Friday, September 21, 2012

SUELIM mohon pindah..hu3


Memandangkan ayah berada dalam kondisi yang kurang sihat dan housemate selaku anak lelaki dan anak sulung dalam keluarga..housemate telah mengambil keputusan drastik tanpa berbincang >>> kiter cuba mohon pindah ujung taun ni!
dan saya, selaku 'saya yang menurut perintah'...mengiyakan ajer..dan isikan borang permohonan kami berdua.

Peluang dapat pindah ke ganu cukup tipis, tapi kami cuba jer..ikutkan hati, su belum bersedia nak pindah coz target asal kami..pas settle 'bebanan' kami ujung tahun depan, baru kami nak mohon pindah. Tapi, biarlah.. DIA tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Kami cuba jerlah.. dan yang paling penting, su sebenarnya nak lari dari.............

> jadi GURU DATA! su tak sanggup + su dah tak kuat + sakit belakang su makin kronik + migrain su makin teruk ...tolonggglah ... su tak nak jadi guru data lagi. isk!isk! uwaaa... kalau su tak leh pindah, su kena jadi guru data lagi ke tahun depan???? oh! tidakkkkkkkkkkkkk

Pemergian NURYL ADRIANA BT NURUL ARZUANA

19 September 2012
8.48mlm

K.nita de call tapi time tu, su migrain..tido..tak larat

20 September 2012
Su sms k.nita..pasai pe call? k.nita bagitau pasal baby k.nurul..meninggal coz tersedak susu. Ya Allah! terkejut + sedih + laju je tangan cari berita pasal tu sebab semalam de kuar cerita pasai ni kat buletin utama tapi su tak tengok...

Jumpalah artikel pasai insiden ni...

http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayi4bulanmatitersedaksusu/mobile/mArticle
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/bayi-perempuan-berusia-empat-bulan-mati-tersedak-susu-1.86661
http://busuk.org/ping/view/312591

Malamnya, sms ngan k.nurul..dia cakap dia redha tapi tipula kalau tak ingat coz dia kata, rasa sekejap
sangat dia sempat jaga baby.. sedih sangat..tapi pe yang mampu su buat, doakan k.nurul kuat semangat + sabar hadapi ujian ni..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, kan. Su pun tumpang sedih.

>> K.nurul, k.nita n su sama2 mengajar kat SMK Meradong, Sarikei dulu..pastu k.nurul kawin n pindah, k.nita lak dapat pindah ke Kedah, barulah su kawin n sangkut kat Kuching ni..hu3

Allah lebih menyayangimu...

Saturday, July 7, 2012

Ya Allah! bantulah hambaMu ini...

MasyaAllah..su rasa sibuk sangat2.
>> isnin & selasa ni..verifikasi data Sistem Maklumat Murid di PPD. Guru-guru tingkatan ada yang belum bagi borang maklumat budak. Sahih de ralat::-( nanti guru data juga yang dipersalahkan.
>> 15 Julai 2012 ~ tarikh tutup keyin secara online borang ePangkat staf. Staf ada 138 orang. Staf pulak ada yang isi borang tak lengkap dan main hentam je. Dorang tak tau ke kalau salah maklumat, pengetua akan dikenakan tindakan surcaj?

Su boleh buat kerja tapi andai semua orang bagi kerjasama. Kenapa dorang tak faham benda ni semua penting????????????? terasa kadang2 macam kena buli pun ada. Su tension sangat. Nak sangat lari dari sekolah? tapi camne? nak sambung belajar? housemate tak bagi dan su sendiri rasa kesian tinggal dia sorang2 kat kuching ni. So, how? pindah sekolah?? nak pindah sekolah mane? tahun depan plan nak pindah ke Terengganu. InsyaAllah, maybe itu keputusan terbaik!

Jujurnya, de kala nangis sorang2 depan laptop ni..kenangkan diri yang sibuk mengadap kerja.

SUE TENSIONNNNNNNNNNNNNNN !!!!

Saturday, June 23, 2012

Mode ~ Busy tahap gaban + cipan

Dah lama sangat tak jenguk blog n banyak sangat citer benarnya nak taruk kat diari elektronik su ni..tapi, situasi pas cuti benar2 meletihkan. Tubuh ni letih sangat2...sedih wase, tapi...gambar ni bawah menginsafkan su..(sekejap)..hi3


Okey, nak sambung keje..sambil menjenguk muka buku kejap2 (wat ilang stress).

p/s : Nazir oh nazir..naper pilih sekolah kamekorang untuk berkampung..hu3 seme orang ketakutan + kepanikan + kegemuruhan..kuang3 moga Allah permudahkan segala urusan kami..Aaaamiinnn

Friday, May 25, 2012

Sifu Petanque Mathil dapat pindah..hu3

Al-kisahnya, terakam sejarah kat sebuah sekolah yang namanya SMK Matang Hilir tentang seorang cikgu yang kiut miut orangnya. Budak ni datang posting dah akhir tahun... 13/11/2008, masa kiterorang dah cuti sekolah. Awal tahun, terkejut tengok de cikgu baru. Budak ni jenis yang simple, okey lar jugak feelnya..dan biler dia datang..SMK Matang Hilir mula mencipta sejarah baru dalam arena petanque ~ mula ade padang petanque, mula mucul juara2 dan bakat handalan petanque. Kiranya memang sebati dan sinonim la petanque dengan dirinya. Sebut petanque, ingat nama dia. Sebut nama dia, ingat petanque.

Sejarahnya, budak ni juga merupakan pemohon tegar. 2x setahun, memang sohih@wajib@kompom dia akan pohon pindah ke semenanjung, ke negeri kelahirannya. Kiranya, kalau our boss tanya sape yang pohon pindah? Kiter dah jawab siap2 namanya sebagai orang pertama..hi3

Dan akhirnya..rezekinya pas kawin..(dia kawin 28/11/2011)..~ taruk gambo kawinnya sekeping~


.....akhirnya baru2 ni budak ni diluluskan permohonan perpindahannya ke johor..atenye wifenya org johor..hi3

kepada anip >>> selamat bertugas di tempat baru. jaga diri, hiasi peribadi key. jaga anne baik2..moga sentiasa berbahagia..aaaamiiiinnnn



.....cup ! lupa..malam tu..kiter kuar makan ramai2..raikan dia yang bakal pindah..sonok leh kumpul ramai2..biler tengok dia, rasa macam sedihlah jugak..ilang sorang teman (pasni nak kutuk saper lak?ha3)...


Monday, May 21, 2012

Abang...Selamat Hari Lahir Yang ke-32

Hari lahir saper? bukan sue..tapi housemate sue..japje kan? dia dah 32 tahun.hik3 rasanya tahun ni macam sue nak wat surprise kan dia.

1st ~ sue tak bagitau dia yang sue belikan kek spesel untuk dia
2nd ~ dia tak tau sue belikan hadiah untuk dia
3rd ~ dia tak tau sue buatkan movie spesel untuk dia..

sue hepi bila dia cakap dia terharu dan tak sangka sue akan belikan kek spesel untuk dia, buatkan movie spesel untuk dia, belikan dia hadiah..isk!isk! uwaaaaaa..sedih gak bila de orang hargai kiter.ha3

~ Abadikan kenangan sebelum ke Pai Thai Tomyam ~

19 Mei 2012 > Menu kami meraikan b'day 3H1N ~ Halim, Haikal, Halifi, Nurul








Suker sangat dia dapat kek spesel! 'wat gane de gambo atah kek ni? 'hensem lok abg atah kek ni!' ha3 




Cupcake from ummi (k.mizah) untuk anak2 ~ alip, aikal, along


Suker sangat kek ni. Sayang nak makan.hik3




Hadiah anak2 k.mizah untuk suelim dan k.ani. Thanks dear:-)



20 Mei 2012 > Malamnya, sue bagi adiah untuk birthdaynya..ayat dia : ''owoh..ni yang wat abg terharu ni..b'day syg, syg nok bende?'' eceh cehh..ha3


Malamnya..try pakai baju dan suar baru. eh2..perut abg makin buncit laa..ha3 


21 Mei 2012 > Sue postkan video yang sue buat khas untuk birthday dia..benarnya, dah lama upload kat youtube, cuma tunggu birthday dia nak surprisekan dia. ayat dia : ''kellas lah syg, syg wat gane jadi gini?mmg terharu wase abg'' ha3



Video ni sebenarnya sue buat khas untuk sue dan dia imbas kembali detik perkenalan kami yang penuh suka dan duka sehingga kami selamat disatukan di jinjang pelamin. Betul kata orang, soal jodoh ni bukan urusan kiter tapi DIA. De kala bercinta bagai nak rak tapi tak jadik kawin. Begitu juga kami..kawan - couple - kawan - couple - kawan - suami isteri.

~ Semoga perkahwinan kami berbahagia sehingga ke syurga, Aaamiin Ya Rabb

Hadiah Hari Guru 2012


Kebetulan dapat perfume dari student sue. Housemate sue pun dapat. Ori ker tak ni?ha3


~ TERIMA KASIH ANAK2..CIKGU TAK HARAPKAN APA-APA HADIAH. YANG CIKGU DOAKAN, KALIAN BERJAYA DALAM HIDUP ...Aaaaaamiiinnnn... ~

Hari Guru 2012


16 Mei 2012

~ Tahun ke-9 sue meraikan Hari Guru. Sue suka Hari Guru coz dapat enjoy dengan kengkawan. Sue selalunya tak banyak dapat hadiah coz sue ni cikgu 'kurang ajar'..al-maklum guru data, jadual waktu sikit..masa ngan budak kurang..tak popular manelah kiranya. ha3
~ Yang paling sue suka time hari guru waktu berkumpul nak amik gambo reramai. Macam2 karenah. Masing2 duk usik-mengusik. Masa ni lah guru sesi pagi dan petang bercampur, bergaul mesra.

~ Gambar2 spesel di Hari Guru 2012 ~

Sue wif my mummy chiew. Baik sangat mdm chiew ni. Walaupun berbeza agama dan kaum, dia  angap sue macam anak dia. Dia pernah cakap, "sue..kalau perlukan duit, boleh bagitau saya. Jangan malu2'' wahhhh..leh jadi along maaa..ha3

Comel2 kan cikgu2 ni?hi3 semua dah berpunya..ops! jocelyn masih single.

Kek Hari Guru 2012


Gambar wajib! sue wif k.ani dan k.mizah. 

Sue wif kekakak2 yg baik2 semuanya..nakal gak sebab 16 Mei 2012, masing2 baru tau n belajar pasal bluetooth! memang lawak dorang ni!

Comel kan budak yang peluk tangan sue tu? pelajar ictl sue. Budak ni walaupun dia sorang jer datang, dia masih sudi sue ajar dia. Tak macam budak lain...''cikgu, tak yah buat kelaslah, orang takde''

Gambar di belakang pentas.

Gambar candid. Macam2 ragam. Tahun ni temanya merah..wahhhh...gelombang merah. nak pitam rasanya..


~ SELAMAT HARI GURU KENGKAWAN..SEMOGA KITA TERUS IKHLAS DAN AMANAH DALAM MENJALANKAN TUGAS KITA ~

Kain Oh! Kain ◕‿◕

Sue jadi 'tokey kain' lagi...hi3 alkisahnya, terjumpa kat facebook orang jual kain secara borong. Bila tunjuk ke kengkawan, majoriti nak join beli. Sue tolong settlekan semua. Sabtu lepas bankin, k.Ani dahulukan duitnya. InsyaAllah dalam minggu ni sampai kain kami..dalam 20 pasang. Sonoknyaaaaaa...

Tuan punya kedai kain.

Kain2 yang diorder.

Ole2 dari MizahAniSue sempena Hari Guru 2012


~ Coklat2 yang kami tempah untuk kengkawan ~

Dalam coklat yang comel2 kat bawah ni, ada biskut oreo kat dalamnya. Memang best !!!! 
Giler sue tengok seme coklat ni..meleleh air liur.he3

Macam2 corak ada..


Corak oreo ber'skirt'

Coklat manik ditabur.hik3

Bentuk bunga

Bentuk love

Bentuk double love

Bentuk bunga tulip

Yang ni spesel sikit. Dalamnya ada badam sebijik. 

Sue berpakat dengan k.mizah dan k.ani belikan coklat yang ditempah khas dari wife Azrul (cikgu sek kami, geng kami gaklah). Terliur tengok budak2 order. Geram tengok rupanya.. kami tempah cun2 untuk 44 orang (bilangan cikgu sesi petang). Sue order lebih sebab bagi kat kawan2 lain dan kawan2 housemate sue yang sue kenal.

facebook sarah @ tauke coklat @ wife azrul @ mummy aqif