Wednesday, August 3, 2011

Sue..jangan putus asa

Rasanya semua orang yang rapat dengan sue tahu apa impian sue.  Pe lagi kannn..sue teringin sangat nak menimang cahayamata. Setakat hari ni..impian sue macam sukar untuk dicapai atas sebab-sebab tertentu. Namun, sue tak pernah berputus ada dan sentiasa berdoa dan menaruh harapan semoga DIA memberikan sue anugerah yang amat bernilai tu. Amin.. 

Setakat ni apa yang sering sue fikirkan, cuma satu..sue nak cuba IUI. IVF tak mampu rasanya buat masa ni.kui3 Benarnya sue dalam proses nak wat IUI guna saluran kerajaan tapi tersekat sekarang ni kerana doktor tak puas hati dengan result dan mintak buat sekali lagi. Memang banyak karenah hospital kerajaan ni. Siap doktor tu bagitau kalau result macam tu, elok wat kat specialist@hospital swasta. 

Sue berminat untuk cuba IUI ni pas cousin su, Awu berjaya peknen pas wat IUI kat Kuantan Medical Centre kalau tak silap. Kali pertama wat, tak lekat..habis 2 ribu. Kali kedua wat..alhamdulillah..lekat..habis kat 2 ribu lagi. Sekarang ni kalau tak silap nak masuk 4 bulan la. De member suggestkan try wat IUI kat Normah Specialist, kosnya dalam 3 ribu sekali wat. Biasa la, cni kan mahal dari semenanjung. Sue dah bincang ngan housemate..(bukan bincang, bagitau..ha3)..sue nak cuba wat tahun depan. Bukan apa, tahun 2011 dah nak berakhir. Wat IUI ni perlu berkorban duit, masa dan yang paling penting..kuat semangat. Orang selalu cakap kalau awal2 peknen (3 bulan ke bawah) elok jangan naik flight..bukan apa, kot2 tekanan atas flight leh bagi tekanan untuk kandungan. Bila sue fikir2, kami ni selalu balik semenanjung, bila balik..kompom kena naik flight..sebab tu kena adjust betul2 projek baaaaaiiiikkkk ni. He3 Bila sue tengok tiket flight kami..

27 Ogos 2011 Kuching-KL-KT
4 September 2011 KT-KL-Kuching
25 November 2011 Kuching-KL
29 November 2011 KL-destinasi honeymoon..hi3
2 Disember 2011 Balik dari honeymoon – KL
25 Disember 2011 KT-KL-Kuching

>> Nak wat dalam bulan Januari..takleh. Kompom bulan Januari sue busy yang amat dengan data sekolah. EMIS, SMM..semua nak kena update. Lagipun…bulan Mac kami balik semenanjung lagi…

12 Mac 2012 Kuching-Johor
17 Mac 2012 Johor-Kuching

JADI..pas fikir sedalam2nya dan mencongak kalendar (berminggu lamanya)..sue target akan mulakan prosedur tu semua sekembalinya kami dari Johor pada bulan Mac 2012. Saaaaaaatu je sue harap kalau sue jadi wat projek kami tu, jangan la housemate sue ajak balik kampung time cuti sekolah bulan Mei 2012. Hu3 Kalau dia nak balik gak dan time sue projek kami dah berjaya (Amin Ya Rabb)..sue sanggup bercuti di sini sensorang sebab buat masa ni takde pe sue impikan kecuali A.N.A.K (sue sanggup ketepikan impian sue nak sambung belajar..hu3)

DOA UNTUK MENDAPAT ANAK :
Maksud:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian walhal Engkaulah sebaik-baik waris”
(Setiap kali kami solat bersama dan terdengar dia membaca doa ni..sue sentiasa sebak. Sebab, sue tahu dia pun ingin mempunyai cahayamata tapi, biasalah lelaki..pandai sembunyikan perasaan. Sama-sama kita bersabar dan berusaha, ek)

1 comment:

  1. Salam Sue...chaiyok2...sya doakan agar Allah makbulkan hajat Sue yang satu itu...berusahalah kawan...Allah tahu yang terbaik untuk kita...:)

    ReplyDelete