Sunday, August 14, 2011

Bengkel Verifikasi Data SMM Semua Sekolah Daerah Padawan

Tarikh : 11 - 12 Ogos 2011
Tempat : Bilik Mesyuarat, SM Vokasional Matang

Time verifikasi SMM (tak semua sekolah dijemput) kami bersepakat mencadangkan agar verifikasi ini dibuat untuk semua sekolah agar data antara sekolah sama dan seragam. Al-maklum budak2 ni adik-beradiknya bersekolah di sekolah yang berbeza, mana tak data bercelaru dari segi pendapatan dan tanggungan misalnya.

Alhamdulillah, di akhir verifikasi selama dua hari ini..OK lah sikit data kami (ye ke  idok??) ha3. Setiap sekolah menengah ni umpama ibu kepada sekolah rendah. Jadi untuk Kelompok 1, SMK Matang Hilir menjadi ibu kepada 12 buah sekolah lagi dan anak terapatnya ialah SK Matang, SK Matang Jaya, SK Telaga Air dan SK Temenggong.

Selama dua hari, pening gak nak check dan pastikan data sama dan seragam.  Tapi, semua orang dah lakukan yang terbaik dan dah bagi 110% komitmen rasanya. Tengok pada keadaan, rasa macam kat bursa saham pun ada. Setiap sekolah bergerak duk cari guru data SMM sekolah lain, nak bagi data kitaorang sama.

Moga data SMM PPD Padawan akan terus bebas dari ralat.

Our boss, En. Akihito Nawawi (unik kan namanya?)

Tekun je wat keje:-)

Macam kat bursa saham pun ada, ala2 kat parlimen pun ye gak:-)



No comments:

Post a Comment