Thursday, March 17, 2011

~ Percutian adik2 ke Kuching, Sarawak~ 13-17 Mac 2011

As salam..cuti sekolah kali ini amat menggembirakan dan amat bermakna. Apa taknya..acik, kimah, irah n aja datang ke Kuching..sepatutnya amid n raihan join sekali tapi memandangkan ada kesulitan yang tak dapat dielakkan, dorang tak dapat datang. Aktiviti dah sue atur dari dulu sejak dorang bagitau nak datang, tahun lepas lagi la kiranya..he3 alhamdulillah..walaupun jadual agak padat dan penat tapi hepi giler rasanya..


>>12 Mac 2011 (Sabtu) ~ adik2 sampai dalam kul7 malam. sue n housemate solat maghrib di a-pot,pastu gi 'sambut' la kononnya.he3 time solat kat a-pot, sempat berjemaah dan terharu+bangga rasanya sebab..housemate yang jadi imam. Sejukkk hati den.hi3 pastu kami terus bawa adik2 ke...tempat biasa..TOM YAM GOONG. Tak sempat nak pi pasar beli barang sebab paginya kami ke rumah arwah abg wan.

Housemate n adik2 tengah menjamu selera.

>>13 Mac 2011 (Ahad) ~ Dalam kul7++ kami + k.ani bertolak ke Serikin..kat Serikin, acik la yang paling banyak beli barang n yang tak leh lupa..Mah beli beg 'stylo'. he3 balik dari Serikin, kami singgah ke Fairy Cave, Wind Cave, Tasik Biru..pastu baru balik rumah n lunch. Petangnya seme 'syahid'..he3







Malamnya, housemate pergi tahlil dan sue bawak adik2 ke e-mart coz nak beli barang dapur dan tak lupa..bawak adik2 try 'ice blended' kat kedai 100 yen. sedappp..


Aja yang paling banyak shopping kat kedai ni:-)

>>14 Mac 2011 (Isnin) ~ Dalam kul8++ kami bertolak ke a-pot, anta Rush k.mizah coz k.mizah balik dari semanjung petang nanti. Dalam kul 10++ kami bertolak ke Santubong. Memandangkan show di Sarawak Culture Village start 11.30 dan kami mungkin tak sempat sampai, kami lunch di Pantai Pasir Panjang, seterusnya baru ke Sarawak Culture Village.
Menu : Nasi Ayam. Nyum2..



Posing jap di Pantai Pasir Panjang. he3

Sampai di sana, kami solat dulu sebelum meronda2. Sepatutnya tiket masuk ke Sarawak Culture Village untuk yang bukan local, RM60 tapi dengan bantuan kawan housemate..sorang dicas RM25. Ok dan berbaloi la kiranya.











Di Sarawak Culture Village ini, banyak tempat menarik kita boleh lawati. Kiranya kalau nak tau pasal budaya Sarawak, elok berkunjung ke sini. Mula2 kami melawat Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Orang Ulu, Rumah Melanau, Rumah Melayu, Rumah Cina. Sakan bergambar adik2..he3 seterusnya kami melihat pertunjukan di Panggung Budaya. Setiap kaum etnik akan mempersembahkan tarian. Menarik + lawak + terpegun gitu. Keluar dari panggung, rupa2nya hujan kat luar. Kul5.30++ kami bertolak pulang ke rumah. Sebelum pulang, housemate sempat beli bekalan beras. Al-maklum la..tetamu kami semua kuat makan.ha3

Malamnya, housemate+sue+acik pergi tahlil depan rumah n Kimah kat rumah masak special gitu..'megi'..he3.. malamnya seme tdo keletihan.

>>15 Mac 2011 (Selasa) ~ Paginya..bagi peluang adik2 bangun lewat ckit. Untuk breakfast, acik masak mi goreng. Sedap..dah lulus untuk kawin. he3 Sesudah zohor n bersiap beserta bekalan makanan..kami menuju ke Jong's Crocodile Farm. Nak masuk sini, bayarannya RM16 seorang. Sempat tengok pertunjukan 'buaya makan' dan 'ikan makan'..he3 memandangkan kesuntukan masa, kami singgah kejap di kedai area waterfront coz acik n kimah nak beli souvenier..seterusnya berkejar pulang ke rumah n makan sama2 dengan k.ani kat rumah. Asalnya nak piknik kat mana2 tapi xjadi. Yang lawak, Aja buat malu2 mioww dengan ayam kfc k.ani.he3







Malamnya, housemate gi main futsal, de friendly match..sue n adik2 ke spring. Bukan main lagi berkejar kononnya nak tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa kul 8mlm, sekali time beratur..baru tengok de notis..rupa2nya filem tu tak ditayangkan hari tu coz de masalah teknikal. Terpaksalah beli tiket untuk cerita lain..'citer bodo'..ha3 takperlah, sekurang2nya Aja de pengalaman tgk wayang walaupun melayang RM40 sebab..housemate yang bayar.he3




>>16 Mac 2011 (Rabu) ~ Paginya..bagi peluang kat adik2 berehat. Housemate terpaksa pergi sekolah de urusan. Dalam kul7.45++ k.ani datang jemput sue n acik, n kami ke Indian Street..beli ole2 untuk umi n yg lain. Sempat pekena roti canai dulu.he3 bila tengok kain, terus pening. Bukan apa, alergik. ha3 sabo jelahh..pastu teman acik beli souvenier lagi kat area waterfront. Pastu, singgah jap rumah k.mizah, sempat lagi duk layan citer 'ngangkung'..tak sempat habis coz nak prepare lunch untuk piknik lak. Sampai rumah..woww..bestnya Mah masak. Pandai adik2 masak. he3 petangnya, kami piknik ke Matang Family Park. Nak masuk sini, seorang dicas RM3. Sonok mandi-manda + belajar terapung. Acik jadi cikgu.he3 MFP ni ala2 Sekayu gitu.







Malamnya, duk kat rumah jer..bagi peluang kat adik2 kemas barang. Sempat lagi layan citer 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Berapa kali tengok daa..he3

>>17 Mac 2011 (Khamis) ~ Kul8++ sebelum bertolak keluar rumah, posing dulu depan rumah pastu singgah jap rumah k.mizah. Seterusnya breakfast kat kedai mamak. Pastu, sempat bergambar area Muzium Kucing. Tak lupa bawak adik2 ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Pas settle ambik gambo..kami ke spring..sempat lagi minum2 dulu..(kieymah belanja) pastu terus ke a-pot..sempat lagi makan kat mcD..(acik belanja)..ngeh3 Kul2++ selesai adik2 checkin..ramainyer org nak lik semenanjung. Sedih lak tengok adik2 balik..rumah kembali sunyi n sepi la pasni.hu3


















Balik dari a-pot, singgah spring lagi..akhirnya, bagi mengubat kesedihan, housemate layan permintaan walaupun dia letih..maka, leh lar tengok citer Hikayat Merong Mahawangsa..besttttttttttt...walaupun housemate tdo..ciannn..tapi..sue suka!sue suka!he3 pas housemate smyg asar, kami bertolak pulang ke rumah. Sampai rumah, rasa sunyi jer...adik2 xde..isk!isk!uwaaaaaaaaaaaa...japje rasa dorang datang cni. Takper..panjang umur, jupe lagi bulan Mei nanti.

Untuk adik2..terima kasih kerana sudi datang..maaf kalau de yang terkasar bahasa, tercuit rasa atau apa2 yg boleh menyinggung perasaan atau apa2. Yang penting, abang n k.su saaaaaaaaaaaayang u all..mmmmmmuahhhh

Wednesday, March 16, 2011

12032011~hari yang mengejutkan dan menyedihkan...

12 Mac 2011 ~ Sesudah sesubuh, sue mulakan 'tugas' berkaitan skpm. Housemate lak masih beradu, qada' tdo (coz malamnya berjaga 'check paper exam'). Dalam kul 7.30++ phone housemate berbunyi, mujurlah dia terjaga..rupa2nya anak jiran depan rumah kol..ayahnya pengsan..

~kami terus bergegas ke rumah depan..time ni jiran sebelah pun dah de kat sana n beberapa orang yang su tak kenal pun berada kat sana (saudara abg wan)..masing2 tengah cuba sedarkan 'abg wan'..sue hanya mampu berdoa semoga tiada perkara buruk berlaku..kami masing2 menunggu ambulans..keadaan ketika itu panik+cemas+sedih..bila tengok kedua2 anak arwah menangis..sue sendiri tak mampu untuk menahan air mata..
~ambulans sampai..pegawai perubatan check n...YA ALLAH!Abg wan dah tiada...kami semua terkejut dan tergamam..dan tak dapat menahan air mata..seterusnya, masing2 menjalankan amanah untuk menyempurnakan jenazah arwah..
~pertama kali su melihat depan mata dari saat seseorang tu disahkan sudah 'tiada'..dimandikan..dikapankan..disembahyangkan..dikuburkan..ditalkinkan..SUBHANALLAH..DIA memberi sue peluang melihat semua ini dan me'nerbit'kan suatu perasaan yang tak dapat sue gambarkan.

>>Alhamdulillah..arwah selamat dikebumikan (12.00++) dan DIA permudahkan segala urusan.
Sue 'salute' dengan isterinya yang begitu kuat semangat..dan dapat menerima hakikat walaupun sebenarnya ianya betul2 takdir yang tidak disangka kerana mengikut cerita isterinya, malam sebelum kejadian mereka keluar makan bersama dan langsung tidak menunjukkan sikap yang pelik. Isterinya sedar arwah pengsan dalam pukul 6.30++..dan terus call ambulans dan saudara terdekat. Pegawai kesihatan yang datang pun tidak tahu sebab kematian arwah dan klasifikasikan sebagai kematian mengejut.
>>Arwah abg Wan seorang yang prihatin dan peramah. Arwahlah yang menjaga rumah dan kereta bila kami pulang bercuti ke kampung. Kalau arwah nak potong rumput kat rumah dia pun, dia akan tanya housemate nak potong sekali tak. Memang insan yang cukup prihatin. Susah nak cari jiran macam ni. Sue tak la rapat sangat dengan arwah tapi housemate yang selalu berborak dengan arwah. Tapi dalam minggu ni sue ada tersalah hantar sms kat arwah (sebenarnya nak sent kat housemate). Tak sangka itu kali pertama dan terakhir kami bersms. Sebenarnya arwah ada bagitau kat housemate kalau ada tiket murah ke semenanjung, bagitau dia. Sebab tu sue sms nak inform housemate suh bagitau kat arwah. Dalam minggu lepas kami ada bagi nenas kat arwah dan isterinya bagitau pada hari ini (12032011) dia plan nak masak pajeri nenas untuk arwah tapi...tak sempat..sedih sangat2 bila dengar.

YA ALLAH! Semoga arwah tenang dan aman di sana..jauhkan daripada azab api neraka, ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.
YA ALLAH! Berilah kekuatan dan semangat kepada isteri arwah dan kedua-dua anak arwah untuk meneruskan kehidupan. AMIN YA RABB.


Ketika arwah selesai disembahyangkan.

~malamnya, sue hanya merenung housemate tido sehingga sue sendiri tertido. sue takut...tapi sue tahu, kematian itu PASTI tapi andai sue diberi pilihan, moga sue yang mengadapNYA dulu sebelum housemate sue..sue tak sanggup..apa yang berlaku pada hari ini sesungguhnya banyak memberi pengajaran dan keinsafan pada sue.

Kepada housemate >> maafkan segala kesalahan sue, perbuatan sue, kelakuan sue..yang menyakitkan hati secara sedar atau tidak.

Saturday, February 12, 2011

Awal 2011 ~tahun menyedihkan..

Salam..dah lama sangat tak menjenguk blog ni. macam biasa, bila sue coretkan sesuatu di sini, jiwa su kaco..dan perlukan tempat meluahkan perasaan..

Januari 2011

Jadual Waktu ~ sue ditugaskan buat jadual waktu untuk guru sesi petang. Baru su tau susahnya nak buat. Terima kasih kpd k.Dyg Noryna yang banyak tunjuk ajar dan tolong su. Tapi, time buat..mmg migrain, takleh nak angkat. B'pinar biji mata. Ermm..ms taklimat staf 1/2011..sue maklumkan pengetua 2 org guru yang meminta dilepaskan dari menjadi guru tingkatan dengan alasan menjadi guru disiplin. Pengetua bagitau, sepatutnya 2 org guru tu minta kebenaran dari dia bukan dari penyelia petang. Sebelum tu, de gak guru lain yang tak puas hati, dorang pun guru disiplin n guru tingkatan..tapi ok jer. Sue rasa cikgu sesi pagi ~cikgu Sejali, Mahathir, K.lisa..guru tingkatan n guru disiplin jugak, tapi dorang tak mintak pun dilepaskan jadi guru tingkatan. Dorang ok jer leh menjalankan tugas. Entahlah sue lak yang tersepit ..pengetua kata tak boleh, penyelia petang cakap..ubah. Akhirnya, ikut kata penyelia petang. Tapi sue rasa dua orang guru tu tak patut la. Ramai lagi guru lain yang guru disiplin n guru tingkatan, dorang tak merungut pun, kan?

SMM ~ mcm biasa..sue bz update SMM..sue dah maklumkan guru tingkatan 1, bagi borang SMM kat sue supaya sue boleh tolong keyin. Sue dah maklumkan guru lain kalau de pelajar baru, bagi borang SMM dan kembalikan kpd sue. Tetapi??? 28 Januari sue ada meting SMM, de cikgu belum serahkan borang SMM pelajar dgn alasan tak tau kena mintak. Dua hari n sehari sebelum meting, baru 3 org guru ting. 1 nak bagi su borang SMM. Apa? ingat su ni robot boleh key-in maklumat pljr 3 kelas dlm waktu singkat tu? Sue cuba kurangkan beban guru tingkatan, tlg dorang key-in, memandangkan tahun lepas kedengaran mcm2 rungutan dan suara sumbang. Tapi..??? nampaknya tak jalan jugak. Ada jugak guru yang bagi su lampiran sehelai2..time nak key-in jenuh kena belek satu2.. andainya boleh sue ckp mcm ni.."Oiii makcik, aku tolong keyin dah cukup baik, apa..ko ingat aku tong sampah?pe salahnya ko stapler leklok borang murid ko ni?" tapi..nanti kata sue kurang ajar lak kan. akhirnya cuti seminggu tahun baru cina..su masih wat keje..Hari TBC baru su boleh raya sakan. Jadi, utk tahun dpn..guru tingkatan 1..korang key-in la sendiri k. Nampaknya sue cuba bantu, tapi de guru yang tambah menyusahkan sue. Sebenarnya, SMM ni BUKAN TUGAS GURU DATA SEPENUHNYA tau. Sekolah lain de penyelaras SMMnya sendiri. Dahlah pelajar SMKMH 1900++...tlg r bagi kerjasama..sakit otak nak mikir dgn ralatnya lagi. Hampeh tullah.

Enrolmen ~ 1.2.2011 c.bol n en. khalid kol..suh update enrolmen dlm emis..(kat web tulis 14hb duedate utk update) camne sue nak update? buku monthly return ada yg tak anta jumaat terakhir tu..sue gi sek, nak check buku jadual kedatangan kelas, ada yang wat balik rumah pulak. Ya Allah! sabo jelah.. sue tak nak kena marah, sue bagitau en. khalid, mujur dia bagi idea. Kenapa guru ting. xfaham buku monthly return tu penting di hntr hari terakhir persekolahan???? ingat sue saja suka2 mintak ker? cuba r faham.

Kokurikulum ~ tahun ni kegiatan kokurikulum berubah, ikut kuota. Pak Lah mintak sue gabungkan 3 kegiatan kokurikulum tu untuk setiap pelajar. Tapi bila sue tengok, ada satu kegiatan kokurikulum tu hanya bagi su nama dan ting., pening kepala sue. sudahnya, sue kena cari satu2.. sori nak bgtau, disbbkan prob ni, su tak smpt nak update dlm SMM (kutipan yg dihantar Januari tu). Untuk kutipan seterusnya SMM, sue boleh jamin akan complete. Tapi untuk P.Lah, insyaAllah isnin ni su dapat bagi. Terima kasih jugak untuk 3 org guru ni yang bertungkus lumus siapkan senarai kegiatan kokurikulum ni.

KWAMP ~ kesian k.norhajijah..lmbt dapat tau psl kwamp. En. hassim ckp dah dimaklumkan kepada PKHEM tapi kenapa PKHEM tak maklumkan kepada k.nor? C.Yunus n sue cuba bantu mana termampu. Isnin ni nak kena anta.

BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH ~ baru dpt email dari PPD arini. Dah maklumkan kepada k.hajijah adi, bagi dia sitin isnin ni supaya dia dapat cari budak yang perlukan bantuan ni.

Ermm..semalam su taip sesuatu n sue akan kepilkan sekali dengan jadual waktu baru yang akan sue edarkan nanti. Sue bgtau housemate, pastu dia tanya betul ke sue nak edar apa yang su taip tu? sue jawab..dah nekad. Sebab..ALLAH jer tau pe sue rasa..sedih sangat2..sue "paste"kan kat cni coretan tu..

*************************************************************************************

Jadual waktu diubah kerana ada kesilapan susunan masa bagi beberapa orang guru tanpa saya sedari dan saya mohon maaf kerana mengambil masa untuk membetulkannya kerana tugas berkaitan data. Jika jadual beberapa orang guru berubah, jadual guru lain juga turut berubah. Untuk pengetahuan, jadual waktu disusun berdasarkan beberapa perkara yang diambil kira : penggunaan makmal sains yg tidak boleh 4 kelas berada dlm satu masa, waktu PJK yg perlu disusun pd waktu 7@8 dan 6@7 (jumaat), kelas bergabung seperti: KT/ERT/Perdagangan dan Pend. Islam/P.Moral serta kelas luar sidang untuk matapelajaran P.Islam dan ICTL.

Saya tahu ramai yang tidak puas hati dengan susunan jadual waktu sebelum ini. Saya mengaku SAYA TIDAK MAHIR menyusun jadual waktu ini dan TAK PERNAH SAYA MINTA untuk ditugaskan membuat jadual waktu ini. Apa yang saya kesalkan, ada yang bercakap/sindir/komen belakang saya tanpa mengambil kira betapa sukarnya saya membuat jadual waktu ini kerana saya tiada kemahiran/pengalaman. Perkara ni dapat saya sabar kerana telah ditugaskan tetapi sakitnya hati dan pedihnya telinga bila mendengar individu2 tertentu yang komen/sindir/b’cakap di belakang saya tanpa mengetahui situasi yang saya hadapi. Saya boleh terima dengan terbuka jika rakan berterus-terang dgn saya. Tapi bukannya jenis yg depan saya cakap lain, belakang cakap lain. JANGAN PANDAI KOMEN SAJA. Sila ambil CD sistem jadual waktu ini di atas meja saya, susun jadual waktu sendiri dan tolong susun sekali jadual waktu rakan yang lain. Kalau ada masalah untuk install, boleh jumpa cikgu Azizi kerana saya sendiri tak pandai nak install. Saya tidak bersikap profesional? YA! kerana kesabaran saya sudah sampai kemuncaknya kerana saya dah rimas, muak, geram, sakit hati dengan orang yang bermuka2 ni. Saya tak kisah apa nak berlaku lepas ni, yang penting saya dapat luah apa yang saya rasa daripada saya terus terseksa memendam rasa. Saya TENSION! Kepada individu2 tersebut, DIA MAHA ADIL dan semoga apa yang saya alami sekarang suatu masa nanti anda juga akan alami.

*************************************************************************************
Macam jahat jer sue, kan? Tapi sue takde peluang nak bersuara. Housemate sue jer tau betapa sibuknya sue. Kadang2 kesian tengok dia, mujur dia faham dan sabar. Semalam sue nangis, dia tanya kenapa? sue tak jawab.. tapi sebenarnya sue tensionnnnnn..sue penattttttt..sue tak nak lagi jadi guru data..sue boleh buat kerja kl org bagi kerjasama..sue boleh bersabar+sakit otak buat kerja..TAPI..sue tak boleh sabar bila orang bercakap belakang sue/sindir sue..dorang tak tau sue banyak kerja. apa diorang ingat sue jadi guru data, banyak relex ker? jadual waktu sue 18 waktu. De cikgu lain yang 20 waktu, plg banyak 25 waktu. Pe beza? Tapi...tugas guru data..meletihkan.. sue dah tak kuat.. mungkin org nmpk su kuat, tp mental su tak kuat.. sue sedih sebab org yang bercakap tu tak tau pe sue rasa, pe sue alami..tapi takpe..pas sue edar jadual waktu baru nanti+coretan tu..sape berani b'cakap lagi...siap! SURIANI yg lama akan kembali. Sue dah puas bersabar, lepas ni orang nak kata sue laser..lantak! DE AKU KISAH??? Betul kata DEDEK, jgn berlembut sgt dgn orang, nanti org pijak kepala. Lepas ni, apa nak jadi, jadilah.. sue dah puas bersabar. Bestnya kalau ada DEDEK de kat cni, takde sape berani buli sue.

Fuhhhh..lega rasanya dapat luah kat cni.. Oklah, jap lagi housemate balik.. Sampai cni dulu..bubai.. Semoga DIA ampunkan segala kesalahan sue yang semakin jahat ni. Amin..



Monday, October 11, 2010

Salam ukhuwwah...


Salam. Alhamdulilah..masih dipanjatkan usia olehNya.
Dah lama rasanya tak menulis coretan di sini. Tugas harian yang agak sibuk membataskan ruang dan peluang. Apa perkara penting yang berlaku sejak kebelakangan ni???

12 Okt 2010 - Alhamdulillah..akhirnya, mbr rapat dulu.. c mayatdgreat dah bergelar "risikan org"..hi3 majlis merisiknya 10.10.2010 dan InsyaAllah akan bertunang pada 04.12.2010. Semoga bahagia selamanya dan cepat2 menimang anak. Tahniah ek.

11 Okt 2010 - Rasa bersalah sgt menyusahkan housemate.hu3 Alkisahnya, kunci rumah tertinggal dlm bilik. Bilik lak dah sue kunci. Camne nak gi sekolah..dengan pintu pagar n rumah tak berkunci. Jenuh cari idea susun ayat tak nak kena marah tapi bila kol housemate...DUMMM!!! kena marah gak..hi3 pe nak buat, dah nasib dia dpt housemate jenis pelupa. JGN MARAH2, nanti kena jual..hi3 maafkan saya, ye;-)

9 Okt 2010 - Pertama kali cuba masak bubur pulut hitam.hi3 (nampak sgt tak reti masak). Ajak mbr2 terdekat dtg umah (k.ani & lela). K.mizah lak masak bihun goreng. Acara minum petang la lebih kurang. Pastu sempat lagi meronda kat Telaga Air. Seronok gak.

Senyum sokmo;-)

Merenung masa depan..hi3

8 Okt 2010 - C. Awang (kwn housemate) meninggal dunia (3.05 ptg) kerana leukimia. Malam sebelumnya kami sempat melawat. Bila tengok keadaan arwah, teringat pada arwah 'ayah'. Semoga arwah C. Awang tenang dan aman di alam sana, ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Amin...

2 Okt 2010 - Pertama kali ajak member2 dtg ke rumah. Asalnya adik ksygn nak dtg beraya, alang2 dia nak datang..ajak yang lain2. Housemate pun ajak kawan2 dia terdekat. Taklupa juga jiran2 terdekat. Mujurlah k. ramizah, k.ani dan k.jijah banyak membantu dan menyediakan juadah. hi3 Terima Kasih semua...


Ada masa nanti, sue sambung lg coretan di sini. Sekarang, masih sibuk update emis online, ecerap, opmen, SMM. Hujung bln ni seme nak kena settle. Pepun, SURIANI..jgn stress! Chayo2.

Lambatnya 6 Oktoberrrrrr...tak sabar rasanya menunggu hari..

Friday, July 9, 2010

Jiwa Kaco..;-(


Tak tau naper rasa sedih sangat. mcm de jer yg tak kena, tp taktau pe yg tak kena. sebab su boring ker? letih? sakit otak? ntah r...ker penyakit lm dah kembali???

pe yg berlegar
kat kpla su skrg??
  • 11hb duedate update emis. tinggal nak update matapelajaran guru2. naper laa sllu sgt berubah jadual?penat nak kn update sllu..nanti sesi ptg berubah lg jadual:-(
  • SMM dah anta ritu, tp nak kena check lg no pendaftaran pelajar n maklumat2 yg tak lengkap. ready untuk next year. naperla budak2 ni tak fhm pentingnya borang tu. dah bg borang, tak diberi balik, camne nak update???
  • 16-18hb housemate p Lundu..lwn futsal utk pskpp. su xnak duk sowang;-( su takuttt..dahla ritu de org curi kasut luar rumah. rs mcm tak selamat jer duk sorang2. rs mcm nak g bintangor, tp kompom housemate tak kasi:-(
  • rabu depan, 14 Julai..pgwai dr BPK, KPM nak dtg pantau guru2 math. aduhai..ni tahun ke-7 jd cikgu, masih lg takut kl de org nak observe. rs mcm nak amik CRK@MC jer:-)
  • jadual waktu sesi ptg perlu diubah. tgk sistem tu pun dah berpinar mata n berpusing rs otak ni. tadi k.dyg noryna dah ajar ckit2..tp susah la:-(

rs mcm best lak luah perasaan kat cni. kl kat FB nanti de org bg komen. kl kat cni, rsnyer takde org bkk blog su ni.. ermm..pe ek?

Tahniah pada ustaz rifin, wifenyer dah pregnant. Tahniah gak kat adik tersayang, Ha..pregnant pas keguguran ritu. Tahniah gak kat org jauh, c Maq coz dapat baby girl..Maisara Adibah. Tahniah gak pada Ena (x-classmate) dapat baby boy. Bahagianya seme de berita gembira..kan? su ntah bila lak;-( (ni ker yg
buat su rasa sedih? Allahua'lam)

Erm..
dah lama rsnyer tak b'facebook. xde mood r. dl bkn main lg suka main game farmville tp skrg..nak check FB pon mls. naper su ni??? knp su rs sedih, sayu je rasa????;-( su makin jauh dariNya?

Tuesday, October 20, 2009

Tahniah!

Tahniah untuk housemateku yang selamat melapor diri bertugas Jumaat lepas (16 Oktober). Semoga menjadi warga pendidik yang berkarisma, berketrampilan, berintegriti dan menjadi pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang. he3

Walau apa, walau kenapa, walau sampai bila, walau bagaimana..ku sentiasa di sampingmu..kerna ku tercipta buatmu..SAYANG SELALU..



Tuesday, September 8, 2009

Bersua lagi..

Salam untuk semua. Dah lama sangat rasanya tak update blog ni. Sibuk dengan tugas-tugas harian. Pe berita terbaru???

Semalam, Angah mesej bgtau sepupu kami -Saifudin, anak kepada Pok Su dan anak Abg Samad (abg ipar Angah) dan anak K.su lemas di Sungai Pinang Merah, Paka. Sedih sangat time kol Angah dan cik. Angah citer mula-mula sorang dulu jatuh, yang 2 lagi tu cuba nak tolong. Bila tengok abangnya jatuh, Saifullah (anak Pok Su yang sorang lagi) berlari balik ke rumah bagitau walidnya. Bila walidnya sampai, seme dah takde. Semua orang berkumpul reramai kat tepi sungai. Pihak Polis dan Bomba datang membantu. Kul 9.05mlm Angah bagitau arwah Saifudin dah jumpa. Kul9.55mlm, Nurul bagitau anak K.su dah jumpa dan setakat ini (9.9.2009, 5.15pagi), anak Abang Samad belum dijumpai. Alhamdulillah,arwah Saifudin n anak abg Samad dah selamat dikebumikan semalam.

Hari Isnin (7.9.2009, 9.30pg)...terima sms dari K.Katini bgtau Cikgu Charlie (guru BI di sekolah kami) meninggal dunia akibat ketumbuhan otak. Ari Jumaat lepas, kami sempat melawat reramai pas ambulans hantar dia ke rumah. Hilang seorang warga pendidik SMK Matang Hilir.:-(


****************************************************************************

Lupa lak..seronok lak lepak kat rumah time cuti sek baru-baru ni. Masa ni lah mula start giler berkebun kat Facebook..hihihi.. barn buddy, farm pals, sunshine ranch, sunshine garden, lil farm life n yang paling best layan..farm ville.. hihihi Syasya yg introduce ni..

Cuti aritu gak, de exam PTK (27.8.2009). Hentam jerlah, tak tau la camne keputusannya. Housemate pun de exam (26-27.9.2009). Aku doa sangat2, dia lulus dengan jayanya..Amin..

Kami tak gi ronda mana-mana kecuali sempat pergi Serikin jer, beli telekung sembahyang yang Along pesan. Yang harunya, tertinggal sepasang walhal dah bayar. Sadis tul:-(

Ermmm..pe lagi ek??? Ha!lupa..cuti baru ni gak..kami dah mula berpuasa..22 Ogos 2009. Semoga Ramadhan tahun ini menambah keberkatan untuk kita semua. Bebudak kat sekolah nampak macam lemah jer..penat berpuasa. So, aku consider la kat dorang..takla marah2 kat dorang. Sabarrrrr.. pas raya nanti kalau dorang malas-malas lagi, siap ar! hihihi

****************************************************************************

Di kesempatan ini juga, aku nak ucapkan Selamat Pengantin baru buat Zuria Hanim dan Mohd Fairus yang selamat diijabkabulkan pada 30 Julai 2009. Semoga kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat, sentiasa diberkati n dirahmati olehNya sentiasa..Amin..

Zuria ni member sesekolah (SMK Meradong) dulu. Dia posting 2005, course sama dengan aku (Edu IT), Universiti pun sama (UUM). Budak yang baik, lemah-lembut n pendiam. Mohd Fairus tu orang ganu..sama negeri tuuu.. hi3

Buat Zuria - akak doakan sentiasa bahagia n dapatlah pindah ke ganu nanti..:-)


Ayunya Cik Zuria Hanim kiter..ops! Puan Zuria Hanim. hihihi

Pengantin bersama ibu bapa kedua belah pihak.

Wah3..fairus duk menjeling isterinya..:-)

Pas akad nikah. Alhamdulillah..selamat jadi suami isteri.