![]() | |||
| Profil Kanda Habsah dalam engkabang.net |
KANDA HABSAH yang sue kenali..
Sue mula mengenali Kanda Habsah masa sue mula2 diamanahkan mengajar subject ICT di SMK Meradong. Dia banyak tolong kami (guru-guru baru mengajar ICT), berkongsi bahan dan maklumat. Setiap kali berkursus di luar Sarawak (Sabah @ Labuan)..kami sentiasa terhibur dengan sikapnya yang peramah dan happy go lucky. Kami senang memanggilnya "KANDA" kerana dia senior dari kami dan kami menghormatinya sebagai rakan, kakak dan teman seperjuangan.
Perkara yang tak dapat sue lupa, sebelum kami berkursus di Labuan (2007), sue mintak dia beli kain pua kumbu (di Kuching je banyak pilihan) coz sue nak bagi seseorang (kini jadi ibu mertuaku..hi3) sebagai cenderahati kerana tolong sekolah kami sediakan radas eksperimen untuk pasukan kami bagi pertandingan sketsa peringkat kebangsaan (sekolah sue dapat no. 3..hi3). Kanda layan jer permintaan sue dan sanggup bawak sampai ke Labuan. Terharu rasanya kerana sanggup tolong sue.
Bila sue pindah di Kuching, Jun 2008..sue sempat bertemu Kanda sekali jer di PPD time kursus di PPD Kuching. Kanda ada cakap, susah sekarang sebabnya guru2 yang ada pengalaman ICT dah tak mengajar ICT. Itu kali terakhir sue jumpa Kanda.
Baru2 ni time Kursus SMM secara online, sue bertemu PKHEM sekolah Kanda dan sue tanyakan khabar Kanda. ZUPPPPP!!! terus air mata sue bergenang bila dia cakap..Cikgu Habsah dan meninggal, tahun lepas. U tak tau ker???? Balik dari kursus, sue contact member lama yang ajar ICT, rupanya Kanda meninggal disebabkan kanser. Moga arwah kanda ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..
Kenapa sue baru post entry ni??
Sue baru dapat masuk engkabang.net pagi tadi sebab sebelum ni sue lupa password. Dan tadi..bila sue baca post n komen arwah dalam engkabang, sedih sangat rasanya. Macam tak percaya yang Kanda dah tak ada. Dan bila sue tengok profil, tarikh akhir arwah ber'engkabang' adalah pada 1 Ogos 2010.
Apa dia engkabang.net??
Dulunya guru2 ICT sarawak berpakat wujudkan engkabang untuk kami bertukar2 maklumat dan satu saluran perkongsian ilmu antara kami. Tapi pada hari engkabang dilancarkan, boss cakap nak jadikan engkabang sebagai satu platform untuk semua guru2 di Sarawak berinteraksi. Cerita lama ni..sue lupa tahun bila..he3 sue pulak, dulu masa mengajar ICT, aktif berengkabang..pastu tak lagi bila pening tengok macam2 dah ada dalam tu..bila jarang masuk, password pun lupa daaa..
KANDA Habsah..sue takkan lupakan jasa akak selama kita kenal. Sue takkan lupa titipkan doa buat kesejahteraan akak di 'sana'. Sue sayang akak..

No comments:
Post a Comment