Sunday, May 20, 2012

Hari Haru...

28 April 2012

Punyalah bersemangat k.ani, k.ton dan me (yang sememangnya sentiasa bersemangat) nak tengok citer DARK FLIGHT. Cerita seram Thai. Last2 sampai jer di MBO cinema spring, rupanya citer tu tak ditayangkan lagi..kebetulan aritu citer The Avengers ditayangkan. Frust nonggeng2..seterusnya..pe kami buat???

> lepas perasaan kat Secret Recipe. sedapnya..k.ton belanja..hik3
>> Beli buah tangan kononnya nak gi melawat k.dayang hajijah kat hospital..rupa2nya dia dah keluar wad. adoiiii...
>>> Survey cd kat kedai cd Matang..belum de lagi la pulak citer tu. Beli cd citer lain. Pssttt...10hinggit = 4 keping! ha3 waaaahhh..cd cetak rompak maaaaa....
>>>> Gi rumah K.ton, tumpang solat maghrib + ambik hanis ajak makan sama + tunggu housemate kiter join sekali.
>>>>> Gi makan kedai fav. kami..nyum2..k.ani belanja..
>>>>>> Gi choice ria ...beli makanan ckit sebab semua sebulat suara datang lepak rumah sue layan citer
>>>>>>> Semua bertolak ke rumah sue..layan cd yang dibeli. Jangan xtau, nengok citer guna LCD projector tuuu..
Pepun,
*
*
*
hari yang happening buat kami semua..kuang3


Ceramah Motivasi Kali ke-3, 2012

Unit Bimbingan dan Kaunseling selalu adakan slot2 ceramah motivasi untuk pelajar dan biasanya ceramah ni disampaikan kepada beberapa kelas coz selepas ceramah, biasanya diadakan bengkel. Kalau semua kelas buat sekaligus, tak terjaga budak2 tu. Sue tak berkesempatan nak jenguk budak2 ni semasa ceramah motivasi sebelum ni. Kawan2 duk cerita penceramahnya best.

4 Mei 2012 ~ Alhamdulillah..kali ke-3 baru berpeluang join dengar ceramah dia. Best + menghiburkan + tak boring. Budak2 pun sporting bila penceramah okey. Terima kasih buat encik penceramah, Haji Yasmin.






Bulan Bahasa dan Sastera 2012

Tiap kali bulan Bahasa dan Sastera, boleh dikatakan semua pelajar menantikan pertandingan karoake. Time ni lah leh tengok bakat2 terpendam. Sue lak, memang suka tengok budak2 ni happy..dorang kalau bab2 menyanyi ni..cukup sporting dan bersemangat. Kan elok kalau time belajar pun macam tu?hik3 Yang lawaknya, kebetulan masa sesi pagi berkaroake..cuaca yang panas terik bertukar mendung dan seterusnya hujan lebat. Semua cakap, alhamdulillah..hujan akhirnya, penangan budak2 berkaroake.hik

3 Mei 2012 ~ Turn budak2 sesi petang lak berkaroake. Sori laa..sue takde snap gambo budak2 sesi pagi berkaroke coz sue ni lebih ke arah sesi petang walaupun sebenarnya sue ni cikgu 2 alam. Tahniahlah kepada juri dan semua peserta. Tahun depan kasi power lagi suara tu.hik3

Our penyelia petang, Hj Diman dan guru disiplin sesi petang, cikgu Abg Bor..hi3

Our Guru Kanan Bahasa, K.Anita muncung mulut2 nengok budak karoake.

Our juri ~ dari kiri : K. Lesa, K.Rajmah, K.Lynn, K.Odah

Me wif  k.jijah @ k.bibah ~ budak2 takut ngan k.bibah ni..hi3

~ Antara peserta-peserta yang mengambil bahagian ~

Tuannya kecik, suara best!

Boleh tahan gak budak ni nyanyi.




Budak ni nyanyikan lagu Madu 3 ~ wah3, boleh tahan oooo...

Suara budak ni pun power.


Saturday, May 12, 2012

Sue jadi angry bird ???


Pagi hari ni sue harap sue akan ceria sepanjang hari. Tapi, rupa2nya tak! Sue akui terlalu banyak kelemahan dalam diri sue. Dan yang sue masih tak dapat kawal...panas baran! Sue tak leh kawal kalau sue marah. Mungkin sebab jarang sue tunjukkan kemarahan sue (suka pendam) tapi bila meletup..siap!!! rasanya sebelum ni kerusi dah de kena terajang, meja dah de yang kena tolak, budak kurang ajar dahde yang tersepit dan terbaru 3 minggu lepas..de budak cina yang kata sue **bai (kerana sue suruh dia potong kukunya yang panjang)..dah kena tolak kepala, tarik kolar baju + kena cekik leher..dan mujur sempat sue tersedar..sue berada di atas pentas dewan sekolah..semua mata memandang..dan sempat lagi sue heret budak tu ke belakang dan sambung adegan kat tempat tersorok atas pentas. Puas hati !!!

Sue tak tahu camne nak kawal marah sue.. bila dah kemuncak, dan tangan mula menggeletar..kompom sue tak leh tahan. Yang paling buat sue hot tiap kali balik sekolah, sikap parents yang bodoh  suka buat jalanraya depan sekolah seolah2 milik mak bapak dorang. Jalan dah sempit, yang korang block kami nak kuar dari sekolah..apasal? parking kereta sesuka hati. Korang de lesen tak? yang korang parking kat simpang tu, menghalang lalulintas, siap parking atas jalan raya..jadi 1 je laluan..apa kes??? biarlah anak tu jalan jauh sikit, ni tak kalau boleh depan kelas agaknya korang nak tunggu anak korang. Padan pun perangai anak korang kurang ajar, korang sendiri kurang ajar..camne nak ajar anak? kerana pasal parking kereta ni lah yang selalu sangat buatkan sue 'berubah' dan lupa status isteri orang (marah punya pasal)!

1st day sekolah sesi 2012 > de kereta parking betul2 kat simpang. nak kuar ke kanan tak nampak, kiri pun sama, dahlah depan de van sekolah yang siviknya sama ngan si empunya kereta. Kereta sue bukannya besar tapi kompom memang tak lepas nak belok. Sue bagi hon..dia buat dek jer..sabar..tapi, bila tangan dah gegar..tubuh dah rasa panas..sue turun kereta, ketuk cermin, tunjuk arah suruh dia blah! terus dia blah! ingatkan kereta rosak xleh gerak. Puas hati..sue lalu sambil merenung tajam. Masa tu baru tersedar 'aku isteri org, jg status! kalau tak, kompom ko dapat middle finger!

dan, hari ini...

bila sue dapat belok dan kuar dari simpang depan sekolah..de kereta parents parking atas jalanraya. nak memotong takleh coz kereta arah sebelah pun berbaris panjang. Tunggu jap..sabar..depan pada kereta tu rupanya ada kereta lain yg parking jugak. Tangan dah gegar..sue dah tekad nak turun dari kereta..tapi, belum sempat habis kira 1, 2...nampak c.zahar yang keretanya belakang dari kereta sue..turun dari keretanya. Bila dia lalu, sue turunkan cermin dan bagitau kereta depan wat hal. (c.zahar pun perangai cam sue..orang ganu gak!he3) so, kereta paling depan bergerak. Yang depan sue lak, kuarkan mukanya dari cemin dan pandang ke arah sue. Apa? ko ingat ko bersongkok, ko lelaki..aku takut? s.o.r.i... dia masih tak nak bergerak dan terjenguk2 cari anak dia. Ya Allah..geramnya akuuuuuuuuuuuuuu...sue dah tumbuk stereng, orang sebelah nampak dan ketepi bagi jalan...sue potong kereta bodoh depan sue dan bagi hon panjanggggggggggggggg...huh! puas hati aku!

Jujurnya, sue akui sue memang 'pemanas' (orang sarawak kata) = panas baran. Tapi, kalau orang tak kaco sue @ bangkitkan kemarahan sue, takde sue gila naik minyak. Dulu, sue leh lepaskan kemarahan sue time sue punch pada punch bag time training. Tapi, sekarang tak leh. Sue tak tau nak lepaskan geram pada sape.

Dan berlakulah insiden selanjutnya petang tadi...
"abg taula tengah marah, tapi jgn lepas marah pd abg. abg suami.."

berdosanya sue..belum mintak maaf sebab sue jenis susah nak minta maaf. jap lagi..sue cuba minta maaf.
jahatnya sueee..Ampunkan sue Ya Allah..sue masih dalam proses cuba perbaiki diri..

p/s : abg, maafkan sayang yer:-(

Friday, May 11, 2012

Hari ini bermula penuh keceriaan...


Kenapa?

Sebab pagi ini sue berpeluang sediakan bekpes untuk si dia sebelum dia pergi ke sekolah. Kalau hari sekolah biasa, sue memang tak sediakan bekpes coz dia spesis sama dengan sue..spesis yang camne? (takleh story kat sini..he3)

Dia ke sekolah? yer..coz dia de Kem Bistari Solat  dan...

Sue ke sekolah jugak? yer..sebab arini ari ganti sekolah untuk cuti nanti..hu3 dan hari ni budak sesi petang mula start exam.

Moga hari ini terus ceria dan gembira buat sue..(semalam ari sakit ati..he3)

K laa..nak jemur baju, nak masak, nak kemas rumah..sebelum ke sekolah kul 11 nanti...

Thursday, May 10, 2012

Pemutihan Perjawatan e-OPERASI

Alhamdulillah..baru je lepas siapkan wat pengesahan pemutihan perjawatan e-OPERASI bagi pihak pengetua (cian boss tak sihat. semoga cepat sembuh. Amin...) Dari isnin lepas, berhempas pulas sue update sistem e-OPERASI walaupun surat yang mengarahkan pihak sekolah update sistem ini sampai pada hari Selasa (sekolah selalu terima surat lewat..hu3) Syukur Ya Allah...siap 1 tugasan. http://apps.moe.gov.my/eoperasi/


yang merunsingkan sue..kat sekolah sekarang semua orang duk sibuk isi borang e-PANGKAT. Sue bukan runsing isi borang, sue runsing kalau2 sue yang kena key-in semua maklumat tu. Memang malang kalau YA jawapannya.  Tapi aritu masa mesyuarat OPMEN di PPD, Encik Bolkiah dah bagitau akan ada taklimat untuk guru data pasal e-PANGKAT. Jadi 99.99% rasanya memang sue yang kena key-in. Nak nangis rasanya.


Naper KPM ni banyak sangat sistem ???? Naper tak buat satu je sistem yang boleh digunapakai untuk semua. Ni tak, bukan setakat e-OPERASI..kena update gak sistem :


EMIS.........http://emisonline.moe.gov.my/


dan empat kali setahun, guru data kena update sistem OPMEN


dan empat kali setahun juga, guru data kena update SMM (Sistem Maklumat Murid)




walaupun baru-baru ni dah wujud satu sistem yang dinamakan sistem Pangkalan Data Murid
http://www.sekolahmalaysia.com/ alhamdulillah, mujur gak sistem ni guru tingkatan yang key-in. Tapi ada jugak guru tingkatan yang sue tolong buat. Al-maklum guru2 veteran bermasalah nak guna komputer @ internet ni. Kalau dah ada sistem PDM ni, naper SMM offline masih perlu kami update?????

dan sekarang, sistem yang sue tengah bertungkus tak lumus cuba siapkan ialah SSM (Sistem Salah Laku Disiplin Murid) http://apps.moe.gov.my/ssdm/




>>>  sistem ni semua lah yang adakala buat sue stress sangat2, nangis sorang2 (sebab penat + migrain). Sekolah sue bukan sekolah kecik, staf semua 136 orang, pelajar mencecah 1955 orang. Memang nasib sue agaknya, sekolah lama dulu pun macam ni.

Andai kata diberi peluang..nak sangat sue mintak dengan  boss >>> cikgu, boleh tak saya tak nak jadi guru data ??? saya 'penat' cikgu. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. dulu, sue 'kuat'..mungkin umur bertambah..sue 'penat'..'penat' sangat2..isk!isk!uwaaaaa....

Satu pesan seorang hamba Allah suatu ketika dulu..yang sentiasa menyedarkan sue dan bagi motivasi pada sue tiap kali sue stress!!!!

>>> sue, apa saja masalah yang mendatang..sabar dan tabah hadapinya. Setiap kerja yang kita dapat, lakukan dengan sebaik mungkin..anggap ianya satu 'amanah' dan bukannya satu bebanan.

..........tapi, de kala sue 'tewas' jugak..isk!isk!uwaaaaaaa.....


..........bukan apa, ada kala sue kesian ngan suami sue..masa sue banyak mengadap laptop ni daripada mengadap dia. DIA tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya..sebabtu DIA anugerahkan suami sue pada sue..memang dia seorang penyabar..hi3

stop cni dulu..dah ngantuk, malam ni leh tido lena..

Sue = Wanita di bawah >>> Nau'zubillahi min zaalik

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki :
“Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.

1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.

5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya. Inilah wanita-wanita Basaqah (minta dijauhkan… aminnn)

6.Wanita Syadaqah:
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Friday, May 4, 2012

Bosan ??? Tidak lagiii...

Tadi boss call sekolah, k.mis yang angkat fon. Cian haji diman cari sue merata. Macam biasa, de je keje berkaitan data. Saya yang menurut perintah, biasalah..hi3 Nak lepaskan tension, lepak kat lab. Hmmm...hasilnya...taraaaaa...









Sue sempat copy seme citer ni..jadinya, ujung minggu ni layan citer ni jer..tapiiii...keje WAJIB buat. Isnin ni de dokumen nak kena email + mesyuarat OPMEN kat PPD. Adoiiii... sue rasa nak tukar sekolah, tolonglah..sue tak larat lagi jadi guru data. Sue nak jadi guru biasa..hu3

Tuesday, May 1, 2012

Jawapan Tulus...

Isteri : Abgggg..camne kalau memang sampai tua..sampai mati..kiter takde anak?
Suami : Nak wat camner, memang DIA dah tetapkan kiter takde rezeki...
Isteri : Nanti abang kawin lainnnnnn..:-(
Suami : Naper abang nak kawin lainnyer, abang yang de masalah kan? lainlah kalau sayang tak mampu...hik3
Isteri : Oooo..mana aci! kalau isteri yang tak subur @ tak mampu..suami boleh je kawin lain, naper perempuan tak leh???
Suami : Perempuan mana boleh. Lelaki jer boleh:-)
Isteri : Ggrrrrrrrr...(sabo jerlah)

Taklimat Netbook 1 Malaysia ~ kali kedua..

Hari : Isnin
Tarikh : 30 April 2012
Tempat : Makmal Komputer SMKMH
Masa : 10.30 pagi

Kul 9 pagi..sue mula kayau2 dari kelas ke kelas cari budak2 yang berkenaan, muka wat2 garang..dengan harapan budak akan tertanya2 kenape kena berhimpun kat makmal komputer? tapi, pas bagitau..seme tanya..nape cikgu?dapat netbook ek? ye! ye! hampeh..tau jugak budak2 ni. muka sue ni sinonim ngan netbook 1  Malaysia ker?

Alhamdulillah..taklimat berjalan lancar, borang dah diberi. So, tunggu ari khami ni..hari penyerahan netbook kepada pelajar yang berkenaan. Tugas su pasni kemas makmal komputer je..nota minta makanan dah boss sign, nanti cuma kena kompom ngan pihak kantin. Harap2nya berjalan lancar. Bukan per, 'takut bolot' orang ganu kata..ha3

macam ni lah lebih kurang rupa netbooknya..