Wednesday, September 28, 2011

Nasib kami..

Sue terpanggil untuk postkan entry ni..bukannya kami sedih diuji macam ni, tak baik kita bersedih dengan ujianNya sebab DIA bagi kita ujian tanda DIA sayangkan kita dan nak tengok kita sayang tak kat DIA, kan? Cuma sue cuma ingin meluahkan perasaan kat diari elektronik sue ni.

SITUASI 1
Seorang junior masa sekolah rendah story2 ngan sue yang dia kecik hati bila mak mertua dia sound time dia bergurau mintak jaga anak kepada kakak ipar dia (berbelit je ayat sue ni..hi3). Pe mak mertua dia cakap ?? Dia tak mboh beranok, nok jaga anok orang lok, beranok lah, jaga anok sendiri...Astaghfirullahala'zim.. kalau sue pun sedih kalau de statement macam tu. Alkisahnya, dia dah berkahwin hampir 5 tahun dan masih belum dikurniakan cahayamata.

SITUASI 2
Masa sue jumpa seorang kawan, dia berkata.. kadang2 rasa seronok sangat tak balik beraya kat semenanjung, raya kat sana..takde orang nak tanya pasal anak. Alkisahnya, dia dah berkahwin hampir 3 tahun dan masih belum dikurniakan cahayamata.

SITUASI 3
Di pagi 1 Syawal, seorang insan hepi sangat beraya tapi bila time beraya kat sebuah rumah tu, time suaminya bergurau nak gak duit raya kat seseorang tu..orang tu berkata..Tekpun dia tu takmboh beranok, kalau de anok, lehlah duit raya.. ZUPP! bagai hati terasa disiat..insan tu cuba pura tersenyum dan control airmata dari mengalir (almaklum pakai maskara, takut meleleh..hu3)..dan insan tu bertambah sebak bila suaminya menyentuhnya dan berbisik..sabar ekk..SubhanAllah..terus sejuk hatinya dengan adanya suami di sisi. Siapa insan tu? SUE.. dan ketika sue menaip coretan ni..airmata sue terus mengalir tak dapat ditahan..KENAPA???

>  Hina ke kami kerana kami tak memiliki zuriat?
>  Tahukah dorang yang kami tak pernah berhenti usaha untuk dapatkan zuriat kami sendiri?
>  Kenapa dorang tak dapat berfikir ini adalah ujian dan ketentuan DIA yang MAHA PENCIPTA?

ALLAH tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya kerana DIA sayang kepada setiap hambaNya.. sama2 kita berdoa semoga segala ujian ada hikmah disebaliknya, ada ganjaran untuk kita dan buatkan kita tabah dan tambah beriman kepadaNya. Amin..

5 comments:

  1. Ya Allah...takde ayat nak komen...yg pasti hati sebak n neleh air mata baca situasi ke 3...sabar kawan...ada rezeki nanti...:(

    ReplyDelete
  2. sabar ye Sue..
    yg penting jgn berenti berusaha...
    sue taw dop, lely yg ada anok pn kena sindir jugak,
    die igt kite takmo anak ke?
    dh nk buat camane, tadop rezeki lg nk tambah ahli..
    ada hikmah disebaliknya, lely percaya...
    kuantiti bknla jaminan kualiti..

    ReplyDelete
  3. Rilek Sue... kita usaha sesama... selagi Zu tahu tempat2 'tertentu' zu n acah akan angkut sue pegi situ.... InsyaALLAH cuma doakan zu sihat untuk bawak Sue ke situ...luv u dear...

    ReplyDelete
  4. jgn peduli ape org ckp & jgn stress.. sy dh lalui mcm2 di awal kawin dlu & skrg dh x amik pot org nk ckp ape pn ckp la. nk ttp mulut longkang dorg mmg xdpt.Allah tau ape yg dia rancang utk org2 mcm kita. sape yg tolak ketentuan Allah bermkna dia xpercaya dgn rezeki ajal maut semua di tgn NYA..

    ReplyDelete