.
Ya ALLAH! Terlalu banyak nikmat dan kurnia yang telah ENGKAU berikan kepadaku dan aku bersyukur di atas segala pemberianMu selama ini. Namun, andai diberi peluang..ku bermohon kepadaMu Ya ALLAH, semoga perkahwinanku diserikan dengan kehadiran zuriat kami yang soleh dan solehah. Sesungguhnya aku tahu ENGKAU tahu apa yang terbaik untukku dan suamiku. Andainya tiada peluang untuk kami bergelar ummi dan abbi, aku redha dan bersyukur..kerana ENGKAU telah pertemukanku dengan insan yang mampu membimbingku ke jalan yang diredhaiMu. AMIN YA RABB.

Cadangan awu >>> Awu ni sepupu sue, dia ada pengalaman bab2 cyst ni. Sebabnya, dulu pernah cystnya pecah. Pas operate..cyst tumbuh lagi. Pastu Dr. Zaleha cadangkan ubat..Neutral Lingzhi. Awu makan gak produk biodex.
![]() |
| mms yang awu hantar & cadangkan sue makan. |
Pas dia makan lebih kurang 3 bulan, cystnya yang bersaiz 2.5cm..dah mengecut..takde. Awu try cari kat kedai farmasi n kedai kesihatan lain kat Paka, tapi takde ubat tu sebab ubat tu produk MLM. Baik sungguh awu ni..terharu rasanya..akhirnya dia dapat no fon sorang kakak tu yang duk KL. Sue dah contact kakak tu dan dah bankin duit, dia cakap nanti dia poskan. Alhamdulillah..