Salam sejahtera buatku dan semua. Dah lama rasanya tak mencoret..kebetulan housemate gi main futsal, sue bole lah update diari Sue ni. Ermm..macam banyak jer perkara berlaku dalam dua minggu kebelakangan ni. Yang penting, dalam dua minggu ni sue tak stress, enjoy jer..Alhamdulillah..
Perkara : Ayah Chik dan Sakinah datang rumah
Sue suka sangat kalau tetamu datang berkunjung kat rumah. TAPI..maklumkan awal supaya sue bersedia.he3 Yelah, nak gak rumah dalam keadaan kemas dan paling penting n de ‘sesuatu’ supaya sue bersedia untuk masak.
1 April 2011 – Ayah Chik datang bermalam kat rumah.
Kebetulan hujung minggu tu Ayah Chik ada kerja kat Samarahan. Ayah Chik memang sentiasa menjadi ahli keluarga terawal datang berkunjung rumah sewa kami. Masa kami menyewa kat Taman Matang Jaya dulu, Ayah Chik juga orang pertama yang datang ke rumah kami. Ayah Chik sampai rumah dah lewat, so..cancel la nak masak untuk Ayah Chik. Pagi esoknya, untuk breakfast..nasi goreng kampong.he3 Time housemate hantar Ayah Chik kat a-pot, Sakinah (sepupu housemate) call, rupanya dia kat Kuching. Dia datang meraikan housemate dia berkahwin. Masa tu, sue lepak kat rumah K.ani. So, housemate pergi jemput Sakinah & kawannya, pastu ambik Sue dari rumah K.ani dan terus ke rumah. Alhamdulillah..de peluang masak dan makan bersama.
2 April 2011 – Sakinah ke Serikin.
Awal pagi, kami bawa Sakinah & Ma ke Serikin untuk..shopping! Pastu ke area waterfront, beli cenderamata. Hampir kat maghrib, kami hantar dorang ke a-pot.
![]() |
| Housemate penat. Ciann... |
![]() | |||||||||||||||
| Pemandu berhemat. Tido pun pakai safety belt. He3 |
![]() |
| 1st time dtg mkn kat Ratu Ayam Penyet |
![]() |
| Me, Ma & Kinah |
Ermm..hujung minggu yang menyeronokkan. Agak letih (sebab xde can nak qada’ tdo) tapi..seronok sebab saudara datang berkunjung ke rumah.
Perkara : Mak Cik dan Ayah datang rumah
6 April 2011 – Mak Cik call bagitau dia kat Samarahan. Seronoknya..so hari Jumaat malam kami (sue+housemate+K.ani) pergi jemput Mak Cik dan bawak makan di….TOM YAM GOONG. Malam tu, tido lewat gak, duk borak + gossip macam2.he3 biasalah, dah lama tak jumpa.
9 April 2011 – Bawa makcik ke Serikin. Fuyoooo..banyaknya Mak Cik shopping. Suka tengok. Pas memborong di Serikin terus bawa Mak Cik ke Batu 7..Mak Cik nak beli tikar Sarawak, tapi kat Serikin tak ada tikar cantik dan berkenan di mata. Sesat jugak sebelum sampai ke Batu 7. He3 Kedai tu sediakan perkhidmatan pos tikar terus ke rumah. So, Mak Cik belila 2 bidang. Pas beli tikar..singgah jap kat area waterfront, Mak Cik nak cari tshirt untuk Azim. Benarnya, Mak Cik dah beli tapi tertinggal dalam perahu time dia nak gi beli kek. Lawak jugak Mak Cik ni. Dahlah nak gi kedai kek, dihantar pakcik perahu ke Taman Orkid.Ha3 Balik dari Waterfront, bawak Mak Cik ke Satok, cari udang kering. RM40 untuk sekilogram. Sue tak tahu murah tak harga tu berbanding semanjung tapi Bonda Sue pun selalu kirim udang kering dari Sue. Memandangkan perut dah berkeroncong, bawak Mak Cik lunch kat kedai Abg Man Tomyam.
>> Balik rumah, time nak sms baru perasan ‘pen’ hfon sue tak ada, kompom jatuh katne2 ni. Takut nak bagitau housemate, tapi kena bagitau gak. Mujur time tu dia nak kuar main futsal, jadi..dia tak sempat nak ‘ceramah’ lama. Pas dia kuar rmh, sms K.mizah tanya no. fon kedai Abg Man, K.mizah call abg Lan..sue ni selalu nyusahkan orang. Bila dapat, terus call. Alhamdulillah..ada benda alah tu. Jumpa kat bawah meja. So, sue pun dengan penuh berani..sms housemate , minta tolongnya pergi ambil.He3
![]() | ||
Mak Cik tengah tawar-menawar harga kat Serikin.
|
Malam >> sue masak bodo2 untuk sue n Mak Cik. Housemate pergi a-pot coz Ayah sampai Kuching kul11.30 mlm. Malam tu,Mak Cik tdo bilik tamu..Ayah tido di bilik kami..Sue n housemate tido di ruang tamu.he3
>>> Tak pernah sue bawak kereta sejauh hari ini. Tapi, kan..bawak jerlah..jalan haremmm tak ingat. Sue ni jenis susah nak ingat jalan. So, pe2 pasni..K.ani jugak jadi penunjuk arah.He3
10 April 2011 – Minta tolong K.ani temankan nak hantar Mak Cik ke Samarahan. Sebelum tu, bawak Mak Cik shopping lagi kat Area waterfront dan Satok. Sampai di tempat bermalam Mak Cik & the geng. Sempat lagi posing jap. Sedih lak nak berpisah, tapi takper..akhir bulan 5 nanti, balik kampong. InsyaAllah, leh jumpa Mak Cik lagi.
Ops! Nak bagitau sikit..honestly, sue bukan pandai masak. Housemate selalu kata, bukan tak pandai tapi tak yakin diri sendiri. Kalau orang lain datang rumah, sue tak takut. Ayah datang rumah, sue dah gelabah. Bukan gelabah apa, sue malu kot2 ayah cakap menantu dia tak pandai masak.Ha3 Tapi, ayah cbuk siang hari. So, sue cuma masak untuk ayah breakfast. Menu untuk ayah breakfast ???
Pagi Ahad – Nasi Goreng
Pagi Isnin - Nasi Lemak (1st time masak, sebab sblum ni kalau nasi lemak, housemate sue yang masak. Mujur gak housemate kata..ok, jadi, sedap. Ermm..alhamdulillah..)
Pagi Selasa – Bihun Goreng
* Yang penting, setiap hari telur separuh masak untuk ayah, wajib ada *^_^*
12 April 2011 – Ayah balik ke KL, flight kul 8++ malam. Petang tu, Pak Su sue call nak datang rumah, sue dah siap buat air..potong kek..sekali rupanya tak jadi. Pas maghrib, Pak Sue sms tanya leh tak nak tido kat rumah? Sue ok jer, terus kemas bilik tamu. Wow!kiranya bilik tamu memang laku minggu ni. He3 10.30++ malam jemput Pak Sue n mbr dia 2 org datang rumah. Kebetulan Abg Mat ada kat rumah, tengok perlawanan Perak vs Kelantan (Perak menang 4-0), riuhlah rumah malam tu.
Alhamdulillah..syukur dapat rumah sewa ni, lebih selesa untuk terima tetamu. Kalau rumah sewa lama, sempit dan kurang selesa untuk tetamu bermalam. So, kepada kengkawan..kalau datang Kuching, jom lepak rumah Sue. KEDATANGAN ANDA DIALU-ALUKAN.
Perkara : Pelancaran Bulan Sains & Matematik SMK MATANG HILIR
11 April 2011 - Tugas sue adalah menyediakan slaid ala-ala iklan untuk promote bulan Sains & Matematik ini. Alhamdulillah, dalam masa 4 jam, siap dan esok harinya..sewaktu perhimpunan pagi dan petang, slaid tu ditayangkan. Pe paling sue suka?lagunya laa..saper suruh sue buat kan. Kalau sue buat, kompom lagunya..ala2 hardcore techno..baru gamat, beb..hi3
Perkara : Selamat Hari Lahir yang ke-33, K.Ani…
14 April 2011 – Birthday K.ani yang ke-33. Malamnya dah wish by sms dan post kat facebook K.ani. K.ani ni dah macam kakak sendiri. Selalu tolong sue dan banyak sangat kenangan dengan dia. Hadiah untuk K.ani? Sue, K.Mizah dan Laila dah bagi awal ritu. He3
![]() |
| K.ani di usia 33 tahun..ker 25??? |
Esoknya (15 April 2011) ..kul9.30 kuar dr rumah..pas hantar Amir dan Haziq ke rumah mama (pengasuh) terus pergi ‘branch’. Ok makanan kat situ. Sue order nasi goreng seafood, K.ani order chicken chop, K.mizah order nasi paprik. Sedap tapi tak habis sebab sue kurang gemor beras wangi.He3 pas breakfast dan lepak, ke Melilea..K.ani beli stok Soya Organik + Greenfield. Pastu sempat lagi singgah 100 yen, pekena ice blended. Wow! Makan sakan rini..tak insaf berat dah tambah 1 kg minggu lepas.hu3
![]() |
| Cian Amir kena tinggal rumah mama.hu3 |
Perkara : Batu 7 - Tikar Sarawak
16 April 2011 – Sue, housemate n K.ani keluar breakfast kat Bimmers pastu pergi ke Batu 7. Kawan Mak Cik minta tolong belikan tikar sawarak. 4 bidang = RM1040. Ok la kot sekali dengan kos penghantaran. Pastu singgah lunch kat TOM YAM GOONG.he3 makannnnnn je keje..nampaknya minggu ni naik 2 kg kot. Kena gi timbang lusa kat bilik kaunseling.He3
![]() |
| Menu rutin tiap kali datang kedai ni:-) |













No comments:
Post a Comment