Sunday, August 7, 2011

Bengkel Pemantapan P&P (Sains & Matematik)

KTarikh : 6 Ogos 2011
Tempat : Makmal Komputer 1
JU : C. Lehin, Naimah & Toh Leh Leh

Agenda : 
  • Pembentangan/perkongsian ilmu hasil kursus yang mereka hadiri berkaitan model pembelajaran yang perlu dilaksanakan dalam rancangan mengajar
  • Kerja berkumpulan - penghasilan rancangan mengajar bagi setiap model pembelajaran

PERHATIAN !!!!
Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa inggeris di semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun 2011. Mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan di ajar dalam bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, Modul Pemantapan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik (Kreativiti Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran) dibangunkan adalah untuk panduan kepada guru-guru sains dan matematik terutamanya dalam melaksanakan pembelajaran dan pengajaran berfokuskan kepada elemen kreativiti yang memberikan pradigma baru kepada kurikulum dan ia amat sesuai dengan perkembangan semasa dunia yang semakin kompetitif.

Komen sue : 
Pening la..kejap BM, kejap BI..yang menjadi mangsa.. budak2. Awat dari dulu tak maintain je ngajo MM n SAINS dalam BM? Sue dari awal tak setuju ngan PPSMI ni. Masa sue sekolah dulu, diajar dlm BM..de je mbr sue mcm Sya n Julia leh jadi cikgu BI. Terror jer BI..hi3 budak bandar yang selalu duk speaking ok la..macam students sue yang memang lemah BI, pastu 2 subjek tu diajar dalam BI, mana tak 3 subjek GAGAL. Boleh nampak kalau sue bagi soalan dalam BM, dorang boleh je jawab. Kononnya bila budak belajar kat oversea, taklah susah dorang nak belajo. Berapa kerat la sangat budak2 kita belajar kat oversea???? kalau diajar dalam BM, sekurang2nya  tak la result budak2 ni teruk sangat dalam PMR. Malas nak cakap panjang sebab ini mungkin isu sensitif tapi..sue suka ayat member sue.. "POLITIK SEME TU..APA TAKNYA..NANTI DE LA TENDER BUKU TEKS DALAM BM LAK, ARITU TENDER BUKU TEKS DLM BI...sape nak jawabbbb??? "








No comments:

Post a Comment