Pagi hari ni sue harap sue akan ceria sepanjang hari. Tapi, rupa2nya tak! Sue akui terlalu banyak kelemahan dalam diri sue. Dan yang sue masih tak dapat kawal...panas baran! Sue tak leh kawal kalau sue marah. Mungkin sebab jarang sue tunjukkan kemarahan sue (suka pendam) tapi bila meletup..siap!!! rasanya sebelum ni kerusi dah de kena terajang, meja dah de yang kena tolak, budak kurang ajar dahde yang tersepit dan terbaru 3 minggu lepas..de budak cina yang kata sue **bai (kerana sue suruh dia potong kukunya yang panjang)..dah kena tolak kepala, tarik kolar baju + kena cekik leher..dan mujur sempat sue tersedar..sue berada di atas pentas dewan sekolah..semua mata memandang..dan sempat lagi sue heret budak tu ke belakang dan sambung adegan kat tempat tersorok atas pentas. Puas hati !!!
Sue tak tahu camne nak kawal marah sue.. bila dah kemuncak, dan tangan mula menggeletar..kompom sue tak leh tahan. Yang paling buat sue hot tiap kali balik sekolah, sikap parents yang
1st day sekolah sesi 2012 > de kereta parking betul2 kat simpang. nak kuar ke kanan tak nampak, kiri pun sama, dahlah depan de van sekolah yang siviknya sama ngan si empunya kereta. Kereta sue bukannya besar tapi kompom memang tak lepas nak belok. Sue bagi hon..dia buat dek jer..sabar..tapi, bila tangan dah gegar..tubuh dah rasa panas..sue turun kereta, ketuk cermin, tunjuk arah suruh dia blah! terus dia blah! ingatkan kereta rosak xleh gerak. Puas hati..sue lalu sambil merenung tajam. Masa tu baru tersedar 'aku isteri org, jg status! kalau tak, kompom ko dapat middle finger!
dan, hari ini...
bila sue dapat belok dan kuar dari simpang depan sekolah..de kereta parents parking atas jalanraya. nak memotong takleh coz kereta arah sebelah pun berbaris panjang. Tunggu jap..sabar..depan pada kereta tu rupanya ada kereta lain yg parking jugak. Tangan dah gegar..sue dah tekad nak turun dari kereta..tapi, belum sempat habis kira 1, 2...nampak c.zahar yang keretanya belakang dari kereta sue..turun dari keretanya. Bila dia lalu, sue turunkan cermin dan bagitau kereta depan wat hal. (c.zahar pun perangai cam sue..orang ganu gak!he3) so, kereta paling depan bergerak. Yang depan sue lak, kuarkan mukanya dari cemin dan pandang ke arah sue. Apa? ko ingat ko bersongkok, ko lelaki..aku takut? s.o.r.i... dia masih tak nak bergerak dan terjenguk2 cari anak dia. Ya Allah..geramnya akuuuuuuuuuuuuuu...sue dah tumbuk stereng, orang sebelah nampak dan ketepi bagi jalan...sue potong kereta
Jujurnya, sue akui sue memang 'pemanas' (orang sarawak kata) = panas baran. Tapi, kalau orang tak kaco sue @ bangkitkan kemarahan sue, takde sue gila naik minyak. Dulu, sue leh lepaskan kemarahan sue time sue punch pada punch bag time training. Tapi, sekarang tak leh. Sue tak tau nak lepaskan geram pada sape.
Dan berlakulah insiden selanjutnya petang tadi...
"abg taula tengah marah, tapi jgn lepas marah pd abg. abg suami.."
berdosanya sue..belum mintak maaf sebab sue jenis susah nak minta maaf. jap lagi..sue cuba minta maaf.
jahatnya sueee..Ampunkan sue Ya Allah..sue masih dalam proses cuba perbaiki diri..
p/s : abg, maafkan sayang yer:-(

No comments:
Post a Comment