Tuesday, September 8, 2009

Bersua lagi..

Salam untuk semua. Dah lama sangat rasanya tak update blog ni. Sibuk dengan tugas-tugas harian. Pe berita terbaru???

Semalam, Angah mesej bgtau sepupu kami -Saifudin, anak kepada Pok Su dan anak Abg Samad (abg ipar Angah) dan anak K.su lemas di Sungai Pinang Merah, Paka. Sedih sangat time kol Angah dan cik. Angah citer mula-mula sorang dulu jatuh, yang 2 lagi tu cuba nak tolong. Bila tengok abangnya jatuh, Saifullah (anak Pok Su yang sorang lagi) berlari balik ke rumah bagitau walidnya. Bila walidnya sampai, seme dah takde. Semua orang berkumpul reramai kat tepi sungai. Pihak Polis dan Bomba datang membantu. Kul 9.05mlm Angah bagitau arwah Saifudin dah jumpa. Kul9.55mlm, Nurul bagitau anak K.su dah jumpa dan setakat ini (9.9.2009, 5.15pagi), anak Abang Samad belum dijumpai. Alhamdulillah,arwah Saifudin n anak abg Samad dah selamat dikebumikan semalam.

Hari Isnin (7.9.2009, 9.30pg)...terima sms dari K.Katini bgtau Cikgu Charlie (guru BI di sekolah kami) meninggal dunia akibat ketumbuhan otak. Ari Jumaat lepas, kami sempat melawat reramai pas ambulans hantar dia ke rumah. Hilang seorang warga pendidik SMK Matang Hilir.:-(


****************************************************************************

Lupa lak..seronok lak lepak kat rumah time cuti sek baru-baru ni. Masa ni lah mula start giler berkebun kat Facebook..hihihi.. barn buddy, farm pals, sunshine ranch, sunshine garden, lil farm life n yang paling best layan..farm ville.. hihihi Syasya yg introduce ni..

Cuti aritu gak, de exam PTK (27.8.2009). Hentam jerlah, tak tau la camne keputusannya. Housemate pun de exam (26-27.9.2009). Aku doa sangat2, dia lulus dengan jayanya..Amin..

Kami tak gi ronda mana-mana kecuali sempat pergi Serikin jer, beli telekung sembahyang yang Along pesan. Yang harunya, tertinggal sepasang walhal dah bayar. Sadis tul:-(

Ermmm..pe lagi ek??? Ha!lupa..cuti baru ni gak..kami dah mula berpuasa..22 Ogos 2009. Semoga Ramadhan tahun ini menambah keberkatan untuk kita semua. Bebudak kat sekolah nampak macam lemah jer..penat berpuasa. So, aku consider la kat dorang..takla marah2 kat dorang. Sabarrrrr.. pas raya nanti kalau dorang malas-malas lagi, siap ar! hihihi

****************************************************************************

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan Selamat Pengantin baru buat Zuria Hanim dan Mohd Fairus yang selamat diijabkabulkan pada 30 Julai 2009. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat, sentiasa diberkati n dirahmati olehNya sentiasa..Amin..

Zuria ni member sesekolah (SMK Meradong) dulu. Dia posting 2005, course sama dengan aku (Edu IT), Universiti pun sama (UUM). Budak yang baik, lemah-lembut n pendiam. Mohd Fairus tu orang ganu..sama negeri tuuu.. hi3

Buat Zuria - akak doakan sentiasa bahagia n dapatlah pindah ke ganu nanti..:-)


Ayunya Cik Zuria Hanim kiter..ops! Puan Zuria Hanim. hihihi

Pengantin bersama ibu bapa kedua belah pihak.

Wah3..fairus duk menjeling isterinya..:-)

Pas akad nikah. Alhamdulillah..selamat jadi suami isteri.


Friday, August 21, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

ANDAI INI RAMADAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu

Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH
DILAKUKAN

HALALKAN SEGALA YANG TERMAKAN & TERMINUM

JANGAN DILUPA INSAN KERDIL INI ...

Tuesday, August 18, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan...lagi???

Hari Sabtu lepas, 15 Ogos 2009...alhamdulillah dengan jayanya sekali lagi Latihan Dalam Perkhidmatan diadakan di SMK Matang Hilir bertempat di Makmal Komputer 2. Topik hari ini berkaitan Komunikasi Berkesan dan Amalan Terbaik Pedagogi Pendidikan yang disampaikan oleh Encik Razali bin Haji Yu, Pensyarah Cemerlang Kanan di Institut Perguruan Batu Lintang.

Majlis dipengerusikan oleh En. Wan Zainaudin bin Wan Junaidi. Seronok sangat dengar topik Komunikasi Berkesan yang disampaikan. Gelak memanjang jer geng-geng kat belakang. De gak yang rasa macam 'terkena' pada diri sendiri..hehehe... Dalam topik ini juga dibincangkan pasal kesantunan bahasa, kebiadaban bahasa, bahasa badan dan
suprasegmental.

Semoga pasni kita semua dapatla mengaplikasikan komunikasi berkesan ni..huhuhu..

KEBERKESANAN KOMUNIKASI AKAN TERSERLAH APABILA KITA MENGHINDARI KEBIADABAN BAHASA.


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN YANG PERNAH DIHADIRI SEPANJANG TAHUN INI :
  1. 17 Januari - Taklimat dan Bengkel Pengemaskinian Data Sistem Maklumat Murid
  2. 24 Januari - Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  3. 18 April - Integriti dan Budaya Kerja Cemerlang
  4. 25 Jun - Taklimat dan Bengkel SAP
  5. 4 Julai - Bengkel Pengurusan Jenazah
  6. 25 Julai - Pengurusan Stress dan Pengurusan Bilik Darjah
  7. 15 Ogos - Komunikasi Berkesan dan Amalan Terbaik Pedagogi Pendidikan
  8. 31 Oktober - 5S & Perancangan Strategik
de lagi ker?hihihi...

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah...

Balik je dari sekolah, housemate aku bagitau penyanyi nasyid (rabbani)..Ustaz Asri meninggal dunia. Macam tak percaya tapi bila nengok berita kat ntv7...rupanya betul. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. bila nengok pe yang terpapar di kaca tv..sebak ada, takut pun ada. Seingat aku..aku mula mengenali Ustaz Asri melalui Angah yang dulu minat sangat kat Nada Murni n selalu beli kaset-kasetnya. Aku memang minat giler kat dia tapi housemate aku minat kat Nazri (Raihan). Entah bila kita lak yang akan menyusul. Allahua'lam. Sama-samalah kita berdoa semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb.


Ya Allah! Kami pohon kepadaMu keselamatan pada agama, kesihatan pada badan, pertambahan pada ilmu, keberkatan pada rezeki, bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati dan mendapat keampunan selepas mati. Ya Allah! permudahkanlah ke atas kami sakaratulamut dan terlepas dari api neraka dan mendapat keampunan ketika hisab.


Ya Allah! Selamatkanlah kami, agama kami, iman kami, tauhid kami, makrifat kami dan selamatkanlah roh-roh kami, tubuh badan kami, rezeki pendapatan kami dan selamatkanlah saudara-saudara kami daripada orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman, laki-laki mahupun perempuan, samaada yang masih hidup di kalangan mereka mahupun yang sudah meninggal.

Amin Ya Rabbal Alami'n


INDAHKAH MALAM PERTAMA KITA???
by AbuJihad http://www.tranungkite.net

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun kan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wewangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. . yang tlah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu...


Tuesday, August 11, 2009

Relexxx...


Minggu ni aku rasa relex sangat. Yelah...pe semua yang berkaitan data sekolah dah settle. Tunggu akhir bulan ni lak untuk diupdate. Sekarang ni baru berkesempatan nak study untuk exam PTK cuti nanti. Housemate aku pun sibuk duk study. Lusa dah start Peperiksaan Pertengahan Penggal 2. Harap-harapnya semua student aku dapat keputusan yang memberangsangkan. Amin... Arini hepi sangat duk melayan karenah student 1 Intelek. Macam-macam ragam. Aku pun tak nak bagi dorang stress...dah nak exam kan.

Kepada housemate aku - GOOD LUCK! U CAN DO IT! hihihi..



Friday, July 31, 2009

Kawin...

Time aku check facebook aku, terpanggil untuk 'singgah' jap blog mbr lama aku. Pas baca catatan dia, aku rasa pe dia luah pernah terkena pada aku. Ni berkaitan pasal kawin la. Dah nasib pompuan, bila tak kawin2 lagi, mulala orang duk bising tanya bila nak kawin. Macam aku, dikategorikan lambat jugak la kawin..penghujung umur 27 tahun. Yang paling tak best, bila time kenduri kendara, orang duk tanya..bila nak kawin?tak jumpa lagi yang berkenan?memilih sangat kot..eeee..suka ati jer. De jugak yang akan cakap...si polan tu dah anak 2 tau, si polan kawin ngan engineer tau..watpe bagitau kat aku..ader aku kisah?hahaha...

Dorang ingat kawin ni main tangkap muat jer ker? Kadang2 bila kita nak, orang taknak. Orang tu nak, kita lak taknak. Kita nak, dia nak...de lak yang menghalang - belum cukup duitla, makbapak tak sukala, macam2 la.. Aku setuju ngan mbr lama aku tu cakap...berentikanlah duk nanya bila nak kawin pada orang yang belum kawin. Aku yang pernah berada dalam situasi macam tu, kecik ati tau.

Tapi aku rasa, memang dah adat mulut manusia ni duk sibuk je nak tau pasal orang. Kalau belum kawin, tanya bila nak kawin. Bila dah kawin n macam aku...belum dikurniakan anak, duk sibuk tanya...takde anak lagi? Sedih tau...ingat aku taknak ker? Aku berpegang pada kata-kata Angah aku...DIA tau pe yang terbaik untuk kita n DIA dah aturkan yang terbaik untuk kita. Sebagai hambaNya kita perlu redha apa yang telah ditentukanNya...tetapi kita juga perlu berusaha. Lain kali kalau orang tanya lagi aku naper belum de anak? tak cuba berusaha ker? aku akan jawab..tanya Tuhan. Dia tahu segala-galanya. Aku rasa kalau aku jawab macam tu, mesti orang tak tanya lagi kot..hihihi

Thursday, July 30, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-5

Alhamdulillah...dengan jayanya SMK Matang Hilir telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-5 pada 29-30 Julai 2009 bertempat di padang SMK Matang Hilir (29 Julai) dan Stadium Negeri (30 Julai).

Acara padang - Lompat tinggi, merejam lembing, melontar peluru dan...tarik tali diadakan di padang sekolah. Para atlit dan guru bertugas di padang sekolah, pelajar yang lain berkunjung ke pameran buku di Dewan Sri Cemerlang. Student sesi petang pun bersekolah waktu pagi aritu. Meriahlah sekolah...hehehe

30 Julai - SMK Matang Hilir berkampung di Stadium Negeri. Ni kali ke-2 aku ke stadium ni. 1st time datang, time jadi guru pengiring untuk Hari Kemerdekaan. Ni kali pertama aku join Hari Sukan coz aku masih baru di sekolah ni. Tapi best r tengok guru n pelajar sama-sama bekerjasama menjayakan kejohanan ni. Aku bahagian AJK Hadiah ngan k.hasmah, k.haiza n dayang. Relex la sikit kerjanya..heheh lupa lak bagitau, rumah sukan kat sekolah ni ikut warna - rumah kuning (rumah sukan aku), rumah biru, rumah hijau & rumah merah.

Paling aku suka, acara favourite aku..4 x 100 n 4 x 400...meriah! lawak pun de gak. Trek panas, de atlit tak pakai kasut..so, de budak yang berlari kat atas trek, pastu berlari kat luar trek (atas rumput), pastu sambung balik berlari kat atas trek..lawak..tapi, pe lagi..batal la. Yang paling lucu kami bukan main bersorak (bagi sokongan) kat budak2..mula2 budak rumah aku yang mendahului..alih2..terjelepuk jatuh. K.haiza, k.lesa, k.hasmah gelak n terus bagi sokongan budak dia (rumah merah)..alih2..budak dia lak..terlejepuk jatuh atas trek..hahaha..adil la kan.

Di akhir kejohanan, ada pertandingan kawad yang disertai badan beruniform dan wakil rumah sukan. Best tengok budak2 duk berkawad. Pepun, enjoyla kejohanan sukan ni (walaupun muka sunburn). Tapi, tak semeriah di SMK Meradong dulu (aku rindu meradong...). Yang takleh lupa, En. Amat Saimin (PK 1) berpantun time nak akhiri ucapan dia. Tak sangka lak dia leh berpantun. Yang penting, guru dan pelajar dah bagi 100% kerjasama n komitmen. Tabik spring la...hehehe... Tahniah Matang Hilir...teruskan menjejak kecemerlangan!

KEPUTUSAN MENGIKUT RUMAH SUKAN

Rumah Merah (520 markah)
Rumah Kuning (478 markah)
Rumah Hijau (477 markah)

Rumah Biru (390 Markah)


ATLIT TERBAIK MENGIKUT KATEGORI (LELAKI)

Kategori D - Mohd Effendi (Rumah Biru)
Kategori C - Razif bin Putit (Rumah Kuning)
Kategori B - Mat Shahrul Nizam (Rumah Merah)
Kategori A - Ahmad Hisyam (Rumah Kuning)

ATLIT TERBAIK MENGIKUT KATEGORI (PEREMPUAN)

Kategori D - Sandra (Rumah Hijau)
Kategori C - Maria Chuzen (Rumah Hijau)
Kategori B - Landia Cassandra Chai (Rumah Hijau)
Kategori A - Paula Bansi (Rumah Merah)


KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI (UNIT BERUNIFORM)

KADET POLIS (90.8 markah)
KADET REMAJA SEKOLAH (87 markah)
KADET BOMBA DAN PENYELAMAT (85.6 markah)
  • Kadet Polis di bawah bimbingan Cikgu : Connie, Affendi, Subhi & Abdul Rahman
  • Kadet Remaja Sekolah di bawah bimbingan Cikgu : Kamariah, Nurzi & Arifin
  • Kadet Bomba & Penyelamat di bawah bimbingan Cikgu : Bakri, Fuad, Azrina & Rajmah
KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI (RUMAH SUKAN)

RUMAH HIJAU
RUMAH MERAH
RUMAH KUNING


OLAHRAGAWAN SMK MATANG HILIR 2009

MAT SHAHRUL NIZAM
Pingat Emas untuk acara Merejam Lembing (pecah rekod sekolah), 1500m (pecah rekod sekolah) Pingat Perak acara 400m Pingat Gangsa acara 200m

OLAHRAGAWATI SMK MATANG HILIR 2009
MARIA CHUZEN
Pingat Emas untuk acara Lompat Tinggi (pecah rekod sekolah), 200m (pecah rekod sekolah),
4 x 400m (pecah rekod sekolah),
1500m, 400m
Pingat Perak acara 4 x 100m




AJK Hadiah/Cenderamata/Roset - aku, k.hasmah, k.rohaiza & dayang siti saudah.
AJK kami dibantu oleh Pasukan Pandu Puteri.

C. Wan Mohamad menyampaikan pingat untuk pemenang. Aku lak yang senyum lebih2..hehehe..

AJK Jamuan sedang sibuk mengagihkan makanan.
AJK Jamuan - K.Catherine, K.Katini, K. Hajijah Adi, K. Hajijah Sabli, K.Mega, Mdm Liew dibantu oleh Puteri Islam.

Aku n awek glamour..neny - Dayang Neny Merlisa

Seronok sakan member2 pas minum air milo...free tu..azizi leh jadi duta milo pasni..hehehe

Pengacara glamour...abree n k.saodah. K.saodah ni best sangat sorenya kalau nyanyi tau.

Pengacara glamour...abree in d house!!!

Pasukan Puteri Islam SMK Matang Hilir yang sibuk mengagihkan makanan kepada semua staf n pelajar. TQ.


Aku ngan Nia n Shereen (bekas pelajar aku tahun lepas) n member diaorang.

K. hasmah, k.haiza, aku n madam lesa...lepak jap pas puas bersorak.

K.Sarimah, K.leha, Mdm Chiew, aku & K.nordiah

Aku n k.mizah bersedia nak balik pas kejohanan n ronda-ronda sekitar Kuching.


TERIMA KASIH SEMUA !



Tuesday, July 28, 2009

My 29th birthday!


Alhamdulillah...dipanjangkan umur, masih sempat sambut hari lahir yang ke-29. Japje masa berlalu. Macam-macam fikir time ni... hala tuju arah hidupku, impian aku, life aku sebagai seorang isteri, kerjaya... ntahlah. Syukur setakat ni, hidupku sentiasa bahagia dengan adanya insan yang menyayangiku... thank's a lot. Ni kali ke-2 sambut birthday ngan housmate...heheh... ermm...thank's a lot for my luvly bro, Is...coz org pertama wish birthday kat aku. Terima kasih gak kat midah, zuya, syasya, gee, sharifah, geish, enny...korang masih ingat birthday aku rupanya...miss u all always.

Ingatkan sempena birthday aku, dapatlah ceria n bergumbira...rupa-rupanya sesampai kat opis, dapat surat kena settlekan EMIS, HEM, OPMEN n data ko-k. HEM nak kena anta esok, OPMEN 31 julai, EMIS before 3 julai, data ko-k lak 3 julai. Esok lak hari sukan kat sekolah. Lusa lak sukan kat stadium. arggggghhhh..tension! harapnya sempat lah aku settle seme keje ni. InsyaAllah.

Ops! lupa...tak sangka lak students aku kelas 1 Intelek wat surprise sambut birthday aku. Si asraf bagitau felecia kumpul duit semua sape yang sudi bagi untuk belikan kek yang warna pink tu. Terharu sangat. Tak sangka dorang yang acap kena marah aku bila dorang wat hal sanggup wat surprise untuk aku. First time de students sambut birthday aku...first time gak student aku suapkan kek untuk aku....isk!isk!uwaaaa....rasa macam nak nangis tapi control la depan dorang..hehehe.. dan tak salah rasanya aku minta makcik kantin sediakan dorang nasi n minuman dan kami sama-sama makan time rehat. Balasan la kiranya tu...hihihi..

For all my students- 1 Intelek..thank's a lot. Luv u all always... felecia, evelyn, magdaline...cikgu taktau camne nak ucap terima kasih kat korang. Jangan nakal-nakal tau, jangan nak buat cikgu naik angin tau...hehehe..


Monday, July 27, 2009

Mohd. Isyraf Danial b. Mohd Isham

Semalam (26 Julai 2009), k.aiza jemput ke rumah dia untuk majlis kesyukuran sempena duk rumah baru dan majlis akikah putera ke-empatnya...Mohd. Isyraf Danial b. Mohd Isham. Majlis berlangsung bermula kul 10 pagi hingga 2 petang. Niat di hati nak pergi awal...tapi memandangkan housemate time macam tu mesti pergi main futsal, terpaksala tunggu dia balik rumah dulu...rasanya aku n housmate orang terakhir sampai kot. Alhamdulillah...masih de rezeki untuk kami...nasi beriyani. hehehe.. Sebelum sampai rumah baru k.aiza, tersesat lak. Aku la yang silap nengok pelan jalan. Terpaksala k.mizah datang jemput dan tunjuk jalan. Malu gak..tapi control r...heheh..

Punyalah bersemangat baby Danial..montok..geram je nengok..baru je 3 bulan 16 hari, berat sekarang dah 7.8 kg. Time melawat k.Aiza dalam pantang dulu, kecik lg rasanya. Danial lahir 10 April 2009. Danial..suka sangat nama tu. Kalau de rezeki dikurniakan putera suatu hari nanti, nak je taruk nama baby..Danial Haikal. Macam nama watak dalam novel cinta...hehehe...pepun, Danial...auntie Su n uncle Lim doakan Danial menjadi anak yang soleh, sentiasa diberkati dan dirahmati olehNya sentiasa. Amin...

Time melawat baby...masa ni, baby belum cukup sebulan umurnya...


Mohd. Isyraf Danial b. Mohd Isham


Isyraf Danial kepenatan...



Sunday, July 26, 2009

Latihan Dalam Perkhidmatan..

Sempat lagi berposing sementara k.mizah beli bekalan makanan..hehehe..


Penceramah sedang menyampaikan ceramah manakala semua staf sedang khusyuk mendengar..



Pada 25 Julai 2009, pihak pengurusan SMK Matang Hilir telah mengadakan dengan jayanya satu lagi kursus Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua stafnya bertempat di Makmal Komputer 2 bermula pada pukul 0800 pagi sehingga 1245.


Kursus ini dibahagikan kepada 2 slot. Slot pertama berkaitan Pengurusan Tekanan/Krisis manakala slot kedua terisi dengan tajuk Pengurusan Bilik Darjah. Kedua-dua slot disampaikan oleh Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh daripada IAB Cawangan Sarawak.


Alhamdulillah, pelbagai info dan teknik menangani tekanan serta bagaimana menguruskan bilik darjah dikupas dan disampaikan dengan menarik melalui tayangan video dan slaid yang menarik. Yang paling best, diajar teknik “ketuk-ketuk” untuk menangani stress. (Suka ati jer sebut. Pe nama ntah teknik tu..hehehe..) Semua rerakan mencuba. Macam lawak tetapi berkesan. Yang paling best, geng yang duk area belakang. Sentiasa ceria dan bergumbira. Ada jer...yang keluar macam-macam makanan...macam poket doraemon.


Ermm...hasil daripada kursus ini, timbul kesedaran betapa beratnya amanah yang perlu dipikul dalam mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak-anak didik. Layakkah aku bergelar guru? Adakah aku telah melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya? Allahua’lam. Pasal stress...semua orang pernah “stress”. Macam aku, lagilah... Yang penting, setiap tekanan perlu diatasi agar takkan berlaku perkara buruk di kemudian hari.


Kepada semua rakan…anggap setiap tugas yang kita dapat sebagai amanah dan bukannya sebagai bebanan. Kalau setiap kerja dilakukan dengan ikhlas, InsyaAllah…DIA akan permudahkan segala urusan kita dan pasti ada ganjaran untuk kita di akhirat kelak. Amin…


Terima Kasih Untuk Semua…