Wednesday, October 5, 2011

Boleh sue teman akak ?

Majlis : Program Seminar Keibubapaan, Solat Hajat (Hari Lahir TYT/Kemerdekaan/Peperiksaan PMR, SPM dan STPM 2011) dan Ramah Tamah Aidilfitri
Tarikh : 24 September 2011
Tempat : Dewan SHOAW dan Masjid Ar-Rahman

Alkisahnya..K.mizah dan suami dijemput datang ke SHOAW untuk majlis tu, tapi kebetulan Abg Lan keje pagi aritu. So, k.mizah mintak tolong temankan dia. Sue on jer, lagipun pagi Sabtu aktiviti SUELIM cuma T.I.D.O jer..hi3 nama majlis pun panjang berjela, 3 in 1..jimat masa dan budget. Tapi O.K la majlis ni..andainya SMK MATHIL leh wat majlis macam ni, memang kira oraitlah..(mampu ke idok??? hi3)

Time seminar keibubapaan, banyak gak info berguna yang dapat dikongsi walaupun sue ni bukan seorang ibu tapi manalah tau pas2 ni kan? kebetulan penceramah ni pun pas kawin lambat dapat anak, jadi..dia kata sape yang jadi ibu bapa tu memang patut bersyukur sangat2. Sue cuma angguk tanda faham, ala2 campur ngantuk..hi3 satu perkara je yang betul2 sue dapat ingat, katanya  >>> anak2 adalah ANUGERAH dari ALLAH kerana tak semua orang dikurniakan olehNya. anak2 adalah UJIAN untuk ibu bapanya samaada ujian dari segi susah@senang kerana tak semua orang alaminya. Anak2 adalah ASET untuk kehidupan di dunia & di akhirat buat kedua2 ibu bapanya hasil sifat SYUKUR di atas anugerah dan sifat SABAR menghadapi segala ujian. Jadi, semua ibu bapa patut bersyukur sangat2 kerana berpeluang menjadi IBU BAPA dan wajib memikul amanah yang diberi dengan sebaik2nya.. itu sahaja tazkirah Ustajah Suriani pagi ni..he3

Pas sesi ceramah, pengerusi jemput ibu bapa bersama anak2 ke masjid untuk sesi motovasi. Ibu bapa disuruh duduk sebelah anak2. Dalam kepala sue dah dapat agak, kompom de slot motivasi yang de nangis2..issshhh mana leh..sue ni jenis 'congek'..kang sue lak yang over nangis, padahal bukannya anak de kat situ.ha3 mujurlah k.mizah faham n sue contact Mar, lepak ngan dia kat bilik guru. Story2 kat bilik guru sekolah tu, ok gak, leh kawan baru:-)

Dekat nak masuk waktu zohor, sue gi masjid cari k.Mizah..tengok mata dia merah..hak! kan betul pe sue cakap. mujur sue tak join. ha3 sue sempat semayang zohor berjemaah jer pastu terpaksa cabut coz SUELIM terpaksa pergi rumah terbuka k.Azra.

Buat anak k.Mizah : Good Luck K.Long! Do the best! Chaiyok2..

Leh cupcake:-)

Seminar keibubapaan kat Dewan SHOAW. Cantik gak dewan sekolah ni:-)

Pengetua berucap selepas Ceramah motivasi. Seme mata merah2..hi3

No comments:

Post a Comment