Friday, April 1, 2011

Minggu Baru, Penggal Baru..*^_ ^* (21 - 25 Mac 2011)

21 Mac 2011 (Isnin) >> Taklimat/Bengkel ABM Perjawatan Untuk Tahun 2012 ~Pagi2 dah kuar rumah, terus ke PPD Kuching. Boss maklumkan dia samapai lewat sikit sebab hantar anak ke sekolah, tapi takpe..su dah 'cup' tempat kami paling hujung. Bengkel ini tiap tahun dibuat bagi membincangkan ABM sekolah untuk tahun depan. Macam..berapa cikgu diperlukan?berapa kelas bagi setiap subjek elektif yang nak ditawarkan?berapa kelas bagi setiap tingkatan nak dibuka?tugas su tak berat..sebab su cuma key-in keperluan berdasarkan data OPMEN Januari 2011. Yang pening fikir pasal ni, boss dan PK1..pepun, kira ok la..dah settle. Alhamdulillah.. kul 4.30 petang habis bengkel, su terus balik rumah. Boss cakap tak payah pergi sekolah lagi, (lagipun su takde kelas)..so apalagi..lik rumah terus..he3 hari ini jugak C.Florina buatkan akaun untuk PK1 update maklumat staf dalam e-operasi.e-operasi ini akan digunapakai mulai tahun depan. Tapi kalu tengok, sistem ini lebih kurang sama dengan sistem EMIS.

Pengetua & Guru data sedang berbengkel:-)
Minggu ini juga SMK Matang Hilir menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Pencak Silat Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Bahagian Kuching 2011 (22 - 25 Mac 2011). Malangnya, su tak berkesempatan nak pergi tengok .Kekangan dari segi masa, peluang dan ruang. Tapi, syabas dan tahniah untuk 'orang kuat' silat SMK Matang Hilir..pasangan romantis..K.lynn n C.Wan. Alhamdulillah..pasukan SMK Matang Hilir mendapat 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Kejayaan yang memberangsangkan! he3 pelajar sesi petang seronok sangat minggu ni kerana memandangkan blok Ting. 2 digunakan untuk peserta silat, pelajar Ting. 1 dan Ting. 2 datang ke sekolah secara bergilir. Pelajar Ting. 2 datang pada hari Isnin dan Rabu manakala pelajar Ting. 1 datang pada hari Selasa dan Khamis.


Tahniah & Syabas The White Warriors SMK Matang Hilir
23 Mac 2011, keputusan SPM diumumkan. Su ni guru sesi petang, jadi tak berapa tahu result student.he3 Yang su nampak, Ketua Guru Panita sibuk buat analisis matapelajaran kat Makmal Komputer 1. Su pun menyibukkan diri (memandangkan budak ICTL yang datang cuma sorang), tolong Zakry untuk matapelajaran Matematik. 


Rekod SPM SMK Matang Hilir Bagi Tahun 2006 Hingga 2010

Pada 25 - 27 Mac pula, SMK Matang Hilir mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform di Pusat Ko-K Santubong. Untuk sesi petang, hanya 6 orang guru yang terlibat. Nampak dari gambar2 memang menarik aktiviti yang dijalankan. Su memang langsung tak terlibat dengan perkhemahan ni, Cuma perlu buat sit-in untuk guru-guru  yang terlibat. Ramai yang tak ada kat sekolah minggu ni, jadi..panjang bebeno la senarai sit-innya.. :-)


Syabas untuk guru dan pelajar yang terlibat dengan perkhemahan. 

 >>> Memandangkan e-operasi perlu dikemaskini dan line broadband tak bagus kat rumah, su lepak di rumah K.Ani sepanjang hari Sabtu (26 Mac 2011). Sebelum tu, dah update mana yang sempat kat sekolah bermula hari Selasa lagi. Alhamdulillah..berjaya update untuk 4 item maklumat guru. Cuma, yang membimbangkan su maklumat perkhidmatan tak dapat su kemaskini.  Sakit pinggang seharian mengadap laptop. Meskipun sebenarnya PK1 sebenarnya yang patut kemaskini e-operasi tapi su rasa bagi semua sekolah, guru data yang buat.:-) 
>>>Memandangkan penat seharian, esoknya..27 Mac 2011 dengan izin housemate su, k.ani dan k.mizah memanjakan diri kat Ratu Wellness Centre di Satok. Betul kata Cik Tie n Fa, rasa macam mak datin lak dilayan macam tu.he3 Petang tu kami buat 5-steps slimming package @ RM 67 dan Whole Body Scrub @ RM 38. Tapi, memang puas hati la..sonok giler! Harga tu masa promosi jer..hari lain, harganya mahal la sikit. Time sampai rumah, housemate duk menyakat 'nampak kurus sikit'..grrrr...geram jer..ha3

Posing jap sebelum balik:-)

Ratu Wellness Centre,
1st & Ground Floor, Lot 270 & 271,
Lorong 9, Jalan Satok,
93400 Kuching, Sarawak
Tel : 082-242051

No comments:

Post a Comment