Sunday, May 1, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

27 April 2011 - 5.00 petang >> k.haiza bagitau de majlis pagi esok kat Dewan Suarah, kena pakai baju batik. Dewan Suarah?Baju batik? su tak tau katne Dewan Suarah, mujur k.tini pergi sama..leh su tumpang dia.he3 Sebenarnya sue tak sangka dapat APC ni. Tahun ni tahun ke 8 su berkhidmat sebagai guru. Sue rasa, kat SMK Meradong dulu sue lebih berjasa (agaknya :-)) memandangkan tahun ni baru tahun ke 3 sue di SMK Matang Hilir. Apapun, bersyukur di atas rezeki dan anugerah ni. InsyaAllah..sue akan lebih berusaha untuk menjadi guru yang lebih cemerlang di masa akan datang (mampu ker?) hi3

Penerima APC 2010 SMK Matang Hilir 
  • En. Wan Zainaudin bin Wan Junaidi
  • En. Mohammad Subhi bin Abdul Latif
  • En. Tan Chuang Chiok
  • En. Jamri bin Jais
  • Pn. Katini June anak Milow
  • Pn. Rujanah binti Kasimun
  • Pn. Rohaiza binti Thani
  • Pn. Rozalina binti Baharuddin
  • Cik Halimaton Amirah binti Ngah
  • Cik Norlisa binti Mohammad Jerry
  • Pn. Suriani binti Mat Saat..hi3
Terima kasih buat rakan2 seperjuangan. Sama-samalah kita memantapkan lagi profesionalisme perguruan kita. Hidup Cikgu!kih3


peace from c.tan n k.ton. k.aiza control ayu..hi3

berdebar2 mcm ari konvo je rasa:-)

bila lapo, seme makanan jadi sedap:-)


k.lisa, k.ton, sue, k.aiza, k.tini

c.tan, jamri, c.subhi, sue, k.ton, k.aiza, k.tini, k.lisa
Tarikh : 28 April 2011
Tempat : Dewan Suarah, Kuching
Acara : Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Pelajaran Bahagian Kuching)
Disempurnakan oleh : Yang Bhg. Encik Abdillah Bin Adam, Pengarah Pelajaran Sarawak 

Bilangan Penerima APC 2010

Pejabat Pelajaran Daerah Kuching                 599 orang
Pejabat Pelajaran Daerah Padawan               168 orang
Pejabat Pelajaran Daerah Bau                         59 orang
Pejabat Pelajaran Daerah Lundu                      47 orang


Jumlah keseluruhan                                        873 orang

Tuesday, April 26, 2011

Cukai Oh Cukai...Pendapatan 2010

Sejak mula kena cukai, sue sentiasa mintak tolong orang isi borang cukai. Dulu masa kat SMK Meradong, K.Nita yang tolong isi. Bila pindah ke SMK Matang Hilir, K.Ani pulak yang sue mintak tolong isi. he3 Bukan apa, takut salah. Tahun lepas, kena dalam RM200++ tapi yang pelik, tahun ni sue tak kena. Pasal pe yer? Musykil pulak rasanya. Pe2..syukur, alhamdulillah..hi3

Wednesday, April 20, 2011

Buah Hati Pengarang Jantung..

FASA 1

 
Anak-anak adalah cahaya mata
Penghibur hati penyejuk mata
Nikmat ALLAH yang paling bahagia
Nisbah benda lahirlah di dunia
Amanah ALLAH yang mesti dijaga…

Orang kata, tak berseri la rumah tangga kalau tak de anak sebab..anak-anak penyeri rumahtangga, pengikat cinta dan kasih sayang antara suami isteri. Tapi tak semua orang dapat anugerah yang amat bernilai tu. Kadang-kadang bile tengok kes buang bayi, sebak rasanya dada..senangjer hamba Allah yang tidak berdosa itu dibuang merata-rata tanpa belas kasihan. Terdetik jugak di hati, senang jer dorang dapat..bila dapat, buang. Untuk orang yang senasib dengan sue ni..ermm..entahlah..senasib??? 

Hari ini..20 APRIL 2011 cukup 3 tahun 4 bulan 6 hari sue sah bergelar seorang isteri. Dah lama, kan? Orang pun selalu tanya..dah berapa lama kawin? Bila sue jawab, dorang tanya lagi..anak dah berapa orang? Dengan lemah dan buat-buat senyum (sejukkan hati yang sebak)..sue jawab, belum ada anak lagi..isk!isk!uwaaaaaaaaaaaa….pastu orang akan tanya lagi..dah ikhtiar? Sue malas nak cerita panjang, Cuma mampu jawab..DIA belum nak bagi sue..takkan sue nak cerita apa ikhtiar yang sue dah buat, kan? Lagipun tak semua orang yang sue nak share cerita2 cenggini. Soriiiii….Jadi, memandangkan sue ni jenis pelupa..dan maybe suatu masa nanti sue ditakdirkan menjadi seorang ibu..(INSYA ALLAH..AMIN YA RABB) nak jugak sue baca lagi coretan sue ni..he3

Sepanjang usia perkahwinan ni, bermacam2 dah sue cuba. Pantang orang bagi cadangan, pergi jer cuba. Ikhtiar, kan? Sue ok jer benarnya, tapi sue SEDIH orang yang selalu ringan mulut nak bertanya..bila orang tanya, su jadi sedih, bila sedih, sue tertekan, bila tertekan, hormone tak seimbang, bila hormone tak seimbang, terjejaslah kesuburan. Ni doktor cakap ritu..sue ulang balik.he3 Doktor kata..jangan stress ye puan suriani. Sue jawab, saya cuba..(yerlah tuu..)pepun, sue cuba hepikan diri sue dan think positive.he3

Apa yang sue dah cuba???

BIODEX
Rasanya produk BIODEX ni tak perlu bagi penjelasan lebih2 sebab..memang banyak info pasal produk ni dan banyak testimonial pengguna yang berjaya peknen setelah cuba. Sue pun excited nak cuba gak la. Sue start minum produk ni pas balik beraya di kampung tahun 2008 kalau tak silap. Harga de kat atas tu. Cuba sebulan lebih, tak de pe2..sue stop. (Masa tu kebetulan belanjawan terpaksa dicatu..he3) lagipun sue rasa berat badan bertambah lah pas guna produk ni.
Maklumat lanjut : http://www.biodex2u.com.my

HERBA CINA
Atas cadangan seorang kakak kat sekolah, sue pergi jumpa tabib cina kat area belakang Pejabat Pos Besar, Kuching (lupa nama kedai). Masuk kedai, macam-macam bau akar kayu. Tabib ni tak berapa pandai cakap Melayu, anak lelakinya translit. Yang best, dia rasa nadi..pastu dia cakap sue ni banyak angin dalam badan, de gastrik, de migrain, sejuk kat dalam rahim, ada masalah penghadaman..bla bla bla.. Dia bagitau gak sue suka makan mi berbanding nasi. Fulamak! terror r tabib ni..rasa nadi je dapat tau seme. Tapi, betul seme apa dia cakap. Pastu turn housemate lak..de migrain gak,...bla bla bla..kami gelak jer sebab pe dia cakap betul dan...maluuu..sebab dia tau semua.ha3 ermmm..sebelum balik kami diberi sebotol seorang ubat..botol beso giler..kos : RM300. ubat tu..punyalah pahit, maung..taktau nak cakap camne..yang pasti, setiap kali nak telan, meremang bulu roma..bila dah habis sebotol, kami sepakat..tak nak sambung lagi sebab..tak tahan nak minum.ha3

BUAH ZURIAT
Buah zuriat ??? sue tak tau mulanya pasal ni tapi umi housemate bagitau dan kebetulan mak saudara bawa balik dari Mekah. Sue dapat dua bijik. Yang lawak, tak tau nak guna camne. Macam2 cuba. Gambar kat atas sue ambil dari blog seseorang, dari situ dapat tau apa yang perlu dibuat dengan buah zuriat tu:-)

HOMEOPATI
Ubat homeopati ni orang cakap elok guna cuma..kesannya lambat sikit. Rasanya sue gi 2 kali jer kat klinik tu pastu tak sambung lagi.he3 ubatnya best sebab manis..tapi macam cerewet sikit, kena kemam..tak leh telan terus. 

BERURUT
Berurut ? paling sue suka..berurut ni memang banyak sangat orang cadangkan kat mana2. Mula2 dengan mak kat Bintangor. Mak cakap peranakan sue tinggi. Adik ipar sue de gak bawak sue berurut ngan 'Mok Teh' di Losong. Dia cakap peranakan sue ke belakang? musykil2. Pastu mak sedare sue de bawak sue berurut ngan 'tok' di Kg Che Lijah, Dungun. Memang best dia urut, rasa segar..bersemangat je tubuh pas dia urut. Dia kata.."teruk ngat urat mu mek ehhh..bakpe mu lok gini seme" hi3 sue acapkali accident, tubuh ni dah acapkali terhentak ala2 kena smack down kat jalan raya. Biasa la minah rempit dulu..kuang3 masa dia urut, sakit gak sebab dia kata urat dah bersimpul. macam2 laa..ha3 ermm.. Kat mane lagi ek? Ha! umi de bawak sue berurut ngan K.long kat..erm..dah lupa rumahnya kat ne. Sebelum terlupa, sue de gak try nak berurut ngan mak K.Hasmah kat sini, tapi dia kata sue takde pe2 masalah. Last sue berurut time balik ujung tahun baru ni..dia kata sue takde pe2, kedudukan rahim..canteeekkk:-) mungkin hasil berurut merata-rata.

PRODUK AN-NUSYRAH
Sue cuba produk an-nusyrah ni masa de seorang ustaz tu datang sekolah wat promosi. Tak salah kita mencuba,kan? Lagipun produk ni adalah kaedah rawatan yang menggunakan ayat2 suci Al-Quran. Lagipun, mana kita tau kot2 de penyakit lain dalam tubuh kita. Masa tu sue beli Ahmar, Zaba, Arbee, Bistari, Hawa dan Maedah.     
Maklumat lanjut : http://raihanberkatedar.com/index.html


Masa sue mengajar kat SMK Meradong, ramai yang guna produk melilea ni. Satu kelebihannya sebab ianya barangan organik. Ramai member yang guna produk set kecantikan. Tapi lebih ramai yang guna organic soya drink dan greenfield organic. Yang mengesyorkan sue guna produk ni adalah salah seorang rakan tu. Dia kata, untuk buang toksin dalam badan. Katanya lagi, time dia nak dapatkan anak sulung dia tu, dia amalkan organic soya drink dan greenfield organic tu lah. Sue pun cuba gak lah.he3
Maklumat lanjut : http://www.melilea.com/malaysia/index.php

Rawatan tradisional (islamik) pun sue dah cuba banyak tempat. Mula-mula sue de pergi satu tempat tu, dia kata takde pe2 masalah, cuma.."belum sampai masanya".  Masa pergi berubat ngan Ustaz Husin kat Marang, dia kata..sue de karang darah ke per..tapi dia de bagi ubat dan suruh minum air rebusan akar pokok senduduk beserta ayat Al-Quran yang dia suruh amal. Tahun lepas sue de berubat dengan seorang Ustaz ni. Masih muda tapi glemer di kalangan pengamal perubatan Islam. Dia kata..de 'something' dalam rahim sue..dah lama bersarang. Dia tanya pernah tak mimpi yang menakutkan? sue akui pernah. Dia ubatkan sue dan bagi sue amalan supaya sue amalkan. Last sue cuba berubat ngan Ustaz Uzip (cadangan along). Alhamdulillah..dia cakap tak de pe2..dia de bagi ayat suruh amal. 

Rawatan Moden pun sue dah cuba. Mula-mula sue pergi Kuching Specialist. Check situ sini, begitu begini..hi3 Doc. bagi pil kesuburan..tapi tak de pe2..cuma, berat badan bertambah. Subur kat tempat lain. ha3 Sue de gak jumpa Dr. Wan Zaleha kat Kuala Terengganu. Best Doc. tu..lawak + bersahaja. Kena 'beleber' sebab sue dan housemate bukan jenis suka makan sayur. Banyak dia bagi penjelasan (panjang lebar) dan sama banyak jugak dia bagi ubat..sue dalam 6 jenis, housemate pun sama. Tapi bila sampai masanya, ujian menimpa dan sia2lah kami makan ubat tu. Lawak kalau diingatkan. Nak sambung balik ubat tu, berfikir 2,3x dulu sebab..kos untuk 2 orang dekat RM500 gak. 

SEKARANG.. sue tak de ikhtiar apa2 lagi..cuma tadi sue terjumpa satu blog dan berminat untuk ikhtiar mendapatkan rawatan kat situ. Kalau de pe2 perkembangan berkaitan usaha murni sue ni, sue sambung lagi coretan ni lain kali yer..




FASA 2

Isnin, 25 April 2011

Sekolah housemate sue cuti sempena Easter Monday. So, ada peluang untuk dia temankan sue ke klinik. Semalam, sue bincang ngan kawan, Jah..sue rasa nak cuba buat IUI (guna saluran kerajaan memandangkan kalau swasta, agak mahal). Jah cadangkan sue pergi ke C. M Wong Specialist dulu untuk check pe yang patut. Dr. Wong ni salah seorang doktor ‘part time’ di Normah Specialist. Jah cakap, kalau kat Normah Specialist..kos untuk IUI RM3000. Takpelah, sue usahakan yang murah dulu memandangkan segala perbelanjaan sekarang perlu dicatu bagi mencapai SATU IMPIAN yang sue dan housemate nak capai. Apa dia? RAHSIA..

Hari tu, pagi2 lagi sue pergi ngan housemate ke klinik tu. Jah dah bagitau prosedur doktor akan check camne..so, sue dah bersedia dari malamnya. he3 Apa yang sue terkejut, Dr. Wong cakap sue de cyst kat ovari sebelah kiri. Tahun lepas time check kat Kuching Specialist (Dr. Wendy)..cyst tu takde pun. Sue tanya dia camne kalau sue cuba buat IUI? Dia kata, “Bagus.. U mesti cuba. Saya akan buat surat refer,u kena pergi ke poliklinik dahulu dan ikut prosedurnya dari situ”. Masa tu sue dah terfikir..poliklinik??? tempat tu susah nak parking. Nampaknya, sue terpaksa susahkan K.Ani nanti. he3  Pagi tu melayang RM110..RM65 untuk scan dan RM45 untuk kos runding cara. Tak kisahlah..yang penting, sue dan housemate dah usaha..kan?

Hasil scan
Mmg betul kata org, tulisan doktor susah nak faham.he3
Jumaat, 29 April 2011

Awal pagi sue bertemankan K.ani dah pergi ke Poliklinik (Klinik Kesihatan, Jalan Masjid Kuching). Alhamdulillah..ada parking.he3 time nak daftar, dapat no 209..pas daftar, nak jumpa doktor, dapat no 74. Pas tanya macam2, Dr Liew Lin Kiat suh ambik darah. Alaaa..ni yang tak best ni.hu3 result keluar 29 Mei 2011. Time tu sue kat kampung, jadinya..balik dari semenanjung baru dapat gi ambik result dan tengoklah apa lagi yang perlu dibuat pasni.

Cadangan awu >>> Awu ni sepupu sue, dia ada pengalaman bab2 cyst ni. Sebabnya, dulu pernah cystnya pecah. Pas operate..cyst tumbuh lagi. Pastu Dr. Zaleha cadangkan ubat..Neutral Lingzhi. Awu makan gak produk biodex.
mms yang awu hantar & cadangkan sue makan.
Pas dia makan lebih kurang 3 bulan, cystnya yang bersaiz 2.5cm..dah mengecut..takde. Awu try cari kat kedai farmasi n kedai kesihatan lain kat Paka, tapi takde ubat tu sebab ubat tu produk MLM. Baik sungguh awu ni..terharu rasanya..akhirnya dia dapat no fon sorang kakak tu yang duk KL. Sue dah contact kakak tu dan dah bankin duit, dia cakap nanti dia poskan. Alhamdulillah..

Khamis, 16 Jun 2011

Sue pergi lagi ke Poliklinik (Klinik Kesihatan, Jalan Masjid Kuching) untuk ambil result ujian darah sue. Kali ni sue jumpa Dr. Musalnizan Mustalkah. Sebenarnya sue tak faham pun bila tengok result tu tapi sue lega bila doktor cakap : "takde pe2 problem. tapi, sebelum saya boleh bagi surat untuk dirujuk ke GH, suami puan mesti buat seminal analysis." dalam hati sue..ala...ni yang susah ni..balik rumah, bincang2 ngan housemate + pujuk, dia setuju buat test untuk kali ke-2. Kali pertama, dia dah buat test ni kat Kuching Specialist tahun 2009 kalau tak silap.

Sabtu, 9 Julai 2011

Sue teman housemate hantar sampel tu ke Medi Laboratory, Kuching. Result dapat ari tu jugak pas 2 jam. Camne result??? ermmm..

Isnin, 11 Julai 2011

Sue pergi lagi ke Poliklinik (Klinik Kesihatan, Jalan Masjid Kuching) untuk tunjuk result seminal analysis housemate sue. Kali ni jumpa Dr. Liew Lin Kiat. Panjang ceritanya. Kesimpulannya dia cakap housemate kena buat sekali lagi ujian tu. kalau tak, dengan result housemate sue camtu, dia suggestkan buat di hospital swasta/specialist. Masa tu bergenang gak air mata sue. Sabo sue ek. Balik rumah, sue bincang ngan housemate..InsyaAllah..pas raya dia akan sekali lagi buat ujian tu. Kalau sahih tetap sama, tahun depan..kami terpaksa berulang alik ke Normah Specialist.

Ya ALLAH! Terlalu banyak nikmat dan kurnia yang telah ENGKAU berikan kepadaku dan aku bersyukur di atas segala pemberianMu selama ini. Namun, andai diberi peluang..ku bermohon kepadaMu Ya ALLAH, semoga perkahwinanku diserikan dengan kehadiran zuriat kami yang soleh dan solehah. Sesungguhnya aku tahu ENGKAU tahu apa yang terbaik untukku dan suamiku. Andainya tiada peluang untuk kami bergelar ummi dan abbi, aku redha dan bersyukur..kerana ENGKAU telah pertemukanku dengan insan yang mampu membimbingku ke jalan yang diredhaiMu. AMIN YA RABB.

Monday, April 18, 2011

15 APRIL 2011 >>> Ye! Ye! ZurA kawin! Ye! Ye!

Sue seronok sangat salah seorang mbr time sek dulu, ZurA kawin ! pasni sue tunggu Venjii lak kawin. He3
Sue kenal zura time sek kat smk seri dungun dulu. sue pindah sekolah tu dari MDQ masa sue form 2. sue kelas 2 Maju, zura kelas 2 Jaya, sama kelas ngan leily,zie (mbr rapat zura). Sue lebih suka panggilnya ZU..

Zu jenis camne ek? mula2 sue ingat zu ni jenis sombong. Sori yer zu kalau zu terbaca coretan ni.he3 tapi, bila dah sekelas masa form 4, baru tahu dia camne..lawak, brutal, hepi go lucky, giler2..kira leh 'masuk' geng r. 
Kenangan ngan zu? 1 yg sue sentiasa ingat sue rosakkan gambar kami berdua (time gi Sekayu). sue bagi senyuman 'donald duck' dalam gambar tu.he3 rumah zura pun pernah jadi rumah persinggahan 1 waktu dulu. ermm pe lagi ek..ha! zura ni tau seme la kekasih2 gelap sue suatu masa dahulu.ha3 (nahas kalau housemate baca:-)) yang paling tak boleh lupa..arwah Mak Zu pun pernah pesan jangan duk berkasih ngan sorang mamat tu. Kalau mak Zu masih ada, nak je sue bagitau..Alhamdulillah,mak..sue kawin ngan orang lain, mak! 
Zu kawan jenis yang camne? sue hepi kawan ngan zu. sue tak pernah terasa atau zu tak pernah lukakan hati su. (macam bercinta la pulak..ha3) zu pun bukan jenis memilih kawan, 'open', sporting, leh share kalau ada masalah..pe2..nak jer bagitau..sue saaaaaaaaaaaaaayg zu!ha3 

Doa sue..moga perkahwinan zu n acah berbahagia ke akhir hayat, kasih sayang antara kalian sentiasa mekar mewangi, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, kehidupan sentiasa diberkati dan dirahmatiNya sentiasa. Amin Ya Rabb..

Pelamin Zu n Acah. Nice..
Zu & Anak Dara..Venjii:-)
Anak Dara Cun melaram payung pengantin?..he3
Seri pengantin..Tahniah Zu! Luv u..
Pengantin wif bestfren..mocik V:-)

Sunday, April 17, 2011

Corat-coret Dua Minggu Kebelakangan Ni..

Salam sejahtera buatku dan semua. Dah lama rasanya tak mencoret..kebetulan housemate gi main futsal, sue bole lah update diari Sue ni. Ermm..macam banyak jer perkara berlaku dalam dua minggu kebelakangan ni. Yang penting, dalam dua minggu ni sue tak stress, enjoy jer..Alhamdulillah..

Perkara : Ayah Chik dan Sakinah datang rumah

Sue suka sangat kalau tetamu datang berkunjung kat rumah. TAPI..maklumkan awal supaya sue bersedia.he3 Yelah, nak gak rumah dalam keadaan kemas dan paling penting n de ‘sesuatu’ supaya sue bersedia untuk masak.

1 April 2011 – Ayah Chik datang bermalam kat rumah.
Kebetulan hujung minggu tu Ayah Chik ada kerja kat Samarahan. Ayah Chik memang sentiasa menjadi ahli keluarga terawal datang berkunjung  rumah sewa kami. Masa kami menyewa kat Taman Matang Jaya dulu, Ayah Chik juga orang pertama yang datang ke rumah kami. Ayah Chik sampai rumah dah lewat, so..cancel la nak masak untuk Ayah Chik. Pagi esoknya, untuk breakfast..nasi goreng kampong.he3 Time housemate hantar Ayah Chik kat a-pot, Sakinah (sepupu housemate) call, rupanya dia kat Kuching. Dia datang meraikan housemate dia berkahwin. Masa tu, sue lepak kat rumah K.ani. So, housemate pergi jemput Sakinah & kawannya, pastu ambik Sue dari rumah K.ani dan terus ke rumah. Alhamdulillah..de peluang masak dan makan bersama.

2 April 2011 – Sakinah ke Serikin.
Awal pagi, kami bawa Sakinah & Ma ke Serikin untuk..shopping!  Pastu ke area waterfront, beli cenderamata. Hampir kat maghrib, kami hantar dorang ke a-pot.

Housemate penat. Ciann...
Pemandu berhemat. Tido pun pakai safety belt. He3




1st time dtg mkn kat Ratu Ayam Penyet
Me, Ma & Kinah

Ermm..hujung minggu yang menyeronokkan. Agak letih (sebab xde can nak qada’ tdo) tapi..seronok sebab saudara datang berkunjung ke rumah.

Perkara : Mak Cik dan Ayah datang rumah

6 April 2011 – Mak Cik call bagitau dia kat Samarahan. Seronoknya..so hari Jumaat malam kami (sue+housemate+K.ani) pergi jemput Mak Cik dan bawak makan di….TOM YAM GOONG. Malam tu, tido lewat gak, duk borak + gossip macam2.he3 biasalah, dah lama tak jumpa.

9 April 2011 – Bawa makcik ke Serikin. Fuyoooo..banyaknya Mak Cik shopping. Suka tengok. Pas memborong di Serikin terus bawa Mak Cik ke Batu 7..Mak Cik nak beli tikar Sarawak, tapi kat Serikin tak ada tikar cantik dan berkenan di mata. Sesat jugak sebelum sampai ke Batu 7. He3 Kedai  tu sediakan perkhidmatan pos tikar terus ke rumah. So, Mak Cik belila 2 bidang. Pas beli tikar..singgah jap kat area waterfront, Mak Cik nak cari tshirt untuk Azim. Benarnya, Mak Cik dah beli tapi tertinggal dalam perahu time dia nak gi beli kek. Lawak jugak Mak Cik ni. Dahlah nak gi kedai kek, dihantar pakcik perahu ke Taman Orkid.Ha3 Balik dari Waterfront, bawak Mak Cik ke Satok, cari udang kering. RM40 untuk sekilogram. Sue tak tahu murah tak harga tu berbanding semanjung tapi Bonda Sue pun selalu kirim udang kering dari Sue. Memandangkan perut dah berkeroncong, bawak Mak Cik lunch kat kedai Abg Man Tomyam.

>> Balik rumah, time nak sms baru perasan ‘pen’ hfon sue tak ada, kompom jatuh katne2 ni. Takut nak bagitau housemate, tapi kena bagitau gak. Mujur time tu dia nak kuar main futsal, jadi..dia tak sempat nak ‘ceramah’ lama. Pas dia kuar rmh, sms K.mizah tanya no. fon kedai Abg Man, K.mizah  call abg Lan..sue ni selalu nyusahkan orang. Bila dapat, terus call. Alhamdulillah..ada benda alah tu. Jumpa kat bawah meja. So, sue pun dengan penuh berani..sms housemate , minta tolongnya pergi ambil.He3
Mak Cik tengah tawar-menawar harga kat Serikin. 
Me & Mak Cik posing jap dalam kedai kat Batu 7.
Malam >> sue masak bodo2 untuk sue n Mak Cik. Housemate pergi a-pot coz Ayah sampai Kuching kul11.30 mlm. Malam tu,Mak Cik tdo bilik tamu..Ayah tido di bilik kami..Sue n housemate tido di ruang tamu.he3

>>> Tak pernah sue bawak kereta sejauh hari ini. Tapi, kan..bawak jerlah..jalan haremmm tak ingat. Sue ni jenis susah nak ingat jalan. So, pe2 pasni..K.ani jugak jadi penunjuk arah.He3

10 April 2011 – Minta tolong K.ani temankan nak hantar Mak Cik ke Samarahan. Sebelum tu, bawak Mak Cik shopping lagi kat Area waterfront dan Satok. Sampai di tempat bermalam Mak Cik & the geng. Sempat lagi posing jap. Sedih lak nak berpisah, tapi takper..akhir bulan 5 nanti, balik kampong. InsyaAllah, leh jumpa Mak Cik lagi.

Ops! Nak bagitau sikit..honestly, sue bukan pandai masak. Housemate selalu kata, bukan tak pandai tapi tak yakin diri sendiri. Kalau orang lain datang rumah, sue tak takut. Ayah datang rumah, sue dah gelabah. Bukan gelabah apa, sue malu kot2 ayah cakap menantu dia tak pandai masak.Ha3 Tapi, ayah cbuk siang hari. So, sue cuma masak untuk ayah breakfast. Menu untuk ayah breakfast ???
Pagi Ahad – Nasi Goreng
Pagi Isnin -  Nasi Lemak  (1st time masak, sebab sblum ni kalau nasi lemak, housemate sue yang masak. Mujur gak housemate kata..ok, jadi, sedap. Ermm..alhamdulillah..)
Pagi Selasa – Bihun Goreng
 * Yang penting, setiap hari telur separuh masak untuk ayah, wajib ada *^_^*

12 April 2011 – Ayah balik ke KL, flight kul 8++ malam. Petang tu, Pak Su sue call nak datang rumah, sue dah siap buat air..potong kek..sekali rupanya tak jadi. Pas maghrib, Pak Sue sms tanya leh tak nak tido kat rumah? Sue ok jer, terus kemas bilik tamu. Wow!kiranya bilik tamu memang laku minggu ni. He3  10.30++ malam jemput Pak Sue n mbr dia 2 org datang rumah. Kebetulan Abg Mat ada kat rumah, tengok perlawanan Perak vs Kelantan (Perak menang 4-0), riuhlah rumah malam tu.

Alhamdulillah..syukur dapat rumah sewa ni, lebih selesa untuk terima tetamu. Kalau rumah sewa lama, sempit dan kurang selesa untuk tetamu bermalam. So, kepada kengkawan..kalau datang Kuching, jom lepak rumah Sue. KEDATANGAN ANDA DIALU-ALUKAN.

 Perkara : Pelancaran Bulan Sains & Matematik SMK MATANG HILIR 

11 April 2011 -  Tugas sue adalah menyediakan slaid ala-ala iklan untuk promote bulan Sains & Matematik ini. Alhamdulillah, dalam masa 4 jam, siap dan esok harinya..sewaktu perhimpunan pagi dan petang, slaid tu ditayangkan. Pe paling sue suka?lagunya laa..saper suruh sue buat kan. Kalau sue buat, kompom lagunya..ala2 hardcore techno..baru gamat, beb..hi3

Perkara : Selamat Hari Lahir yang ke-33, K.Ani…

14 April 2011 – Birthday K.ani yang ke-33. Malamnya dah wish by sms dan post kat facebook K.ani. K.ani ni dah macam kakak sendiri. Selalu tolong sue dan banyak sangat kenangan dengan dia. Hadiah untuk K.ani? Sue, K.Mizah dan Laila dah bagi awal ritu. He3


K.ani di usia 33 tahun..ker 25???
Sebelum zohor, lepak kat surau..tunggu K.mizah. K.mizah dah bagitau sue semalam nak beli kek. He3 kek favourite sue..chocolate indulgence. K.mizah sampai, terus makan kek..lapooo..hari tu kebetulan Khamis, ada kegiatan unit uniform dan kena datang awal sekolah, kul 9.30 pagi..tak sempat nak breakfast kat umah.

Esoknya (15 April 2011) ..kul9.30 kuar dr rumah..pas hantar Amir dan Haziq ke rumah mama (pengasuh) terus pergi ‘branch’. Ok makanan kat situ. Sue order nasi goreng seafood, K.ani order chicken chop, K.mizah order nasi paprik. Sedap tapi tak habis sebab sue kurang gemor beras wangi.He3  pas breakfast dan lepak, ke Melilea..K.ani beli stok Soya Organik + Greenfield.  Pastu sempat lagi singgah 100 yen, pekena ice blended. Wow! Makan sakan rini..tak insaf berat dah tambah 1 kg minggu lepas.hu3
      

Cian Amir kena tinggal rumah mama.hu3

Perkara : Batu 7 - Tikar Sarawak

16 April 2011 – Sue, housemate n K.ani keluar breakfast kat Bimmers pastu pergi ke Batu 7. Kawan Mak Cik minta tolong belikan tikar sawarak. 4 bidang = RM1040. Ok la kot sekali dengan kos penghantaran. Pastu singgah lunch kat TOM YAM GOONG.he3 makannnnnn je keje..nampaknya minggu ni naik 2 kg kot. Kena gi timbang lusa kat bilik kaunseling.He3



Menu rutin tiap kali datang kedai ni:-)
Erm..pe lagi yer? Ha! sebelum terlupa..minggu ni sekolah empat hari jer sebab..jumaat ni cuti umum sempena Good Friday. Ya Ya yippie Ya Ya! (ngalahkan murid bila cuti..he3)

Friday, April 1, 2011

Perihal diriku???

Hari ini..2 April 2011 ketika ini..1.30 petang, su kat rumah k.Ani. Housemate pergi hantar Ayah Chik ke a-pot, pastu dia akan ke Samarahan. Malam baru balik kot. Bagi menghilangkan boring, su lepak rumah kat Ani. Ermm..kat facebook ada macam-macam aplikasi pasal diri. So, su rasa elok la su abadikan kat sini. Bila baca, de gak yang tepat pasal diri dan ada gak yang tak ada langsung kena mengena.

 >> Su lahir pada 28 Julai 1980  dan housemate su pada 21 Mei 1980. Jadi, sedikit sebanyak pada su dan housemate...
  
Rahsia Kelahiran Mengikut Tarikh
~Tarikh Lahir Pada 21hb
Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur dan tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat. 
~Tarikh Lahir Pada 28hb
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka, berterus terang dan jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan Islam
                 ~28 Julai 1980 (15 Ramadhan, 1400 Hijriah)
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat. 
                 ~21 Mei 1980 (6 Rejab, 1400 Hijriah)
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

 Rahsia Kelahiran Mengikut Bulan 

 ~JULAI
-amat suka didampingi pasangan
-suka dimengerti oleh pasangan
-sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan
-amat mudah dipujuk dan berterus-terang
-amat menghargai kesetiaan pasangan
-mengambil berat dan mengasihi pasangan
-berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai
-mudah terluka dan lambat untuk pulih
-suka merajuk dan dipujuk
-setia terhadap pasangan
-suka mendengar dan tidak suka membantah
-cemburu terhadap pasangan
-suka menilai dan menjaga perhubungan

~MEI
-amat mudah jatuh cinta
-baik dan jujur dalam perhubungan
-pandai menarik hati pasangan
-perasaan cinta yang mendalam
-mudah untuk dipujuk
-kurang suka untuk sentiasa bersama
-mudah menerima cinta seseorang
-pilihan yang tepat dalam berpasangan
-nekad untuk menjaga hubungan yang baik
-pandai mengatur hidup pasangan
-suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
-sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
-ambil berat dalam menjaga hubungan



>>> Darah su jenis O..dan mengikut aplikasi tu..su..
“Bersifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi dirimu agar tidak dikuasai dengan tekanan"

 >>> Su dilahirkan pada hari Isnin..dan sifat wanita mengikut Tajul Muluk..
" Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan, Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban.


>>> Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W. Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya. Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu…selamanya. InsyaAllah..



Minggu Baru, Penggal Baru..*^_ ^* (21 - 25 Mac 2011)

21 Mac 2011 (Isnin) >> Taklimat/Bengkel ABM Perjawatan Untuk Tahun 2012 ~Pagi2 dah kuar rumah, terus ke PPD Kuching. Boss maklumkan dia samapai lewat sikit sebab hantar anak ke sekolah, tapi takpe..su dah 'cup' tempat kami paling hujung. Bengkel ini tiap tahun dibuat bagi membincangkan ABM sekolah untuk tahun depan. Macam..berapa cikgu diperlukan?berapa kelas bagi setiap subjek elektif yang nak ditawarkan?berapa kelas bagi setiap tingkatan nak dibuka?tugas su tak berat..sebab su cuma key-in keperluan berdasarkan data OPMEN Januari 2011. Yang pening fikir pasal ni, boss dan PK1..pepun, kira ok la..dah settle. Alhamdulillah.. kul 4.30 petang habis bengkel, su terus balik rumah. Boss cakap tak payah pergi sekolah lagi, (lagipun su takde kelas)..so apalagi..lik rumah terus..he3 hari ini jugak C.Florina buatkan akaun untuk PK1 update maklumat staf dalam e-operasi.e-operasi ini akan digunapakai mulai tahun depan. Tapi kalu tengok, sistem ini lebih kurang sama dengan sistem EMIS.

Pengetua & Guru data sedang berbengkel:-)
Minggu ini juga SMK Matang Hilir menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Pencak Silat Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Bahagian Kuching 2011 (22 - 25 Mac 2011). Malangnya, su tak berkesempatan nak pergi tengok .Kekangan dari segi masa, peluang dan ruang. Tapi, syabas dan tahniah untuk 'orang kuat' silat SMK Matang Hilir..pasangan romantis..K.lynn n C.Wan. Alhamdulillah..pasukan SMK Matang Hilir mendapat 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa. Kejayaan yang memberangsangkan! he3 pelajar sesi petang seronok sangat minggu ni kerana memandangkan blok Ting. 2 digunakan untuk peserta silat, pelajar Ting. 1 dan Ting. 2 datang ke sekolah secara bergilir. Pelajar Ting. 2 datang pada hari Isnin dan Rabu manakala pelajar Ting. 1 datang pada hari Selasa dan Khamis.


Tahniah & Syabas The White Warriors SMK Matang Hilir
23 Mac 2011, keputusan SPM diumumkan. Su ni guru sesi petang, jadi tak berapa tahu result student.he3 Yang su nampak, Ketua Guru Panita sibuk buat analisis matapelajaran kat Makmal Komputer 1. Su pun menyibukkan diri (memandangkan budak ICTL yang datang cuma sorang), tolong Zakry untuk matapelajaran Matematik. 


Rekod SPM SMK Matang Hilir Bagi Tahun 2006 Hingga 2010

Pada 25 - 27 Mac pula, SMK Matang Hilir mengadakan Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform di Pusat Ko-K Santubong. Untuk sesi petang, hanya 6 orang guru yang terlibat. Nampak dari gambar2 memang menarik aktiviti yang dijalankan. Su memang langsung tak terlibat dengan perkhemahan ni, Cuma perlu buat sit-in untuk guru-guru  yang terlibat. Ramai yang tak ada kat sekolah minggu ni, jadi..panjang bebeno la senarai sit-innya.. :-)


Syabas untuk guru dan pelajar yang terlibat dengan perkhemahan. 

 >>> Memandangkan e-operasi perlu dikemaskini dan line broadband tak bagus kat rumah, su lepak di rumah K.Ani sepanjang hari Sabtu (26 Mac 2011). Sebelum tu, dah update mana yang sempat kat sekolah bermula hari Selasa lagi. Alhamdulillah..berjaya update untuk 4 item maklumat guru. Cuma, yang membimbangkan su maklumat perkhidmatan tak dapat su kemaskini.  Sakit pinggang seharian mengadap laptop. Meskipun sebenarnya PK1 sebenarnya yang patut kemaskini e-operasi tapi su rasa bagi semua sekolah, guru data yang buat.:-) 
>>>Memandangkan penat seharian, esoknya..27 Mac 2011 dengan izin housemate su, k.ani dan k.mizah memanjakan diri kat Ratu Wellness Centre di Satok. Betul kata Cik Tie n Fa, rasa macam mak datin lak dilayan macam tu.he3 Petang tu kami buat 5-steps slimming package @ RM 67 dan Whole Body Scrub @ RM 38. Tapi, memang puas hati la..sonok giler! Harga tu masa promosi jer..hari lain, harganya mahal la sikit. Time sampai rumah, housemate duk menyakat 'nampak kurus sikit'..grrrr...geram jer..ha3

Posing jap sebelum balik:-)

Ratu Wellness Centre,
1st & Ground Floor, Lot 270 & 271,
Lorong 9, Jalan Satok,
93400 Kuching, Sarawak
Tel : 082-242051